Gambar Terkini Emma Maembong Buat Lelaki Resah
Gambar Terkini Emma Maembong Buat Lelaki Resah
Ultimate Warrior Disahkan Mati Video Wanita Tanpa Bra Mengamuk Di McDonalds
GAMBAR: Evo10 PDRM Kejar Evo7 Sampai Terbalik Di MRR2
Trafik Google+ Lebih Berkualiti Dari Facebook
Gaji Pengasas Facebook Hanya $1 Pada Tahun 2013
Elfira Borong Kain RM20,000 Di India
Gambar Terkini Emma Maembong Buat Lelaki Resah
Gambar Terkini Emma Maembong Buat Lelaki Resah - Merupakan anak kesembilan daripada sebelas adik-beradik, Emma merupakan antara individu yang paling bertuah dapat bergelar pelakon di usia muda bersama adiknya, Cha Cha Maembong.
Emma dilahirkan pada 27 Mac 1992 (22 tahun) dan bakatnya mula dikesan selepas membintangi watak Munirah dalam drama Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima. Namun, beliau banyak kali dikritik peminat kerana kualiti lakonan yang agak kayu dan kaku.
Mengenai pendidikan yang diterima kekasih Zizan Razak itu, Emma memberitahu hanya bersekolah sehingga Tingkatan 2 dan selepas itu terperap di rumah untuk melakukan kerja-kerja rumah. Mari layan tiga keping gambar terkini Emma Maembong yang sangat memukau dan menakjubkan.
Ultimate Warrior Disahkan Mati
Posted: 09 Apr 2014 02:39 PM PDT
Ultimate Warrior Disahkan Mati | Bintang gusti terkenal, Jim Hellwig atau lebih dikenali sebagai Ultimate Warrior meninggal dunia kelmarin selepas dia terjatuh ketika berjalan ke keretanya di sebuah hotel di Arizona.
World Wrestling Entertainment (WWE) dalam satu kenyataan kelmarin mengumumkan kematian ahli gusti berusia 54 tahun itu.
Hellwig ( Ultimate Warrior ) meninggal dunia selepas dia diiktiraf antara jaguh gusti terhebat di WWE Hall of Fame di New Orleans pada Sabtu lalu.
Portal hiburan. TMZ.com melaporkan, dia pengsan kira-kira pukul 5.50 petang waktu tempatan ketika berjalan ke keretanya di sebuah hotel di Arizona pada Selasa lalu.
Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital berhampiran.
Hellwig memulakan kariernya pada tahun 1987 dan menjadi antara bintang gusti terkenal apabila menjadi Juara WWE selepas menewaskan Hulk Hogan pada tahun 1990.
Ahli gusti yang mempunyai ketinggian 1.88 meter dan berat 127 kilogram itu terkenal dengan aksi rambutnya yang panjang dan muka yang dicat ketika berada di dalam gelanggang. – Agensi
Video Wanita Tanpa Bra Mengamuk Di McDonalds
Posted: 09 Apr 2014 01:20 PM PDT
Video Wanita Tanpa Bra Mengamuk Di McDonalds | Kejadian dipercayai berlaku di Mcdonalds St Petersburg, Florida, Amerika Syarikat.
Rakaman adalah dari kemera keselamatan restoran berkenaan.
Entah apa la yang dia marah sangat…atau sedang berhalusinasi kot sehingga pekerja-pekerja lelaki restoran tu pun hanya mampu melihat dan tidak mampu bertindak malah tergamam dengan aksi wanita tersebut.
Dalam video di bawah, wanita berkenaan selain menghancurkan barangan, turut memakan ais krim dari mesin.
Lebih menarik kalau menonton video ini adalah suara gelak ketawa krew Mcdonalds ketika menonton kembali kejadian itu.
GAMBAR: Evo10 PDRM Kejar Evo7 Sampai Terbalik Di MRR2
Posted: 09 Apr 2014 01:03 PM PDT
GAMBAR: Evo10 PDRM Kejar Evo7 Sampai Terbalik Di MRR2 | HebatEVO7 PDRM, Tak sia-sia anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dibekalkan dengan kereta peronda polis (MPV) jenis Mitsubishi Evolution-X (Evo-10).
Dalam kejadian semalam, anggota polis yang memandu Evo10 telah berjaya memintas sebuah kereta dipandu suspek yang disyaki mempunyai rekod jenayah.
Suspek yang menaiki kereta Evo7 pada mulanya cuba melarikan diri dengan memecut laju sebaik dikesan di Taman Connaught menuju ke Taman Bakti, Ampang.
Namun usaha itu tidak berjaya dan berakhir apabila kereta tersebut akhirnya terbabas dan terbalik di MRR2.
Pemandu lelaki dan tiga penumpang wanita di dalam kereta tersebut kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut.
suspek ditahan dan buat muka sedih minta simpati
Plat nombor kereta Evo7 yang digunakan suspek turut disahkan palsu. (Mynewshub)
Trafik Google+ Lebih Berkualiti Dari Facebook
Posted: 09 Apr 2014 12:33 PM PDT
Trafik Google+ Lebih Berkualiti Dari Facebook | Hari ini, pihak shareaholic telah mengeluarkan satu laporan tentang kadar "engagement" bagi trafik yang datang dari halaman sosial terhadap sesebuah website.
Pihak shareaholic telah mengumpulkan data dari 250 juta pelawat yang melawati rangkaian website mereka selama 6 bulan, iaitu bemula pada bulan September 2013 hingga Februrari 2014.
Berikut adalah hasil analisa data yang diperolehi.
Dari graf yang dipaparkan, dapat dilihat, trafik dari youtube, mempunyai kadar engagement yang sangat tinggi berbanding platform sosial yang lain, dimana, pelawat-pelawat dari youtube akan menghabiskan lebih banyak masa pada sesebuah website (227.82 saat = 3 minit 47 saat) dan kadar bounce rate juga adalah yang paling rendah
Seperti yang diketahui, jumlah trafik dari Google+ & LinkedIn sememangnya agak kurang jika mahu dibandingkan dengan facebook. Namun begitu, jika dilihat dari segi kualiti (engagement) , trafik dari Google+ dan Linked In menghabiskan lebih banyak masa di sesebuah website berbanding trafik dari Facebook yang hanya akan melawat sesebuah website selama 127.44 saat sahaja ( 2 minit 7 saat)
Dengan data yang dikeluarkan oleh pihak ShareAHolic ini, mungkin para usahawan online boleh mempertimbangkan untuk memperuntukan lebih banyak usaha menarik trafik dari Youtube dan Google+ pula selepas ini.
Gaji Pengasas Facebook Hanya $1 Pada Tahun 2013
Posted: 09 Apr 2014 11:23 AM PDT
Gaji Pengasas Facebook Hanya $1 Pada Tahun 2013 | Menurut laporan kewangan yang telah dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti kepada semua pemegang saham facebook pada hari ini, ia menyatakan, bayaran gaji kepada Mark Zuckerberg (pengasas facebook) untuk tahun 2013 hanyalah sebanyak $1 (~RM3.50) sahaja.
Ianya sama seperti bayaran yang pernah diterima oleh Steve Job (Pengasas Apple), Sergey Brin & Larry Page (Pengasas Google) yang hanya mengambil $1 sebagai gaji tahunan mereka.
Sebagai pemilik kepada sebuah syarikat yang bernilai berbilion dollar, "gaji" sudah menjadi suatu perkara yang tidak penting lagi. Bagi tokoh-tokoh teknologi di Silicon Valley, mengambil gaji $1 dari syarikat anda, adalah merupakan satu tanda bahawa anda adalah seorang yang benar-benar sudah berjaya.
Namun begitu, menurut laporan tersebut juga, secara kesuluruhannya, Mark Zuckerberg menjana pendapatan sebanyak $653,165 di mana, sebahagian besar bayaran tersebut adalah merupakan bayaran elaun bagi penerbangan peribadi serta bayaran program keselamatan beliau.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Facebook, Sheryl Sandberg dibayar sebanyak $ 16.2 juta dan CFO Facebook, David Ebersman pula dibayar sebanyak $ 10.5 juta sebagai bayaran keseluruhan gaji mereka untuk tahun 2013.
Pada usia 29 tahun hari ini, kekayaan Mark Zuckerberg dianggarkan bernilai $27 billion dan beliau memegang saham di Facebook sebanyak 61.6%. Sebagai pemegang saham terbesar, aa membolehkan beliau menggunakan kuasa veto di dalam membuat keputusan-keputusan dalam syarikat seperti membeli WhatsApp pada harga $19 billion dan juga Oculus dengan harga $2 billion pada minggu lepas .
Bagaimana dia sara hidup dengan USD 1 dollar :
Banyak cara dia boleh hidup tanpa gaji.
1. Guna elaun sahaja.. Gaji asas dia hanya $1 dollar, tapi elaun dia $653,165.
2. Dia memiliki 61.6% saham facebook (lebih kurang 15 juta unit saham). So, dia boleh jual saham dia beberapa unit sahaja untuk tampung kehidupan dia. Saham facebook sekarang 1 unit = $62 , hanya perlu jual 10,000 unit ($620,000) sahaja dah cukup untuk cover kos perbelanjaan setahun.
3. Menggunakan wang simpanan. Takkanlah orang kaya tiada duit simpanan, paling koman pun, mesti ada 1 billion dalam akaun bank dia
Elfira Borong Kain RM20,000 Di India
Posted: 09 Apr 2014 10:11 AM PDT
Elfira Borong Kain RM20,000 Di India | Pelakon Elfira Loy tidak lokek berbelanja sehingga mencecah kira-kira RM20,000 untuk membeli pelbagai fabrik mewah dan produk kecantikan ketika melancong ke Kochi, India baru-baru ini.
Menurut Elfira, 20, minatnya terhadap kecantikan menyebabkan dia sanggup mengeluarkan perbelanjaan berjumlah ribuan ringgit bagi membeli sesuatu produk mengikut cita rasa dan penampilannya.
“Setiap kali pergi melancong, saya pasti akan membeli kain dan barang kecantikan diri. Itu perkara wajib yang akan saya bawa pulang.
“Jadi apabila berpeluang ke India, pastinya kain sari adalah sasaran saya. Malah saya turut membeli sepasang busana yang dikenali sebagai ‘lehenga’ berharga kira-kira RM4,000,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Elfira perbelanjaannya itu sangat berbaloi jika dia mahu mendapatkan fabrik dari kualiti yang sama dalam pasaran tempatan.
“Kalau di Malaysia harga sepasang ‘lehenga’ kira-kira RM7,000. Jadi saya jimat banyak apabila berbelanja di India. Malah kualiti dan hasil kerja tangannya juga sangat cantik dan kemas,” katanya.
Terang Elfira, ‘lehenga’ merupakan gaun labuh yang dihiasi sulaman tangan merupakan pakaian tradisional wanita India khususnya ketika menyambut perayaan.
Elfira turut memberitahu, peluang berbelanja itu dilakukan kerana dia bertuah selepas mendapat tawaran mengikuti lawatan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia ke Kochi selama tiga hari bagi mempromosikan produk pelancongan di daerah itu.
Turut serta dalam lawatan tersebut ialah dua lagi adiknya yang juga pelakon, Ezlisa Loy dan Ezzrin Loy serta ibu mereka, Filzah Yusoff yang bertindak sebagai pengurus.
Mengulas mengenai kunjungannya ke Kochi dan Kerala, Elfira berkata dia teruja melihat sendiri aktiviti menangkap ikan secara tradisional menggunakan ‘pukat Cina’.
“Ini pengalaman yang paling seronok ketika di Kochi. Bukan sahaja dapat melihat sendiri gaya hidup masyarakat setempat, malah saya dan adik-adik berpeluang mencuba menangkap ikan menggunakan pukat itu,” katanya.
Selain itu pengalaman menaiki ‘rumah bot’ menyusuri kawasan tasik berlatarbelakangkan kawasan perkampungan penduduk tempatan merupakan pengalaman istimewa yang tidak pernah dirasai.
“Walaupun perjalanan untuk ke destinasi itu mengambil masa yang lama, namun pakej yang disediakan termasuk makan tengahari di dalam bot cukup untuk saya melupakan seketika jadual kerja yang padat selama ini,” katanya.
Sementara itu jelas Elfira yang bakal tampil menerusi teater Di Bawah Lindungan Kaabah pada Mei ini, dia gembira apabila diberi peluang untuk bersama-sama AirAsia mengikuti lawatan tersebut terutamanya perjalanan itu disertai ibu dan adik-adiknya.
0 comments:
Post a Comment