Powered by Blogger.

Petanda Anwar Akan Di Penjarakan Dalam Masa Terdekat..

Petanda Anwar Akan Di Penjarakan Dalam Masa Terdekat..


Petanda Anwar Akan Di Penjarakan Dalam Masa Terdekat..

Posted: 24 Aug 2014 07:28 PM PDT


Addin

Petanda Anwar Akan Di Penjarakan Dalam Masa Terdekat..


SHAH ALAM: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya yang beliau tidak akan dipenjarakan oleh Umno. Beliau menyuarakan ketegasannya bahawa tidak akan sesekali lari dalam menghadapi dakwaan fitnahnya oleh kerajaan Umno.

"Kita akan tetap lawan musuh kita yang telah melakukan satu sistem yang zalim.

"Bukan saya saja yang telah dizalimi, tetapi pemimpin lain seperti N. Surendran, Tian Chua dan Rafizi juga telah difitnah. Umno menggunakan undang-undang untuk mendakwa mereka yang tidak bersalah," katanya.

Beliau menyatakan demikian di Majlis Kongres Nasional KEADILAN ke-10 PKR.

Tegas Anwar lagi seharusnya, dakwaan tersebut harus dibuktikan dengan fakta dan bukannya dengan fitnah.

Selain itu, terdapat juga suara sumbang menyatakan PKR akan lenyap setelah Anwar dipenjarakan.

"Saya ingin menegaskan bahawa PKR tidak akan lenyap sekiranya saya dipenjarakan.

"Malah lagi hebat daripada sekarang. Kita menentang Umno bukan semata-mata kerana saya dipenjarakan tetapi menolak kezaliman terhadap institusi undang-undang Negara," jelasnya.

Tambahnya, penambahbaikan dasar PKR akn terus dimantapkan dan lonjakan untuk anak-anak muda menjadi pemimpin akan dipergiatkan.

"Bagi bahagian wanita juga akan dipergiatkan usaha untuk menarik lagi ramai masuk ke dalam parti kita walaupun dimaklumkan sukar untuk melepasinya.

"Kawasan seperti di Sarawak dan Sabah juga akan dikerahkan untuk menarik lebih ramai untuk menyertai kita," ujarnya. ~fmt




Iklan C (ii)









Ini Penyanyi Rap Inggeris (ISIS) Disyaki Membunuh Jurnalis AS.

Posted: 24 Aug 2014 05:42 PM PDT


Ibnu Hasyim

Ini Penyanyi Rap Inggeris (ISIS) Disyaki Membunuh Jurnalis AS.

Surat elektronik ISIS kemungkinan ditulis militan asal Inggris
ISIS bunuh jurnalis AS. ©courtesy youtube.com

HALAMAN HIBURAN

Abdul Majid Abdul Bary. alarabiya.ne

SEORANG bekas penyanyi rap Inggeris yang meninggalkan muzik demi bergabung dengan barisan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) sekarang, sedang disiasat oleh pihak berkuasa Inggeris menyusul pembunuhannya terhadap wartawan Amerika Syarikat (AS) James Foley di Syria. 

Abdul Majid Abdul Bary dilaporkan meninggalkan rumahnya di London pada tahun lalu untuk berlawan dengan ISIS di Syria, seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Al Arabiya, Ahad (24/8).

Dia awalnya dikenali sebagai 'L Jinny' atau 'Lyricist Jinn' saat kerjaya muziknya bermula. Ini menurut sebuah laporan dari akhbar the IndependentBeberapa single dan videonya bahkan pernah ditayangkan di BBC Radio pada tahun 2012, menurut akhbar itu.

Penyanyi rap berusia 24 tahun itu menjadi perhatian nasional pada awal tahun ini apabila dia memuat naik foto dirinya di Twitter tengah memegang kepala orang sudah terpenggal di Syria, kata surat khabar itu.

Gambar mengerikan itu disertai dengan mesej yang mengatakan, "Bersantai dengan rakan saya atau apa yang tersisa dari dia".

Menurut the Independent, ayah Bary adalah seorang pelarian Mesir dan dianggap sebagai salah satu leftenan yang dekat dengan Usamah Bin Laden. The Independent menjelaskan bagaimana perbezaan muzik Bary sebelumnya dan menghuraikan perubahan dalam nada serta lirik.

Lagu-lagu diciptakan dia pada awal kerjayanya berkisar tentang kehidupan, kekerasan dan membuat beberapa rujukan yang jelas terhadap penggunaan dadah. Rujukan tersebut telah diubah kemudian dan diganti dengan kata-kata keras terhadap orang-orang yang menghabiskan wang mereka pada ubat-ubatan terlarang, minuman beralkohol dan parti-parti bukannya memberikan wang itu bagi keluarga mereka, jelas the Independent.

Dalam video terbarunya, dimuat naik pada Mac lalu, Bary bercakap tentang ketakutan dihantar pulang terhadap keluarganya kembali ke Mesir.

"Beri saya kebanggaan dan kehormatan seperti ayah saya, saya bersumpah di hari mereka datang dan membawa ayah saya, saya boleh membunuh satu atau dua polis," lirik Bary dalam lantunan rap.

Beberapa hari selepas dunia ini sibuk dengan berita mengejutkan dari pemenggalan Foley, kecurigaan tumbuh terhadap identiti algojo, yang seolah-olah mempunyai aksyen khas InggerisPerdana Menteri Inggeris David Cameron mengutuk pembunuhan Foley dan berkata meski pelaku belum dikenal pasti, tetapi kemungkinan dia adalah warga negara Inggeris.

Banyak laporan berita telah muncul sejak insiden itu, melihat ke dalam file para pejuang Islam asal Inggeris yang melarikan diri ke Syria untuk menyertai dengan apa yang disebut sebagai khalifah "Negera Islam".

Bersamaan dengan Bary, Abu Hussain al-Britani, seorang penggodam komputer dari Birmingham, dan Abu Abdullah al-Britani, telah disyaki berada di balik pembunuhan Foley. Proses mencari tahu identiti algojo Foley seolah-olah menjadi salah satu jalan panjang, mengingat fakta ada sekitar 400 hingga 500 jihadis asal Inggeris diduga akan berjuang di Syria dan Iraq.
(IH)


Punca Sebenar Wan Azizah Terima Jawatan MB Selangor.. Ini Penjelasannya

Posted: 24 Aug 2014 05:18 PM PDT


Addin

Punca Sebenar Wan Azizah Terima Jawatan MB Selangor.. Ini Penjelasannya


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara terbuka mengakui beliau berat hati apabila diberi tanggungjawab bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang serta mengambil alih kerusi menteri besar (MB) Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dr Wan Azizah berkata, bukan keinginannya mengejar kuasa di negeri paling kaya itu, tetapi akur dengan kehendak parti selepas melihat Khalid gagal menguruskannya dengan baik."Kalau inilah amanah yang diturunkan, saya terima walaupun hati berat.

Bukan ini yang saya inginkan, bukan ini yang saya cari tapi saya cari redha Allah," katanya dalam ucapan penangguhan Kongres PKR di Stadium Malawati, Shah Alam, hari ini. 

Adun Kajang itu berkata, beliau akan terus berjuang walaupun niat asalnya mahu menumpukan kepada urusan keluarga."Terus terang saya katakan bahawa bukanlah niat dan keinginan di hati.

"Nama saya dikemukakan. Seorang yang katakan dari mulanya berjuang akan katakan tak apa, saya nak jaga cucu."Inilah perjuangan. Kalau inilah yang dihendakkan parti dan perjuangan, saya tampil ke hadapan. 

Apa tidakkah begitu caranya?" soalnya.Dr Wan Azizah menghadapi laluan sukar apabila timbul persoalan jantina serta statusnya sebagai bukan anak jati Selangor.Pada 17 Ogos, PAS dikatakan tidak setuju dengan pencalonan Dr Wan Azizah sebagai MB, dan bertindak mengemukakan calon kedua, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Sebelum itu, seramai 30 Adun Selangor mengistiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah, termasuk dua daripada PAS, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang).

Adun PAS lain masih belum menyatakan sokongan mereka, walaupun parti Islam itu mengambil pendirian DAP dan PKR dalam menolak Khalid.PAS dijangka bermesyuarat esok bagi memutuskan sama ada menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon MB Selangor. ~tmi





Iklan C (ii)









PRK P/Kubor: Dr Asraf Wajdi Lwn S/Nasution, Macam KesT/Intan?

Posted: 24 Aug 2014 03:57 PM PDT


Ibnu Hasyim

PRK P/Kubor: Dr Asraf Wajdi Lwn S/Nasution, Macam KesT/Intan?


Barisan Nasional telah membuat persiapan awal di peringkat kawasan dan negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, Kelantan, berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu.


NOOR Zahidi Omar biar pun tinggal di Pasir Pekan dan Kuala Lumpur, namun diterima baik penduduk di Pengkalan Kubor. Buktinya sejak tiga penggal lalu kawasan itu didominasinya.

Noor Zahidi muncul menggantikan Mat Nawawi Mat Jusoh. Cikgu Mat Nawawi pun pernah menang dua kali di kerusi Pengkalan Kubor. Kali pertama Cikgu Mat menang pada PRU 1995 menewaskan calon Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim), Wan Abdul Rahman Wan Salleh.

Sebelum itu pada PRU 1990 Timbalan Presiden Hamim, Datuk Nik Man Nik Mohammad menang ketika mewakili Angkatan Perpaduan Ummah. Beliau bertanding menggunakan lambang Semangat 46. Pada PRU tersebut Dun berkenaan dikenali sebagai Geting.

Kali kedua Cikgu Mat menang pada PRU 2004 apabila mengatasi calon PAS, Wan Husain Wan Ahmad dengan majoriti 714 undi. Sedangkan pada PRU 1999 Tok Imam Wan Husain menang dengan majoriti 2,432 undi mengatasi Cikgu Mat.

Cikgu Mat dan Noor Zahidi pernah berketuakan Datuk Kamarudin Jaffar (KJ) di bahagian Tumpat. Kamaruddin menyertai PAS menjelang PRU 1999. Semua orang tahu Datuk KJ rapat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka sama-sama menjadi pengasas Abim.

Nama KJ sangat akrab dengan penduduk Tumpat. Boleh dikatakan hampir serupa dengan Noor Zahidi di Pengkalan Kubur. Kini Noor Zahidi, Cikgu Mat dan Tok Imam Wan Hussin bukan lagi bersama dalam arus perjuangan, sebaliknya sudah pergi meninggalkan kita.

Cikgu Mat menang dengan agak bergaya pada PRU 1995 dengan majoriti 1,289 mengatasi Wan Abdul Rahman. Sebaliknya pada PRU 2004 beliau boleh dikatakan bergantung kepada nasib apabila mengatasi Tok Imam Wan Hussin dengan majoriti 714 undi. Cikgu Mat dua penggal bergelar YB Pengkalan Kubur, dan Noor Zahidi pula tiga penggal.

Berdasar kronologi tersebut PAS mungkin tidak boleh menganggap Pengkalan Kubur menjadi medan tradisi mereka. Ketika era kerajaan Membangun Bersama Islam (1990-an sehingga sekarang) kerusi itu sering bertukar ganti. PAS hanya bertanding pada PRU 1999 dan PRU 2004. Sebelum itu Hamim menggunakan tiket Semangat 46. Dan PRU 2008 kerusi itu berpindah pula kepada PKR.

PKR hampir-hampir membuat kejutan apabila calonnya, Hasan Ibrahim hanya tewas dengan majoriti 100 undi kepada Noor Zahidi. Merujuk senario di atas PAS hanya bertapak sepenggal di Pengkalan Kubur selepas dua kali mencuba. Hamim juga menang sekali dalam dua perlawanan.

Dan PKR belum merasai kemenangan dalam dua perlawanan di gelanggang yang sama. Parti itu difahamkan mempunyai lebih 2,000 ahli berdaftar di Cabang Tumpat. Berbeza dengan kekuatan akar umbi PAS. Pada persaingan kali ini tentunya keadaan rumit kerana berlangsung di pentas PRK. Umno dan BN mendapat laluan lebih mudah kerana dibantu jentera kerajaan pusat.

Bagaimanapun pertembungan tersebut menjadi lebih sengit sekiranya calon ditampilkan kedua-dua pihak daripada kategori "heavyweight". Umno juga kekurangan calon tempatan yang mampu diketengahkan dalam misi mempertahankan Dun Pengkalan Kubor.

Pilihan yang ada mungkin Senator Datuk Dr Asraf Wajdi Ahmad Dusuki. Beliau merupakan anak jati Tumpat. Tokoh itu sedang dijulang di era Najib. Bayangannya juga sudah dinyatakan Timbalan Pengerusi Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau menyebut Umno mungkin menampilkan calon muda.

Gambaran diberi semakin mendekati anak veteran Umno Tumpat, Datuk Dusuki Ahmad. PKR juga perlu tampil calon dari senarai nama-nama besar. Episod yang berlaku terhadap DAP menonjolkan Dyana Sofya menentang heavyweight Gerakan, Datuk Mah Siew Keong di Teluk Intan boleh menjadi ingatan.

Mungkin masa terbaik Datuk Saifuddin Nasution Ismail kembali semula ke Kelantan. Saifuddin pernah membuat kejutan di Lunas pada 2000 apabila menang pada PRK tersebut. Saifuddin memperoleh 10,511 undi manakala S. Anthonysamy daripada BN mendapat 9,981 undi. Calon bebas, N.Letchumanan, 46, hanya mendapat 50 undi. Saifuddin menang dengan 530 undi.

Dun Kelantan sekarang mempunyai 45 kerusi. BN diwakili 12 Adun, PKR (satu) dan PAS (32). Kejutan di Teluk Intan boleh berulang di Pengkalan Kubor. - HARAKAHDAILY 24/8/2014


Kopi Najis Gajah Pula, Bernilai RM221 Secawan.

Posted: 24 Aug 2014 02:22 PM PDT


Ibnu Hasyim

Kopi Najis Gajah Pula, Bernilai RM221 Secawan.

BIJI kopi dikutip daripada najis gajah di sebuah pusat pemuliharaan haiwan itu di wilayah Chiang Rai, utara Thailand

BANGKOK - Orang ramai yang ingin menikmati keenakan kopi yang menggunakan biji-biji kopi daripada najis gajah perlu membayar pada harga AS$70 (RM221) secawan.

Pengasas kopi jenama Black Ivory itu, Blake Dinkin, 44, berkata, dia telah menemui kaedah terbaik untuk menghasilkan kopi paling enak secara semula jadi menggunakan gajah-gajah yang dipelihara di kawasan Tiga Segi Emas Thailand di Chiang Rai.

"Kaedah ini dapat mengurangkan manis kopi selain mengekalkan rasanya. Saya inginkan pengguna menikmati rasa kopi yang sebenar, tidak pahit serta ada aroma bunga dan coklat.
"Gajah itu membantu membuangkan rasa manis dalam biji kopi secara semula jadi," kata Dinkin sambil memberitahu, biji kopi berkenaan hanya boleh didapati di hotel-hotel mewah di seluruh Asia dan negara timur tengah.

Kopi tersebut bagaimanapun tidak dapat menandingi kopi luwak yang dihasilkan menerusi najis musang di Indonesia kerana berharga AS$100 (RM316) secawan. - Agensi


Jom Lihat Jarak Dekat, Serangan 2 Peluru Berpandu Israel.

Posted: 24 Aug 2014 12:40 PM PDT


Ibnu Hasyim

Jom Lihat Jarak Dekat, Serangan 2 Peluru Berpandu Israel.

Israel meluncurkan dua rudal peringatan yang berakibat bangunan hancur dan 5 warga tewas.
Kepulan asap membumbung tinggi selepas peluru berpandu tentera Israel kembali menyerang di wilayah Gaza, Sabtu (23/8). Hari ini Israel melancarkan dua peluru berpandu amaran ke Gaza yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 5 orang, dua di antaranya adalah kanak-kanak

Dahsyatnya letupan peluru berpandu Israel serang penempatan awam rakyat Gaza .
Israel melancarkan dua peluru berpandu peringatan, mengakibatkan bangunan hancur dan 5 terborban.
Tapi mujahidin Islam tidak pernah gentar, di antara 2 kemenngan, samada menang atau syahid.
Israel meluncurkan dua rudal peringatan yang berakibat bangunan hancur dan 5 warga tewas.
Orang ramai menyaksikan secara langsung saat rudal Israel meluncur ke pemukiman di Gaza, Sabtu (23/8).  
Israel meluncurkan dua rudal peringatan yang berakibat bangunan hancur dan 5 warga tewas.
Orang ramai menyaksikan secara langsung ledakan dahsyat setelah rudal Israel meluncur ke pemukiman di Gaza, Sabtu (23/8). 
Israel meluncurkan dua rudal peringatan yang berakibat bangunan hancur dan 5 warga tewas.
Panikkah setelah mengetahui Israel kembali menyerang? 
Israel meluncurkan dua rudal peringatan yang berakibat bangunan hancur dan 5 warga tewas.
Lagi, kepulan asap dari ledakan dahsyat. 
Israel meluncurkan dua rudal peringatan yang berakibat bangunan hancur dan 5 warga tewas.
Lari tapi tenang.. 
Israel meluncurkan dua rudal peringatan yang berakibat bangunan hancur dan 5 warga tewas.
Bangunan yang hancur..
Israel meluncurkan dua rudal peringatan yang berakibat bangunan hancur dan 5 warga tewas.
Pandangan jarak dekat reruntuhan bangunan.
(IH)


Keganasan Rogol Di M'sia Mengerikan, Apa Alternatif...

Posted: 24 Aug 2014 08:54 AM PDT


Ibnu Hasyim

Keganasan Rogol Di M'sia Mengerikan, Apa Alternatif...

 
Beberapa bulan yang lepas, negara kita telah dikejutkan dengan dua kes rogol yang amat menggemparkan.

Pertamanya adalah di Kelantan di mana dua remaja perempuan telah dirogol beramai-ramai dengan kejam oleh sekumpulan lelaki termasuk seorang bapa bersama dua orang anak lelakinya. Ini diikuti oleh satu lagi kejadian dilaporkan di Johor, di mana seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun dikatakan dirogol beramai-ramai oleh enam orang anggota tentera.

Terdapat beberapa kes rogol lain yang dilaporkan di media saban hari dan ada antaranya melibatkan tahap keganasan yang tidak masuk akal. Malahan, statistik dari pihak polis mendedahkan bahawa terdapat peningkatan hampir tiga kali ganda kes rogol yang dilaporkan dari tahun 2000 hingga 2009.

Pada tahun 2012, hampir 3,000 kes rogol telah dilaporkan. Ini bermakna lapan kes rogol dilaporkan setiap hari. Kemungkinan besar lebih banyak lagi jenayah seksual yang tidak dilaporkan, menjadikan kadar sebenar kejadian mungkin lebih membimbangkan dari yang disangka seperti yang dapat dilihat sekarang.

  
Demikian Antara laporan dari Malaysiakini. 

Komen Weblog Ibnu Hasyum: Sila lihat..
Kempen Hudud Sepatutnya Iringi Kempen Hentikan Rog...


Exco AMK Buat Pusingan U..

Posted: 24 Aug 2014 08:39 AM PDT


Addin

Exco AMK Buat Pusingan U..


SHAH ALAM – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang baru, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan pemilihannya sebagai ketua untuk menerajui sayap itu telah diterima kesemua pimpinan AMK Pusat.

Pengumuman itu sekali gus menutup segala spekulasi penolakan yang beredar sejak semalam di mana lebih dari separuh perwakilan AMK bertindak keluar dewan sebaik nama Nik Nazmi diumumkan secara rasmi sebagai Ketua AMK, semalam."Satu perbincangan telah diadakan antara saya, Timbalan Ketua AMK, Dr Afifi Bahardin dan kesemua pimpinan AMK Pusat.

Dalam perbincangan itu kami telah capai satu persefahaman."Kesemua pimpinan AMK Pusat telah menyatakan sokongan penuh kepada saya sebagai Ketua AMK."Kami juga bersetuju bahawa semua isu yang timbul berkenaan dengan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan dibincangkan mengikut saluran parti," katanya pada sidang media selepas penutupan Kongres Nasional PKR, di sini, hari ini.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa perwakilan memahami kalah atau menang itu adat dalam pertandingan.Katanya, sokongan yang diberi pemilih itu perlu dizahirkan pada prestasi sepanjang penggal baru AMK.

"Saya yakin semua ahli memahami bahawa menang kalah adat biasa dalam pertandingan."Ini adalah peringatan kepada semua, selain sokongan yang diterima, prestasi sepanjang penggal baru ini juga akan dinilai dan dipertanggungjawabkan kepada kita," katanya.Dalam pada itu, beliau turut memberitahu bahawa pemilihan AMK yang lepas begitu menarik.

"Pemilihan AMK yang lepas sangat menarik kerana secara tak langsung menunjukkan bahawa PKR tidak ketandusan kepimpinan muda di semua peringkat," katanya.
Iklan C (ii)









Penjelasan Astro siaran "Blackout" seluruh negara

Posted: 24 Aug 2014 07:44 AM PDT


Tengok TV Online

Penjelasan Astro siaran "Blackout" seluruh negara


Astro memuatnaik status maklumbalas mengenai siaran TV mereka yang terjejas lebih 30 minit pada malam tadi. Kejadian itu dikatakan berlaku disebabkan masalah teknikal dan pihak Astro telah meminta maaf kepada seluruh pelanggan mereka.


Namun, status Astro itu pula menjadi mangsa troll pengguna media sosial apabila ramai yang memberikan komen sini mengenai servis yang diberikan oleh syarikat Televisyen gergasi Malaysia itu.




Wanita hina Sultan Selangor keluarga lanun, tuduh lari dari Wan Azizah!

Posted: 24 Aug 2014 07:36 AM PDT


Tengok TV Online

Wanita hina Sultan Selangor keluarga lanun, tuduh lari dari Wan Azizah!


Gara-gara tidak berpuas hati dengan perkembangan krisis Menteri Besar di Negeri Selangor, seorang wanita berbangsa cina meluahkan pendapatnya di Facebook dengan membuat status berbaur hinaan dan tuduhan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan keluarga Baginda.

Screen Shot Status wanita bernama Hu Long itu tersebar secara meluas melalui aplikasi Whatsapp. Beliau mengatakan Sultan Selangor sebagai keturuan Lanun Bugis dan perlu dijatuhkan  dan digantikan dengan wakil yang dipilih melalui demokrasi.

Dia juga menuduh Sultan Sharafuddin sengaja bercuti di luar negara semata-mata mahu melarikan diri daripada bersemuka dengan Wan Azizah, calon Menteri Besar daripada Pakatan Rakyat menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tindakan Hu Long ini jelas melanggar rukun negara iaitu "Kesetiaan kepada raja dan negara". Pihak SKMM perlu segera mencari identiti wanita bernama Hu Long ini. Sekiranya dia adalah warganegara Malaysia, kerajaan perlu menjatuhkan hukuman dengan melucutkan kerakyatannya! - Tengok TV Online



Uber Cabar Jejaskan Pendapatan Teksi Tempatan Secara 'online'..

Posted: 24 Aug 2014 06:51 AM PDT


Ibnu Hasyim

Uber Cabar Jejaskan Pendapatan Teksi Tempatan Secara 'online'..


Perkhidmatan Uber yang dilancarkan baru-baru ini menawarkan alternatif kepada teksi. – Gambar The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2014. 
Perkhidmatan Uber yang dilancarkan baru-baru ini menawarkan alternatif kepada teksi. – Gambar The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2014.

Kerajaan hari ini digesa mengambil tindakan terhadap syarikat perkhidmatan pengangkutan antarabangsa, Uber, yang beroperasi menerusi hubungan secara "online" di negara ini hingga menjejas pendapatan ratusan pemandu teksi tempatan, khususnya di Lembah Klang.

Gabungan Persatuan dan Syarikat-Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (Gabungan) berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu segera menangani isu itu.

"Syarikat ini bergerak licik kerana tidak mempunyai lesen perniagaan dan pejabat di Malaysia tetapi ia beroperasi di seluruh dunia secara online di internet dan menggunakan aplikasi telefon pintar.
"Yang membimbangkan perkhidmatan 'Uber' tidak mempunyai permit teksi yang dikeluarkan SPAD dan dipercayai pemandunya tidak mempunyai lesen memandu kenderaan awam (PSV)
"Ini membahayakan penumpang sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini seperti kejadian jenayah dan kemalangan jalan raya," kata Timbalan Presiden Gabungan Datuk Mohd Alias Abdul, ketika dihubungi Bernama.

Perkhidmatan pengangkutan 'Uber' "dilancarkan" hanya menerusi online di https://www.uber.com/cities/kuala-lumpur pada tahun lepas untuk Lembah Klang. Tinjauan Bernama mendapati Uber bukan sahaja menyediakan perkhidmatan menerusi telefon pintar tetapi juga Facebook dan Twitter. Uber mengenakan caj sebanyak RM2 untuk setiap kilometer, dengan caj permulaan RM7, serta caj minimum sebanyak RM13.

Antara destinasinya di Lembah Klang ialah Kuala Lumpur (KL) ke Putrajaya dikenakan caj (RM68), KL ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) (RM270 untuk perkhidmatan premium dan RM80 untuk perkhidmatan bajet) dan KL ke Genting Highlands, Pahang, RM150. Jenis kereta digunakan bergantung sama ada pelanggan mahukan perkhidmatan premium atau bajet.

Mohd Alias berkata perkhidmatan pengangkutan Uber menjejas pendapatan pemandu teksi kerana Uber mengenakan kadar tambang agak rendah berdasarkan bacaan jarak perjalanan dan tempoh masa perkhidmatan. Uber mampu berbuat demikian kerana ia tidak menanggung pelbagai kos seperti pemandu teksi lain termasuk untuk pemeriksaan berkala (dua kali setahun) terhadap teksi di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn Bhd (Puspakom), katanya.

Pengarah Eksekutif Sunlight Radio Taxi Service Sdn Bhd, Ab Jalil Maarof berkata setiap kenderaan teksi tempatan perlu mematuhi semua syarat ketat perkhidmatan teksi demi keselamatan penumpang.

"Pemandu teksi juga wajib mempunyai lesen PSV dikeluarkan JPJ," katanya.

Beliau mendakwa Perkhidmatan Uber menggunakan kereta persendirian yang tidak diperiksa oleh Puspakom dan pemandunya mungkin tidak terlatih dan ini membahayakan penumpang. Setiausaha Kehormat Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya Berhad, Mohd Salleh Mat Zin berkata perkhidmatan Uber itu melantik beberapa syarikat tempatan bagi mengendalikan perkhidmatan untuk mereka.

"Hasil siasatan, kami dapati Uber menggunakan kenderaan persendirian bagi mengangkut penumpang," katanya.

Beliau berkata pengusaha teksi tempatan menanggung kos insurans teksi empat kali lebih besar dari kenderaan persendirian.
Ini untuk kepentingan penumpang jika berlaku kemalangan, katanya. – Bernama, 24 Ogos, 2014.


Pemimpin Lama Umno Kena Buli Dengan Pemimpin Muda Umno

Posted: 24 Aug 2014 04:27 AM PDT


Addin

Pemimpin Lama Umno Kena Buli Dengan Pemimpin Muda Umno


Tidak adil membekukan laluan kerjaya penjawat awam yang tidak menyokong "parti kita", kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Menteri belia dan sukan itu juga berkata, prinsip berkecuali penjawat awam mesti dihormati kerana tugas mereka berbeza dengan pegangan politik yang dipercayai.

"Saya tidak paksa sesiapa sokong parti saya. Sudah pasti saya mahu mereka sokong parti saya, tetapi lebih baik mereka sokong secara sukarela.

"Apa guna kita paksa mereka bersorak dan mengangkat banner (kain rentang) sokongan kalau itu cuma satu lakonan?" katanya.

Beliau menulis demikian dalam Facebook bagi menjelaskan sebuah laporan yang menurutnya boleh menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan menuduhnya mempromosi musuh musuh dalam selimut.

Laporan Astro Awani itu memetiknya sebagai berkata, beliau tiada masalah mengambil penyokong Pakatan Rakyat bekerja dengannya jika terbukti individu itu berkebolehan tinggi.

Bagaimanapun, katanya pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia (MSLS) kelapan di Kuala Lumpur, satu-satunya perkara dirisaukan berkaitan isu maklumat sulit.

Dinilai melalui teladan

Sementara itu, Khairy di Facebook turut menjelaskan, hubungan mesra dengan profesional yang memberi kerjasama baik dan menyokong dasar kerajaan semasa serta tidak membawa unsur politik dalam tugasan perlu dikekalkan.

"Mungkin ada yang berfikiran konservatif yang tidak boleh terima pandangan saya ini. Bagi mereka, apa yang penting adalah kesetiaan total.

"Saya rasa pandangan sedemikian agak kuno pada zaman sekarang," katanya.

Menurut Khairy lagi, tindakan hanya boleh diambil terhadap pembocor maklumat kerajaan dan membawa pegangan politik ke pejabat.

"Tetapi bagi mereka yang profesional dan hanya mahu buat kerja berkhidmat untuk negara, janganlah kita ada sangkaan yang buruk pada mereka atau cepat label mereka," katanya.

Beliau juga menjelaskan "hanya melalui teladan kita sebagai pemimpin akan orang menilai kita". ~mk




Iklan C (ii)









Mengejutkan! Produk Berjenama ISIS Jual Pakaian Dalam Di Eropah

Posted: 24 Aug 2014 03:48 AM PDT


Ibnu Hasyim

Mengejutkan! Produk Berjenama ISIS Jual Pakaian Dalam Di Eropah


 Pejalan kaki di Inggris lewat di depan toko Ann Summers Pejalan kaki di Inggeris lalui di depan toko Ann Summers (REUTERS/Neil Hall)

Brand pakaian ternama asal Inggeris, Ann Summers, pada Sabtu kemarin meminta maaf, kerana mengeluarkan produk pakaian dalam dan menamakan koleksi itu ISIS. Menurut perwakilan pakaian dalam tersebut, pemilihan nama ISIS tidak ada kaitannya dengan kumpulan militan The Islamic State of Iraq and al-Sham atau yang kini disebut IS.

Diberitakan laman Dailymail, Sabtu, 23 Ogos 2014, jurucakap Ann Summers berkata pemilihan nama ISIS untuk koleksi pakaian dalam terbaru mereka telah dilakukan berbulan-bulan sebelum kumpulan pimpinan Abu Bakar al-Baghdadi itu mulai perhatian awam. Mereka pun membantah dengan menggunakan nama ISIS bermakna Ann Summers dianggap menyokong tindak kekerasan yang dilakukan oleh kumpulan itu.

"Kami menyedari masa pelancaran produk ini di kedai kami, malangnya kurang tepat. Namun, kami tidak mungkin menyokong dengan cara apa pun tindak keganasan atau kekerasan," ungkap jurucakap itu.

Dalam kesempatan itu mereka pun meminta maaf, jika ada pihak yang merasa tersinggung dengan nama koleksi pakaian dalam keluaran Ann SummersJurucakap itu juga menjelaskan, pemilihan nama ISIS untuk produk mereka, diilhamkan dari Dewi Kesuburan asal Mesir. Berdasarkan Ensiklopedi United, ujar jurucakap itu, ISIS adalah seorang ratu baik yang selalu menyokong suaminya dan mengajarkan perempuan Mesir cara untuk membakar, menenun dan membuat bir.

Walaupun mempunyai persamaan nama dengan kumpulan militan, Ann Summers mengaku tidak bercadang menukar nama atau menarik produk mereka yang telah dijual di pasaran. Koleksi pakaian dalam ISIS dijual dengan warna putih dan hitam. Produk tersebut dijual di lebih daripada 100 kedai di Inggeris dan juga di dunia maya.

Produk pakaian dalam yang dijual antara laim mulai dari bra, thong, tali suspender dan babydoll. Harga yang ditawarkan mulai 15 pound untuk thong dan 50 pound untuk tali Suspender Cami ISIS. (IH)


Belia & Beliawanis: Bersukan Dapat Pahala. -Dr Ramli Mamat

Posted: 24 Aug 2014 02:51 AM PDT


Ibnu Hasyim

Belia & Beliawanis: Bersukan Dapat Pahala. -Dr Ramli Mamat

 


SUKAN

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan menghidupkan semula aktiviti sukan membabitkan wanita dan beliawanis termasuk sukan bola jaring setelah 'diberhentikan' pada 2008.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Dr Ramli Mamat berkata kerajaan negeri kini mengatur jadual aktiviti sukan sesuai dengan mereka termasuk bola jaring. 

Keterbukaan kerajaan negeri itu kerana masyarakat kini termasuk non-muslim memahami kerajaan mengamalkan dasar Membangun Bersama Islam, di bawah kepimpinan ulama.

"Di samping itu, usaha dilakukan bagi melahirkan generasi yang bermaruah, menerajui perubahan, menjadikan setiap aktiviti termasuk bersukan bertujuan 'ibadat' kepada Allah swt.
"Kita mahu beliawanis mempunyai aktiviti yang sihat, yang kemudian mampu melahirkan generasi yang sihat pula, bahkan mereka mempunyai jati diri yang tinggi," ujarnya.

Beliau ditemui pada Majlis Jalinan Mesra Menteri Besar Kelantan bersama masyarakat antara kaum di Dewan Undangan Negeri Kota Lama di sini semalam. Program dirasmikan Menteri Besar Kelantan itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Datuk Anuar Tan Abdullah, yang juga Adun Kota Lama.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah.

Dr. Ramli mengulas dakwaan mempertikaikan peraturan pihak kerajaan negeri tidak menggalakkan penonton lelaki pada permainan bola jaring termasuk Kejohanan Bola Jaring Beliawanis Peringkat Dewan Undangan Negeri (27  Ogos) dan Peringkat Parlimen (6 September hingga 25 Oktober).

Beliau berkata, peraturan diadakan penganjur adalah sebagai 'guide line'. Dan  'guide line' itu diadakan adalah atas saranan pemain bola jaring wanita dan beliawanis itu sendiri.

"Di samping kita bersukan, kita juga dapat pahala, itu antara tujuan pengajaran Islam 'rahmatan lil'aalamin'," ujarnya.

Menurutnya, mereka yang berjiwa Islam, mahukan supaya mereka tidak dilihat dan disaksikan oleh kaum lelaki, sebaliknya penonton wanita dan beliawanis saja.

"Dan saranan itu sendiri selaras dengan dasar kerajaan negeri, dan kita amat bersetuju," katanya.

Katanya, namun pihak kerajaan negeri bukan menghalang terus daripada disaksikan penonton lelaki, tetapi idealnya digalakkan hanya penonton wanita dan beliawanis saja.

"Kita mahu, biarlah apa yang kita buat itu kita rasa beribadat kepada Allah swt, di samping kita bermain itu, kita dapat pahala," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan Oie Poh Choon berkata hubungan Kerajaan PAS Kelantan dengan masyarakat Cina di negeri ini adalah 'rapat'.

"Kita berharap MB baru pun, boleh serupa Tuk Guru dulu yang jelas melaksanakan keadilan kepada rakyat.
"Dalam konteks sukan itu pula, kalau kita lihat dengan mata sihat, kita hormat kepada kerajaan negeri yang menyuruh berpakaian sopan kepada pemain. Sebenarnya kalau bermain dengan berpakaian sopan, OK.
Foto
Tentunya bukan sukan yng berpalaian begini yang dapat pahala.

"Kita ni negeri yang Membangun Bersama Islam. Oleh itu dalam peraturan bersukan, kita bersukan, cuma tidak sekat langsung untuk penonton lelaki menyaksikannya," katanya. - HARAKAHDAILY 24/8/2014


PRK Pengkalan Kubor: Ujian Lagi Sebalik Isu MB S'gor

Posted: 24 Aug 2014 02:01 AM PDT


Ibnu Hasyim

PRK Pengkalan Kubor: Ujian Lagi Sebalik Isu MB S'gor






KL: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) N1 Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor, Kelantan adalah medan untuk Pakatan Rakyat menilai prestasi setelah terpaksa menghadapi liku konflik yang timbul dalam isu Menteri Besar Selangor.

Pengarah Jabatan Pilihanrayanya, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, Pakatan Rakyat boleh menilai mood rakyat terhadap gabungan parti itu setelah sedikit tercalar akibat konflik yang timbul yang sehingga hari ini belum dapat diselesaikan secara keseluruhannya.

PKR juga, katanya boleh mengambil kesempatan ini bagi menzahirkan parti itu kukuh dan sudah pulih daripada konflik serta tidak mempunyai perpecahan seperti yang digambarkan oleh pihak-pihak tertentu.

"Kami berpandangan, pilihanraya kecil itu adalah satu medan penting untuk Pakatan Rakyat itu sendiri bagi memulihkan kembali imej di mata rakyat khususnya seterusnya meyakinkan mereka untuk terus bersama Pakatan Rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Pengkalan Kubor juga seharusnya menjadi gambaran kepada rakyat bahawasanya kerjasama Pakatan Rakyat sangat utuh dan akan terus dikekalkan bagi menghadapi seteru utama iaitu Barisan Nasional dan segala konflik yang timbul akan diselesaikan secara musyawarah.

Katanya lagi, Pakatan Rakyat perlu mengadaptasi semangat setiakawan mereka di Pengkalan Kubor dengan ketiga-tiga parti mengerah seluruh tenaga bagi mencapai matlamat untuk merampas kedudukan kerusi tersebut yang dimenangi oleh Barisan Nasional sebelum ini seterusnya memperteguhkan lagi kekuatan Pakatan Rakyat di negeri Kelantan.

"Bagi peringkat Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Perak, kami akan menunggu arahan yang dikeluarkan PAS dan sentiasa bersedia untuk mengerah tenaga bagi membantu gerak kerja pilihanraya walaupun kerusi tersebut ditandingi oleh PKR.

"Sebelum menerima arahan, kami akan mengarahkan seluruh jentera membuat persediaan dari pelbagai aspek dalam hasrat memenangkan Pakatan Rakyat," katanya.

Sementata itu, di Kotan Bharu, Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan menerima sijil kematian Adun Pengkalan Kubor dikeluar Modern Special Hospital Guanzhong dan pengesahan pejabat Barisan Nasional (BN) Kelantan.

Datuk Abdullah Ya'kub berkata, surat pemakluman rasmi kematian Datuk Noor Zahidi Omar ditandatangani Setiausaha Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Alwi Che Ahmad diterima hari ini. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Ini, Yang Tidak Beradab Dalam Jamaah Menurut A/Hadi?

Posted: 24 Aug 2014 12:49 AM PDT


Ibnu Hasyim

Ini, Yang Tidak Beradab Dalam Jamaah Menurut A/Hadi?

Kenyataan berkias Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipercayai merujuk kepada kemelut politik Selangor apabila pendirian beliau dan Majlis Syura Ulama disanggah oleh beberapa pemimpin PAS berhubung kedudukan menteri besar. – Gambar fail, 24 Ogos, 2014. Kenyataan berkias Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipercayai merujuk kepada kemelut politik Selangor apabila pendirian beliau dan Majlis Syura Ulama disanggah oleh beberapa pemimpin PAS berhubung kedudukan menteri besar. – Gambar fail, 24 Ogos, 2014.  
 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui terdapat ahli parti itu tidak beradab dalam "berjemaah" dan bertindak mendahului pemimpin, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Menurut akhbar milik Umno itu, Hadi membayangkan masalah partinya menerusi kenyataan berkiasnya melalui video di laman Facebooknya menyatakan terdapat ahli bukan PAS sahaja bertindak mendahului pemimpin tetapi juga mahu ketua mengikut apa sahaja langkah dimahukan mereka.

"Kalau sembahyang berjemaah ada adab bersembahyang berjemaah. Antaranya imam boleh baca kuat, maksum tidak boleh baca kuat. Kalau kata 'amin' tidak apalah. Ini baca Al-Fatihah sama kuat dengan tok imam juga.
"Kemudiannya rukuk dan sujud tidak boleh dahului imam. (Mereka) ini pintas rukuk dan sujud (dahulu daripada iman). Ini yang berlaku.
"Jadi kita kena ada adab-adab berjemaah. Kadang- kadang (apabila) berasa lambat sudah hendak suruh beri salam dengan (segera) suruh tok imam beri salam deras ini masalah yang kita hadapi," katanya dipetik daripada akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini.

Kenyataan Hadi itu dipercayai merujuk kepada kemelut politik yang berlaku di Selangor apabila pendirian beliau dan Majlis Syura Ulama disanggah oleh beberapa pemimpin PAS berhubung kedudukan menteri besar.

Selain itu, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menyatakan pendirian mereka menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum pucuk pimpinan tertinggi PAS belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut pada 17 Ogos.

Hadi mula mencetuskan kontroversi apabila membuat kenyataan menyokong Khalid kekal sebagai menteri besar Selangor bercanggah dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang sudah bersetuju melantik Dr Wan Azizah. Bagaimanapun pada 17 Ogos, PAS akhirnya bersetuju menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon pengganti Khalid dan turut menamakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai calon kedua.

Namun pada sebelah malamnya, PR sebulat suara bersetuju untuk menghantar hanya satu nama iaitu Dr Wan Azizah selepas Azmin menarik diri kerana menghormati keputusan partinya. Esok PAS akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan sama ada 13 Adunnya lagi akan menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar yang baru atau tidak. – 24 Ogos, 2014. 
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Wan Azizah Tidak Akan Jadi MB Selangor.. Ini Sebabnya?

Posted: 23 Aug 2014 09:43 PM PDT


Addin

Wan Azizah Tidak Akan Jadi MB Selangor.. Ini Sebabnya?


"Jika pengundi ini percaya PAS adalah masalah kepada krisis itu dan mereka menarik balik sokongan terhadap parti itu, PAS boleh hilang antara 4 hingga 5 kerusi," kata pegawai PKR yang enggan dikenali lapor The Malaysian Insider

... Takkan PAS saja yang hilang kerusi kot? PKR tak hilang langsung ke?.. siapa saja yang memberikan kenyataan ini kepada The Malaysian Insider boleh dianggap syok sendiri..

Sebabnya kalau PRN ini menyebabkan PAS kehilangan kerusi, PKR juga akan mengalami nasib yang sama..

Dengan situasi semasa.. penyokong PAS dijangka memboikot atau melakukan sabotaj terhadap mana-mana calon PKR yang bertanding di kawasan mereka.

Oleh itu PKR juga dijangka kehilangan hampir separu dari jumlah kerusi yang sedia ada kini..

Ditambah pula dengan kajian UmCedel yang mengatakan peratus yang menyokong PR telah menyusut sekurang-kurangnya 30%.. sekurang-kurangnya 15 kerusi tergugat... lihat di ( SINI )

Yang terkesan ialah PKR dan PAS dalam krisis MB ini manakala DAP dijangka tidak menerima impak..

Jadi.. kita nantikan apa yang akan berlaku Isnin ini....

Keraguan sama ada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berpeluang menjadi menteri besar Selangor yang baru menyebabkan parti itu bersedia untuk berdepan dengan pilihan raya mengejut.

The Malaysian Insider difahamkan, parti itu percaya ada kemungkinan tinggi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan tidak lama lagi.

Arahan itu dikeluarkan selepas timbul laporan menyatakan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) masih belum mencapai persetujuan untuk mencalonkan hanya satu nama untuk mengambil alih jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat daripada PKR awal bulan ini.

"Jika ada dua nama, Sultan Selangor mungkin berfikir Pakatan tidak stabil dan baginda boleh membubarkan DUN," kata pemimpin PKR Selangor yang tidak mahu namanya disiarkan.

Pemimpin itu mendedahkan perbincangan dalaman parti berkisar mengenai senario kemungkinan yang boleh berlaku minggu depan, apabila Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka membuat keputusan.

Sultan Selangor memendekkan percutiannya dan tiba di negeri semalam. Baginda dijangka akan bertemu dengan Khalid pada Isnin.

Pemimpin PR dan penganalisis politik berkata pilihan raya negeri yang baru boleh mencederakan gabungan itu yang sekarang mempunyai 43 daripada 56 kerusi dalam DUN Selangor.

Barisan Nasional (BN) mempunyai 12 kerusi dan Khalid kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas.

Pada masa yang sama, pemimpin PKR di peringkat akar umbi mula tidak sabar menanti keputusan PAS yang masih berdolak-dalik.

Situasi yang masih boleh berubah

Di Kongres Nasional PKR ke-10 semalam, beberapa pemimpin tertinggi PKR masih kabur atau tidak pasti ketika menjawab soalan media berhubung perkembangan terbaru krisis berkenaan.

Dilaporkan semalam PAS masih belum membuat keputusan sama ada akan mencalonkan satu atau dua nama daripada 43 Adun PR sebagai pengganti Khalid untuk dihantar kepada Sultan Selangor.

Tetapi ketika mesyuarat majlis presiden pada 17 Ogos, di mana pemimpin kanan PAS turut hadir, pakatan itu membuat keputusan untuk mencalonkan hanya Presiden PKR Dr Wan Azizah sebagai menteri besar untuk negeri terkaya Malaysia itu.

Sebelum mesyuarat majlis itu, parti Islam berkenaan membuat keputusan pada 17 Ogos untuk menghantar dua nama, Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Ketika ditanya mengenai percanggahan antara apa yang diputuskan PR dengan kemahuan PAS, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bukan satu isu.

"Saya sudah periksa, ia bukan isu kerana PAS beritahu mereka akan rujuk dalam mesyuarat pada Isnin mengenai proses, tetapi keputusan akan diambil, jadi tidak ada isu," katanya.

PAS akan bermesyuarat Isnin ini untuk membuat keputusan sama ada parti itu akan bersetuju untuk menamakan hanya Dr Wan Azizah atau menghantar satu lagi nama.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, belum dapat dipastikan sepenuhnya Dr Wan Azizah pada minggu depan akan menjadi menteri besar seperti didesak parti dan rakan gabungannya DAP.

PKR dan DAP masing-masing mempunyai 13 dan 15 kerusi dalam DUN, sementara PAS ada 15 kerusi.

"Ini masih proses yang belum selesai dan keadaan masih boleh berubah. Ada kemungkinan kita akan menghadapi pilihan raya negeri atau mungkin kerajaan minoriti," katanya.

Apa yang PKR harapkan dapat memujuk Sultan Selangor ialah hakikat Dr Wan Azizah mendapat sokongan 30 Adun, termasuk dua Adun PAS.

Tetapi jika PAS, parti dalam pakatan, berpecah daripada kata sepakat PR dengan menghantar dua nama, ia mungkin akan menyebabkan kekeliruan dan akan digunakan untuk menyebabkan sidang DUN dibubarkan, kata pemimpin PKR Selangor.

Jika ada dua nama, agak sukar untuk memilih calon PKR yang dicalonkan PAS tetapi tidak mendapat sokongan sama ada DAP atau PKR.

Pilihan raya yang bukan kehendak sesiapa

Walaupun badan bebas Merdeka Center mendedahkan keputusan kaji selidik pada 22 Ogos yang menunjukkan PR masih boleh terus memegang Selangor jika pilihan raya negeri diadakan, beberapa pemimpin PKR memberitahu The Malaysian Insider mereka masih lebih suka jika tidak perlu melalui satu lagi pilihan raya.

"PAS perlu menunjukkan mereka masih bersama parti lain dalam PR," kata seorang pemimpin PKR dari Sepang, Borhan Aman Shah.

Borhan berkata, pelik apabila PAS bersikap tidak konsisten walaupun parti itu berpegang kuat kepada prinsip Islam.

"Kita tidak mahu pertentangan pendapat antara PAS dan parti lain dalam PR akan dieksploitasi Umno," katanya.

Beliau berkata, perbezaan pendapat itu juga boleh menjejaskan kedudukan PR dalam pilihan raya walaupun pakatan itu dikatakan mempunyai peluang cerah mengekalkan Selangor.

"Jika pertentangan antara pemimpin berterusan, ia akan tersebar hingga ke akar umbi di kalangan ahli dan memusnahkan keupayaan kita bekerja bersama," kata Borhan, yang juga calon dalam pilihan raya umum tahun lalu bagi kerusi DUN Dengkil.

Ketua Pemuda PKR baru dilantik Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pilihan raya negeri tidak perlu diadakan kerana PR dapat membuktikan Dr Wan Azizah mendapat sokongan 30 Adun.

"Rakyat tidak perlu melalui pilihan raya negeri. Tetapi kita bersedia untuk kemungkinan itu," katanya yang juga Adun Seri Setia.

Ironinya ialah dalam perkembangan terbaru ini, PAS yang kelihatan mengeruhkan krisis itu dan boleh menjadi penyebab sidang DUN dibubarkan, adalah parti yang dijangka kehilangan banyak kerusi disandangnya jika pilihan raya negeri diadakan.

Seorang lagi pemimpin PKR Selangor berkata di kalangan 3 parti dalam PR, PAS menang sekurang-kurangnya 7 kerusi baru dengan majoriti bawah 1,000 kerana undi daripada pengundi bukan Islam dan di kawasan bandar.

"Jika pengundi ini percaya PAS adalah masalah kepada krisis itu dan mereka menarik balik sokongan terhadap parti itu, PAS boleh hilang antara 4 hingga 5 kerusi," kata pegawai PKR itu yang enggan dikenali lapor The Malaysian Insider


... Takkan PAS saja yang hilang kerusi kot? PKR tak hilang langsung ke?.. siapa saja yang memberikan kenyataan ini kepada The Malaysian Insider boleh dianggap syok sendiri..

Sebabnya kalau PRN ini menyebabkan PAS kehilangan kerusi, PKR juga akan mengalami nasib yang sama.. ~asd




Iklan C (ii)









Kilang Arak Di Shah Alam: Bakal MB Baru Perlu Fikir Selesaikan.

Posted: 23 Aug 2014 07:53 PM PDT


Ibnu Hasyim

Kilang Arak Di Shah Alam: Bakal MB Baru Perlu Fikir Selesaikan.

 
Militan rancang letup kilang Arak Shah Alam
Suspek militan Malaysia yang setia kepada kumpulan bersenjata Negara Islam membeli bahan membuat bom ekoran cadangan serangan terhadap kilang arak Carlsberg di Shah Alam, kata pegawai kanan antiterorisme.

Rancangan itu, yang menurut pegawai itu dalam peringkat "perbincangan", pertama di Asia Tenggara, setelah diinspirasikan oleh kebangkitan Negara Islam di Syria dan Iraq, lapor Reuters.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin memberitahu Reuters bahawa kumpulan 19 suspek militan sudah memperoleh serbuk aluminium, yang selalu digunakan untuk pembuatan bom.

"Dalam bentuk ideologi dan niatnya ia sangat jelas," Ayob Khan dipetik sebagai berkata ketika diwawancara.

Kumpulan itu, lapor Reuters lagi, tujuh daripadanya pernah didakwa bawah undang-undang antikeganasan dan senjata, merancang mengebom kilang bir Denmark itu dan sasaran lain termasuk pub. Menjawab soalan Reuters, Carlsberg Brewery Malaysia berkata, pihaknya "mengambil langkah yang perlu bagi memastikan keselamatan premis dan menjadikan keselamatan pekerja sebagai keutaman".

Negara Islam kini menguasai utara Iraq yang menghampiri Baghdad dan menguasai bandar kedua Mosul. Ia menyemarakkan orang Islam yang radikal di Malaysia dan Indonesia, antaranya ekoran kefahaman bahawa "peperangan terakhir" akan meletus di wilayah Syria.


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bakal Menteri Besar Selangar yang baru perlu memikirkan untuk menyelesaikan masalah kilang arak demi menyelamatkan aqidah dan per'ibadat'an umat Islam, seperti yang dituntut oleh majoriti orang Islam negara ini dan agama bagi Perseketuan (Perkara 3. Perlembagaan Negara) walaupun Pakatan Rakyat masih belum memerintah Kerajaan Pusat.

Banyak cara boleh difikirkan, contohnya seperti mengalihkan perniagaan minuman arak kepada minuman yang 'halal' dalam Islam, dan lain-lain. Sudah masuk dua penggal PKR memerintah Selngor, tidak ada usahapun atau niat pun untuk merubahnya. Perkerja-pekerja Islam di kilang arak sudah puluhan tahun bergelumang dalam dosa arak, bahkan sampai pencen, mungkin.

Sebuah hadis, "Diriwayatkan dari Anas RA bahawa Rasulallah SAW telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak, 
orang yang memerah arak, orang yang diminta arak diperah untuknya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawa arak kepadanya, orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang yang menjual arak, orang yang mendapat hasil daripada arak ,orang yang membeli arak, orang yang meminta dibelikan arak untuknya" (IH)Lihat sebelum ini..
Kilang Arak Shah Alam: PAS Sama Dg UMNO?PAS Layak Dilantik MB Selangor. Siapa?


0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani