Powered by Blogger.

Pasangan Pengantin Nafsu Sonsang

Pasangan Pengantin Nafsu Sonsang


Pasangan Pengantin Nafsu Sonsang

Posted: 24 Aug 2014 04:14 PM PDT

Pasangan Pengantin Nafsu Sonsang  |  Cinta memang tidak mengenal sesiapa, termasuk jantina dan kegilaan nafsu.

Di Russia, negara yang mengharamkan perkahwinan sejenis dan menganggap amalan itu sebagai penyakit mental, sepasang suami isteri semalam melafazkan ikrar untuk bersama ketika pengantin lelaki berpakaian seperti wanita.

Ia dianggap satu daripada perkahwinan paling kontroversi di negara berkenaan. Namun, pasangan Dimitriy Kozhuhov, 23, dan Ellison Brux, 21, mempunyai cara tersendiri untuk membolehkan ‘cinta’ mereka disempurnakan.

Kozhuhov kini dikenali sebagai Alina Davis kerana bermekap serta berpakaian seperti wanita.

Dalam keadaan begitu, ketika mereka disahkan sebagai ‘suami isteri’ hadirin melihat ada dua pengantin perempuan bergaun melalui detik menggembirakan.

Kozhuhov mengaku dia gemar berperwatakan serta bermekap seperti wanita dan keadaan itu menimbulkan kekeliruan kepada banyak pihak.

Namun, kata Kozhuhov, dia dan Ellison amat mencintai satu sama lain.

Kami juga tidak menghadapi masalah ketika menghantar permohonan perkahwinan kepada pejabat pendaftar walaupun kami menjangkakan masalah akan berlaku, katanya. Selepas melalui urusan pendaftaran, kata Kozhuhov, dia dihubungi ketua pejabat pendaftar dan diberi ingatan berkali-kali supaya dia tidak memakai gaun ketika dikahwinkan.

Kata Kozhuhov, undang-undang Russia menetapkan hanya lelaki boleh berkahwin dengan wanita.

Perkahwinan di Pejabat Pendaftar Kutuzovsky Prospekt itu kemudian tetap berlangsung dengan kedua-duanya hadir berpakaian gaun pengantin. Namun, ia tidak berjalan tanpa halangan.

Pada peringkat awal Kozhuhov dan Ellison dilarang masuk melalui pintu depan, sebaliknya terpaksa ‘diseludup’ melalui pintu belakang. Kata Ellison, ketua pejabat berkenaan cuba menyembunyikan mereka kerana ia akan memalukan masyarakat setempat.

Akhirnya, selepas dibawa masuk melalui pintu belakang, Kozhuhov dan Ellison dikahwinkan di pejabat berkenaan.

Kini saya gembira kerana gambar perkahwinan kami dikongsi dan dibincangkan.

Saya berharap kami dapat memberi inspirasi kepada pasangan lain untuk mencabar undang-undang ketat ini dan berkahwin secara terbuka, katanya.- Agensi

Leez AF4 Pakai Baju Renang Yang Sungguh Mengancam!

Posted: 24 Aug 2014 04:06 PM PDT

Leez AF4 Pakai Baju Renang Yang Sungguh Mengancam  |  Jika korang peminat setia rancangan Akademi Fantasia, pasti korang kenal gadis ini. Leez atau nama penuh Leez Rosli merupakan seorang peserta AF4 yang mempunyai suara yang sememangnya merdu.

Mempunyai raut wajah yang comel dan manja. Apa yang mencuri perhatian penulis, beberapa keping gambar leez hangat diperkatakan di laman sosial kerana memakai baju renang yang serba ketat dan menampakkan bentuk tubuh yang sangat seksi! Cuba anda lihat sendiri raut wajahnya sungguh berbeza sekali sewaktu memulakan percintaan nya bersama Zizan Razak..

Kepada produser2 diluar sana, apa lagi sambarlah dia jadi pelakon memandangkan dia mempunyai pakej yang menarik! saksikan foto dibawah…

leez af 3 Leez AF4 Pakai Baju Renang Yang Sungguh Mengancam!

 

Alif Satar dan Sha Dila Umum Nikah 15 September Ini

Posted: 24 Aug 2014 03:49 PM PDT

Alif Satar dan Sha Dila Umum Nikah 15 September Ini  |  Apa yang jadi penantian kami selama ini akhirnya kami dapat jawapan. Tarikh Alif Satar dan kekasihnya, Sha Dila untuk bergelar suami isteri telah pun ditetapkan 15 September ini, mereka berdua akan bernikah. Jutaan tahniah diucapkan kepada Alif Satar dan Shadila atas berita gembira ini. Majlis pernikahan akan dibuat secara sederhana dengan jemputan terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.

Tahniah Alif dan Sha Dila. Kami di pihak Kamithemedia mendoakan agar semoga segala persiapan berjalan dgn lancar.- sumber -

Sakit Saraf Lydiawati Angkara Khianat Orang

Posted: 24 Aug 2014 03:33 PM PDT

Sakit Saraf Lydiawati Angkara Khianat Orang   |  Pelakon Lydiawati memberitahu salah satu punya penyakit saraf dan reumatik yang dialaminya selama ini adalah disebabkan perbuatan khianat seseorang.

Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Saimon, 48, berkata, dia menyedari perkara itu selepas bertemu dengan beberapa orang ustaz yang memaklumkan perkara berkenaan.

"Itulah, orang kata, nak percaya susah, tak percaya pun susah. Selepas berubat oleh beberapa ustaz, mereka cakap benda yang sama bahawa penyakit saya adalah kerana khianat orang.

"Dan difahamkan orang yang 'mengenakan' saya itu adalah teman rapat saya. Entahlah… Apa-apapun sekiranya ada orang yang berniat jahat, saya berserah kepada Allah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.

Pada Mei lalu, Lydiawati dilaporkan diserang penyakit saraf dan reumatik selepas berasa kebas dan bisa pada bahagian kiri kaki dan tangan sehingga menyukarkan pergerakannya.

Bagaimanapun Lydiawati memutuskan untuk tidak menjalani sebarang rawatan hospital selepas mendapati kos rawatan yang perlu dibayar agak mahal.

Dalam pada itu, Lydiawati berkata, ini merupakan kali kedua dia mengelami perbuatan khianat seperti itu selepas kejadian disantau pada tahun 1997.

"Harap-harap penyakit saya sekarang ini tidak seperti dulu. Saya pernah kena santau angin sampaikan badan saya kecut dari dalam. Alhamdulillah selepas empat bulan dirawat, barulah sihat," ujarnya.

Sementara itu, Lydiawati berkata, dia bersyukur apabila salah seorang peminatnya menawarkan bantuan membiayai kos rawatan penyakitnya itu.

"Alhamdulillah, selain menerima pelbagai ubat-ubatan, saya juga didatangi seorang hamba Allah yang juga merupakan peminat saya dan ingin membiayai rawatan penyakit saya ini.

"InsyaAllah, tidak lama lagi saya akan menjalani rawatan sepenuhnya di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang.

"Sekarang ini, saya ikhtiar saja apa-apa rawatan. Moga ia dapat mengurangkan kesakitan saya ini," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Lydiawati kini sedang menjalani penggambaran Menghitung Rahmat Tuhan terbitan Zeel Production.

Enot Jawab Dituduh Pura-Pura Sakit

Posted: 24 Aug 2014 03:28 PM PDT

Enot Jawab Dituduh Pura-Pura Sakit  |  Pelakon dan pelawak Enot berasa kesal apabila ada pihak menuduhnya sengaja berpura-pura sedang bertarung dengan kanser usus yang kritikal.

Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 36, berkata, dia terkejut dengan tuduhan itu apabila ada pihak berkata kansernya berada pada tahap empat sedangkan ia baru pada tahap dua.

"Sejak bila pula kanser saya di tahap empat? Sakit kanser usus saya ini sebenarnya di tahap dua! Pelik, apabila berkongsi sakit, orang pertikaikan. Sedangkan selama ini saya tidak pernah meminta bantuan daripada sesiapa pun.

"Saya usaha dan cari semangat sendiri untuk meneruskan hidup selain perlu bekerja demi menampung kehidupan bersama anak-anak.

"Apabila tuduhan ini timbul, saya anggap mereka mahu lihat saya mati terus agaknya," kata Enot dengan nada kesal kepada mStar Online yang dihubungi di sini pada Ahad.

Sebuah akhbar mingguan menerusi ruangan pojok melaporkan seorang artis dikatakan menipu kononnya dia sedang sakit kanser tahap empat dan perkara itu menjadi tanda tanya kepada rakan-rakan baiknya apabila artis berkenaan masih dilihat sihat dan mampu bekerja.

Keadaan itu membuatkan rakan-rakan baiknya itu mula menjauhkan diri daripada artis itu kerana tidak tahan dengan sikapnya yang suka menipu.

Lebih pelik lagi, rakan-rakan artis itu turut mempertikaikan sebab-sebab dia enggan mendapatkan rawatan di hospital, sebaliknya lebih percayakan rawatan tradisional.

Sementara itu, Enot berkata, sepatutnya keputusan enggan menerima rawatan di hospital perlu dihormati kerana dia mempunyai sebab-sebab tertentu berbuat demikian.

"Memang saya tidak mahu terima rawatan di hospital. Ini kerana saya tidak mahu sakit lebih teruk, terlantar di hospital dan akhirnya pergi begitu sahaja.

"Siapa yang nak bagi makan minum kepada anak-anak? Nak harapkan bekas suami, tak makanlah mereka.

"Kerana itu saya mengambil inisiatif untuk mengambil ubat-ubatan tradisional dan sementara itu bolehlah saya berniaga. Tak kisahlah apa orang nak kata, saya masih kuat pun kerana anak-anak. Orang luar tidak tahu pun penderitaan yang saya lalui," ujarnya.

Dalam pada itu, Enot mengakui, sejak dia sakit, teman-teman baiknya semakin menjauhkan diri daripadanya dan dia terpaksa menerima hakikat itu.

Malah dia bersyukur, tanpa bantuan daripada sesiapa pun, kudratnya masih kuat untuk menguruskan perniagaan kek selain menjahit manik pada tuala dan pakaian.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah memberikan saya kudrat untuk melakukan pelbagai jenis kerja selain berlakon.

"Selain itu, kesihatan saya pun sedikit pulih selepas mengambil sejenis makanan tambahan daripada cendawan kultur. Biarlah dengan apa yang orang nak kata, yang penting saya ada cara tersendiri untuk menjaga diri," tegasnya.

Pelakon yang dikenali menerusi drama Mat Despatch itu pernah berkahwin dengan Zainul Abidin Mat Noor, 42, pada 21 November 2008 dan bercerai pada Mac tahun lalu.

Sebelum itu dia juga pernah bercerai pada tahun 2006 selepas mempunyai dua orang anak iaitu Andriana Balqis, 13, dan Ariana Qaseh Qistina yang berusia tujuh tahun. -mStar-

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani