Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
Posted: 30 Jan 2014 08:30 AM PST Kandungan rencana ini tidak memetik sumber rujukan dan memerlukan pengesahan. Pembaca dinasihatkan membuat pertimbangan sendiri. Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah. Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian. Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi di dalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan. Asal-usul Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul orang bunian, antaranya adalah mereka adalah dari keturunan jin. Pendapat kedua menyatakan mereka adalah hasil perkahwinan antara manusia dengan jin. Hubungan dengan manusia Oleh kerana orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah menghairankan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikannya kerana perbezaan bagi manusia (berasal dari unsur tanah) dan bunian (berasal dari unsur api). Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin kembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaitu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa. Orang Bunian Sungai Tekali Pada Julai 1998, satu tapak perkhemahan baru telah dibina di Kampung Sungai Tekali, daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Tapak perkhemahan ini adalah milik Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Perkhemahan yang pertama kali itu ialah Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri Selangor. Segelintir penduduk kampung percaya dan melihat 3 orang (?) bunian mandi dalam anak sungai di tapak itu. Seperti biasa majlis bacaan Yassin diadakan pada hari pertama perkhemahan. Pada malam 'Night Walk' yang dikendalikan oleh Askar Briged Tengah, dua orang peserta telah 'hilang' dan seperti kerasukan selama beberapa bulan. [perlu rujukan] Kejadian ini dikaitkan dengan orang bunian. Kini tapak perkhemahan itu telah 'bersih' dan tidak lagi kedengaran cerita-cerita seumpama itu. Pemakaian Bunian Wanita Di Malaysia,berbeza dengan bunian lelaki yang mempunyai pakaian yang pelbagai, bunian wanita sering didapati memakai baju kebaya dan berselendang dikepala. Bunian wanita juga selalunya mengikat rambut gaya siput dua dikepala. Bunian tidak memakai tudung tertutup rapi ataupun labuh. Di sekitar benua Eropah pula, bunian wanita sering dilihat berpakaian gaun tertutup bewarna putih atau warna lusuh dengan mahkota yang diperbuat dari ranting kayu yang melilit dan terdapat bunga-bunga kecil pada ranting tersebut. |
Itu Bukan Mat Kilau, Tok Gajah dan Mat Lela Posted: 30 Jan 2014 08:30 AM PST Selama berpuluh-puluh tahun gambar Raja-Raja Melayu yang bermesyuarat buat kali pertama di Astana Negara, Kuala Kangsar, Perak telah disalahtafsir, tanpa teguran oleh pihak yang bertanggunjawab. Seperti Arkib Negara dan Muzium Negara. Kesalahan besar yang paling mengarut dan tidak boleh diterima dalam gambar ini ialah keberadaan pahlawan-pahlawan Pahang yang menentang penjajahan British. Tokoh-tokoh Pahang yang dimaksudkan ialah Tok Gajah, Tok Bahaman, Mat Kilau dan Mat Lela (anak Datuk Bahaman). Sesiapa yang mengetahui sejarah harus tahu bahawa Perang menentang British di Pahang telah tamat lebih kurang pada pada tahun 1895 dengan berundurnya para pemimpin ulung perjuangan tersebut iaitu Tok Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah ke Terengganu, Kelantan dan Siam. Apakah logik Pahlawan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau yang sudah berundur diri ke luar Pahang pada tahun 1895 tiba-tiba kembali pula mengiringi Sultan Ahmad ke Kuala Kangsar pada tahun 1897 dan boleh pula bergambar dengan Sultan Ahmad yang ketika itu juga tidak menyenangi pahlawan-pahlawan tersebut akibat hasutan British yang Jahat. Sudah diketahui bahawa Britsih dengan angakatan sebenar mana sekalipun tidak mampu untuk menyentuh pahlawan-pahlawan Pahang tersebut sehinggakan sanggup menawarkan ganjaran yang banyak kepada sesiapa yang boleh menangkap mereka. Cuba lihat tokoh yang dianggap sebagai Tok Gajah di dalam gambar tersebut (duduk bersila memakai serban, memikul pedang kerajaan) sebenarnya adalah hulubalang Tuanku Muhammad Negeri Sembilan di samping tokoh yang berserban dan memikul keris panjang kerajaan yang dikatakan sebagai Tok Bahaman (A dan B, lihat gambar). Gambar yang dikatakan sebagai Mat Kilau dan Mat Lela pula (C dan D, lihat gambar) sebenarnya adalah dua daripada "Tiga Kundang" iaitu penjawat Sultan Idris Perak. Tokoh yang duduk bersila di hadapan Sultan Ahmad Pahang, memakai songkok hitam pula dikatakan sebagai almarhum Orang Kaya Haji Lipis (Wan Daud bin Wan Pahang), sedangkan beliau telah kembali ke rahmatullah lapan tahun terdahulu apabila terbunuh ditembak dengan peluru emas pada penghujung tahun 1889. on the 14th, 15th, 16th and 17th Days of July 1897 Yang hadir seperti rekod adalah (perwakilan Pahang) : 1. Sultan Ahmad ibni Bendahara Tun Ali 2. Tengku Ali bin Sultan Ahmad 3. Engku Muda Wan Mansur bin Bendahara Tun Ali 4. Engku Bendahara Sri Maharaja, Engku Ngah bin Engku Tanjung 5. Tuan Mandak Said Ali al-Jufri 6. Imam Perang Indera Mahkota Haji Abdul Halim bin Jaafar 7. Imam Perang Indera Setia Raja Che Samat Inilah sahaja jumlah nama Orang Besar-Besar Pahang yang hadir pada mesyuarat tersebut yang mengiringi Marhum Sultan Ahmad. Yang direkodkan tidak hadir ialah Tengku Mahmud bin Sultan Ahmad.Tidak ada disebut nama Tok Gajah, Mat Kilau, dan Mat Lela. Oleh itu, pendapat yang menyenaraikan "kehadiran" Orang Kaya Haji Wan Daud, Tok Gajah, Tok Bahaman, Mat Kilau, Mat Lela, Mat Kelubi dan sebagainya di dalam gambar beramai-ramai ketika mesyuarat tersebut adalah TIDAK BENAR sama sekali. Inilah gambar Tuanku Muhammad Syah dengan pembesar Negeri Sembilan tahun 1897. Duduk atas kerusi dari kiri: Datuk Klana Ma'amor (Undang Sungai Ujong), Tuanku Muhammad Syah dan Dato' Bidin (Undang Rembau). Perhatikan pembesar/hulubalang yang duduk bersila no.2 dari kiri (inilah tokoh yang selalu disangka sebagai Dato' Bahaman). Perhatikan pula hulubalang yang berdiri di belakang, no.2 dari kanan (ini pula tokoh yang disangka sebagai Tok Gajah). Mereka masih menyandang senjata kebesaran Kerajaan Negeri Sembilan yang sama seperti di DURBAR Kuala Kangsar 14-17 Julai 1897. Kesimpulanya, selepas berundur ke Kelantan, dan Siam. Pahlawan-pahlawan Pahang diketahui ceritanya, kecuali dari mulut ke mulut. Britsih pula, ingin menunjukkan kekuasaanya dengan mengatakan bahawa Mat Kilau telah mati, pada tahun 1985. Sebenarnya beliau masih hidup dan muncul semula di Pahang pada tahun 1969. Tok Gajah telah disahkah meninggal dunia oleh Mat Kilau. Datuk Bahaman pula, tetap menjadi misteri apabila orang tua yang muncul di Kuantan yang dikatakan sebagai Tok Guru Peramu itu adalah sebenarnya Datuk Bahaman. http://malaysiasensasi.blogspot.com/2009/12/siapa-tok-guru-peramu.html http://malaysiasensasi.blogspot.com/2010/01/siapa-tok-guru-peramu-2.html |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment