Powered by Blogger.

Tempahan Perodua Axia dibuka esok, harga mula RM24,900 (3 Gambar)

Tempahan Perodua Axia dibuka esok, harga mula RM24,900 (3 Gambar)


Tempahan Perodua Axia dibuka esok, harga mula RM24,900 (3 Gambar)

Posted: 13 Aug 2014 07:18 PM PDT


Tengok TV Online

Tempahan Perodua Axia dibuka esok, harga mula RM24,900 (3 Gambar)

KUALA LUMPUR: PERODUA membuka tempahan mulai esok bagi model terbaharunya, PERODUA Axia, kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Malaysia yang dijual pada harga bermula RM24,900.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata model terbaharu dengan penjimatan bahan api dipandu sehingga 21.6 kilometer (km) bagi setiap liter turut ditawarkan dengan fungsi unik dan harga yang berpatutan.

"Kami mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk hadir ke 180 bilik pameran jualan kami di seluruh negara untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tawaran terbaharu dan paling menarik dari kami.



"Tempahan bagi model PERODUA Axia adalah RM250 dan RM300 bergantung kepada varian," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dijadualkan untuk pelancaran tidak lama lagi, PERODUA Axia adalah model generasi akan datang yang dihasilkan menerusi pemodenan PERODUA dan dari kilang pengeluaran mesra alam terbaharu syarikat berkenaan.

PERODUA Axia ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard E, Standard G, Special Edition dan Advance.

Semua varian didatangkan dengan jaminan lima tahun, konsep pertama yang ditawarkan PERODUA.

Penggunaan nama "Axia" (disebut a-zee-a) dipilih hasil gabungan perkataan Asia, sementara abjad "X" menunjukkan nombor 10 dalam angka Roman yang mewakili model ke-10 yang dikeluarkan PERODUA.



Dihasilkan menerusi kilang mesra alam baharu milik PERODUA, kemudahan itu antara lain berfungsi menghasilkan formula semburan cat berasas air yang kurang kasar berbanding cat berasaskan pelarut yang digunakan ketika ini.

Penggunaan sistem automasi pada paras tinggi itu juga meningkatkan kualiti dan pada masa sama mengurangkan kos operasi.

"Kami percaya bahawa PERODUA Axia adalah model berdaya saing di rantau ini, itulah sebabnya perkataan "Asia" digunakan selain ia menjadi satu standard baharu kepada kami.

"Standard ini boleh dikategorikan kepada empat garis utama iaitu mesra alam, ruang luas untuk kereta kompak, pemanduan mudah dan ekonomik dari segi kos pemilikan," kata Aminar Rashid.

Dengan slogan "Your Smart Move", model itu mewakili usaha PERODUA menjadi lebih berdaya saing di peringkat global dari segi gaya, fungsi dan harga.

PERODUA Axia boleh memuatkan empat beg dengan keupayaan ruang isi barang 260 liter. - Berita Harian


Tamparan Hebat Buat Khalid Ibrahim

Posted: 13 Aug 2014 05:48 PM PDT


Addin

Tamparan Hebat Buat Khalid Ibrahim


Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Rodziah Ismail akan bersama keputusan PKR dalam isu menteri besar, mengatakan beliau mahu memelihara amanah diberikan kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mentadbir negeri terkaya itu.

Keputusan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu bermakna beliau berisiko kehilangan portfolio pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor dalam kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat PKR pada Ahad.

"Saya ingin menjelaskan pendirian saya dalam konteks rentetan dan perkembangan mutakhir pentadbiran kerajaan di negeri Selangor.

"Dalam konteks itu, saya akan akur kepada keputusan PKR, yang saya menganggotainya. Keakuran saya itu, saya percaya, adalah untuk menunaikan amanah, memelihara mandat yang diberi rakyat pada PRU ke-13 lalu kepada PR untuk mentadbir negeri Selangor," katanya dalam kenyataan tiga perenggan awal pagi ini.
Rodziah juga menjelaskan dalam kenyataan beliau sebelum ini berada di Bangkok, Thailand selama tiga hari mewakili PKR dalam kursus politik.

Khalid memecat lima exco PKR dan DAP pada Selasa, menyebabkan Selangor hanya tinggal empat exco daripada PAS. ~tmi



Iklan C (ii)





Sheera Iskandar: Bertudung Dituduh Riak Telanjang Rambut Tak Riak?

Posted: 13 Aug 2014 04:49 PM PDT


Ibnu Hasyim

Sheera Iskandar: Bertudung Dituduh Riak Telanjang Rambut Tak Riak?

Sheera Iskandar

HALAMAN HIBURAN
KL: Pelakon Sheera Iskandar memberitahu selepas membuat keputusan untuk bertudung pada Ramadan lalu, ada segelintir pengikutnya di Instagram memberi komen-komen berbau negatif. Lapor mStar.

Sheera, 29, berkata, dia juga dianggap riak kerana dilihat seperti sengaja ingin menunjukkan penghijrahannya itu kepada umum walaupun dia sebenarnya tidak pernah membuat pengumuman sudah berubah imej.

"Sebenarnya saya nak bagi komen kepada awak (mStar Online) pun takut kerana risau dengan pelbagai tanggapan masyarakat. Rasa kurang manislah bila orang memberi persepsi negatif pada kita.
"Lagipun saya tidak pernah membuat sebarang pengumuman (untuk bertudung), sekadar memuat naik foto saya seperti biasa di Instagram. Ada yang memberi komen buruk kononnya saya riak.
"Ada juga memberi komen bersifat sindiran dengan kata-kata seperti 'nak pakai tudung, pakai betul-betul. Jangan nak gembar-gembur'. Rasa tak senang hati pula bila orang komen begitu," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, tambah Sheera, kebanyakan peminatnya menyokong perubahan itu dan dia berharap agar semua pihak mendoakan kebaikan dirinya. Sementara itu, Sheera menganggap perubahan itu adalah perkara wajib untuk dia bertudung kerana peranannya sebagai wanita beragama Islam.

"Diakui terdapat beberapa dugaan selepas saya memakai tudung tetapi saya percaya semua ini ada hikmahnya. Semoga Tuhan terus tetapkan hati saya untuk berubah ke arah yang lebih baik," ujarnya.

Al-hamdulilah, sepatutnya ramai lagi artis-artis menyotohinya. 'Riak', lawnnya 'ikhlas'. Bertudung tak riak, ikhlas kerana Allah.  Juga suatu kebajikan dan kewajipan. Telanjang rambut bagi wanita, itu yang riak, menunjuk-nunjuk, bahkan 'haram' dalam Islam. Tidak ada dedah rambut seperti itu kerana Allah atau 'ikhlas'.(IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis


Joe Flizzow: Pakai Baju Tulisan Lucah Alat Sulit Lelaki Untuk Promosi.

Posted: 13 Aug 2014 02:01 PM PDT


Ibnu Hasyim

Joe Flizzow: Pakai Baju Tulisan Lucah Alat Sulit Lelaki Untuk Promosi.


Joe Flizzow



HALAMAN HIBURAN KL: Penyanyi rap Joe Flizzow kecewa kerana dicemuh gara-gara kecuaiannya bergambar dengan dua indivdiu yang memakai baju T bertulisan lucah. Joe atau nama sebenarnya  Johan Ishak, 35, berkata, kejadian itu berlaku di sebuah majlis apabila dia pada mulanya di datangi seorang pereka fesyen yang memintanya memakai  baju bertulisan 'Jantan' bagi tujuan promosi. Menurut mSrar hari ini.

Jelas Joe, tidak lama kemudian mucul dua individu di sebelah kiri dan kanannya  untuk bergambar sebelum dia menyedari kedua-dua mereka memakai baju bertulisan lucah berkaitan alat sulit lelaki.

"Saya hadir sebuah acara fesyen dan seorang pereka fesyen memberi sehelai baju T dengan tulisan "Jantan" untuk tujuan promosi, saya rasa ia cool dan cantik.
"Apabila saya pakai ada dua orang individu lain yang pakai baju T dengan label yang sama ingin bergambar. Selepas bergambar baru saya sedar tulisan pada baju mereka agak lucah.
"Saya sudah memberi amaran kepada mereka agar tidak memuat naik gambar tersebut bagi mengelakkan kontroversi," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Rabu.


Gambar ini yang telah tersebar, Joe dipersalahkan.

Joe berkata demikian ketika diminta mengulas apabila gambarnya dengan dua orang individu dengan baju T bertulisan lucah tersebar di laman sosial baru-baru ini. Joe berkata, dia juga kesal apabila segelintir pihak menuduh baju tersebut merupakan produk yang dikeluarkan olehnya. (IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis



Magnet Hiasan Di Peti Sejuk Penyebab Penyakit Kanser. Bagaimana?

Posted: 13 Aug 2014 12:54 PM PDT


Ibnu Hasyim

Magnet Hiasan Di Peti Sejuk Penyebab Penyakit Kanser. Bagaimana?

PENGGUNA

Info Kesihatan.. Bahaya Magnet Hiasan Di Peti Sejuk 

Satu kajian dari Universiti Princeton telah membuat penemuan menakutkan akibat kesan magnet cantik berwarna-warni yang dilekatkan ke pintu peti ais sejuk. Makanan seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang disimpan di situ dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet. Orang yang memakannya mungkin mengidap kanser.

Kanser sel terjadi apabila satu sel yang aktif mula merebak secara senyap tanpa disedari. Bagaikan bom jangka, ia hanya disedari setelah tiba ke peringkat 4 bilamana pesakit mula merasakan perubahan pada dirinya seperti demam berpanjangan, loya, tidak bermaya serta kurang selera makan. 

Pada peringkat ini sudah agak lewat untuk menerima rawatan. Yang ada hanya rawatan kemoterapi yang menyakitkan sehingga rambut pesakit habis gugur. Kadang-kadang rawatan kemoterapi ini pun belum tentu dapat menyembuhkan. Yang paling menyakitkan ialah apabila air tulang sumsum diambil. Pesakit kanser yang sering membuat rawatan kemoterapi akan sampai ke satu tahap bila dia berputus asa dan tidak sanggup menjalani sebarang rawatan lagi. 

Kita sering membuat pemeriksaan awal bagi mengesan sel kanser di klinik swasta atau Fomema. Pemeriksaan keseluruhan kesihatan dibuat menerusi ujian darah. Sel kanser yang baru mula aktif, insyaAllah dapat dikesan.

Pada peringkat awal ini, rawatan dapat menghapuskan sel yang aktif ini. Jangan fikir penyakit ini sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Sebenarnya kita disuruh berusaha menjaga kesihatan yang merupakan satu ibadah. Jika umat Islam sihat, agama Islam turut kuat. Jika umat Islam lemah, musuh Islam akan menang. 

Kajian oleh Penyelidik Universiti Princeton Selama beberapa bulan, mereka memberi makan kepada dua kumpulan tikus. Kumpulan pertama diberikan makanan yang disimpan dalam peti sejuk tanpa magnet. Kumpulan kedua makan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk yang dihiasi beberapa magnet yang dilekatkan ke pintu peti sejuk itu.

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana pancaran sinaran elektromagnet yang keluar dari magnet hiasan di pintu itu boleh mempengaruhi sumber makanan. Hasil kajian klinikal menunjukkan kumpulan tikus yang makan makanan dicemari sinaran electromagnet mempunyai kebarangkalian sebanyak 87% mengidap kanser berbanding kumpulan tikus yang lain. 

Kerajaan, persatuan dan institusi kesihatan tidak boleh memberi kenyataan berkaitan dengan hal ini kerana masih berada dalam peringkat kajian lagi. Namun hanya dalam kes ini adalah dinasihatkan supaya ditanggalkan magnet hiasan itu dari peti sejuk anda anda dan meletakkannya jauh dari makanan. Mencegah lebih baik dari merawat.

Aqidah tentang kuasa magnet. Dalam hukum tauhid, semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah SWT. Hanya kelemahan datang dari diri kita. Magnet adalah zat yang bersifat nafsiah. Kuasa pancaran bersifat ma'niyah. Bukan kuasa magnet yang boleh menyebabkan kanser. Semua yang berlaku adalah di atas kehendak Allah SWT jua.


Quo Vadis, Pakatan Rakyat? -Lim Kit Siang.

Posted: 13 Aug 2014 11:01 AM PDT


Ibnu Hasyim

Quo Vadis, Pakatan Rakyat? -Lim Kit Siang.



Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata krisis kepimpinan di Selangor memusnahkan impian rakyat Malaysia yang diperjuangkan Pakatan Rakyat (PR) sejak memenangi negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) 6 tahun lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 13 Ogos, 2014.  
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata krisis kepimpinan di Selangor memusnahkan impian rakyat Malaysia yang diperjuangkan Pakatan Rakyat (PR) sejak memenangi negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) 6 tahun lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 13 Ogos, 2014.

Krisis kepimpinan di Selangor memusnahkan impian rakyat Malaysia yang diperjuangkan Pakatan Rakyat (PR) sejak memenangi negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) 6 tahun lalu, kata Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang.

Ketua Parlimen DAP itu dalam kenyataannya di Kuala Lumpur hari ini berkata, lebih teruk lagi apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya bergantung kepada kekuatan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin BN akan tetap menyokong beliau terus berkuasa.

"Tidak dapat dibayangkan Khalid sanggup mendakwa kerajaan Selangor bukan kerajaan PR," kata Lim dalam kenyataannya.
"Adakah 4 anggota Exco PAS akan dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) jika tidak menyertai PR dalam Pilihan Raya 2013?" soalnya.

Khalid semalam memecat 5 anggota Exco daripada DAP dan PKR, sebaliknya memilih untuk mengekalkan 4 Exco PAS. Pemimpin DAP dan PKR secara terbuka menggesa Khalid melepaskan jawatannya bagi menggantikan beliau dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah. PAS bagaimanapun masih lagi menyokong kepimpinan Khalid sehingga mesyuarat yang dijadualkan pada Ahad ini.

Anggota Exco yang dipecat bagaimanapun mempersoalkan tindakan Khalid yang memecat mereka sebelum menerima perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.  Muhyiddin sebelum ini berkata 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno dan BN memberikan sokongan tanpa syarat kepada Khalid.

PAS dan DAP masing-masing mempunyai 15 Adun. PKR kini mempunyai 13 kerusi DUN selepas memecat keanggotaan Khalid Sabtu lalu. "Quo Vadis, Pakatan Rakyat?" soal Lim. – 13 Ogos, 2014. (TMI)

Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Politik Pakatan Tuntut Kejujuran, Pertahan Janji -Dr Mujahid

Posted: 13 Aug 2014 08:42 AM PDT


Ibnu Hasyim

Politik Pakatan Tuntut Kejujuran, Pertahan Janji -Dr Mujahid

Post Pic
ULASAN Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, Pakatan Rakyat adalah mekanisme perubahan politik yang terbaik yang pernah dipersembahkan kepada rakyat Malaysia.

Sistem parti politik di Malaysia adalah berasaskan ideologi dan ini adalah merupakan ciri-ciri utama kebanyakan parti politik di negara sedang membangun.

Berbanding dengan negara Barat dan membangun parti politik lebih berorientasikan ideologi pragmatik walaupun mereka mengekalkan asas utama yang membezakan antara mereka, adapun dari segi dasar kerajaan, parti politik di negara membangun lebih cenderung kepada sokongan merentasi ideologi politik.

Sebab itu dalam mengamalkan kuasa pemerintahan, negara membangun tidak banyak berhadapan dengan usaha menjatuhkan kerajaan yang berkuasa.

Iklim politik kepartian

Apa yang berlaku dalam iklim parti politik Malaysia mengisyaratkan persaingan ideologi yang terdedah kepada obsesi berpolitik negatif walaupun atas kos pudarnya kepercayaan rakyat ke atas mereka asalkan mereka dapat mempertahankan 'ideologi' mereka.

Obsesi kepada berpolitik terbawa hingga kepada daerah kuasa memerintah sehingga advokasi dasar yang progresif dan membina kuasa yang diamanahkan oleh pengundi terpaksa diabaikan.

Suasana ini jika berlarutan tidak banyak menguntungkan konsep kerajaan yang berkuasa kerana ketua kerajaan dari parti yang memerintah dan pasukannya sentiasa dibimbangi oleh usaha politiking untuk menggagalkan dasar-dasar yang diperkenalkan.

Perbahasan kepentingan kepartian lebih banyak daripada perbahasan dasar dan usaha memperbaikinya untuk kepentingan rakyat.

Sentimen Perkauman

Sentimen perkauman turut memainkan peranan menyemarakkan politiking bagi menggagalkan parti yang memerintah. Ahli politik Malaysia terkenal dengan menggunakan kad beracun perkauman apabila segala usaha secara budiman berhadapan dengan kegagalan.

Isu polarisasi kaum sentiasa didendangkan sehingga wujudnya persekitaran permusuhan dan ugutan. Parti-parti politik terdedah kepada pelabelan-pelabelan perkauman sehingga prejudis menguasai keadaan.

Permainan perkauman ini membawa kepada 'zero-sum game' kerana penguasaan yang lebih akan mengurangkan pesaing masing-masing kadangkali di atas risiko menggagalkan kerajaan yang berkuasa.

Bahayanya kad perkauman ialah rakyat diheret kepada perbahasan yang tidak produktif kerana cuba mempertahankan diri daripada dilabel perkauman daripada berusaha untuk membanteras perkauman yang menjadi barah dalam politik negara hari ini.

Ia lebih malang apabila karat perkauman masih ada dalam budaya berkolusi.

Politik kolusi

Politik Malaysia tidak dapat lari daripada pendekatan kolusi yang menghimpunkan berbagai parti politik atas satu platfom untuk bersaing. Sejak Perikatan/BN terbentuk wajah kolusi merupakan ciri utama mengukuhkan politk pelbagai kaum di Malaysia.

Bagi pembangkang pula pendekatan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Barisan Alternatif (BA) dan akhirnya Pakatan merupakan pesaing terkuat politik kolusi untuk merintis jalan ke persada kuasa.

Politik kolusi ada risikonya dari sudut keberkesanan permuafakatan antara parti-parti. Selain daripada terpaksa mempelajari erti perkongsian mereka juga terpaksa berhadapan isu ideologi yang lazimnya soal keaslian dan keutuhan prinsip dipersoalkan oleh ahli sendiri.

Adalah agak sukar untuk bersetuju atas satu matlamat politik tertentu tanpa terpaksa berkompromi isu yang mungkin dianggap fundamental.

Di sinilah kolusi parti berideologi akan menghadapi suasana kerapuhan dan sedikit sahaja kocakan akan mengakibatkan kolusi akan terancam.

Konflik intra-parti

Amalan politik kolusi juga mencabar daerah interaksi intra-parti dari sudut sejauh manakah rakan kolusi boleh campur tangan atas alasan ia membahayakan matlamat kolusi.

Ia juga menuntut mekanisma berkesan bagaimana sesuatu masalah itu dibincangkan sesama kepimpinan parti berkolusi dan ini memerlukan persefahaman yang baik dan interaksi yang positif.

Perundingan dalam semangat kolusi diperlukan dalam semua alat dan wasilah pemerintahan seperti pembahagian jawatan di peringkat negeri, kerajaan tempatan dan akar umbi sebagaimana mereka terpaksa menguruskan ketidakpuasan hati semasa proses pengagihan kuasa berlaku.

Semua ini mencabar kewibawaan mengurus dan bukan sekadar berbekalkan semangat kolusi semata-mata. Masalah kecil boleh membawa kepada permasalahan yang lebih besar dan keadaan ini boleh membawa kepada krisis ketidakpercayaan antara parti berkolusi.

Kejujuran dalam berkolusi menuntut perjanjian disepakati dan dipenuhi secara bersama. Perjanjian perlu ditunaikan dan mesti dipertahankan bersama.

Sebarang unsur tikam dari belakang mesti dijauhi sama ada melalui kenyataan ataupun tindakan. Seburuk kolusi adalah apabila masing-masing ada agenda tersirat dan hanya mementingkan kedudukannya.

Mengambil kesempatan terhadap kelemahan rakan kolusi adalah seburuk teman untuk bersepakat apatah lagi membina ketidakpercayaan terhadap rakan kolusi.

Model Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat sebenarnya adalah hasil perkembangan kesedaran politik untuk menyahut atau menyambut ketibaan politik baru di Malaysia. Ia hasil daripada momentum kesedaran kepada perlunya ruang demokrasi yang lebih luas dan tuntutan amalan kerajaan yang telus dan bebas rasuah.

Saya maksudkan momentum kerana perjuangan ke arah itu telah pun dimulakan sebelum ini, cumanya ia tidak menjadi satu gerakan rakyat yang telah diterjemahkan dalam peti-peti undi.

Oleh kerana desakan terlalu besar kepada perlunya satu mekanisma perubahan yang cuba diwakili oleh Pakatan, maka fasa pembentukan struktural Pakatan ia datang kemudian.

Oleh kerana kesemua parti Pakatan tersentak dengan kedatangan politik baru ini mereka lebih sibuk menguruskan tapak sokongan daripada menguruskan organisasi Pakatan itu sendiri. Hasilnya ialah kedudukan Pakatan dari sudut kebersamaan dan penghayatan parti berkolusi tidak bersepadu.

Walaupun demikian pencapaian Pakatan secara berorganisasi berjaya melahirkan sesuatu yang struktural seperti Resolusi Shah Alam 2009 bersetuju atas Kesepakatan Bersama, Resolusi Kepala Batas 2010 menghasilkan Buku Jingga dan Resolusi Alor Setar 2011 melahirkan Manifesto Pakatan.

Kewujudan Majlis Presiden dan Sekretariat Pakatan walaupun agak rapuh tetapi ia adalah usaha mengimbangi sambutan massa dan pengurusan dalaman kolusi.

Di peringkat negeri dan akar umbi nasib organisasi Pakatan tidaklah sebaik di peringkat pusat malah lebih buruk tahap keserasian kerjanya.

Keadaan bertambah buruk dalam keputusan pembahagian kerusi di mana beberapa kerusi menyaksikan pertindihan dan seterusnya bertembung sesama rakan kolusi.

Kesan kegagalan mendapat kata sepakat dasar satu lawan satu melantunkan kesan kepada persepsi rakyat bahawa Pakatan gagal menguruskan pertindihan sesama mereka.

Walaupun dalam keadaan serba kekurangan organisasi Pakatan, mereka masih mampu menafikan dua pertiga hegemoni BN selama ini dengan mendapat 85 kerusi daripada 222 jumlah kerusi parlimen.

Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan jatuh ke bawah penguasaan Pakatan di sebalik kekurangan aspek pengorganisasian Pakatan.

 ESOK: Krisis S'gor bukan sebab Pakatan perlu berpecah

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA ialah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS dan Ahli Parlimen Parit Buntar.

Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


MB Pengerusi Mesyuarat Dengan 4 exco PAS Saja

Posted: 13 Aug 2014 07:59 AM PDT


Ibnu Hasyim

MB Pengerusi Mesyuarat Dengan 4 exco PAS Saja

 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini dengan kehadiran empat anggota Exco kerajaan negeri.
  
Semua maklumat terkini berhubung kemelut politik di Selangor akan diumumkan selepas mesyuarat Exco itu, kata Abdul Khalid yang tiba di situ pukul 9.20 pagi.
  
Empat anggota Exco kerajaan negeri daripada PAS iaitu Dr Halimah Ali; Dr Ahmad Yunus Hairi; Iskandar Abdul Samad dan Sallehen Mukhyi turut dilihat memasuki bangunan SUK bagi menghadiri mesyuarat Exco itu.
  
Sementara itu, enam anggota Exco yang dipecatnya dilihat memasuki pejabat masing-masing tetapi tidak menyertai mesyuarat Exco.
  
Dua anggota Exco daripada DAP yang dipecat, Datuk Teng Chang Khim dan V Ganabatirau berkata mereka hadir ke pejabat untuk bekerja seperti biasa dan tidak akan menyertai mana-mana mesyuarat berkaitan Exco kerajaan negeri seperti yang diarahkan parti.

Mengulas sama ada kerajaan pakatan pembangkang masih wujud di Selangor, Teng berkata kerajaan negeri itu kini telah 'dirampas' seorang anggota dewan undangan negeri bebas.
  
Seorang lagi anggota Exco daripada DAP Ean Yong Hian Wah, yang memasuki pejabatnya pada pukul 11 pagi, berkata beliau tidak akan menyertai mesyuarat Exco dan mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatan serta merta.
  
Katanya, Abdul Khalid perlu berbuat demikian kerana pada pilihan raya umum ke-13 lepas, kerajaan negeri Selangor dibentuk oleh pakatan pembangkang dan bukannya oleh Adun Bebas.
  
"Khalid perlu ingat mandat yang diberikan rakyat tahun lepas adalah untuk PR bukan untuk dirinya...saya mahu beliau meletakkan jawatan dan kembalikan kuasa kepada rakyat," katanya.
  
Ean berkata, penyertaan anggota Exco daripada PAS dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri itu diibarat sebagai tidak menghormati semangat kerjasama pakatan pembangkang yang diperjuang sebelum ini.

Seorang anggota Exco daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Elizabeth Wong Keat Ping yang juga dipecat menyeru semua anggota exco daripada PAS supaya tidak menghadiri mesyuarat berkenaan.
  
Beliau yang hadir ke bangunan SUK kira-kira pukul 10.35 pagi ini menyatakan hanya akan melakukan tugas seperti biasa dan enggan mengulas lanjut mengenai kemelut politik Selangor.
  
Semalam, Abdul Khalid memecat enam anggota Exco daripada DAP dan PKR kerana tidak menyokong pentadbirannya.
  
Abdul Khalid telah dipecat oleh PKR kerana enggan mematuhi arahan parti untuk meletak jawatan dan memberi laluan kepada presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikannya. Bagaimanapun, beliau terus memegang jawatan Menteri Besar setelah mendapat perkenan Sulan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. 
-Bernama


Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
 


Pelawak Maidin Meninggal Dunia Dalam Solat, Al-hamdulillah!

Posted: 13 Aug 2014 06:48 AM PDT


Ibnu Hasyim

Pelawak Maidin Meninggal Dunia Dalam Solat, Al-hamdulillah!


Maidin memberi sinar dalam dunia komedi negara. - Gambar Utusan Malaysia.

HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA: Pelawak popular iaitu Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia di kediamannya di Pokok Tai, Gurun Kedah kira-kira pukul 2 petang Rabu ketika dalam solat akibat sakit jantung. Berita itu disahkan oleh menantu Allahyarham iaitu Mohd. Saiful Nizam Saari, 38, sewaktu dihubungi mStar Online di sini petang Rabu.

"Saya ingin mengesahkan, bapa mertua saya telah meninggal dunia ketika dalam solat Zohor kira-kira pukul 2 petang tadi," katanya.

Mohd Saiful berkata, isteri Allahyarham iaitu Hadira Ibrahim, 60, yang hendak ke bilik menemui Allahyarham telah rebah sebelum disahkan meninggal dunia. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Sri Jerai, Gurun selepas solat Isyak pada Rabu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak iaitu seorang lelaki dan empat perempuan berusia antara 32 hingga 45 tahun. Maidin berasal dari Bagan Lalang Butterworth dan kini menetap di Gurun. Pada tahun 2009 Allahyarham pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana menghadapi masalah jantung.

Dalam dunia lakonan, Maidin banyak berlakon drama-drama komedi termasuklah filem antaranya Anak Mami The Movie, Nana Tanjung dan Mami Jarum Junior. Allahyarham juga pernah memenangi Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Skrin (2001) anjuran TV3 untuk drama Pinang Durian. (mStar)


Akibat Desakan Ini.. Khalid Ibrahim Letak Jawatan MB?

Posted: 13 Aug 2014 06:30 AM PDT


Addin

Akibat Desakan Ini.. Khalid Ibrahim Letak Jawatan MB?


Sekumpulan NGO hari ini tampil menuntut pengunduran segera Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, yang kini tidak berparti setelah dipecat PKR.

"Setiap ketua kerajaan yang hilang keyakinan partinya patut berundur dengan baik. Khalid patut letak jawatan secara terhormat," kata NGO itu dalam kenyataan hari ini.

"Khalid (kiri) tidak mempunyai mandat langsung dan mandat peribadi kerana Selangor bukan negara demokrasi berpresiden."

Bagaimanapun, kata mereka, Khalid bukan sahaja terus berpaut pada kuasa, tetapi turut memecat exco daripada PKR dan DAP, tindakan yang dianggap mengkhianati demokrasi dan pengundi.

NGO terlibat adalah Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM). ~mk




Iklan C (ii)





Exco P/PAS Letak Jawatan Kerana Surat Terbuka Kepada PM..

Posted: 13 Aug 2014 05:57 AM PDT


Ibnu Hasyim

Exco P/PAS Letak Jawatan Kerana Surat Terbuka Kepada PM..

 
Anggota exco Pemuda PAS Zulhazmi Shariff meletak jawatan daripada jawatannya ekoran kritikan 'keterlaluan' terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Zulhazmi (bawah) adalah ahli mesyuarat dan timbalan pengerusi Badan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat mengumumkan bahawa Zulhazmi "secara sukarela memohon maaf dan melepaskan jawatannya" susulan kenyataan dalam Facebook yang mengulas jurang antara kumpulan pro-menteri besar Selangor dan pro-Pakatan Rakyat dalam krisis di negeri itu.

Semalam Zulhazmi, yang merupakan calon ketua Pemuda PAS tetapi kalah, memaparkan dalam akaun Facebooknya satu "surat terbuka" kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau secara sinis menggesa Najib agar menukar MP Gua Musang dengan MP Marang (Hadi) kerana menurutnya PAS mahukan MP Gua musang sebagai PM yang baru. Zulhazmi merujuk kepada laporan tentang niat PAS untuk menjadikan Tengku Razaleigh, seorang anggota Umno, sebagai PM jika Pakatan memenangi pilihan raya umum lalu.

Gambar: Berikutan penulisan dalam media sosial yang keterlaluan. Sdr Zulhazmi secara sukarela telah menarik balik kenyataannya, memohon maaf dan melepaskan jawatannya sebagai ahli mesyuarat Pemuda PAS Malaysia merangkap Tim Pengerusi Badan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia.

Berikutan penulisan dalam media sosial yang keterlaluan. Sdr Zulhazmi secara sukarela telah menarik balik kenyataannya, memohon maaf dan melepaskan jawatannya sebagai ahli mesyuarat Pemuda PAS Malaysia merangkap Tim Pengerusi Badan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia. 
 

Terlajak perahu boleh diundur.. Tersasulkah dia atau cuma bergurau kerana dia sendiri memilih untuk letak jawatan? (IH)

Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Rodziah (PKR) Boleh Kekal Jadi Exco Khalid Pula..

Posted: 13 Aug 2014 03:46 AM PDT


Ibnu Hasyim

Rodziah (PKR) Boleh Kekal Jadi Exco Khalid Pula..

 
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata exco PKR Rodziah Ismail masih dialu-alukan untuk meneruskan khidmat dalam pentadbiran kerajaan Selangor. Menteri besar itu berkata beliau masih menunggu ADUN Batu Tiga itu kembali dari luar negara untuk membincangkan perkara itu.

"Tunggu dia (Rodziah) kembali dari luar negara dan kita akan buat keputusan.
"Jika dia pilih untuk bekerjasama, dia akan teruskan (Exco)," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail, Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita. Dikatakan, jika dalam pertembungan PKR sebelum ini diambil kira, maka Rodziah adalan calon Ketua Wanita PKR pro Abdul Khalid lawan Zuraidah Kamaruddin yang mempertahankan jawatannya. Dia diketahui penyokong kuat Azmin Ali sebelum berpindah kem ke Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Khalid sebelum ini menjelaskan bahawa dia masih belum menulis surat kepada Rodziah kerana ADUN PKR itu masih berada di luar negara. (IH)

Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Presiden PAS: Bertenang Ahli PR! Terdapat Percanggahan Pendapat...

Posted: 13 Aug 2014 01:42 AM PDT


Ibnu Hasyim

Presiden PAS: Bertenang Ahli PR! Terdapat Percanggahan Pendapat...

PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta supaya semua ahli di dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya bertenang menghadapi krisis yang semakin meruncing berkenaan isu pertukaran Menteri Besar Selangor.

Kemelut yang dihadapi PR berlaku apabila terdapat percanggahan pendapat antara Presiden PAS dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum ini Anwar telah mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun, Majlis Syura Ulama PAS menyatakan pendirian menolak cadangan PKR untuk melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baharu, sebaliknya mempertahankan Khalid untuk kekal di posisi yang dipegang beliau sekarang ini.

"Saya menyeru kepada semua ahli supaya bertenang dan meminta pertolongan daripada Allah dengan bersabar dan sembahyang.
"Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Al Baqarah-45)," katanya di dalam laman Facebooknya.

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata keempat-empat Exco PAS Selangor akan menjalankan tugas seperti biasa.

"Kerajaan negeri masih lagi wujud dan berfungsi seperti biasa sebelum menunggu keputusan yang akan diumumkan daripada PAS Pusat.
"Kepada semua pemimpin parti, ahli dan para penyokong dinasihatkan supaya bertenang menghadapi konflik politik yang sedang melanda Selangor," ujarnya. ~FMT

Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Bertenang! 3 Perkara, PAS Tetap Bersama PR -Salahuddin Ayub

Posted: 13 Aug 2014 01:02 AM PDT


Ibnu Hasyim

Bertenang! 3 Perkara, PAS Tetap Bersama PR -Salahuddin Ayub






KL:  Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan selepas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memecat enam anggota Exconya daripada kalangan DAP dan PKR, 12 Ogos semalam menurut Harakah sebentar tadi.

"Situasi selepas pemecatan Exco ini adalah perkembangan sementara dan ia tertakluk kepada perubahan, bergantung keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, 17 Ogos nanti," ujarnya merujuk hanya tinggal empat Exco PAS dalam kerajaan negeri.

Abdul Khalid kini menjadi menteri besar bebas selepas Majlis Pimpinan Pusat PKR memecat keahlian beliau serta-merta pada 9 Ogos lalu. PAS pada 10 Ogos bagaimanapun telah mengeluarkan arahan agar semua exco kerajaan negeri dari PAS terus berkhidmat di dalam Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata kedudukan PAS yang tetap bersama Pakatan Rakyat dan tidak akan bersama BN itu adalah berdasarkan tiga faktor utama.

Pertama, PAS masih lagi berpegang teguh dengan keputusan Muktamar Tahunan 2008 yang bersetuju untuk PAS bersama Pakatan Rakyat.

Kedua,
ia juga selari dengan pandangan Majlis Syura Ulamak  yang bermesyuarat pada 6 Ogos lalu, yang menegaskan sekali lagi  untuk terus memberi komitmen bersama Pakatan.

Ketiga,
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga berulang kali menegaskan, dalam apa jua situasi yang berlaku, PAS tetap bersama Pakatan.

"Oleh itu, saya harapkan semua pihak, terutama rakyat Selangor, khususnya ahli PAS, agar bertenang berdepan berita atau rumours yang tersebar sekarang, serta sabar menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos.

"Insya-Allah semua kemelut ini dapat PAS selesaikan dalam mesyuarat itu nanti. Kita akan memutuskan yang terbaik.

"Saya yakin, PAS tentunya sangat bertanggungjawab untuk pastikan menteri besar baru dapat diganti di kalangan Pakatan Rakyat bagi memastikan amanah dan kepercayaan rakyat dalam PRU13 tidak disia-siakan, sekali gus survival Pakatan di Selangor terpelihara," Salahuddin memberi jaminan.

Mengulas sokongan terbuka Adun BN terhadap khalid seperti dinyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin,  Salahudin menegaskan ianya "tidak memberi apa-apa kesan terhadap kerjasama PAS dalam Pakatan".

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Exco PAS Selangor Sallehen Mukhyi ketika ditanya media pagi ini berkata, tidak timbul soal kerjasama dengan Umno kerana parti itu adalah pembangkang di Selangor.

"Soal (kerjasama) Umno tak timbul. Umno tidak ada dalam kerajaan. Tidak akan jadi. Kalau Umno ada dalam exco, PAS akan keluar.
"Umno tidak ada dalam senarai ini. Dia bukan kerajaan, dia pembangkang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. (IH)

Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?



Isu MB Selangor.. Ini Kenyataan Terkini Presiden PAS

Posted: 13 Aug 2014 12:21 AM PDT


Addin

Isu MB Selangor.. Ini Kenyataan Terkini Presiden PAS


PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta supaya semua ahli di dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya bertenang menghadapi krisis yang semakin meruncing berkenaan isu pertukaran Menteri Besar Selangor.

Kemelut yang dihadapi PR berlaku apabila terdapat percanggahan pendapat antara Presiden PAS dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum ini Anwar telah mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun, Majlis Syura Ulama PAS menyatakan pendirian menolak cadangan PKR untuk melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baharu, sebaliknya mempertahankan Khalid untuk kekal di posisi yang dipegang beliau sekarang ini.

"Saya menyeru kepada semua ahli supaya bertenang dan meminta pertolongan daripada Allah dengan bersabar dan sembahyang.

"Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Al Baqarah-45)," katanya di dalam laman Facebooknya.

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata keempat-empat Exco PAS Selangor akan menjalankan tugas seperti biasa.

"Kerajaan negeri masih lagi wujud dan berfungsi seperti biasa sebelum menunggu keputusan yang akan diumumkan daripada PAS Pusat.

"Kepada semua pemimpin parti, ahli dan para penyokong dinasihatkan supaya bertenang menghadapi konflik politik yang sedang melanda Selangor," ujarnya. ~fmt




Iklan C (ii)





Exco PAS Warning Khalid Ibrahim

Posted: 12 Aug 2014 09:38 PM PDT


Addin

Exco PAS Warning Khalid Ibrahim


Exco PAS Sallehen Mukhyi berkata, PAS akan keluar daripada barisan exco sekiranya kerajaan Selangor memilih ADUN daripada Umno untuk menjadi exco.

Beliau turut menambah, soal sama ada untuk memilih exco daripada Umno tidak timbul memandangkan parti itu merupakan pembangkang di Selangor.

"Soal Umno tak timbul. Tidak akan ada dalam kerajaan. Tak ada Umno. Tidak akan jadi kalau Umno ada dalam exco. PAS akan keluar.

"Umno tidak ada dalam senarai ini. Dia bukan kerajaan dan dia ada pembangkang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. ~mk





Iklan C (ii)





Jilboobs, Tutup Tapi Tonjol. Trend Baru Pakaian Muslimah. Isteri PM?

Posted: 12 Aug 2014 07:42 PM PDT


Ibnu Hasyim

Jilboobs, Tutup Tapi Tonjol. Trend Baru Pakaian Muslimah. Isteri PM?


Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa adalah haram bagi kaum wanita yang mengenakan pakaian Muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat. - GAMBAR HIASAN

JAKARTA Ogos - Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram bagi kaum wanita mengenakan pakaian Muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat.

MUI mengeluarkan fatwa berkenaan berikutan trend baharu dalam kalangan wanita bertudung yang menggayakan fesyen Jilboobs (gabungan Jilbab dan Boobs) yang kini menjadi ikutan di Indonesia.
Golongan tersebut mempopularkan fesyen Jilboobs iaitu mengenakan tudung kepala tetapi berpakaian ketat bermula dari paras leher ke bawah.

"Sudah ada fatwa MUI soal pornografi, ia termasuk tidak boleh memperlihatkan bentuk tubuh, pakai tudung tapi berpakaian ketat. MUI secara tegas melarang (fesyen) itu," tegas Timbalan Ketua MUI, Ma'ruf Amin.

Menurut Ma'ruf, MUI mengeluarkan fatwa itu memandangkan cara menutup aurat oleh golongan itu tidak bersesuaian dan tidak menepati Syariat Islam tentang cara berpakaian.

"Kalau sebahagian menutup aurat, sebahagian lagi masih memperlihatkan bentuk-bentuk yang sensual itu dilarang," kata beliau.

Sehubungan itu, MUI menggesa setiap Muslimah yang sudah bertudung agar memberi perhatian pada cara berpakaian yang menepati Syariat agama.

Sebelum ini, sebuah komuniti wanita Muslimah yang memperkenalkan diri mereka sebagai Jilboobs Community dalam Facebook, memuat turun foto mereka mengenakan pakaian ketat sehingga mencetuskan reaksi kurang senang daripada pelayar-pelayar media sosial itu. - UTUSAN



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam hal ini kita cuma berlainan negara, Malaysia dan Indonesia. Tetapi bersempadan, berbudaya timur yang hampir sama, di bawah pimpinan dan naungan agama Islam yang sama. Maka hukum 'haram' di Indonesia samalah dengan di Malaysia. Maka muslimah-muslimah di Malaysia juga berjangkit virus Jilboobs ini.

Isteri-isteri pemimpin Malaysia banyak terkena penyakit ini. Walaupun bertutup tapi tonjol bentuk tubuhnya tetap ada. Mengiurkan? Bagaimana pakaian isteri PM? Anda jawab sendiri la...


Akhirnya.. Tembelang Khalid Ibrahim Terbongkar?

Posted: 12 Aug 2014 07:39 PM PDT


Addin

Akhirnya.. Tembelang Khalid Ibrahim Terbongkar?


Menteri Besar Selangor yang ada sekarang ni kata dia akan lepaskan jawatan yang tiba-tiba menjadi isu hangat dinegara kita ini iaitu jawatan Menteri Besar selepas membersihkan dirinya..

Jadi sebagai membantu mempercepatkan proses pembersihan dirinya itu, disini aku siarkan satu laporan dan video yang menjelaskan tentang perkara yang menjadi antara punca Khalid di pecat dari PKR walaupun ianya akan kantoikan beberapa orang dari PKR.

Khalid didakwa gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Baca dan fahamkan apa yang didedahkan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas, Ekonomi Kewangan Azrul Azwar yang merupakan Bekas Ketua Ekonomi Bank Islam.

Azrul juga pernah bertugas sebagai penganalisis di Meridian Asset Management Sdn Bhd, RHB Bank, Malaysia Industrial Development Finance Bhd (MIDF) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB), dilaporkan telah berkata dalam sebuah forum awam di ibu negara yang "terdapat kemungkinan tinggi" Pakatan Rakyat akan menang dalam PRU13.

Rentetan dari itu beliau telah telah digantung tugasnya oleh pengurusan Bank Islam kerana mereka mendakwa mempunyai "asas-asas yang wajar" untuk mempercayai yang beliau telah melanggar dasar dalaman bank.

Azrul dalam hujahnya mengatakan beliau antara yang terlibat dalam urusan penyelesaian hutang Khalid dengan Bank Islam.

"Pada 2008 selepas Pakatan Rakyat memenangi Selangor dan Khalid menjadi menteri besar, bekas bos saya meminta saya untuk menghubungi beliau (Khalid) untuk menyelesaikan isu pinjaman itu di luar mahkamah," katanya.

Menurut Azrul, Bank Islam yang terlebih dahulu menawarkan penyelesaian di luar mahkamah apabila rundingan pertama Khalid di ibu pejabat bank berkenaan tidak berjaya disebabkan menteri besar Selangor itu tidak bersetuju dengan terma perjanjian.

"Kerana itu kita lihat rentetan kronologi sehinggalah ke Mahkamah Tinggi," katanya.

Beliau berkata penyelesaian hutang Khalid bersama Bank Islam tercapai selepas bank itu menerima tawaran dari institusi kewangan Timur Tengah yang cuba menghidupkan semula skim perjanjian jual beli (BBA).

"Oleh kerana institusi kewangan itu cuba mempopularkan semula konsep BBA, maka menawarkan usul kepada Khalid dalam pembayaran jumlah hutang.

"Tawaran itu dilakukan kerana institusi kewangan itu tidak mahu sekiranya Bank Islam kalah dalam mahkamah maka ia akan memberi kesan pada polisi BBA," katanya.

Beliau berkata Khalid akhirnya bersetuju dengan tawaran penyelesaian terbabit dan Bank Islam juga berpuas hati kerana ia tidak merugikan perbankan itu.... ~anak sungai derhaka

Lihat video di sini.



Iklan C (ii)





0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani