Masukkan Email Anda : Berita Terbaru

Powered by Blogger.

Alat Bantu Seks Ini Merbahaya. Perlu Diawasi Masuk M'sia.

Alat Bantu Seks Ini Merbahaya. Perlu Diawasi Masuk M'sia.


Alat Bantu Seks Ini Merbahaya. Perlu Diawasi Masuk M'sia.

Posted: 01 Sep 2014 04:48 PM PDT


Ibnu Hasyim

Alat Bantu Seks Ini Merbahaya. Perlu Diawasi Masuk M'sia.

Kecanduan pakai sex toy, bujangan bisa tak mau menikah
Lima bintang porno transeksual. ©nakedtruth.gamelink.com

Para peminat alat bantu seks di Indonesia tengah gandrung dengan sex toy yang dibentuk sesuai kelamin bintang porno. Ada beberapa tanda yang masuk ke Indonesia. Fleshlight untuk bintang porno Barat dan Meiki untuk Japan Adult Video (JAV).

Alat bantu seks ini berupa tabung, dengan bahagian dalam diperbuat daripada getah dan silikon. Digunakan untuk memuaskan diri sendiri. Berbahayakah sex toy jenis ini untuk digunakan?

"Jika sebagai alat pengganti (manusia) itu berbahaya. Sebagai tambahan saja jika suami atau isteri ada kekurangan, itu enggak apa-apa," kata Sexologists Mintarsih Latief saat dihubungi merdeka.com, Sabtu (30/8).

Menurutnya di dalam pemakaian sex toys perlu dipertimbangkan masak-masak penggunaannya. Jika terlanjur memakai dan ketagihan, hal tersebut akan memberi kesan negatif.

"Kita mesti boleh bezakan, perlu apa untuk menikmati kesenangan. Jika berterusan akan berbahaya bagi pengguna dan pasangannya," terang dia.

Mintarsih mewanti-wanti anak muda hendaknya tak cuba-cuba penggunaan sex toys untuk menyalurkan hasrat seksualnya. Hal itu akan memberi kesan negatif pada kehidupan seksualnya di masa depan.

"Kalau aman jangan digunakan pada usia muda. Bagi dirinya yang belum ada pasangan di kemudian hari akibatnya bahaya, boleh saja tidak ingin punya pasangan," tegas dia.

Sedangkan untuk pasangan suami-isteri, dia berpesan pengguna sex toys perlu melalui komunikasi dengan pasangan. Keterbukaan akan lebih menjamin keharmonian hubungan seksual dengan belahan jiwa.

"Untuk menutup kekurangan yang sama-sama dimiliki (suami-isteri), kalau boleh diatur. Penggunaannya perlu kerjasama, belum tentu antara pasangan tidak bersetuju," jelas dia. (IH)



Komen Weblog Ibnu HasyimHal ini sangat merbahaya. Ada beberapa tanda yang masuk ke Indonesia, di Malaysia bagaimana? Dah masuk atau belum? Pihak-pihak berwajib di Malaysia perlu ambil tahu dan bertindak segera, demi menyelamatkan orang ramai!


Muslimah Ini Ditangkap Semasa Hendak Pergi Berjihad Ke Syria

Posted: 01 Sep 2014 03:42 PM PDT


Ibnu Hasyim

Muslimah Ini Ditangkap Semasa Hendak Pergi Berjihad Ke Syria

Gadis muslim Prancis ditangkap saat ingin jihad ke Suriah Gadis Muslim Perancis. thecuttingedgenews.com

Menteri Dalam Negeri Perancis Bernard Cazeneuve semalam berkata seorang remaja perempuan ditangkap di sebelah tenggara Bandar Nice sebelum dia berangkat berjihadPolis sempadan di bandar udara menangkap gadis yang akan berangkat ke Syria itu. Keluarga gadis itu tidak tahu anak mereka akan berangkat ke Syria.

Polis juga kemudian menangkap seorang lelaki berusia 20 tahun kerana disyaki menjadi perekrut gadis itu dan membelikannya tiket ke Turki supaya boleh ke Syria, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Haaretz, Ahad (31/8). Menurut perisikan Amerika Syarikat dan Eropah ribuan warga asing, kebanyakan dari Eropah Barat, sudah banyak menyertai dengan kumpulan pelampau Islam di Syria dan Iraq.

Dianggarkan sudah ada 800 warga Perancis bergabung dengan kumpulan Islamis di Syria. Sebahagian dari mereka bahkan masih berusia 14 tahun. Cazeneuve mendedahkan April lalu pihak keselamatan cuba menghalang kaum muda muslim Perancis menjadi beraliran radikal dengan cara menyediakan saluran telefon khusus bagi para ibu bapa jika anaknya berlaku mencurigakan.

Pihak keselamatan sudah menerima 300 telefon dan menyatakan kira-kira 45 peratus kes melibatkan perempuan mudaWarga muslim Perancis adalah yang terbesar di Eropah dengan jumlah penganut sekitar lima juta orang. (IH)


'UntukMu Sarawak' Hari Malaysia PAS 2014

Posted: 01 Sep 2014 01:45 PM PDT


Ibnu Hasyim

'UntukMu Sarawak' Hari Malaysia PAS 2014





Miri telah diberi penghormatan oleh PAS pusat sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 2014.

Antara program yang akan diadakan sepanjang sambutan Hari Malaysia adalah pertandingan mewarna 'UntukMu Sarawak' terbuka kepada semua, terutama kanak-kanak pra-sekolah dan juga dari tahap 1 hingga ke tahap 2.

Disamping itu, ada juga acara Larian 'UntukMu Sarawak' terbuka untuk semua golongan yang akan bermula dari MYY Mall Miri pada pagi ahad 14 Sept 2014.

Antara lain acara yang akan diadakan sepanjang Hari Malaysia adalah konvoi kembara bersama dengan pimpinan PAS, memberi sumbangan kebajikan kepada penduduk yang kurang bernasib baik di sekitar bandaraya Miri serta pameran dan derma darah juga akan diadakan di MYY Mall Miri.

Kemuncak program sambutan Hari Malaysia adalah majlis makan malam Pakatan Rakyat Hari Malaysia pada 15 September 2014 di Eastwood Valley Miri.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah antara tetamu jemputan khas untuk memberi ucapan pada malam tersebut. Semua rakyat Sarawak dan penduduk Miri khasnya dijemput hadir bersama untuk meraikan majlis dan program sempena sambutan Hari Malaysia itu nanti.

PAS akan terus bersama rakyat dan inilah masa untuk orang ramai mengenali PAS dengan lebih dekat lagi sepanjang sambutan Hari Malaysia.  Kehadiran anda semua untuk meraikan program ini amat dihargai tanpa mengira bangsa, agama dan juga fahaman politik. Kerjasama dengan pihak keselamatan untuk memudahkan perjalanan program ini juga amat dialu-alukan.

Sebarang pertanyaan untuk penyertaan dalam aktiviti program sepanjang sambutan Hari Malaysia bersama PAS boleh hubungi nombor telefon dibawah:-

Hakimah: HP 0139705078 untuk Pertandingan Mewarna
Mohd Asrul: HP 0192669326 untuk acara Larian UntukMu Sarawak
Mohammad Arifiazul: HP 0138377505 untuk tempahan tiket makan malam sambutan Hari Malaysia. (HD)


Adun DAP Rayer Ditahan Susulan Tangkapan Anggota PPS

Posted: 01 Sep 2014 12:54 PM PDT


Ibnu Hasyim

Adun DAP Rayer Ditahan Susulan Tangkapan Anggota PPS


Adun Seri Delima RSN Rayer bersalaman dengan anggotan Pasukan Peronda Sukarela pada sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota, Pulau Pinang, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 1 September, 2014. 
Adun Seri Delima RSN Rayer bersalaman dengan anggotan Pasukan Peronda Sukarela pada sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota, Pulau Pinang, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 1 September, 2014.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer ditahan polis berikutan tangkapan atas anggota Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) semalam.
Ia disahkan Ketua Polis Daerah George Town ACP Mior Faridalatrash Wahid petang ini.
Rayer, salah seorang peguam membantu anggota PPS yang ditahan semalam, hadir di balai polis memberi kenyataan pada jam 3 petang ini dan terus ditahan.

Beliau dimaklumkan polis sedang disiasat di bawah Akta Pertubuhan.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang hadir di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berkata, Rayer akan bermalam di balai polis itu.
Dia juga berterimakasih kepada 21 peguam yang menyokong seruan membebaskan anggota PPS yang digelarnya "wira" dan "wirawati". 
Katanya, Rayer akan dibantu Ahli Parlimen Bukit Gelugor, peguam Ramkarpal Singh.
Mior berkata Rayer ditahan atas kapasitinya sebagai pengerusi jawatankuasa PPS bagi Seri Delima.
"Dia ditahan lebih kurang jam 6 petang untuk membantu siasatan kerana dia pengerusi jawatankuasa PPS Seri Delima," katanya sambil menafikan Lim juga akan ditangkap. – 1 September, 2014. (TMI)


Favorit "Muhammad" Nama Bayi Di Norway & England.

Posted: 01 Sep 2014 08:40 AM PDT


Ibnu Hasyim

Favorit "Muhammad" Nama Bayi Di Norway & England.


Nama 'Muhammad' kini tidak hanya popular di negara-negara yang majoriti penduduknya Muslim. Salah satunya di Oslo, Norway ibukota. Nama Muhammad  yang dalam bahasa English ditulis bergantung kepada keputusan "Mohammed" kini menjadi nama paling popular untuk bayi lelaki di sana. 

Seperti Petikan Laman BBC News, 31 Ogos Mingu 2014, sebuah survei Penduduk Oslo,
menemukan lebih dari 4,800 lelaki dan bayi lelaki di sana menggunakan nama Muhammad, yang mengalahkan nama-nama populer lain, seperti Jan dan Per.

Selama 4 tahun terakhir penggunaan nama Muhammad memang terus melonjak di kota ini, menjadi puncak nama lelaki.  
"Hal ini sangat menarik," ujar Jorgen Ouren, salah satu pejabat statistik di Norway.
Tak hanya itu, ternyata nama Muhammad tak hanya diminati orang-orang Norway. Pejabat statististik Nasional Inggeris menyebutkan pada tahun lalu, nama Muhammad menjadi nama paling popluer untuk bayi lelaki di Englan dan Wales.
 
Menurut laman On Islam, penduduk Norway yang menganut Islam pada 2012 sebanyak 150,000 orang dari jumlah 4.5 juta orang di sana. Penduduk yang beragama Islam itu terutama mereka yang berasal dari Pakistan, Somalia, Iraq, atau yang mempunyai keturunan Maghribi.

Di sisi lain, Norway mempunyai organisasi anti Islam terbesar di Eropah, yang dikenali dengan sebutan Stop Islamization of Norway. Organisasi ini ditubuhkan pada 2008 dan dianggarkan mempunyai 3,000 ahli.

Sementara itu, di luar Ibukota Norway, Filip menjadi nama yang paling popular untuk bayi lelaki yang baru lahir, sedangkan Emma menjadi nama kegemaran untuk bayi perempuan. (IH)


Kehilangan 2 Ribu Nyawa, UMNO Palaetin Tuduh Hamas Besalah.

Posted: 01 Sep 2014 07:36 AM PDT


Ibnu Hasyim

Kehilangan 2 Ribu Nyawa, UMNO Palaetin Tuduh Hamas Besalah.

Abbas sebut Hamas bersalah atas tewasnya 2.000 nyawa warga Gaza
Mahmud Abbas, pemimpin perjuangan kebangsaan Pakestin. Kalau di Malayia hampir sama dengan UMNO.

Presiden Palestin Mahmud Abbas, ialah pemimpin perjuangan kebangsaan Pakestin. Beliau.menuduh Hamas sebuah gerakan Islam Palestan menyebabkan kematian ribuan orang yang sepatutnya tidak perlu, akibat perang di Gaza dengan waktu lebih dari diperlukan.

Abbas berkata semua korban jiwa boleh dielakkan dan menyalahkan Hamas telah sia-sia memperluaskan perang dengan Israel, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail, Sabtu (30/8).

Pernyataan Abbas ini datang di saat ratusan militan Islam Palestin ambil bahagian dalam perarakan buat merayakan "kemenangan" atas Israel di Bandar Gaza semalamAnak-anak kelihatan mengacukan senjata di saat pejuang dari Brigade Al-Quds, sayap tentera organisasi Jihad Islam Palestin, berbaris di jalan-jalan.

Israel dan pejuang Hamas berperang selama 50 hari sebelum mencapai gencatan senjata pada Selasa minggu ini, dengan kedua-dua pihak menyatakan kemenangan atas perang kali ini.

"Sangat mungkin bagi kita untuk mengelakkan semua itu, 2,000 martir, 10,000 cedera, 50,000 rumah (rosak atau hancur)," kata Abbas kepada TV Palestin dua hari lalu.

Lebih daripada 2,100 warga Palestin terbunuh, termasuk beratus-ratus orang awam. Sementara hanya 71 orang di pihak Israel, termasuk enam orang awam, yang tewas.


Kalau di Malaysia parti  perjuangan kebangsaan Melayu yang terkenal ialah UMNO. (IH)


Unit Amal: Kami Sedia Ke Mahkamah, Suhaizan Jawab Zahid

Posted: 01 Sep 2014 06:57 AM PDT


Ibnu Hasyim

Unit Amal: Kami Sedia Ke Mahkamah, Suhaizan Jawab Zahid







KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat menyelar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Unit Amal PAS.

Menurut Suhaizan, Unit Amal PAS hanya sebuah badan kebajikan dan bukan badan keselamatan seperti badan-badan yang lain.

" Tak boleh nak ambik tindakan, sebab Unit Amal bukan bukan badan keselamatan.
"Ia hanya sebuah badan kebajikan yang menjaga kebajikan ahli-ahli PAS dan kebajikan rakyat Malaysia yang ditimpa musibah melalui misi kemanusian yang mereka jalankan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Zahid hari ini berkata beliau yakin Unit Amal PAS turut akan dikenakan tindakan yang sama seperti  156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau Pinang yang ditahan semalam. Zahid juga mendakwa beliau turut menerima laporan  bahawa terdapat anggota PPS yang melakukan tindakan yang melanggar Perlembagaan.

Ia termasuk memukul orang, dan melakukan tindakan-tindakan di luar perlembagaan dan seolah-olah mereka mengguna kuasa polis untuk mengugut orang. Mengulas lanjut, Zuhaizan berkata Pemuda PAS bersedia ke mahkamah jika kerajaan mahu mengambil tindakan sama ke atas 'tentera merah' yang dinaungi mereka itu.

"Kita sedia lawan di mahkamah," katanya.

- HARAKAHDAILY 1/9/2014


Gambar alat perangsang s#ks milik pasangan Iesbian IPTA ditemui

Posted: 01 Sep 2014 06:33 AM PDT


Tengok TV Online

Gambar alat perangsang s#ks milik pasangan Iesbian IPTA ditemui


Johor Bahru: Dua penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) berusia awal 20an disyaki pasangan Iesbian ditangkap pihak berkuasa selepas penemuan alat perangsang s#ks bentuk kemaIuan lelaki dalam serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Johor Jaya Johor, awal pagi tadi.

Dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kira-kira 2 pagi itu, dua penuntut terbabit yang menuntut di Pulau Pinang dan Pasir Gudang, di sini mendakwa alat berkenaan baru dibeli secara dalam talian (online).

Ketika ditahan keduanya berada dalam keadaaan terpinga-pinga dan mendakwa alat suIit berkenaan baru sampai selain belum lagi 'merasainya'.

Pasangan lesbian itu tergamam selepas bilik hotel mereka diserbu penguatkuasa agama

Namun akibat ketakutan dan risau selepas disoal oleh pegawai peguatkuasa, salah seorang daripadanya mengakui, dia mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur untuk bertemu kakaknya yang juga berperanan sebagai 'suami' atas ranjangg.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana melakukan muhasaqah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau keduanya sekali.

Dalam operasi yang turut dijalankan di sekitar Ulu Tiram, Taman Desa Cemerlang itu, tujuh pasangan lain berjaya ditangkap termasuk guru tahfiz, pengurus sebuah syarikat swasta, jururawat dan anggota tentera.

Operasi yang bermula sejak 11 malam itu selesai kira-kira 3.30 pagi tadi. -Hmetro


Berita Mengejutkan Dari Bukit Aman

Posted: 01 Sep 2014 05:36 AM PDT


Addin

Berita Mengejutkan Dari Bukit Aman


Tebaran jaring Akta Hasutan oleh kerajaan kini semakin meluas dan kini menjangkau ke bidang akademik apabila pensyarah undang-undang, Azmi Sharom akan dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Hasutan esok.

Azmi (kiri) akan didakwa di Mahkamah Sesyen esok berhubung satu artikel yang disiarkan dalam Malay Mail Online pada 14 Ogos.

Azmi adalah seorang pensyarah undang-undang di Universiti Malaya dan dipercayai telah membuat komen mengenai krisis menteri besar Selangor dalam artikel tersebut.

Portal itu memetik polis Dang Wangi sebagai mengesahkan bahawa Azmi akan didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta tersebut.

Malaysiakini telah menghubungi Azmi tetapi beliau tidak mahu mengulas mengenainya. ~mk




Iklan C (ii)










Selepas PPS, Giliran Unit Amal PAS, Kata Zahid Hamidi

Posted: 01 Sep 2014 04:57 AM PDT


Ibnu Hasyim

Selepas PPS, Giliran Unit Amal PAS, Kata Zahid Hamidi

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata asti polis akan mengambil tindakan terhadap pasukan Unit Amal PAS sepertimana yang dilakukan kepada Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 1 September, 2014. 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata asti polis akan mengambil tindakan terhadap pasukan Unit Amal PAS sepertimana yang dilakukan kepada Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 1 September, 2014. 

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan beliau pasti polis akan mengambil tindakan terhadap pasukan Unit Amal PAS seperti yang dilakukan kepada Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang. Menteri dalam negeri itu berkata polis hanya menunggu masa sebelum bertindak terhadap pasukan sukarela parti Islam itu.

"Tindakan yang sama (terhadap Unit Amal) juga akan diambil pihak polis. Saya sangat yakin mereka akan diambil tindakan," kata Zahid di Kuala Lumpur hari ini.

Pasukan Unit Amal PAS sering membantu menjaga keselamatan dan lalu lintas dalam program dianjurkan parti Islam itu dan Pakatan Rakyat (PR). – 1 September, 2014. (TMI)


6 Gambar gadis ditetak penyamun di LRT Pandan Indah

Posted: 01 Sep 2014 03:45 AM PDT


Tengok TV Online

6 Gambar gadis ditetak penyamun di LRT Pandan Indah


Seorang pengguna Facebook, Effy Faathirs memuatnaik beberapa keping gambar mengenai satu kejadian buruk yang melanda dirinya.

Pada 28 Ogos 2014, ketika dia pulang dari tempat kerjanya di KLMU, Effy berhadapan dengan penyamun bermotorsikal ketika dalam perjalanan balik dari LRT Pandan Indah. 

Effy yang cuba melawan ketika beg dan telefon bimbit ditarik telah ditetak oleh penyampun itu di bahagian lengannya menggunakan pisau pemotong daging. Penyamun itu menaiki motor Lagenda berwarna biru dan bernombor pendaftaran wup7682.

Effy turut berpesan kepada wanita-wanita yang kerap berada di luar pada waktu malam agar lebih berhati-hati dan elakkan berjalan seorang diri di tempat sunyi dan gelap. -Tengoktvonline









Lagi Bukti Najib Meneruskan Pemerintahan Kukubesi?

Posted: 01 Sep 2014 03:27 AM PDT


Addin

Lagi Bukti Najib Meneruskan Pemerintahan Kukubesi?


Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kerana melabelkan Unit Amal PAS sebagai jabatan keselamatan tidak berdaftar.

Menurut Suhaizan (gambar), Unit Amal PAS adalah badan kebajikan di bawah Pemuda PAS yang menguruskan kebajikan dan bantuan kemanusiaan termasuk banjir dan kebakaran."Kalau buat demonstrasi, itu maknanya adalah sesuatu yang dibenarkan dalam Perlembagaan, jadi kita jaga kebajikan orang yang nak buat demonstrasi.

Begitu juga semasa ceramah PAS, apabila kita menjaga kawalan keselamatan dan lalu lintas," kata Suhaizan kepada The Malaysian Insider.‎Katanya, Zahid perlu meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya terhadap Jabatan Amal yang beroperasi sejak 20 tahun lalu."Saya tak nampak kenapa kerajaan mahu ambil tindakan. 

Selama tempoh Jabatan Amal bertugas lebih 20 tahun dan adakalanya bekerjasama dengan pihak polis dan agensi kerajaan, tiba-tiba hari ini mahu dipersalahkan," katanya.

Ekoran penahanan beramai-ramai anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang semalam, Zahid hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan serupa ke atas Unit Amal PAS.

Beliau berkata polis hanya menunggu masa sebelum bertindak terhadap Unit Amal PAS."Tindakan yang sama juga akan diambil pihak polis. Saya sangat yakin mereka akan diambil tindakan," kata Zahid. ~tmi



Iklan C (ii)










Wanita Bogel & Buang Air Besar Di Atas Bendera Bertulis Kalimah Allah..

Posted: 31 Aug 2014 10:49 PM PDT


Ibnu Hasyim

Wanita Bogel & Buang Air Besar Di Atas Bendera Bertulis Kalimah Allah..

Pegiat wanita bugil dan buang air besar di atas bendera ISIS
Pegiat wanita asal Mesir Aliaa Magda Elmahdy dan pegiat lainnya buang air besar dan menstruasi di atas bendera ISIS. ©theblaze.com

Seorang pegiat wanita kelahiran Mesir memuat naik sebuah gambar di media sosial pada Sabtu minggu lalu memperlihatkan dirinya dan seorang wanita lain tengah buang air besar dan haid di atas bendera Negara Islam (dulu ISIS) sambil telanjang.

Kumpulan ISIS dikenali kerap menggunakan media sosial untuk mengeluarkan ancaman dari seluruh dunia. Tapi Aliaa Magda Elmahdy, seorang pegiat sosial dan Narablog terkenal asal Mesir, mempertaruhkan nyawanya pada Sabtu minggu lalu dengan memuat naik sebuah foto menghina bendera ISIS di media sosial, menurut Inquisitr, seperti yang dilaporkan oleh laman The Blaze, Isnin (25/8).

Dalam gambar tersebut, pegiat berusia 23 tahun itu kelihatan menghadap kamera dalam kedudukan mencangkung sambil haid di atas bendera ISIS. Sementara seorang wanita lain, memakai tudung hitam membelakangi kamera, juga kelihatan jongkok dan buang air besar di atas bendera kumpulan militan itu.

Elmahdy memuat naik foto itu ke Facebook pada Sabtu minggu lalu dalam apa yang tampaknya menjadi protes terhadap kemajuan keganasan kumpulan militan itu baru-baru ini di Iraq utara dan Syria, seperti dilaporkan the Times of Israel.

Tepat di belakang kedua-dua wanita itu kelihatan senapang mesin kemungkinan diperbuat daripada plastik. Sementara wanita berjilbab tadi juga kelihatan mengangkat jari tengahnya sambil diperlihatkan ke arah kamera. Kata IS juga kelihatan ditulis pada perut Elmahdy.

Media Arab ogah menerbitkan foto itu lantaran kata-kata "Tidak Ada Tuhan Selain Allah" dicetak di bendera Negara Islam (IS) itu. Elmahdy telah menerima ancaman pembunuhan dalam menanggapi muat naik berkaitan gambar itu.

Tapi Elmahdy juga mempunyai ribuan penyokong yang telah menyatakan rasa terima kasih mereka kepada aktivis itu melalui media sosial. Elmahdy mengatakan kepada The Blaze dia akan memberikan penjelasan pada Isnin mengapa dia mengambil foto seperti itu.

Elmahdy mendakwa seni dan foto feminisnya merupakan jeritan terhadap tindakan kekerasan, rasisme, seksisme, gangguan seksual dan kemunafikan di dalam masyarakat. Dia juga dikenali kerana melakukan protes terhadap agama pada umumnya.

Facebook seolah-olah telah menghapuskan gambar itu beberapa kali atas pertimbangan kesusilaan, menurut salah satu pengikut Elmahdy. Walaupun gambar itu saat ini tidak boleh didapati di Facebook, Elmahdy memasang pautan ke versi yang kurang ditapis daripada gambar itu di laman LiveLeak.


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  ISIS lain, kalimah 'la Ilaha Illallah'  (Tidak Ada Tuhan Selain Allah) lain. Penghinaan kalimah 'la Ilaha Illallah' seperti ini wajib dipertahankan?
(IH)


Jangan Anggap PAS Sama Dg Parti Lain -Abd.Hadi.

Posted: 31 Aug 2014 10:01 PM PDT


Ibnu Hasyim

Jangan Anggap PAS Sama Dg Parti Lain -Abd.Hadi.



KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli-ahli PAS supaya jangan menganggap parti itu sama dengan parti yang lain. Ini, katanya kerana ada dalam kalangan mereka yang menganggap bahawa PAS sama dengan PKR dan DAP.

"Kita dalam jamaah kita yang benar, yang betul, tegak Islam yang sempurna. Jangan anggap serupa, ini tak betul, tak sama," tegasnya ketika merasmikan Nadwah Pemerkasaan Duat (NEKAD) anjuran Lajnah Dakwah PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengingatkan para pendakwah supaya sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tugas termasuk pungutan derma. Justeru, tegasnya para pendakwah jangan berbohong dan menipu dengan pungutan derma.

"Pendakwah jangan bohong, penipu, pungut derma jangan salah guna untuk diri, bukan untuk Islam," ujar beliau di hadapan kira-kira 1,000 peserta.

Jelasnya, duit hendaklah dijalankan alat dalam berdakwah, bukannya matlamat. Beliau menekankan bahawa pendakwah perlu mempunyai sifat bijaksana dan jangan menjadi pendakwah yang bodoh. Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan iaitu
Duat: Mengangkat Izzah Islam dan Jamaah oleh AJK PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki dan AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Azhar Yaacob, Duat: Membugar Fikrah dan Menyebar Risalah oleh Ketua Penerangan DUPP, Datuk Dr Khairudin Aman Razali at-Takiri dan Duat: Mendepani Cabaran Perang Cyber oleh Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.Pidato Am bertajuk Duat: Agen Jamaah akan disampaikan oleh AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Pengerusi 4 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Dr Ridhuan Mohd Nor dan AJK DUPP merangkap Ketua DUPN Pahang, Ustaz Mokhtar Senik.Naib Presiden PAS merangkap Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan merasmikan majlis penutup pada jam 5.00 petang. - HARAKAHDAILY 1/9/2014



0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar tentera terputus hubungan zamani