Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi
Ibu Tergamak Bunuh Tiga Anak Kurang Upaya
Kehidupan Menyedihkan Kanak-Kanak Di Tempat Pembuangan Sampah
Pelaksanaan Hudud Di Brunei Antara Sebab Nina Iskandar Bertudung
PROMOSI! Monopod + Wireless Bluetooth Shutter RM39.39 Sahaja
Video Anak Dibelasah Bapa Kerana Gurauan
Perkampungan Nelayan Padat Di Pulau Kecil Migingo
Ibu Tergamak Bunuh Tiga Anak Kurang Upaya
Posted: 26 May 2014 05:16 PM PDT
Seorang wanita yang juga ibu ditahan selepas disyaki membunuh tiga anaknya yang kurang upaya di kediaman mereka di selatan-barat London.
Tania Clarence, 42, dipercayai membunuh Olivia, 4, dan pasangan kembar Ben dan Max, 3, yang menghadapi masalah otot tulang belakang dengan cara melemaskan mereka.
Sewaktu kejadian, suaminya, Gary Clarence, 43, dan anak sulung mereka, Taya, 8, berada di Afrika Selatan.
Polis bergegas ke tempat kejadian selepas dihubungi oleh rakan keluarga tersebut yang memberitahu mereka tidak dapat dihubungi lebih dari 24 jam.
Ketiga-tiga mayat kanak-kanak tersebut ditemui di bilik mereka di tingkat atas.
Jiran-jiran yang ditemui menyifatkan Tania sebagai ibu yang penyayang dan kejadian tersebut merupakan satu tragedi kepada keluarga itu.
Wanita itu kini ditahan untuk siasatan dan turut menerima rawatan di Hospital St George kerana mengalami cedera ringan.
posted@malaysiasensasi.net
Kehidupan Menyedihkan Kanak-Kanak Di Tempat Pembuangan Sampah
Posted: 26 May 2014 05:15 PM PDT
Gambar-gambar menyedihkan ini dirakamkan di negara Filipina bertempat di kotanya Cebu. Keadaan bagaimana anak-anak yang hidup di tempat pembuangan sampah demi meneruskan kehidupan. posted@malaysiasensasi.net
Pelaksanaan Hudud Di Brunei Antara Sebab Nina Iskandar Bertudung
Posted: 26 May 2014 05:14 PM PDT
elakon baharu, Nina Iskandar mengakui antara sebab dia mula menutup aurat dan mengenakan tudung adalah kerana menghormati undang-undang terbaharu negara asalnya, Brunei Darussalam yang secara rasmi melaksanakan hukum hudud.
Nina, 23, bagaimanapun berkata, perubahannya itu bukanlah semata-mata kerana pelaksanaan hudud di negaranya, tetapi ia ikhlas daripada hatinya dan memang berhasrat untuk memakai tudung sebelum ini lagi.
"Brunei telah melaksanakan undang-undang syariah dan hudud, jadi sebagai rakyat dan wanita beragama Islam saya mahu membawa imej negara saya atas rasa hormat yang mendalam.
"Bagaimanapun perubahan saya ini bukan semata-mata kerana undang-undang baharu itu tetapi ia ikhlas dan datang daripada hati sendiri," jelasnya.
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada awal Mei mengumumkan baginda akan meneruskan pelaksanaan hukum hudud biarpun mendapat kritikan di negara itu dan peringkat antarabangsa.
Fasa permulaan undang-undang itu berkuat kuasa secara rasmi dengan fasa kedua termasuk hukuman lebih ketat, termasuk potong tangan bagi kesalahan kecurian dan rompakan, yang akan dimulakan lewat tahun ini.
Sementara kesalahan termasuk liwat dan zina akan dikenakan hukuman direjam sampai mati pada fasa ketiga.
Dalam pada itu, Nina berkata, perubahannya itu tidak dirancang, sebaliknya perasaan untuk menutup aurat datang secara tiba-tiba sejak beberapa minggu lalu.
Jelas Nina lagi, sebelum itu dia sering mencuba mengenakan hijab sekiranya keluar bersama rakan-rakan dan berasa selesa dengan imej berkenaan.
"Sebelum ini saya sering pakai tudung jika keluar untuk cuba sama ada saya selesa atau pun tidak dan baru-baru ini hati saya terus terbuka untuk terus mengenakan hijab dan saya berasa begitu tenang.
"Perubahan ini juga sebagai salah satu persiapan untuk diri sendiri kerana jika tidak mulakan sekarang, bila lagi?," ujarnya.
Sementara itu, Nina berkata, pihak pengurusannya di Malaysia iaitu Metrowealth International Group (MIG) juga tiada halangan untuk dia mengenakan tudung dan gembira dengan perubahannya itu.
Dalam perkembangan lain, Nina yang mengakui bakal bertunang dengan seorang ahli perniagaan dari Kelantan pada Ogos depan memberitahu masih belum membuat sebarang persiapan perkahwinan mereka kerana masih terlalu awal.
Malah kata Nina, mereka juga belum menetapkan sebarang tarikh perkahwinan untuk hari bahagia itu nanti.
posted@malaysiasensasi.net
PROMOSI! Monopod + Wireless Bluetooth Shutter RM39.39 Sahaja
Posted: 25 May 2014 06:30 PM PDT
2 in 1 Price, Monopod+Wireless Bluetooth Shutter
1) Monopod
Works with all compact point and shoot digital cameras that has self-timer and tripod socket. Capture photos or video above the crowds or in hard to reach places.
Easy to operate, just set the timer, extend the rod, and you're ready to shoot.
- Brand new and high quality.
- Specially designed for, phone camera.
- Easy to install and remove.
- Light weight, portable, easy to take.
- Weight: 0.79 oz (11 g).
Package include:
1X Extendable Handheld Monopod
1X Free Phone Holder
1) Wireless Bluetooth Shutter
Wireless Camera Bluetooth Remote Shutter For IOS Android/iPhone
- Communication : Bluetooth version 3.0
- Transmit Frequency :2.4Ghz~2.4835Ghz
- Communication Distance : 10m(30ft)
- Battery life : CR2032x1 cell /about 6 month under working in 10 times a day
- Dimension : 50mm x 33mm x 10.5mm
- Compatible with Android 4.2.2 OS or newer and IOS 6.0 or newer
osted@malaysiasensasi.net
Video Anak Dibelasah Bapa Kerana Gurauan
Posted: 25 May 2014 05:30 PM PDT
Bergurau kenalah tahu pada masa yang tepat dan siapa mangsanya. Jangan contohi remaja dari India ini. Gara-gara berniat bergurau dengan ayahnya beliau di belasah bapanya.
Prateek Verma telah menyembunyikan sebuah kamera di satu sudut biliknya dan hendak merakam reaksi ayahnya. "Aku ingin tahu apa yang berlaku selepas aku katakan bahawa kekasihku hamil," ujar Prateek.
Di luar dugaan Sunder Verma, ayah Prateek, hilang kesabaran ketika anaknya mengatakan dia menghamilkan pasangannya. Sunder menendang, menumbuk, dan mendorong anaknya ke sudut bilik.
Sunder mengambil sebiji botol untuk dilemparkan pada anaknya. Namun Prateek sambil berteriak-teriak memohon ampun pada ayahnya sambil mengatakan ini hanyalah jenaka.
Tak suka jenaka si anak, bapanya hanya diam membisu dan berjalan ke luar bilik. Dia nampak sedih entah apa yang difikirkannya namun Prateek akhirnya sedar beliau tak seharusnya dia membuat gurauan melampaui batas seperti itu terutama pada ayahnya.
Perkampungan Nelayan Padat Di Pulau Kecil Migingo
Posted: 25 May 2014 05:00 PM PDT
Pulau Migingo hanya sebuah pulau kecil. Luasnya 2000 meter persegi, tidak sampai setengah ekar atau separuh saiz padang bola sepak sahaja. Ia terletak di Tasik Victoria, tasik terbesar di Afrika, juga tasik tropika terbesar di dunia. Walaupun saiznya yang kecil, pulau ini merupakan rumah bagi 131 orang penduduk (mengikut bancian 2009) yang tinggal dalam pondok sempit diperbuat daripada kepingan zink dan kayu. Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai nelayan dan peniaga ikan. Di sebalik persekitaran yang padat itu, terdapat sebuahfarmasi, sebuah salun kecantikan, lima buah bar selain turut menempatkan beberapa buah hotel dan pusat pelacuran.
Pulau Migingo
Dua orang nelayan Kenya, Dalmas Tembo dan George Kibebe ialah orang yang terawal tiba di Pulau Migingo, dipercayai telah menetap di sini sejak 1991. Pada ketika itu, pulau ini hanya ditumbuhi lalang selain menjadi persinggahan burung dan habitat ular. Mereka kemudiannya disertai oleh 60 orang ahli geng penangkap ikan yang lain setelah mendapat tahu kawasan tersebut kaya dengan "Nile perch" (sejenis spesies ikan). Kesannya, nelayan lain dari Kenya, Uganda dan Tanzania turut datang ke pulau ini menjadikannya sebagai pusat komersial yang berkembang maju.
Koordinat: 0°52′58″S 33°56′17″E
Pulau Migingo merupakan lubuk pendapatan terutamanya kepada nelayan dengan lebih daripada 100 buah bot mendaratkan hasil tangkapan mereka setiap pagi untuk ditimbang dan dijual kepada pembeli/pemborong.
Kewujudan banyak Nile Perch di perairan sekitar Pulau Migingo menjurus kepada perebutan wilayah antara dua negara – Uganda dan Kenya. Secara teknikalnya, ia berada dalam sempadan antarabangsa Kenya sepertimana terkandung dalam peta dan dokumen-dokumen rasmi.
Selain itu, kemewahan yang dinikmati oleh para nelayan di sini dihidu oleh lanun-lanun. Mereka datang ke Pulau Migingo dan menyamun hasil tangkapan, wang dan enjin bot para nelayan menyebabkan pihak berkuasa (Uganda @ Kenya) terpaksa dipanggil untuk bantuan perlindungan. Uganda menjadi pihak pertama yang memberikan bantuan dengan menghantar pasukan polis maritim.
Sejurus tiba, wakil Uganda itu menaikkan bendera negara mereka seterusnya perlahan-lahan mengeksploitasi para penduduk yang tinggal di pulau ini. Beberapa peraturan baru diperkenalkan manakala bot dan pukat milik nelayan Kenya kerap dirampas oleh pasukan beruniform Uganda atas dakwaan menangkap ikan di perairan mereka. Bagaimanapun, pertikaian ke atas pemilikan Pulau Migingo masih belum diselesaikan.
Okunoshima ialah sebuah pulau yang padat dengan arnab manakala Pulau Migingo padat dengan rumah nelayan. Apa yang menarik, terdapat sebuah pulau yang lebih besar hanya 200 meter di timur pulau ini dan ianya masih lapang untuk diduduki. Tapi, kenapa mereka nak sangat tinggal di atas pulau yang sempit ini?
Pautan: Amusing Planet
0 comments:
Post a Comment