Masukkan Email Anda : Berita Terbaru

Powered by Blogger.

Polis Siasat Kehilangan RM111,000 Dari Akaun Empat Mangsa MH370

Polis Siasat Kehilangan RM111,000 Dari Akaun Empat Mangsa MH370


Polis Siasat Kehilangan RM111,000 Dari Akaun Empat Mangsa MH370

Posted: 12 Aug 2014 11:11 PM PDT

Polis Siasat Kehilangan RM111,000 Dari Akaun Empat Mangsa MH370 | Polis sedang menyiasat transaksi yang mencurigakan membabitkan akaun bank milik empat penumpang MH370.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, ACP Izany Abdul Ghany berkata, sejak kehilangan pesawat itu, sebuah bank tempatan melaporkan sejumlah RM111,000 dikeluarkan daripada akaun milik empat penumpang pesawat itu.

"Bank berkenaan menyedari sejumlah wang telah dikeluarkan daripada akaun terbabit pada 18 Julai lalu.

"Pihak bank menjalankan siasatan dalaman sebelum membuat laporan polis pada 2 Ogos lalu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada Rabu.

Beliau berkata, siasatan berhubung perkara itu masih dijalankan.-mstar

Lagi Pelanggan Restoran Pizza Diusir Keluar kerana Tukar Lampin

Posted: 12 Aug 2014 10:53 PM PDT

SEORANG ibu diusir keluar dari sebuah restoran pizza kerana menukar lampin anak perempuannya di meja makan.

Miranda Sowers dan tiga anaknya diusir keluar dari Brother's Pizza Express di Spring, Texas, selepas dia bertindak menukar lampin anak perempuannya yang berusia empat bulan di meja makan.

Bercakap kepada stesen berita Texas, KHOU, dia pada awalnya membawa anaknya ke tandas di restoran berkenaan tetapi mendapati ia tiada ruang penukaran lampin.

"Saya mempunyai pelapik saya sendiri, dia (anak) kecil, muat di atas kerusi. Jadi, saya cepat baringkan dia dan menukarkan lampin secara diam-diam," katanya.

Sowers bagaimanapun tidak membiarkan insiden diusir dari restoran tersebut begitu sahaja, sebaliknya dia memfailkan aduan dengan Biro Perniagaan Lebih Baik. – mirror.co.uk

Pelawak Maidin Meninggal Dunia Dalam Solat

Posted: 12 Aug 2014 06:35 PM PDT

Pelawak Maidin Meninggal Dunia Dalam Solat  |  Pelawak popular iaitu Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia di kediamannya di Pokok Tai, Gurun Kedah kira-kira pukul 2 petang Rabu ketika dalam solat akibat sakit jantung.

Berita itu disahkan oleh menantu Allahyarham iaitu Mohd. Saiful Nizam Saari, 38, sewaktu dihubungi mStar Online di sini petang Rabu.

“Saya ingin mengesahkan, bapa mertua saya telah meninggal dunia ketika dalam solat kira-kira pukul 2 petang tadi,” katanya.

Mohd Saiful berkata, isteri Allahyarham iaitu Hadira Ibrahim, 60, yang hendak ke bilik menemui Allahyarham telah rebah sebelum disahkan meninggal dunia.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pokok Tai di sini selepas solat Isyak pada Rabu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak iaitu seorang lelaki dan empat perempuan berusia antara 32 hingga 45 tahun.

Maidin berasal dari Bagan Lalang Butterworth dan kini menetap di Gurun.

Pada tahun 2009 Allahyarham pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana menghadapi maslah jantung.

Zain Saidin Tayang Lovebite Dari Mulut Rozita Che Wan

Posted: 12 Aug 2014 03:24 PM PDT

Zain Saidin Tayang Lovebite Dari Mulut Rozita Che Wan  |   Biar betul Zain Saidin mahu menunjuk-nunjuk bekas ‘lovebite’ dibuat oleh isterinya kepada khalayak ramai? Tidak mungkinlah Zain akan berperangai begini. Banyak sangat dan besar sangat gigitan cinta Rozita Che Wan ni.

Jangan salah sangka, Rozita Che Wan atau Che Ta sebenarnya buat rawatan bekam kepada Zain dan Zain sendiri memuat naik caption ‘apabila Rozita Che Wan buat love bite’ mungkin dengan niat mahu bergurau.

Tapi ada yang boleh terima jenakanya itu dan ada yang mengatakan beliau seperti memburukkan nama isterinya. Macam-macamlah. Terpulanglah pada individu untuk menilai.

Anda rasa bagaimana?

Screen Shot 2014 08 13 at 3.44.52 AM Zain Saidin Tayang Lovebite Dari Mulut Rozita Che Wan

- sumber -

Suami Daphne Iking Dihentam Muatnaik Gambar Dengan Kapsyen Luc4h

Posted: 12 Aug 2014 03:09 PM PDT

Suami Daphne Iking Dikecam Muatnaik Gambar Dengan Kapsyen Lucah |  Kalau anda peminat Daphne Iking, anda pasti tahu sikapnya yang agak gila-gila terutamanya apabila memuatnaik gambar-gambarnya di Instagram sampai membuatkan yang melihatnya tercengang adakalanya.  Biasalah bila jadi artis elak-elaklah melakukan perkara yang peminat tidak suka lag-lagi gambar-gamabr seksi atau lucah. Terbaru, suaminya memuat naik gambar mereka berdua dengan kapsyen yang agak berani dan nakal kerana berbaur sedikit lucah tapi kami pasti ianya hanyalah gurauan. Cuba lihat :

Memang ramai yang mengecam gambar ini tapi Joe langsung tidak pedulikan kata-kata orang sebab beliau selalu beraksi seperti seorang yang ‘cool’. Cuma kadang-kadang kapsyen yang diletakkannya dalam gambar-gambar yang dimuatnaik kadang-kadang membuatkan ramai memang tidak puas hati.

Screen Shot 2014 08 13 at 2.07.38 AM Suami Daphne Iking Dihentam Muatnaik Gambar Dengan Kapsyen Luc4h

Kami rasa mungkin beliau patut lebih peka dengan sensitiviti masyarakat sebelum isterinya pula jadi mangsa kecaman orang ramai.

Peristiwa Ajaib Yang Berlaku Di Bumi Gaza – Wajib Baca!

Posted: 12 Aug 2014 03:00 PM PDT

Peristiwa Ajaib Yang Berlaku Di Bumi Gaza – Wajib Baca!  |  Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu. Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, “Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?”, lalu baginda menjawab, “Aku mahu berperang di Gaza!!!”. MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza, di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. ” (Fussilat:52).

Foto Dimuat Naik Isteri Johan Raja Lawak Cetus Kontroversi

Posted: 12 Aug 2014 02:41 PM PDT

Foto Dimuat Naik Isteri Johan Raja Lawak Cetus Kontroversi  |   Lepas solat isyak semalam.. 3 bradik doa sama2.. abg long n abg ngah doa mcm2 permintaan.. tp adik doa mcm2 bahasa.. mama aminkan dr belakang," demikian caption Ozlyn Wati, isteri Johan Raja Lawak melalui IGnya.

oz Foto Dimuat Naik Isteri Johan Raja Lawak Cetus Kontroversi

Namun entah kenapa, gambar yang dimuat naiknya itu menjadi isu hangat pada segelintir pihak yang kurang senang dengan tindakan tersebut. Meskipun ramai pengikut yang mempertahankannya, namun Ozlyn dilihat tampil memberi penerangan mengenai gambar tersebut.

"byk cara nk tegor dik bkn atas penerimaan org.. bdk kecik yg beberapa thn pun kalau mak bapak marah dpn org pun dorg malu.. lbh baik pvt msg kan nmpk lbh baik cara ko tuh.. korg dtg umah org dgn x bg salam bagai tetibe meroyan.. x elok la mcm tu kan.. baik tgk duk diam2.. x suka ko xyah follow hati ko pun x sakit dosa ko pun x bertambah," nasihat Ozlyn pada yang menegur.

Pada Ozlyn, bersabar lah ya. Anggap ia sebagai satu cabaran dalam hidup kerana bukan semua pihak sependapat dengan kita.

- sumber -

Kontroversi Along Eyzendy Ditahan Dalam Operasi Polis

Posted: 12 Aug 2014 11:04 AM PDT

Kontroversi Along Eyzendy Ditahan Dalam Operasi Polis   |   Pelakon Along Eyzendy menjelaskan dia merupakan antara individu yang ditahan dalam serbuan Ops Cantas Khas, Polis Dang Wangi di sebuah premis hiburan di Jalan P. Ramlee, dekat sini, pada 20 April lalu.

Bagaimanapun, Along memberitahu dia tidak terlibat dengan sebarang aktiviti sosial termasuk dadah dan telah dilepaskan oleh pihak berkuasa selepas mendapati ujian air kencingnya adalah negatif.

Along atau nama sebenarnya Eyzendy Aziz, 35, berkata, dia berada di lokasi kejadian untuk menemani seorang rakan yang merupakan pembantu produksi bagi mencari tempat yang sesuai untuk menjalankan penggambaran drama.

"Saya berada di kelab malam itu adalah bagi menemani seorang rakan untuk mencari tempat penggambaran sebuah drama. Dia sengaja membawa saya bagi memudahkan urusan dengan pihak kelab tersebut kerana saya seorang artis.

"Bila berlaku serbuan pada malam itu, saya turut ditahan bersama pengunjung kelab malam yang lain dan sampel air kencing kami diambil bagi memastikan sama ada terdapat atau tidak dadah dalam badan. Alhamdulillah saya lepas dengan dua ujian yang dilakukan," ujarnya ketika ditemui mStar Online, pada previu telefilem Kem Cuci Tangan di sini, pada Selasa.

Along berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhir sebelum ini mengenai seorang pelakon lelaki berusia 35 tahun ditahan bersama 41 individu dalam Ops Cantas Khas Polis Daerah Dang Wangi, di sebuah premis hiburan di Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur.

Turut ditahan bersama pelakon itu adalah sekumpulan 20 wanita warga asing yang dipercayai terbabit dalam aktiviti sosial.

Dalam pada itu, Along mengakui enggan memberi sebarang komen berkaitan perkara ini ketika dihubungi pihak media adalah bagi mengelakkan perkara tersebut menjadi lebih panjang.

"Saya baca di blog-blog yang menulis berita tentang itu, ada yang menambah-nambah hingga mendakwa saya terlibat dengan gejala tidak bermoral itu. Saya bukan kaki kelab malam, saya hanya pergi atas urusan tertentu sahaja.

"Saya tidak mahu komen kerana saya tidak mahu orang cakap tentang perkara ini, lagi pula ia tidak ada sebarang kes pun terhadap saya," ujarnya.

Sementara itu, Along berkata, biarpun perkara tersebut tidak menjejaskan kerjayanya sebagai pelakon, namun ia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap keluarganya di kampung.

Katanya, ibu antara orang yang paling bimbang apabila mendapat tahu tentang berita tersebut.

"Keluarga mana yang tidak marah jika perkara tersebut terjadi kepada ahli keluarga mereka. Saya sudah beritahu apa yang berlaku pada malam itu.

"Alhamdulillah mereka memahami kerjaya saya dan lumrah kehidupan sebagai artis yang mudah terdedah dengan berita negatif," ujarnya.

Pengakuan Farid Kamil Dedah Anak Aktiviti Berkuda

Posted: 12 Aug 2014 10:54 AM PDT

Pengakuan Farid Kamil Dedah Anak Aktiviti Berkuda  |   Pelakon Farid Kamil banyak memberi pendedahan kepada anak lelakinya, Muhammad yang kini berusia mencecah 13 bulan dengan aktiviti sukan berkuda.

Farid, 31, berkata, Muhammad turut menunjukkan minat terhadap sukan tersebut selepas sering kali membawa kanak-kanak itu melakukan aktiviti riadah kegemarannya.

"Saya selalu bawa dia setiap kali ingin bermain polo dan saya lihat dia sangat gembira dan tidak ada perasaan takut dengan haiwan tersebut.

"Pernah satu sesi fotografi saya dan dia di atas kuda, ketika itu saya belum sedia dan sedang membetulkan cermin mata, dia melakukan aksi seperti orang menunggang kuda hingga membuat kuda tersebut berjalan," ujarnya kepada mStar Online ketika di previu telefilem Kem Cuci Tangan, di Ruang, di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Farid berkata, sukan berkuda itu juga merupakan antara salah satu aktiviti dia menghabiskan masa bersama keluarga.  

Anak Farid Diana Danielle 1 Pengakuan Farid Kamil Dedah Anak Aktiviti Berkuda

Dia turut berharap agar Muhammad membesar dengan meninati sukan tersebut.

"Saya selalu sibuk dengan kerja jadi masa beriadah dengan sukan kegemaran saya ini saya terpaksa bawa keluarga bersama.

"Secara tidak langsung juga saya mahu dia terdedah dan minat dengan sukan ini. Kalau boleh saya memang berharap dia dapat menjadi ahli sukan polo yang profesional satu hari nanti," katanya.

Sementara itu, Farid berkata, dia turut menyertai pertandingan Polo iaitu Merdeka Cup Pahang Classic di Pekan, Pahang pada Rabu.

Ia merupakan pengalaman pertandingan pertamanya dalam sukan tersebut.

"Esok (hari ini) saya akan sertai pertandingan itu dan sangat teruja apabila ia diadakan di Pahang iaitu tempat saya dibesarkan.

"Sebelum ini saya hanya sertai pertandingan kecil sahaja, ini merupakan pertandingan pertama yang agak besar sepanjang saya bermain polo ini," ujarnya.

 

Sheera Iskandar Didakwa Riak Kerana Bertudung

Posted: 12 Aug 2014 10:43 AM PDT

Sheera Iskandar Didakwa Riak Kerana Bertudung  |   Pelakon Sheera Iskandar memberitahu selepas membuat keputusan untuk bertudung pada Ramadan lalu, ada segelintir pengikutnya di Instagram memberi komen-komen berbau negatif.

Sheera, 29, berkata, dia juga dianggap riak kerana dilihat seperti sengaja ingin menunjukkan penghijrahannya itu kepada umum walaupun dia sebenarnya tidak pernah membuat pengumuman sudah berubah imej.

"Sebenarnya saya nak bagi komen kepada awak (mStar Online) pun takut kerana risau dengan pelbagai tanggapan masyarakat. Rasa kurang manislah bila orang memberi persepsi negatif pada kita.

"Lagipun saya tidak pernah membuat sebarang pengumuman (untuk bertudung), sekadar memuat naik foto saya seperti biasa di Instagram. Ada yang memberi komen buruk kononnya saya riak.

"Ada juga memberi komen bersifat sindiran dengan kata-kata seperti 'nak pakai tudung, pakai betul-betul. Jangan nak gembar-gembur'. Rasa tak senang hati pula bila orang komen begitu," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Bagaimanapun, tambah Sheera, kebanyakan peminatnya menyokong perubahan itu dan dia berharap agar semua pihak mendoakan kebaikan dirinya.

Sementara itu, Sheera menganggap perubahan itu adalah perkara wajib untuk dia bertudung kerana peranannya sebagai wanita beragama Islam.

"Diakui terdapat beberapa dugaan selepas saya memakai tudung tetapi saya percaya semua ini ada hikmahnya. Semoga Tuhan terus tetapkan hati saya untuk berubah ke arah yang lebih baik," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sheera kini muncul menerusi drama Jalan Kembali, di saluran TV2, setiap Isnin, pukul 9 malam.

"Ketika penggambaran drama itu, saya masih belum bertudung. Diharap peminat tidak terkejut apabila melihat saya tidak bertudung dalam drama itu," tuturnya.

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar tentera terputus hubungan zamani