Powered by Blogger.

(9 GAMBAR)Foto Pra Perkahwinan Farawahida Oleh BicaraLensa

(9 GAMBAR)Foto Pra Perkahwinan Farawahida Oleh BicaraLensa


(9 GAMBAR)Foto Pra Perkahwinan Farawahida Oleh BicaraLensa

Posted: 19 Nov 2013 05:26 AM PST

Tidak lama lagi, Farawahida bakal menamatkan zaman gadisnya dan bergelar isteri orang. Pastinya hati Farawahida sedang berdebar-debar. Tidak ketinggalan mengikuti trend kini, Farawahida telah mengambil foto pra perkahwinan. Menariknya, wajah suami Farawahida tidak didedahkan 100% di dalam mana-mana gambar.

gambar pra perkahwinan farawahida

Mungkin teman lelaki Farawahida malu-malu kucing kerana bakal menjadi suami kepada seorang selebriti. Tak sabar rasanya untuk melihat kekacakan wajah yang berjaya mencuri hati Farawahida. Pasti handsome!!! Abang Nara suka melihat Farawahida dalam persalinan baju traditional kaum India. Lain daripada yang lain.

gambar pra perkahwinan farawahida

Lagi beberapa gambar pra perkahwinan Farawahida dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook BicaraLensa.

gambar pra perkahwinan farawahida
gambar pra perkahwinan farawahida
gambar pra perkahwinan farawahida
gambar pra perkahwinan farawahida
gambar pra perkahwinan farawahida
gambar pra perkahwinan farawahida
gambar pra perkahwinan farawahida

Baca Yang Ini Pulak:-

Perbezaan Drama Melayu Dan Drama Amerika Syarikat

Posted: 18 Nov 2013 09:33 PM PST

Menarik sungguh artikel yang Abang Nara baca di Facebook sebentar tadi. Rasa rugi tidak berkongsi dengan pembaca BeautifulNara buah fikiran saudara Mizan Hashri ini. Perbandingan antara drama Melayu dan drama Amerika Syarikat sememangnya menunjukkan drama kita masih tidak berkembang.

drama

Berikut Abang Nara kongsikan artikel yang wajar yang difikirkan oleh kita amnya dan penerbit drama Melayu khususnya.

Kebelakangan ini (atau sebenarnya sejak sekian lama sebab perkataan kebelakangan ini diletak hanya sebagai penyedap, kakakaka!) drama-drama siri melayu berjaya mewujudkan komuniti peminatnya sendiri.

Meskipun sebahagian besar plotnya diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan.

Antagonis mengoda protagonis (unsur seks dan curang). Anak kepada hartawan atau tokoh korprat. Makan di restoran eksklusif. Memandu kereta mewah. Ini semua adalah apa yang yang sering kita lihat dari drama melayu. Seakan tidak mencerminkan pendapatan perkapita negara dan fakta 78.6% pekerja bergaji dibawah RM3000.

Apa yang kita dapat belajar dari semua ini? Ya, ada mesej kesetiaan dan kekeluargaan. Tapi semuanya dihidangkan berlebihan seperti menjadi hamba kepada hubungan barbarik.

Memandangkan premis artikel ini adalah untuk dijelaskan bagaimana drama TV dapat merevolusikan individu ke arah progresif seperti menjadi lebih produktif, maka perbandingan antara drama melayu dan drama dari Amerika perlu dijadikan sampel untuk meneliti lakaran seni yang berbeza dan sumbangannya kepada penonton.

Perbandingan Plot dan Idea Dari Kepelbagaian Disiplin

Perhatikan senarai drama-drama popular tempatan dan drama TV dari Amerika ini (dipilih secara rawak tanpa kronologi):

Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci)
Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera)
Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba)
Adam & Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah)
Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali)
Cinta Jannah (cinta/kahwin segera)
Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera)
Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan)
Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa)
Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa)

Sementara itu drama TV Amerika pula:

House MD (perubatan/socratic method)
Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah)
Lie to Me (penyiasatan/applied psychological)
Under the Dome (sains fiksyen)
Elementary (penyiasatan/deductive reasoning)
Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden)
The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis)
The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan)
Suits (legal/case management strategy)
The Mentalist (penyiasatan/social engineering)

Barisan drama melayu popular seperti dijangka majoritinya berkonsepkan tema yang sama, melestarikan emosi. Sementara drama TV Amerika menampilkan ledakan kerjaya dan fokus kepada ikhitar kehidupan dari segi ekonomi dan sosial. Skrip digarap kemas dan secara falsafahnya membuat komentar terhadap kehidupan.

Sementara skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi.

Penonton drama TV Amerika terdedah kepada berbagai-bagai lapangan ilmu. Input berbentuk cerita mengenai sains, perubatan, psikologi, pemikiran saintifik dan ikhtiar hidup boleh menjadi sumber inspirasi kepada prestasi peribadi sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Dalam hal ini, penulis drama tv Amerika seakan berjaya mempromosi ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang kool untuk dikuasai.

Tun Dr. Mahathir sendiri sebelum ini yang pernah menghalang cerita seram semasa pentadbirannya berkata filem seram ini tidak mengalakkan masyarakat menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Even seorang Perdana Menteri pun sempat lagi meneliti kesan rancangan TV. Dalam kata yang lain, dia akan menyokong drama atau filem yang menyubur budaya saintifik.

Produktivi

Harvey Specter dalam cerita Suits tekun menaip di laptopnya sebaik sahaja masuk ke biliknya, begitu juga Mike Ross, dengan keupayaan memori fotografik, dia bekerja keras dalam menyelesaikan satu-satu kes. Dari timbunan fail dan dokumen, dia menganalisa sehingga menemui 'peluru’ untuk mengalahkan pihak lawan. Sherlock Holmes dalam versi New York di Elementary bukan sekadar duduk bersahaja sambil meneka. Di beberapa babaknya dia kelihatan meneliti berpuluh-puluh lembaran dokumen serentak dengan tekun.

TV Melayu sebaliknya berbeza, meskipun agak kerap diwacanakan watak-watak yang bekerjaya tinggi, babak kerjaya hanya sepintas lalu. Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan terperangkap dengan isu-isu emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke arah lain. Dalam dunia sebenar, pekerja seperti ini kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan performance appraisal.

Bahasa Inggeris

Beberapa tahun kebelakangan ini ada polemik tentang pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa inggeris, sehingga pejuang bahasa atau penentangnya duduk protes di jalanan.

Realitinya, isu ini bukan hendak membunuh bahasa melayu. Isu import bahasa inggeris ke bahasa melayu yang berterusan sehingga kinilah yang patut dikritik seperti perkataan koreksional dan destini.

Disebabkan polemik dan sikap komik yang tidak berkesudahan ini, kita terpaksa mengambil langkah sendiri untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris. Menonton drama TV berbahasa inggeris adalah salah satu daripada cara yang kreatif untuk menambahkan kemahiran berbahasa inggeris tanpa perlu mengharapkan kerajaan atau mana-mana ahli politik. Pendidikan adalah tanggungjawab peribadi dan cara untuk belajar sebenarnya bebas. Jadi, lebih banyak drama TV berbahasa inggeris yang ditonton, lebih meluas pendedahan kepada bahasa inggeris. Malahan ada diantara skrip drama TV ini boleh digunakan ketika perbualan, semasa mesyuarat dan juga untuk diabstrakkan ke kertas kerja.

Semasa artikel ini sedang ditulis, TV3 baru sahaja menyiarkan siri terbaru berjudul "Playboy Itu Suami Aku". Ini adalah antara adaptasi dari novel-novel yang mana plot seirasnya bergelimpangan di kedai buku-buku. Habis apa selepas ini? "Isteriku Seorang MILF"?, "Suamiku Dulu Ganas Kini Manja"?

Entah lah. Saya hanya mampu mengeleng kepala. Terpulang kepada mereka sama ada mahu mengunakan hiburan dari drama TV sebagai hiburan berintelektual yang memberi semangat dan inspirasi, atau mahu terus horny dengan emosi.

Pilihlah sendiri.

@armyzonovic

Baca Yang Ini Pulak:-

Hanez Suraya Fail Saman Terhadap Bekas Pembantu Peribadi

Posted: 18 Nov 2013 06:16 PM PST

Kebanyakan artis memang mempunyai pembantu peribadi untuk memudahkan urusan kerja. Pengurus yang baik bertujuan untuk memudahkan kerjasama artis bukan saja dengan pihak indistri, malah pihak media dan secara tidak langsung, peminat.

Bagaimanapun, melalui laporan portal GUA, aktres cantik, Hanez Suraya semalam telah memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Fairus Mohd Lazim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Menurut Hanez:-

Saya memfailkan saman kepada Mohd Fairus kerana dia telah memfitnah dan mengaibkan saya. Salah satu cara yang dilakukan oleh Mohd Fairus adalah memfitnah saya menerusi laman sosial seperti Instagram menerusi akaun 'DashaSultan' dan Twitter menerusi akaun 'Dasha_Sultan'. Selain itu, dia juga ada memburukkan saya kepada kawan-kawan yang lain, pihak media dan rakan-rakan artis. Saya ada kesemua bukti yang menyatakan dia memfitnah saya," jelas Hanez ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Hanez mendakwa dia tidak menyedari Mohd Fairus bercerita perkara buruk tentang dirinya di laman sosial, namun kemudiannya menyedari yang lelaki itu memfitnah dan mengaibkan dirinya setelah diberitahu rakan-rakan lain. Pada mulanya Hanez mendiamkan diri, tetapi disebabkan keadaan menjadi semakin teruk, Hanez mengambil keputusan untuk memfailkan saman.

Sebelum ini, pada bulan Oktober lalu, saya ada menghantarkan surat sebelum tindakan 'Letter of Demand' kepada Mohd Fairus menerusi peguam saya, Tetuan Harjit Sandhu. Namun begitu, dia enggan menandatangani salinan surat tersebut sebagai bukti dia telah menerima surat tersebut. Surat tersebut mengarahkan Mohd Fairus untuk membuat permohonan maaf kepada saya secara terbuka dalam masa 48 jam dari tarikh penerimaan surat tersebut.

Selepas itu, Mohd Fairus ada berjumpa saya dan menyatakan hasrat untuk memohon maaf kepada saya. Dia telah memuat naik permohonan maaf menerusi akaun Instagram dan Twitter miliknya. Selepas permohonan maaf, saya ingatkan perkara ini telah selesai dan tiada lagi perkara berbangkit, namun begitu tanggapan saya ternyata salah. Dia masih memfitnah dan mengaibkan saya seperti biasa.

Tujuan saya memberikan kenyataan kepada GUA adalah untuk pihak Mohd Fairus mengambil perkara ini secara serius. Saya telah lama mendiamkan perkara ini dan saya tidak langsung menceritakannya kepada pihak media. Hanya keluarga dan teman rapat sahaja yang mengetahuinya. Saya juga telah berusaha untuk menghantarkan surat 'Letter of Demand', tetapi pihak Mohd Fairus tetap kembali mengaibkan saya. Hari ini Mohd Fairus atau wakilnya tidak menghadirkan diri ke Mahkamah. Mungkin isu ini dianggap ringan oleh pihak Mohd Fairus, tapi sebenarnya perkara ini adalah sangat berat.

Saya berharap, selepas ini biar pihak peguam saya menjalankan tugas. Jika perkara ini menjadi semakin teruk, saya akan mengadakan sidang media bersama peguam saya untuk menjelaskan secara lebih terperinci. Buat sementara ini, saya tidak mahu menghebohkan lagi perkara ini. Biar kenyataan ini menjadi satu-satunya kenyataan saya buat masa ini. Takut nanti jika ada banyak kenyataan lain, perkara akan menjadi makin serius. Lebih-lebih lagi perkara telah dibawa ke mahkamah. Biar pihak berwajib menjalankan tugas.

Walaupun ada pihak yang akan cenderung menyalahkan laman sosial, perlu diambil perhatian bahawa laman sosial hanyalah satu platform, namun apa yang disebarkan melalui laman sosial adalah sepenuhnya di bawah kawalan pengguna.

Mungkin bagi Hanez, inilah satu cara bagi beliau untuk menuntut keadilan bagi membersihkan namanya setelah langkah-langkah yang diambil sebelum ini tidak menghentikan fitnah terhadapnya.


Betul ke Anuar Zain pun bakal menonton Konsert Koir Kebangsaan: Kembara Muzikal Teater dan Filem pada 23 & 24 November 2013 di Dewan Tunku Abdul Rahman, MatiC, Kuala Lumpur?

Kena datang dulu untuk pastikan, ya tak? Dapatkan tiket anda untuk menonton Konsert Koir Kebangsaan di http://www.ticket2u.biz

Baca Yang Ini Pulak:-

Zizan Dan Kaka Di Eropah, Cinta Kini Bersemi?

Posted: 18 Nov 2013 06:00 PM PST

Sehingga ke hari ini, ramai yang tertanya-tanya gadis manakah yang berjaya mencuri hati Zizan.. Banyak nama yang bermain di kepala Abang Nara. Antaranya ialah Emma Maembong, Juliana Evans dan Kaka. Ketiga-tiga gadis ini memang cantik, menarik dan mampu mencairkan hati mana-mana lelaki. Namun daripada apa yang Abang Nara perhatikan, Zizan paling mesra dengan Kaka.

mamee

Zizan dan Kaka bagi Abang Nara mempunyai "chemistry" yang sangat hebat. Lagu duet nyanyian mereka berdua iaitu "Bawa Aku Pergi" memang meletup habis tahun lepas. Muka pun ada iras, perangai pun nampak sekepala. Agak-agaknya adakah mereka berdua sebenarnya dalam diam bercinta?


Malah kemesraan dan “chemistry’ yang ditunjukkan dalam video klip Bawaku Pergi memang menimbulkan persoalan sama ada mereka berdua bercinta. Kalau tak silap Abang Nara, tak pernah nampak Zizan beraksi sebegini mesra dengan mana-mana perempuan lain. Mungkinkah Kaka mempunyai satu tempat yang istimewa di hati Zizan? Nampak macam iya lebih-lebih lagi apabila Zizan dan Kaka pergi ke Eropah bersama-sama baru-baru ini.
mameeKalau dah ke Eropah bersama-sama, mesti ada "something" yang sedang bercambah di hati Zizan dan Kaka. Namun korang jangan salah sangka. Mereka bukan pergi bercuti di sana. Tujuan utama ialah untuk merakamkan video klip Bawaku Pergi versi Eropah.. Abang Nara dah tengok videonya. Memang sangat cool. Tak caya? Tengok sendiri di bawah:-

mamee

Kalau dah ke Eropah, salah satu tempat wajib sudah tentu ialah Kota London. Di tengah-tengah kesejukan tue, dapat pula makan Mamee Chef yang panas dan pedas untuk menyamankan badan. Untuk makluman korang, Zizan ialah duta produk Mamee Chef. Melihat video mereka berdua di London memang membuatkan diri ini jeles dan terasa ingin terus beli tiket kapal terbang hari ini jugak!!!

Jangan lupa LIKE Facebook Mamee Chef untuk mengikuti perkembangan terkini jelajah Zizan dan Kaka ke Eropah. Manalah tau Zizan akan membuat pengakuan cintanya di dalam salah satu video. Hehehe. Sama-samalah kita nantikan. By the way, versi Bawaku Pergi yang mana satu pilihan anda? Original atau Eropah?

Baca Yang Ini Pulak:-

(6 GAMBAR)Betty Benafe & Bruce Dargus Dalam Maternity Shoot Oleh SazaStudio

Posted: 18 Nov 2013 04:17 PM PST

Pastinya Betty Benafe dan suami, Bruce Dargus berada di dalam keadaan yang amat teruja sekarang ini. Mana tidaknya, tidak lama lagi mereka berdua akan bergelar ibu dan ayah. Teringat Abang Nara kenangan ketika isteri disahkan mengandung dahulu. Memang berdebar-debar jantung dibuatnya menunggu hari kelahiran.

maternity shoot betty benafe

Abang Nara suka dengan gambar-gambar maternity shoot yang diambil oleh SazaStudio ini. Nampak menyegarkan, tenang dan jelas terserlah kasih sayang antara pasangan suami isteri ini. Semoga dengan kelahiran anak sulung mereka kelak, maka makin rapat hubungan mereka berdua. Sama-samalah kita doakan.

maternity shoot betty benafe

Lagi beberapa keping gambar maternity shoot Betty Benafe dan Bruce Dargus dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook SazaStudio.

maternity shoot betty benafe

maternity shoot betty benafe

maternity shoot betty benafe

maternity shoot betty benafe

Baca Yang Ini Pulak:-

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani