Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Barnett Lebih Bijak Daripada Einstein
- Lari Pelik Cipta Rekod
- Hotel Ais Ada Penggera Kebakaran
- Keadaan Anak-Anak Syria Kerana Kekejaman Assad Dan Syiah
- Budak Kena Langgar
Barnett Lebih Bijak Daripada Einstein Posted: 16 Nov 2013 06:20 AM PST Seorang Seorang kanak-kanak penghidap autisme, dikatakan memiliki taraf kepintaran dengan IQ 170 melebihi saintis teragung, Albert Eistein. Jacob Barnett, 14, disahkan menghidap sindrom Asperger ketika berusia dua tahun dan dikatakan tidak mungkin boleh bercakap atau membaca buat selama-lamanya. Namun, telahan itu silap apabila Barnett muncul individu paling bijak terutama dalam bidang fizik kuantum dan memiliki Sarjana dari Universiti Indiana-Purdue Indianapolis (IUPUI) pada usia 10 tahun. Kini, beliau sedang meneruskan pengajian memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang sama. Ibunya Kristine Barnett berkata, mereka sekeluarga berusaha mengubati penyakit Barnett. "Saya berharap, dia boleh memberi inspirasi kepada kanak-kanak autisme lain bahawa pada suatu hari nanti mereka juga boleh berjaya," katanya dipetik SundayMail |
Posted: 16 Nov 2013 06:17 AM PST Pelari Jepun memecahkan rekod buku Guiness peribadi bagi larian 100 meter menggunakan tangan dan kaki. Kenichi Ito, 30, berjaya menamatkan larian dengan catatan 16.87 saat berbanding 17.47 saat tahun lalu. Menurut Ito, dia belajar mengenai pergerakan itu melalui buku, video, lawatan ke zoo dan berlatih menggunakan keempat-empat anggota badan itu setiap hari sejak 10 tahun lalu. "Diharap cara larian ini menjadi acara trek utama kelak," katanya dipetik USA Today Sementara itu, wakil rekod buku Guiness, Carlos Martinez hadir bagi menyaksikan percubaan sekali gus mengumumkan rekod terbaru itu. |
Hotel Ais Ada Penggera Kebakaran Posted: 16 Nov 2013 06:12 AM PST Sebuah hotel ais yang dibina pada setiap musim sejuk di utara Sweden akan dipasang dengan alat penggera kebakaran pada tahun ini. Ia akan dipasang di hotel itu yang terletak di bandar Jukkasjaervi selepas pihak berkuasa meminta ia dilengkapi alat berkenaan demi keselamatan para tetamunya. "Pada mulanya, kami berasa sedikit terkejut (permintaan memasang alat itu). Namun, sebab-sebab alat itu dipasang adalah kerana terdapat barang-barang yang boleh terbakar seperti bantal, beg tidur atau kulit rusa kutub," kata jurucakap hotel tersebut, Beatrice Karlsson. Hotel itu akan dibuka pada 6 Disember hingga 13 April depan. Bayaran untuk menginap di hotel ais itu ialah dari 1,900 kronor (RM914.88) hingga 7,500 kronor (RM3,612). Para pelancong akan tidur di dalam hotel tersebut di atas katil ais dengan suhu serendah sehingga - 8 darjah Celsius. - AFP |
Keadaan Anak-Anak Syria Kerana Kekejaman Assad Dan Syiah Posted: 15 Nov 2013 10:44 PM PST Dia adalah antara salah satunya, yang mengalami kekurangan zat makanan dan dehidrasi kronik, tetapi tidak boleh dirawat disebabkan oleh sekatan yang berterusan Al kawasan Ghouta oleh rejim Assad, yang menghalang makanan dan bekalan perubatan ke sana. Ini adalah sebahagian daripada dasar rejim yang sangat sengaja menghukum penduduk awam untuk menuntut kebebasan mereka. PBB dan 'masyarakat antarabangsa', bersama-sama dengan Barat peminat kelab Assad, termasuk George Galloway, Cynthia McKinney, Mairead Maguire dan lain-lain, yang membantu untuk mengekalkan keadaan ini dengan terus menyokong rejim. |
Posted: 15 Nov 2013 06:26 PM PST Peristiwa sadis, gambar kanak-kanak dilanggar bas mini. Banyak lagi gambar ngeri..tapi tak sampai hati nak letak kat sini. Moralnya, kepada ibu bapa, jangan biar anak anda melintas jalan bersendirian. Ajarlah mereka cara melintas yang betul. Kepada pemandu bas, kurangkanlah sikap biadap korang di jalan raya |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment