Tanya Sari Yanti, Jangan Tanya Saya – Edy Casmadi
Tanya Sari Yanti, Jangan Tanya Saya – Edy Casmadi |
- Tanya Sari Yanti, Jangan Tanya Saya – Edy Casmadi
- Ezliza Loy Dapat 7A Untuk SPM
- Hanez Suraya Nafi Digugurkan Daripada Teater Projek Kahwin
- Saya Suka Sifat Kelelakian Aidil – Zarema
- Kerinduan Erra Fazira Kepada Engku Aleesya Terubat
- Anak Rozita Che Wan Dapat Keputusan Cemerlang SPM
- Kenapa Saya Perlu Malu Untuk Mengandung Di Usia Kini? – Rozita Che Wan
Tanya Sari Yanti, Jangan Tanya Saya – Edy Casmadi Posted: 20 Mar 2014 04:26 AM PDT Susulan tersebarnya berita permohonan cerai yang telah difailkan oleh Sari Yanti pada 25 Februari lalu di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan, suami kepada pelakon cilik ini, Edy Casmadi enggan memberi sebarang ulasan mengenai perkara tersebut. Menurut Edy, dirinya bukan selebriti dan tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengulas mengenai permohonan cerai itu.
Hasil perkahwinan selama 5 tahun, Mohd Edy Casmadi dan Sari Yanti dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2. Semoga ada jalan penyelesaian yang tidak melibatkan penceraian dapat dicapai oleh pasangan suami isteri ini. Sama-samalah kita doakan. Apa pun, fikirkanlah anak-anak sebelum membuat sebarang keputusan. Baca Yang Ini Pulak:- |
Posted: 20 Mar 2014 03:58 AM PDT Wow. Memang budak-budak zaman sekarang makin pandai nampak gayanya. Adik kepada pelakon popular, Elfira Loy iaitu Ezliza Loy adalah salah seorang yang mengambil keputusan SPM hari ini. Jutaan tahniah diucapkan kepada Ezlila kerana berjaya mendapat keputusan cemerlang iaitu 7A. Bukan calang-calang orang boleh dapat keputusan sebegini. Berita gembira ini telah pun dikongsikan oleh Ezliza Loy sendiri menerusi laman sosialnya. Pasti ahli keluarga Ezliza bangga dengan keputusan cemerlang ini. Dengar ceritanya Ezliza ingin menyambung pelajaran ke luar negara. Semoga cita-cita tersebut akan tercapai. Tahniah sekali lagi!!! Baca Yang Ini Pulak:- |
Hanez Suraya Nafi Digugurkan Daripada Teater Projek Kahwin Posted: 19 Mar 2014 11:07 PM PDT Ada pihak yang membuat ancaman untuk memboikot dan membaling telur kepada Hanez Suraya ketika berlangsungnya teater Projek Kahwin yang melibatkan pelakon kontroversi ini. Susulan ancaman tersebut, desas-desus menyatakan Hanez telah pun digugurkan daripada teater itu mula tersebar. Untuk makluman, teater Projek Kahwin akan dipentaskan di Istana Budaya pada bulan Jun ini. Menerusi Harian Metro hari ini, Hanez Suraya menafikan desas-desus pengguguran tersebut. Kata Hanez:-
Menurut Hanez lagi, kecaman dan serangan berterus yang dilakukan terhadapnya adalah provokasi daripada pihak tertentu. Kata Hanez:-
Gigih sungguh mereka yang menyerang dan mengecam Hanez Suraya berterusan sampai ke hari ini. Kagum juga Abang Nara dibuatnya. Namun jangan sampai lebih-lebih sangat sudahlah. Nanti Hanez saman nanti diri anda juga yang susah. Apa pun, jangan lupa saksikan Hanez dan para pelakon lain yang bakal beraksi di teater Projek Kahwin nanti. Baca Yang Ini Pulak:- |
Saya Suka Sifat Kelelakian Aidil – Zarema Posted: 19 Mar 2014 10:53 PM PDT Menarik sungguh artikel mengenai Aidil Zafuan dan Zarema Zainal di Berita Harian hari ini. Tersenyum Abang Nara membacanya. Mana tidaknya, detik-detik pertemuan mereka berdua turut dikongsikan untuk tatapan para peminat. Malah Aidil dan Zarema turut berharap agar dikurniakan anak yang ramai untuk memeriahkan lagi keluarga mereka. Rupa-rupanya Aidil mengenali abang Zarema terlebih dahulu sebelum berkenalan dengan isterinya itu. Cerita Aidil:-
Romantik juga kan detik pertemuan mereka? Tambah romantis apabila Aidil bercerita mengenai apa yang membuatkan dirinya tertarik kepada Zarema. Kata Aidil lagi:-
Apabila ditanya apakah sikap Aidil yang membuatkan dirinya jatuh cinta kepada pemain bola sepak ini, Zarema berkata:-
Insya Allah perkahwinan yang dibina oleh Aidil dan Zarema akan berkekalan ke akhir hayat dan ditemani dengan cahaya mata yang ramai. Sama-samalah kita doakan. Abang Nara suka melihat pasangan ini. Memang sama cantik dan sama padan. Selamat melayari bahtera rumahtangga dan semoga cepat menerima berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga. Insya Allah. P.S: Sedikit sebanyak tentang Diego Garcia Baca Yang Ini Pulak:- |
Kerinduan Erra Fazira Kepada Engku Aleesya Terubat Posted: 19 Mar 2014 10:04 PM PDT Terharunya Abang Nara melihat gambar Erra Fazira memeluk erat anaknya, Engku Aleesya. Kalau tak silap, inilah kali pertama mereka bertemu sejak kes penceraian Erra dengan suaminya, Engku Emran. Memang confirm rindu tahap tertinggi punya. Itu yang peluk sekuat hati itu. Gambar mesra ini telah dikongsikan oleh Erra menerusi akaun Instagramnya dengan caption ” Love of my life. of my life..! Mom miss u always sayang….”. Para pengikut Erra juga turut memberikan komen yang menyatakan keterharuan mereka melihat kemesraan anak beranak ini. Apa pun, semoga hubungan Erra dan Engku Aleesya semakin mesra walaupun dengan pelbagai rintangan yang mendatang. Sama-samalah kita doakan. Baca Yang Ini Pulak:- |
Anak Rozita Che Wan Dapat Keputusan Cemerlang SPM Posted: 19 Mar 2014 09:22 PM PDT Masih bercerita tentang Rozita Che Wan. Hari ini ialah hari keputusan SPM diumumkan. Teringat kenangan Abang Nara mengambil keputusan SPM satu ketika dahulu. Memang jantung berdebar-debar. Seminggu sebelum asyik termimpi-mimpi. Malam sebelum memang tak boleh tidur. Cuak sepanjang masa. Salah seorang daripada ribuan yang mengambil keputusan SPM hari ini ialah anak sulung Rozita Che Wan, Ameer Effendy. Selaku seorang ibu, pastinya Che Ta mahukan keputusan cemerlang buat anaknya. Ternyata ia menjadi kenyataan. Che Ta telah berkongsi gambar keputusan SPM anaknya di akaun Instagramnya. Penuh dengan A. Tahniah!!! Pastinya lebih mudah untuk anak Rozita Che Wan memohon universiti dalam dan luar negara dengan keputusan sebegini. Fikir elok-elok sebelum buat sebarang keputusan. Apa pun, tahniah diucapkan. Tahniah juga kepada Che Ta kerana kejayaan anaknya ini. Jangan lupa bagi hadiah yang best-best!!! P.S: Bayi terberat di Colombia Baca Yang Ini Pulak:- |
Kenapa Saya Perlu Malu Untuk Mengandung Di Usia Kini? – Rozita Che Wan Posted: 19 Mar 2014 09:03 PM PDT Tiada apa yang perlu dimalukan dengan kehamilan walaupun sudah mencecah usia 40an. Anak ialah satu anugerah paling berharga yang boleh hadir dalam kehidupan suami isteri. Kesian juga Abang Nara terhadap Rozita Che Wan apabila ada pihak yang mempertikaikan kehamilannya. Mungkin pihak tersebut cemburu dengan rezeki yang dikurniakan olehNya kepada Che Ta. Pelik-pelik kan manusia zaman sekarang? Sepatutnya kita sebagai manusia biasa turut sama berkongsi rasa gembira atas kehamilan Che Ta ini. Kata Rozita kepada Utusan Malaysia:-
Telah memilih nama Muhammad Ali atau Aishah untuk bakal anak yang dilahirkan, Abang Nara tersenyum lebar membaca kisah keterujaan Zain Saidin di kala awal-awal kehamilan isterinya. Comel sangat-sangat. Kata Che Ta lagi:-
Semoga segalanya berjalan lancar buat Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Pastinya mereka berdua sedang teruja sangat-sangat sekarang ini. Awal-awal kehamilan ini lebih baik banyak berehat dan elakkan buat kerja berat. Insya Allah semuanya akan selamat. Tak sabar nak menatap wajah comel anak mereka kelak. P.S: Mazda 3 SkyActiv dilancarkan Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment