(12 GAMBAR)Rambut Merah Tiz Zaqyah Curi Tumpuan Peminat
(12 GAMBAR)Rambut Merah Tiz Zaqyah Curi Tumpuan Peminat |
- (12 GAMBAR)Rambut Merah Tiz Zaqyah Curi Tumpuan Peminat
- Mak Mah Nafi Perkahwinan Tidak Direstui Oleh Anak-Anak
- (13 GAMBAR)Jelita Clarissa, Puteri Sulung Beego & Linda Hashim
- Kalau Tidak Nampak, Sila Pakai Kanta – Rozita Che Wan
(12 GAMBAR)Rambut Merah Tiz Zaqyah Curi Tumpuan Peminat Posted: 20 May 2014 01:17 AM PDT Tiz Zaqyah memang sudah cantik orangnya. Apabila pelakon ini mewarnakan rambutnya kepada warna merah, makin bertambah cantik jadinya. Memang lebih terserlah ke”hot”an Tiz. Memang rambut merah sangat-sangat sesuai dengan Tiz. Nampak lebih matang, seksi dan bergaya. Seperti biasa ada peminat yang menyukai dan kurang menggemari penampilan baru Tiz Zaqyah ini. Bagi Abang Nara, ini satu percubaan berani dan ia ternyata menjadi. Kebanyakan peminat melahirkan rasa teruja melihat imej terbaru Tiz. Abang Nara pun suka. Thumbs up!!! Diharap Tiz akan lama sikit dengan rambut merah ini. Lagi beberapa gambar Tiz Zaqyah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Mak Mah Nafi Perkahwinan Tidak Direstui Oleh Anak-Anak Posted: 19 May 2014 10:56 PM PDT Baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan seorang peneroka Felda minggu lalu, timbul desas-desus bahawa perkahwinan Ruminah Sidek (Mak Mah) kali ini tidak direstui oleh anak-anaknya. Salah seorang daripada anak Mak Mah iaitu Adlin Aman Ramli yang menggelar bapa tiri barunya itu sebagai “suami baru mak” menimbulkan persoalan. Ditambah pula Adlin meninggalkan majlis yang masih meriah secara tergesa-gesa menguatkan lagi desas-desus itu. Malah anak bongsu Mak Mah juga tidak hadir dipercayai kerana sebab peribadi dan tidak merestui perkahwinan tersebut. Namun Mak Mah menafikan desas-desus ini dan menganggap pihak tertentu sengaja menyebaarkan cerita berdasarkan tanggapan masing-masing yang tidak mengetahui hal sebenar. Kata Mak Mah menerusi Harian Metro:-
Hmmmm. Restu atau tidak, perkahwinan ini telah sah dan Mak Mah kini adalah isteri kepada Al Fatah. Nak tak nak anak-anak Mak Mah kenalah belajar menerima kehidupan “ayah baru”. Apa pun diharap perkara ini tidak betul dan perkahwinan Mak Mah direstui oleh semua pihak terutamanya anak-anak Mak Mah sendiri. Semoga Mak Mah berbahagia bersama suami tercinta. Baca Yang Ini Pulak:- |
(13 GAMBAR)Jelita Clarissa, Puteri Sulung Beego & Linda Hashim Posted: 19 May 2014 08:58 PM PDT 23 April lalu, Jelita Clarissa telah hadir dalam kehidupan Beego dan Linda Hashim. Si puteri ini kini telah berusia lebih kurang 2 bulan dan tampak semakin comel. Pastinya Beego dan Linda sibuk melayan keletah anak sulung mereka ini. Daripada pemerhatian Abang Nara, kulit Jelita Clarissa putih melepak macam ibunya. Semoga Jelita Clarissa membesar dengan sihat dan sempurna. Bila dewasa nanti akan menjadi insan yang berguna kepada kedua ibu bapa, agama dan bangsa. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar si comel ini dengan membaca artikel sepenuhnya. Kredit gambar Ryaniez Moments Photography.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Kalau Tidak Nampak, Sila Pakai Kanta – Rozita Che Wan Posted: 19 May 2014 08:06 PM PDT Agak kelakar juga sebenarnya Che Ta ini. Ayat-ayat yang dikeluarkan memang membuatkan Abang Nara tersengih seperti kerang busuk. Dihimpit kontroversi gambar seolah-olah bercium dengan suaminya, Zain Saidin di Paris baru-baru ini, Rozita Che Wan tampil membuat penjelasan dan menafikan yang mereka berdua bercium. Secara jujur, pada pandangan mata Abang Nara yang agak kabur ini, sekali pandang memang nampak macam mereka berdua sedang bercium. Berkata kepada Kosmo, Che Ta memaklumkan yang gambar tersebut hanyalah dirinya memandang suami pada jarak dekat. Terang pelakon ini:-
Apabila hampir kesemua gambar yang dikongsi olehnya mendapat kritikan dan kutukan daripad peminat, pasti ada yang menyangka Che Ta akan serik untuk memuat naik lagi gambar dirinya selepas ini. Namun Che Ta menjelaskan yang dia akan terus berkongsi gambar. Kata Che Ta lagi:-
Betul kata Che Ta itu. Kadang-kadang orang kongsi gambar kucing pun kena kutuk juga. Jadi kalau nak pedulikan kata-kata orang lain, memang apa-apa jenis gambar pun tak boleh kongsi. Diharap Che Ta terus berkongsi gambar-gambar dirinya untuk tatapan para peminat. Yang penting, sebelum muat naik, periksa dulu gambar tersebut takut-takut terlebih “over” dan tidak sesuai untuk tatapan umum. Tak gitu? P.S: GST bantu turunkan harga kereta? Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment