Kontroversi Fesyen Ikut Kemampuan, Pengurusan FB Mawar Fareeda Mohon Maaf
Kontroversi Fesyen Ikut Kemampuan, Pengurusan FB Mawar Fareeda Mohon Maaf |
- Kontroversi Fesyen Ikut Kemampuan, Pengurusan FB Mawar Fareeda Mohon Maaf
- Jom Sarapan Pagi Bersama-sama Di MALAYSIA Breakfast Day 2014 20 April Ini
- Hot FM AM Krew Tawar RM50,000 Untuk Para Pendengarnya
- Jangan Hina Isteri Saya – Fizo Omar
- Audi R8 Pilihan Ammar Effendy, Anak Rozita Che Wan
- Bella Dally Kini Sudah Berhijrah Memakai Tudung Sepenuhnya?
Kontroversi Fesyen Ikut Kemampuan, Pengurusan FB Mawar Fareeda Mohon Maaf Posted: 11 Apr 2014 05:34 AM PDT Ya kalau anda mengikuti perkembangan dunia fesyen tempatan, pastinya anda mengetahui kontroversi fesyen ikut kemampuan yang sedang hangat diperkatakan. Kenyataan tersebut telah dikeluarkan menerusi akaun Facebook Mawar Fareeda, sekaligus menimbulkan rasa kurang senang orang ramai. Oleh kerana kontroversi ini, nama baik isteri Fizo Omar ini sedikit sebanyak terpalit dan tercemar. Bagi Abang Nara, kenyataan tersebut memang benar lebih-lebih lagi di kala rakyat Malaysia dibebani hutang kad kredit kerana berbelanja sesuka hati. Namun begitu mungkin nada tulisan tersebut agak “keras” menyebabkan banyak pihak terasa hati. Hari ini, pihak pengurusan Facebook Mawar Fareeda tampil memohon maaf. Semoga dengan penerangan tersebut, nama baik Mawar dapat dibersihkan. Secara jujur, pihak pengurusan Facebook Mawar Fareeda harus lebih berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang kenyataan kerana mereka membawa nama Mawar secara tidak langsung. Semoga kontroversi ini menjadi pengajaran. P.S: Comel nya kucing ber”selfie” Baca Yang Ini Pulak:- |
Jom Sarapan Pagi Bersama-sama Di MALAYSIA Breakfast Day 2014 20 April Ini Posted: 10 Apr 2014 11:46 PM PDT Tahukah anda apakah permulaan hari yang baik untuk setiap manusia di muka bumi ini tanpa mengira bangsa, agama dan warganegara? Ya jawapannya tak lain tak bukan ialah sarapan pagi. Sesungguhnya sarapan pagi amat penting untuk memberikan tenaga kepada kita untuk mengharungi segala cabaran dan kerja yang akan dilakukan sepanjang hari. Tanpa sarapan, badan kita akan lesu, minda kita akan tidak cerdas dan akan rasa "bad mood" sepanjang hari. Walaupun kadang-kadang terlepas juga untuk bersarapan, sejak kebelakangan ini Abang Nara akan pastikan sekurang-kurangnya meminum MILO panas dan roti kosong sebelum memulakan apa-apa kerja. Walaupun nampak "simple", memang banyak perbezaan yang ketara apabila Abang Nara bersarapan. Rasa lebih ceria, tak rasa nak marah kerana lapar dan lebih bertenaga untuk siapkan anak Abang Nara ke "playschool"nya. Memang diri ini terasa lebih positif apabila memulakan hari dengan sarapan pagi. Abang Nara lihat kesedaran orang ramai mengenai kepentingan bersarapan pagi semakin meningkat selepas penganjuran MILO Breakfast Movement pada tahun lalu. Tahun ini, MILO sekali lagi kembali dengan aktiviti MALAYSIA Breakfast Day 2014 pada 20 April ini di PUTRAJAYA untuk memastikan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sarapan semakin bertambah. Kali ini aktiviti yang bakal dianjurkan pasti lebih meriah, lebih menarik dan paling penting, sarapan pagi akan disediakan untuk mereka yang hadir. Tahun lepas Abang Nara turut menghadiri acara MILO Breakfast Movement di UPM. Agak menyesal juga kerana tidak turut serta dalam acara larian yang dianjurkan. Walaupun sekadar memerhati, Abang Nara dapat rasakan keseronokan mereka yang berlari mengeliling UPM. Tenaga yang ada selepas bersarapan pagi haruslah dikeluarkan. Tak gitu? Untuk tidak menyesal sekali lagi, tahun ini Abang Nara akan pastikan turut sama berlari bersama ribuan rakyat Malaysia di MALAYSIA Breakfast Day 2014. Kali ini Abang Nara rancang untuk membawa isteri dan anak tercinta untuk merasai sendiri kemeriahan MALAYSIA Breakfast Day 2014. Tak sabar nak bersarapan bersama-sama ribuan rakyat Malaysia sekaligus memulakan hari dengan "positive energy". Makin ramai yang sertai, makin banyak "positive energy" yang akan terhasil. Kalau pagi-pagi dah ceria dan gembira, sudah tentu sepanjang hari pun kita akan sentiasa bersemangat. Tak gitu? Ajaklah kaum keluarga, sahabat handai, rakan-rakan dan saudara mara untuk bersarapan pagi bersama-sama dan memulakan hari dengan "positive energy" di Putrajaya pada 20 April ini bersempena MALAYSIA Breakfast Day 2014. Sarapan ramai-ramai sudah tentu lebih menyeronokkan. Lebih-lebih bila dapat minum MILO panas daripada lori MILO. Pergh!!! Tak dapat bayang kelazatannya. Untuk maklumat lanjut, layari www.milo.com.my/breakfast. Baca Yang Ini Pulak:- |
Hot FM AM Krew Tawar RM50,000 Untuk Para Pendengarnya Posted: 10 Apr 2014 11:34 PM PDT Hot FM bakal menawarkan RM50,000 kepada pendengar stesen tersebut bermula 7 April 2014 ini melalui kempen Kunci AM Krew. Melalui ruang frekuensi Hot FM, pendengar hanya perlu menantikan isyarat panggilan yang bakal kedengaran pada waktu- waktu tertentu sepanjang hari dan sekiranya mereka adalah pendengar ke lapan (8), mereka dikehendaki menjawab satu soalan mudah daripada Hot FM AM KREW. Dengan menjawab dengan tepat, satu kunci akan diberikan kepada mereka di mana mereka berpeluang untuk memenangi hadiah utama bernilai RM50,000 nanti. Selain itu, saguhati sebanyak RM100 juga akan diberikan kepada pendengar yang berjaya menjawab dengan tepat. Namun sekiranya mereka merupakan pemanggil ke lapan di waktu bonus, selain kunci, mereka akan membawa pulang RM500. Tidak tertumpu kepada tetuang udara Hot FM, kali ini kempen ini diperluaskan melalui pelbagai medium seperti laman sosial rasmi stesen itu iaitu melalui akaun Instagram, Facebook serta Twitter – @hotfm976. Bagi mereka yang aktif, mereka juga boleh mengejar rakan Hot FM Jazz Hybrid Zoomerz pada waktu-waktu tertentu. Manakala bagi mereka yang lebih suka menonton televisyen, mereka juga berpeluang memenangi kunci tersebut melalui saluran geng TV Hot FM iaitu TV3 dan TV9.
Teruskan mendengar Hot FM bagi mendapatkan informasi terkini mengenai kempen ini. Pedengar juga disarankan untuk melayari laman web rasmi Hot FM bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam kempen ini. Kata KUNCInya, bersedialah menjadi pemanggil ke lapan untuk melayakkan diri menjadi pemegang kunci yang bakal menjadikan hadiah utama RM50,000 milik anda! Segalanya bermula pada 7 April ini shingga 25 April 2014. Baca Yang Ini Pulak:- |
Jangan Hina Isteri Saya – Fizo Omar Posted: 10 Apr 2014 07:37 PM PDT Selepas satu rampasan yang dilakukan oleh Fareeda baru-baru ini, jenama tudung ini semakin hangat diperkatakan. Ada yang bersetuju dan tak kurang ramai yang membantah tindakan tersebut sehingga mencetuskan kontroversi. Bagi Abang Nara ia satu langkah yang harus dilakukan kerana hakcipta Fareeda telah dilanggar oleh pihak lain. Peliknya, isteri Fizo Omar, Mawar turut sama terkena tempias kritikan dan cemuhan daripada mereka yang tidak bersetuju dengan rampasan tersebut. Antara komen-komen yang diterima oleh Fizo di akaun sosialnya ialah “Mawar tidak menutup aurat sepenuhnya“, “Fizo tanggung dosa bini” dan macam-macam lagi. Tampil membela isterinya, Fizo berkata kepada Mstar Online:-
Betul juga kata Fizo Omar itu mengenai ramai wanita yang sudah bertudung kerana Fareeda. Abang Nara tengok tudung Fareeda ini sudah menjadi satu fenomena di kalangan wanita Malaysia. Semua orang berebut-rebut nak membelinya. Fizo juga turut melahirkan rasa kekecewaan dengan komen-komen yang diterima di akaun Instagramya:-
Baca Yang Ini Pulak:- |
Audi R8 Pilihan Ammar Effendy, Anak Rozita Che Wan Posted: 10 Apr 2014 06:45 PM PDT Tidak pernah terlintas di hati ini untuk memiliki Audi R8. Apabila melihat kelibat kereta ini di atas jalan, memang kagum dibuatnya. Sporty, laju dan pastinya menyerlahkan kemachoan si pemandu. Inilah kereta pilihan Ammar Effendy, anak Rozita Che Wan sebagai hadiah keputusan cemerlang SPMnya. Untungnya menjadi anak Che Ta!!! Namun buat masa ini, Ammar sendiri tidak mengetahui kereta apakah yang bakal dibeli oleh emaknya. Pasti Ammar pun berdebar-debar. Paling koman mesti BMW punya. Takkanlah Che Ta nak beli Myvi pulak kan? Kata Ammar menerusi Mstar Online:-
Audi R8 adalah satu pilihan bijak dan sangat sesuai dengan usia Ammar yang meningkat remaja. Jangan bawa laju-laju sangat. Pastikan mengikut peraturan yang ditetapkan. Lepas itu kalau terjumpa Abang Nara, jangan lupa ajak duduk sebelah. Nak gak merasa kerusi empuk Audi R8. Hehehe. Apa pun, tahniah atas hadiah yang sangat “awesome” ini. P.S: UMW Toyota panggil semula beberapa model keretanya Baca Yang Ini Pulak:- |
Bella Dally Kini Sudah Berhijrah Memakai Tudung Sepenuhnya? Posted: 10 Apr 2014 05:33 PM PDT Agak terkejut juga apabila Abang Nara mendapat informasi ini daripada KakJulaJuli. Dengan segera Abang Nara meng”skodeng” Instagram Bella Dally dan mendapati memang benar apa yang diberitahu, bekas kekasih Nazim Othman telah membuang semua gambarnya yang menampakkan tudung dan kini tampil bertudung. Adakah Bella Dally sudah berhijrah sepenuhnya? Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment