Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
Ketua Tentera Thai Umum Rampasan Kuasa Posted: 22 May 2014 08:18 AM PDT Ketua Tentera Thailand Jeneral Prayuth Chan mengumumkan rampasan kuasa di negara ini pada Khamis berikutan kegagalan pihak yang terlibat dalam sengketa politik mencapai persetujuan setelah bermesyuarat selama dua hari. Pemimpin kumpulan penyokong dan penentang kerajaan ditangkap. Sebelum ini, Tentera Thailand mengumumkan Undang-Undang Tentera dilaksanakan di negara itu ekoran pergolakan politik tanpa kesudahan yang berlarutan selama enam bulan. Ketua Tentera Thailand itu beri jaminan rampasan kuasa tidak menjejaskan hubungan antarabangsa dalam satu pengumuman media ke seluruh negara itu. "Dalam usaha untuk mengembalikan keamanan Jawatankuasa Keamanan Nasional terdiri daripada tentera, Angkatan Tentera Thai, Tentera Udara Diraja dan polis perlu merampas kuasa pada 22 Mei pada jam 4.30 petang," katanya. Tindakan rampasan kuasa ini adalah yang ke-12 dalam sejarah Thailand sejak 1932. "Semua rakyat Thailand perlu bertenang dan pegawai-pegawai kerajaan perlu bekerjasama seperti biasa, " katanya. posted@malaysiasensasi.net |
Rumah Tangga Abby Abadi Goyah? Posted: 22 May 2014 08:16 AM PDT Pelakon Norman Hakim terkejut apabila mengetahui rumah tangga bekas isterinya iaitu Abby Abadi dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang baru dibina sedang bergolak. Norman berkata, sebaik sahaja mendapat tahu masalah itu dia segera menghubungi Abby untuk bertanya khabar selain mendoakan agar kedua-dua pihak menemui jalan penyelesaian terhadap masalah yang timbul. Terdahulu pada Sabtu lalu Abby memuat naik status pada Instagram miliknya seolah-olah rumah tangga dia berhadapan dengan ujian selain memohon peminat mendoakan kebahagiaan dia dan suami. Status tersebut membuatkan ramai yang mengandaikan hubungan Abby dan Muhammad Noor Farhan sedang bergolak. Dalam pada itu, tambah Norman, dia juga meminta orang ramai untuk berdoa agar pasangan berkenaan dapat menyelesaikan masalah dengan sebaik mungkin. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, bernikah dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, pemuda yang 12 tahun lebih muda daripadanya pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Sebelum itu Abby pernah berkahwin dengan Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak. Norman kini suami kepada pelakon Memey Suhaiza. posted@malaysiasensasi.net |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment