Powered by Blogger.

Panas!! PKR Ugut Sultan Selangor?

Panas!! PKR Ugut Sultan Selangor?


Panas!! PKR Ugut Sultan Selangor?

Posted: 20 Aug 2014 06:27 PM PDT


Addin

Panas!! PKR Ugut Sultan Selangor?


PKR tetap kekal dengan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Menteri Besar Selangor walaupun walaupun berdepan kemungkinan Sultan Selangor menolak pencalonan presiden parti itu sekaligus memberi laluan pilihan raya negeri diadakan.

Pendirian tersebut dinyatakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang berkata keputusan sudah dicapai dan hanya nama Dr Wan Azizah dihantar kepada istana.

"Kita tidak bincang langsung mengenai perkara itu," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider apabila ditanya mengenai langkah seterusnya jika Sultan menolak presiden PKR tersebut.

Saifuddin berkata mereka menanti maklum balas daripada pihak istana selepas nama Dr Wan Azizah dihantar sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kita cuma tunggu sahaja maklum balas daripada Tuanku," katanya.

Mengenai kemungkinan Dr Wan Azizah ditolak, Saifuddin berkata langkah susulan belum diputuskan kepimpinan ketika ini.

"Ia masih belum berlaku dan belum bincang," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar, kanan) berkata mereka akan melalui proses mengikut perlembagaan dan undang-undang dalam usaha menggantikan Khalid.

"Kita akan guna proses perlembagaan dan undang-undang. Prosesnya adalah dengan menghantar nama terlebih dahulu dan dalam isu ini, majoriti sokongan kepada Dr Wan Azizah adalah jelas," kata Rafizi kepada The Malaysian Insider.

Rafizi juga tidak memberitahu mengenai langkah seterusnya jika Sultan Selangor menolak Dr Wan Azizah, sambil berkata tidak mahu membuat "spekulasi".

"Tidak apa, kita guna dahulu proses Perlembagaan. Buat ketika ini, kita tidak mahu berspekulasi," katanya.

Awal hari ini, The Malaysian Insider memetik pakar perundangan sebagai tidak menolak Sultan Selangor masih boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan semula.

Peguam Abdul Shukor Ahmad berkata merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan pada 2010 melibatkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Zambry Abdul Kader, sultan mempunyai pilihan mengarahkan peletakan jawatan MB kerana hilang sokongan majoriti ahli DUN.

Shukor berkata Sultan juga boleh memanggil sidang tergempar dan mengarahkan MB menguji sokongan di DUN.

"Sekiranya menteri besar hilang sokongan undi, beliau perlu meletakkan jawatan. Sultan juga boleh membubarkan DUN sekiranya Tuanku menerima saranan menteri besar," katanya kepada The Malaysian Insider.

Spekulasi bertiup kencang mengatakan Sultan Selangor tidak akan memperkenankan Dr Wan Azizah menjadi MB.

PAS sebelum ini menamakan dua calon MB selepas presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dititahkan mengadap Sultan.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata ia bagi mengelakkan kemungkinan pihak istana menolak pencalonan Dr Wan Azizah.

PKR bertegas mengemukakan satu nama walaupun PAS pada awalnya mahu dua nama dikemukakan apabila mencadangkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon alternatif.

Bagaimanapun, mesyuarat Pakatan Rakyat sebulat suara memutuskan nama Dr Wan Azizah sahaja dipersembahkan kepada istana. ~tmi



Iklan C (ii)









Pemimpin Umno Dakwa Mahathir Dipengaruhi Pembangkang?

Posted: 20 Aug 2014 05:48 PM PDT


Addin

Pemimpin Umno Dakwa Mahathir Dipengaruhi Pembangkang?


PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata perbezaan cara kepimpinan di antara pemimpin Umno tidak perlu diperdebatkan.

Beliau merujuk teguran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat mula disensasikan oleh media sosial dan portal berita.

"Kritikan Dr Mahathir itu sekadar teguran bapa kepada seorang anak. Menjadi tanggungjawab pemimpin Umno mempertahankan kedudukan Najib daripada terus diserang oleh pihak tertentu.

"Pembangkang memang mahu Najib dijatuhkan dari dalam. Mereka boleh menggunakan isu Dr Mahathir dan Najib sebagai 'jerangkap samar' untuk menghancurkan perpaduan Umno," katanya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com.

Tambahnya lagi, pemimpin Umno perlu bersikap lebih rasional dengan tidak membuat andaian melulu yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

"Sewaktu Umno sedang berdepan dengan tekanan politik dari dalam dan luar, kita perlu bersatu di bawah satu bumbung dan satu nakhoda.

Menjadi tanggungjawab setiap pemimpin Umno memastikan kedudukan orang Melayu dan umat Islam terus terbela," tegasnya.

Katanya lagi, membuat perbandingan sesama pemimpin dikhuatiri akan mewujudkan pertelingkahan yang tidak menguntungkan parti.

"Gaya setiap pemimpin Umno adalah berbeza, tetapi matlamat asalnya tetap sama iaitu berkhidmat kepada rakyat dan negara.

"Sebarang pendapat atau kritikan sewajarnya dilakukan secara berhemah tanpa dikaitkan dengan unsur peribadi," jelasnya.

Menurut Syed Ali, apabila perbezaan kepimpinan dijadikan bahan polemik, akan muncul kebimbangan dan rasa hormat rakyat terhadap pemimpin boleh terhakis.

"Keadaan menjadi bertambah teruk apabila ia disensasikan menerusi laman-laman sosial oleh pihak yang berkepentingan. Ini akan merugikan parti apabila sebahagian orang Melayu mula memperlekehkan parti.

"Saya mahu pemimpin Umno berhati-hati dengan laporan menerusi media sosial yang sengaja memperbesarkan isu perbezaan pendapat di kalangan pemimpin Umno. Ia bertujuan melaga-lagakan sesama pemimpin parti," ujarnya. ~fmt





Iklan C (ii)









Ini, Wanita Berbogel Dipinggir Jalan Malam Tadi. Kerana Arak?

Posted: 20 Aug 2014 04:45 PM PDT


Ibnu Hasyim

Ini, Wanita Berbogel Dipinggir Jalan Malam Tadi. Kerana Arak?


Sesiapa yang melalui Jalan Kuching dekat Batu Caves, malam tadi terpaksa menempuh kesesakan jalan raya teruk yang biasanya disebabkan kemalangan. Namun kesesakan tersebut sebenarnya bukanlah disebabkan alasan biasa tetapi berlaku apabila pemandu memperlahankan kenderaan untuk melihat seorang wanita yang berbogel di bahu jalan.

Kejadian ini turut disaksikan juru gambar Rakyat Post yang sempat merakam wanita tersebut yang cuba ditenangkan oleh pihak polis. Difahamkan wanita tersebut pada mulanya berjalan dalam keadaan lengkap berpakaian sebelum mula menanggalkan baju lalu duduk dan menyanyi.

Sebab musabab wanita tersebut berkelakuan begitu buat masa ini masih belum diketahui. Bagaimana pun kami pasti manusia normal tidak akan bertindak mengaibkan diri sendiri begini melainkan dia kurang waras atau berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah. - REM RAMZI / MYNEWSHUB.MY
(Sumber)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerana arak manusia hilang akal. Hilang akal atau tidak siuman segala-gala boleh jadi, termasuk berbogel macam binatang. Kerana langgar pesan Nabi, "Arak punca kejahatan."

Itu antara bahadi berjinak-jinak dengan kencing syaitan!

Lihat lagi..
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)


Khimar, Trend Baru Pakaian Muslimah.

Posted: 20 Aug 2014 02:34 PM PDT


Ibnu Hasyim

Khimar, Trend Baru Pakaian Muslimah.


Khimar, Tren Baru Busana Muslim
Gamis syar'i yang tengah menjadi trend di kalangan muslimah memunculkan trend terkini. Bukan hanya stelan gamis, tetapi juga khimar atau tudung pasangan dari gamis syar'i. Khimar, sebelumnya dipaparkan satu stel dengan gamis. Biasa disebut gamis syar'i.  
Kini, khimar dijual berasingan daripada gamis. Khimar tersedia dari pelbagai model. Bukan hanya dipaparkan polos, dari bahan jersey. Trend terkini khimar dipaparkan dari bahan sifon. Bukan hanya sekadar sifon, ciptaan yang membuatnya tampil berbeza.  

khimar dan jilbab. Khimar dikenakan menutupi dada. Setelah itu baru ...
Media Berita Baru | 2014Pakaian Wanita Indonesia | BAJU MUSLIM Modern Terbaru | Busana Gamisbutik baju online toko pakaian murah butik pakaian online murah online ...
Tips memilih baju pesta muslimah 
Ada dua trend khimar sifon yang kini tengah digandrungi muslimah. Satu di antaranya khimar yang dipaparkan dengan gabungan dua warna. Paduan, terlihat pada bahagian bawah khimar. Misalnya, dari bahan sifon pink, dipadu dengan sifon berwarna biru muda. Tidak hanya dua gabungan warna, tetapi juga tiga gabungan warna. Biasanya, penjual yang sekaligus menghasilkan khimar yang tersebar di talian shop, menawarkan kepada pelanggan paduan dua warna atau tiga warna.  
Model lain, pada khimar bermotif. Bahagian luar fesyen dipaparkan dalam motif bunga. Dipadu dengan motif polos pada bahagian bawah. Modelnya, biasa terdapat dalam dua pilihan, ada yang mengenakan pet (topi) ada pula yang tidak.
(IH/Sumber: Serambi Ummah )


Perkhabaran Mengejutkan Dari Bumi Syria..

Posted: 20 Aug 2014 09:34 AM PDT


Addin

Perkhabaran Mengejutkan Dari Bumi Syria..


KUALA LUMPUR: Seorang rakyat tempatan yang dikenali sebagai Mat Soh atau Abu Turab dikatakan telah terkorban dalam kejadian tembak menembak di Syar'aya, Syria.

Berita ini disahkan oleh bekas ahli Dewan Ulama PAS, Mohd Lotfi Ariffin melalui laman Facebook nya.

Menurut Lofti lagi, dia telah menasihati Mat Soh untuk tidak berada di kawasan tersebut semasa kejadian itu. Namun Mat Soh telah terkorban akibat daripada bedilan kereta kebal dipercayai milik kerajaan Syria.

"Selepas sejam kejadian tembak menembak berlangsung, tiba-tiba sebuah kereta kebal telah melepaskan tembakan dan tembakan tersebut mengenai Mat Soh," tambah Lotfi.

Seorang lagi warga Malaysia yang turut berada di tempat kejadian, Akel Zainal juga memaklumkan perkara yang sama melalui laman Facebook peribadi miliknya.

Tambahnya, ramai rakyat Malaysia yang kini sedang berjuang di Syria turut tercedera.

Jurucakap Bukit Aman telah mengesahkan perkara ini dan pihak polis sedang melakukan siasatan.

Mohd Lotfi dan beberapa ahli PAS yang lain dipecat kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan militan.

Mereka juga dikehendaki polis kerana dikatakan terlibat dalam kegiatan pengganas.

Wisma Putra sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat 15 rakyat Malaysia yang menyertai Kumpulan Pelampau Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dikhuatiri terkorban dalam konflik bersenjata di Syria. ~tmi



Iklan C (ii)









Jatuh Cinta, Gadis Scotland Pelajari Islam.. & Pilih Islam.

Posted: 20 Aug 2014 08:55 AM PDT


Ibnu Hasyim

Jatuh Cinta, Gadis Scotland Pelajari Islam.. & Pilih Islam.

Gara-gara Liburan, Wanita Skotlandia Jadi Mualaf dan Berhijab Alana Blockley (The Sun) Blockley mulai mempelajari Islam kerana dia ingin tahu lebih banyak tentang kehidupan kekasihnya yang bernama Abdul.  Setelah beberapa lama, ia akhirnya memutuskan untuk menjadi muslim.

Alana Blockley, seorang mahasiswa jurusan media yang tinggal di Glasgow, Scotland masuk Islam setelah bertemu suaminya Abdul dari Maghribi. Saat itu dia sedang bercuti pada Jun 2010 silam.

Kehidupan agama keluarga Blockley tidak terlalu ketat. Agama tidak pernah menjadi sebahagian besar dari hidup Blockley.

Saat berumur 18, Blockley memutuskan pergi bercuti ke Canary Islands. Saat tiba di Fuerteventura, Canary Islands, Blockley bertemu dengan salah satu pegawai hotel bernama Abdul. Dia seorang muslim dari Maghribi. Awalnya, Abdul sering mengajak Blockley jalan-jalan di sekitar Fuerteventura.

Selepas kembali dari Fuerteventura, Abdul meminta Blockley kembali ke Canary Islands. Blockley kemudian pergi melawat Abdul. Setelah tiga kali kunjungan, keduanya menyedari bahawa mereka jatuh cinta. Blockley mula mempelajari Islam kerana dia ingin tahu lebih banyak tentang kehidupan Abdul. Setelah beberapa lama, Blockley akhirnya memutuskan untuk menjadi muslim.

Namun Blockley sempat bimbang saat akan memberitahu ibu bapanya. Ibu dan ayah Blockley sempat kaget dengan keputusan anak perempuannya itu. Tapi kehidupan Blockley terus berjalan sebagai seorang muslim.

Blockley mula mengenakan hijab masa musim panas 2013 Dia dan Abdul akhirnya berkahwin secara Islam di Fuerteventura. Blockley bahkan merayakan Idul Fitri dan sudah berdamai dengan kedua ibu bapanya. Mereka mengundang Blockley dan suaminya makan malam halal di saat Krismas. Blockley berharap dapat masuk syurga dan dia senang dengan peraturan Islam.
(Sumber: The Sun)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam


Adun PKR Dedah Tembelang Khalid Ibrahim?

Posted: 20 Aug 2014 07:36 AM PDT


Addin

Adun PKR Dedah Tembelang Khalid Ibrahim?


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafie (pic) menafikan sekeras-kerasnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ada menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.1 juta kepada pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Shuhaimi berkata, dakwaan Presiden Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Mazli Saring itu langsung tidak berasas.

Ini kerana, setiap peruntukan kepada Adun akan diusulkan dalam sidang DUN ketika sesi pembentangan belanjawan negeri.

"Kalau betul Khalid ada salurkan peruntukkan RM1.1 juta, sudah tentu Adun akan tahu, tapi kenapa kita tidak tahu? Sebab, segala peruntukkan memang diumumkan dalam belanjawan ketika sidang DUN. Itu prosedur biasa bagi mana-mana negeri pun," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Shuhaimi berkata pada pembentangan belanjawan 2014 di sidang DUN November lepas, Khalid mengumumkan setiap Adun diberikan peruntukan sebanyak RM600,000, manakala Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) diberi RM800,000.

"Itu sahaja yang diberikan. Tidak ada peruntukan tambahan. Sama juga tahun lepas, kita diberi dana RM500,000 dan tambahan sebanyak RM100,000. Tapi tahun ini memang tidak ada tambahan," katanya.

Katanya, semua peruntukan itu juga tidak terus diberikan kepada Adun kerana mereka terpaksa memohon kepada pejabat daerah terlebih dahulu untuk setiap kelulusan dana bagi sesuatu projek atau program kemasyarakatan yang hendak dilaksanakan.

"Bagi saya, itu satu pembohongan untuk memburukkan PKR yang kononnya sengaja melakukan begitu demi menjatuhkan Khalid," katanya.

Terdahulu, ketika dihubungi The Malaysian Insider, Mazli mendakwa Khalid banyak membantu parti dengan menyalurkan dana bagi program atau aktiviti kemasyarakatan, termasuk RM1.1 juta kepada pusat khidmat DUN di Selangor.

"Ramai tidak mengetahui bahawa Khalid sebenarnya banyak membantu parti dengan memberi banyak peruntukan, contohnya di pusat khidmat DUN, beliau meluluskan sebanyak RM1.1 juta.

"Itu boleh disahkan sendiri pegawai pejabat daerah, tapi ramai yang tidak tahu, sebab perkara begini memang Khalid tidak suka hendak hebahkan.

"Dan Adun juga mereka sengaja diamkan, untuk memberi gambaran Khalid ini tidak memberi apa-apa sumbangan kepada parti. Walhal, dengan semua peruntukan itulah mereka membayar sewa pejabat termasuk pekerja yang terdiri daripada ahli parti sendiri," katanya.

Mazli turut berkata Pasmeb akan terus menyokong Khalid sehingga akhir penggal meskipun kini menjadi wakil rakyat Bebas.

Justeru itu, katanya sekumpulan 12 NGO mewakili rakyat Selangor hari ini melancarkan gerakan mempertahankan pentadbiran Khalid sehingga penggalnya berakhir.

Mazli berkata NGO tersebut kecewa apabila kerajaan Pakatan Rakyat memecat Khalid, sambil berkata Khalid cemerlang dalam tugasnya mentadbir negeri.

Beliau berkata gerakan itu bakal mengadakan aktiviti seperti menghantar memorandum, berhimpun di bangunan kerajaan negeri Selangor, mengadakan solat hajat dan forum di setiap 56 DUN Selangor.

Antara NGO terbabit ialah Gerakan Anak Bugis Selangor (GRABS), Angkatan Rakyat Sedar (Aras) dan beberapa lagi NGO wakili pelbagai golongan.

Selain itu gerakan itu juga menuntut sekiranya Sultan Selangor memperkenankan penukaran MB, calon itu mestilah anak jati Selangor. ~tmi





Iklan C (ii)









Tahniah Erdogan! Menang P'raya Presiden.

Posted: 20 Aug 2014 07:00 AM PDT


Ibnu Hasyim

Tahniah Erdogan! Menang P'raya Presiden.


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan di atas kejayaannya memenangi pilihan raya Presiden Turki baru-baru ini.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dalam suratnya yang dihantar kepada Erdogan 18 Ogos lalu mendoakan semoga Turki di bawah kepemimpinannya sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

"Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat Kelantan, Malaysia ingin merakamkan penghargaan dan tahniah di atas kemenangan tuan dalam pilihan raya Presiden di Turki," katanya pada surat yang dialamatkan kepada Istana Presiden di Ankara, Turki.

Kata beliau sebagai persaudaraan dalam Islam kita mesti sentiasa memberi perhatian yang tinggi bagi mempertahankan Islam dalam menghadapi diskriminasi dan ketidakadilan yang berlaku. Menurutnya juga Erdogan telah memberi sumbangan besar terhadap perpaduan umat Islam terutamanya mereka yang tertindas di seluruh dunia dengan keberanian diplomasi.

"Semoga Allah SWT memberikan kita keazaman yang kuat dan membimbing untuk memimpin umat ke jalan yang benar," ujarnya.

Pada pilihan raya Presiden yang pertama kali diadakan di negara itu baru-baru ini Erdogan mencatat kemenangan apabila mendapat 52 peratus undi. Pencabar terdekatnya, Ekmeleddin Ihsanoglu hanya memperoleh 38.3 peratus. - HARAKAHDAILY 20/8/2014


Perangai Pakcik ini di Komuter membuatkan orang ramai marah!

Posted: 20 Aug 2014 06:25 AM PDT


Tengok TV Online

Perangai Pakcik ini di Komuter membuatkan orang ramai marah!



Gegalat penumpang komuter yang tidak bertimbang rasa ini membuatkan penumpang-penumpang yang lain berasa marah dan geram.

Apakan tidak, pakcik ini berbaring di atas kerusi komuter seolah-olah sedang bersantai di kerusi rumahnya pula. 

Semoga rakyat Malaysia yang lain tidak mengikuti perbuatan pakcik ini. Negara maju memerlukan rakyatnya yang mempunyai kesederan sivik yang tinggi. 







Dokumen ‘Langkah Kajang’ Palsu Yang Tersebar -PKR Nafi.

Posted: 20 Aug 2014 05:36 AM PDT


Ibnu Hasyim

Dokumen 'Langkah Kajang' Palsu Yang Tersebar -PKR Nafi.




Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dikatakan tulang belakang pencipta Langkah Kajang. Gambar fail The Malaysian Insider. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dikatakan tulang belakang pencipta Langkah Kajang. Gambar fail The Malaysian Insider.



PKR menafikan pengeluaran dokumen palsu yang dikatakan ditulis Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkenaan "Langkah Kajang", kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, gerakan Langkah Kajang yang menyaksikan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada mulanya dikenali sebagai "Serampang Kajang".

"PKR mengecam tindakan sebaran maklumat yang salah dan tidak bertanggungjawab musuh politik kami," kata Fahmi dalam stu kenyataan hari ini.
"Usaha sebaran fitnah sebegini membuktikan politik di Malaysia masih belum cukup matang, dan musuh politik PKR enggan berentap di tahap idea dan konsep, tetapi masih terperangkap di tahap politik fitnah dan lucah yang kuno," katanya.

Langkah Kajang yang dirangka Rafizi dikatakan langkah untuk menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. Strategi berkenaan kemudiannya menyaksikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding di kerusi tersebut, selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada PKR melepaskan kerusi berkenaan untuk ditandingi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar terlucut kelayakan bertanding apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun terhadapnya atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2006. Kesinambungan Langkah Kajang berkenaan kemudian diteruskan apabila PKR memecat keahlian Khalid daripada PKR apabila beliau enggan melepaskan jawatan menteri besar dan memberi laluan kepada Dr Wan Azizah.

Khalid kini memerintah Selangor dengan 4 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS apabila beliau bertindak memecat 6 exco PKR dan DAP. PAS yang sebelum ini menyokong Khalid bagaimanapun pada Ahad mengumumkan menyokong Pakatan Rakyat (PR) menghantar nama Dr Wan Azizah untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai menteri besar.

Selain itu, PAS turut menamakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk jawatan berkenaan. Azmin bagaimanapun menolak jawatan berkenaan kerana mengutamakan keputusan parti. – 20 Ogos, 2014. (IMI)

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Sultan S'gor Dijangka Berangkat Pulang Awal

Posted: 20 Aug 2014 04:50 AM PDT


Ibnu Hasyim

Sultan S'gor Dijangka Berangkat Pulang Awal

 

Sultan Selangor dijangka kembali lebih awal daripada jangkaan ketika kemelut pentadbiran Selangor kian memuncak. Jika sebelum ini baginda dilaporkan akan pulang pada 27 Ogos, beberapa sumber menyatakan kepulangan baginda mungkin lebih awal.

"Baginda mungkin pulang Sabtu ini beberapa hari sebelum menteri besar menghadap," kata sumber kerajaan negeri kepada Malaysiakini hari ini.(MK)



Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Ibu pulang dalam keadaan mabuk dirogoI anak lelaki 15 tahun

Posted: 20 Aug 2014 04:36 AM PDT


Tengok TV Online

Ibu pulang dalam keadaan mabuk dirogoI anak lelaki 15 tahun


KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun selepas dipercayai merogoI ibunya pada Rabu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian itu berlaku di rumah mangsa di Cheras di sini.

Menurutnya, dalam kejadian itu, ibu mangsa yang bekerja sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan pulang dalam keadaan mabuk sebelum tertidur di bilik anaknya.

"Wanita itu mendakwa tersalah tidur di dalam bilik anaknya selepas pulang kerja dalam keadaan mabuk.

"Selepas beberapa jam tertidur, dia menyedari anak lelakinya dalam keadaan bogeI diatasnya," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Khairi memberitahu, terkejut dengan tindakan anaknya, mangsa bertindak memukul remaja terbabit sebelum membuat laporan polis.

"Siasatan awal polis mendapati, sebelum merogoI ibunya, suspek telah melayan beberapa bahan Iucah menerusi telefon bimbit.

"Suspek telah ditahan selepas laporan polis dibuat , manakala mangsa dihantar ke Pusat Perbuatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk pemeriksaan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Serangan Dahsyat Israel Kembali Mengebom Jalur Gaza

Posted: 20 Aug 2014 02:57 AM PDT


Ibnu Hasyim

Serangan Dahsyat Israel Kembali Mengebom Jalur Gaza

Aksi brutal ini dilakukan Israel untuk membalas serangan roket yang menghantam bagian selatan negara zionis itu. 
Serangan udara tentera Israel menghentam bangunan yang diduga sebagai markas Hamas di Jalur Gaza, Palestin, Isnin (19/8). Serangan ini membatalkan gencatan senjata 24 jam yang sebelum ini dipersetujui oleh Israel dan Hamas.

Serangan dahsyat Israel kembali mengebom Jalur Gaza  

Aksi ganas ini dilakukan Israel untuk membalas serangan roket yang menghentam bahagian selatan negara zionis itu.

Aksi brutal ini dilakukan Israel untuk membalas serangan roket yang menghantam bagian selatan negara zionis itu. 
Serangan udara tentera Israel menghentam bangunan yang diduga sebagai markas Hamas di Jalur Gaza, Palestin, Isnin (19/8). Serangan ini membatalkan gencatan senjata 24 jam yang sebelum ini dipersetujui oleh Israel dan Hamas.
 Aksi brutal ini dilakukan Israel untuk membalas serangan roket yang menghantam bagian selatan negara zionis itu.
Sejumlah warga Palestin membawa barang-barangnya saat berjalan menuju kem pelarian yang dikendalikan PBB di Shejaiya, Jalur Gaza, Palestin Isnin (19/8). 
Aksi brutal ini dilakukan Israel untuk membalas serangan roket yang menghantam bagian selatan negara zionis itu.
Seorang wanita bersama anak-anaknya menunggu tumpangan saat hendak menyelamatkan diri ke kem pelarian di Shejaiya, Jalur Gaza, Palestin Isnin (19/8). 
Aksi brutal ini dilakukan Israel untuk membalas serangan roket yang menghantam bagian selatan negara zionis itu.
Warga Palestin memandu motosikalnya saat menyelamatkan diri menuju kem pelarian di Shejaiya, Jalur Gaza, Palestin Isnin (19/8).


Balas Serangan Israel, Tembak 50 Roket Dalam 1/2 Jam.

Posted: 20 Aug 2014 02:00 AM PDT


Ibnu Hasyim

Balas Serangan Israel, Tembak 50 Roket Dalam 1/2 Jam.

Palestin. Sayap tentera Hamas, Brigade Izzuddin Al-Qassam, mengumumkan (19/8/2014) bahawa pihaknya telah menembak lebih dari 50 roket dalam jangka masa setengah jam ke Israel sebagai balasan serangan udara penjajah zionis tersebut pada Selasa petang semalam waktu tempatan.

Dalam serangan balasannya, Al-Qassam mensasarkan beberapa titik di Tel Aviv, Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion, bandar-bandar Israel lain, dan kawasan penempatan Yahudi.

Akibat serangan roket tersebut, sejumlah media Palestin menyebutkan bahawa pihaknya mendengar bunyi letupan kuat di sejumlah titik di Tel Aviv, selain siren amaran yang berulang-ulang berbunyi di daerah Israel bernama Kryat Maleakhi, Beer Tufea, Lakhis, dan Ashkelon.

Al-Qassam menyatakan bahawa serangan roket tersebut adalah balasan dari serangan udara unilateral Israel yang berupaya menggagalkan rundingan gencatan senjata yang digagas Mesir. Tiga warga Gaza dilaporkan syahid dan 40 orang lain mengalami luka-luka akibat serangan Israel kembali ke wilayah Palestin berpenduduk dua juta jiwa lebih tersebut. (IH/islammemo / rem / dakwatuna)


2 Gambar Pegawai Bank & Suami suspek curi wang mangsa MH370 didedahkan

Posted: 20 Aug 2014 01:45 AM PDT


Tengok TV Online

2 Gambar Pegawai Bank & Suami suspek curi wang mangsa MH370 didedahkan


FOTO Khairull Azry Bidin.

Kuala Lumpur: Seorang pegawai bank dan suaminya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi, atas pelbagai tuduhan termasuk mencuri, memindah dan mengeluarkan wang serta menggunakan dokumen palsu membabitkan wang berjumlah RM110,643 milik empat mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Tertuduh Nur Shila Kanan, 33, dan suaminya Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Nur Shila didakwa dengan 12 pertuduhan manakala Basheer yang bekerja sebagai mekanik, pula menghadapi tiga pertuduhan.

Mat Ghani kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing dijamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport milik mereka diserahkan kepada mahkamah.


Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud dan Muhd Ilmami Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hakeem Aiman Mohd.

Mahkamah menetapkan pada 25 Ogos ini bagi sebutan kes. -Harian Metro

Gambar Kereta Mewah milik Shila Amzah tesebar


Kereta Mewah milik Shila Amzah didedahkan oleh beliau sendiri melalui satu gambar di media sosial Instagram. Kereta Mewah model BMW X6 itu dianggarkan berharga sekitar RM500 ribu - RM600 ribu di pasaran Malaysia.

Melalui caption gambar itu Shiela mengatakan kejayaan yang diperolehi berkat kepercayaan atas kemampuan diri sendiri.

"Dreams do come true when you believe in yourself." Tulis Shila Amzah.

Sememangnya usaha Shila berbaloi dengan pencapaian dalam kerjaya yang diperolehinya sehingga ke peringkat antarabangsa. Bertuahlah badan siapa yang berjaya bergelar suami Shila Amzah kelak.


S'gor: PAS Sangat Bertoleransi. Bagaimana Dg 2 Adun Gopoh?

Posted: 20 Aug 2014 12:54 AM PDT


Ibnu Hasyim

S'gor: PAS Sangat Bertoleransi. Bagaimana Dg 2 Adun Gopoh?




PAS telah mencapai tahap toleransi tertinggi dalam usaha memperkukuhkan hubungan Pakatan Rakyat melalui persetujuan sebulat suara mesyuarat Ahli Jaatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lepas.

"Kemelut ini menjadi pengajaran sangat berguna kepada kita semua dalam mengemudi hubungan komponen Pakatan Rakyat supaya lebih terarah dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam bentuk yang lebih harmoni dan rasional serta diputuskan secara bersama," ujar Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib.

Menurut sumber Harakahdaily.

Tambahnya yang juga Adun Templer. , sifat mendesak, mengutuk dan mempertikaikan komitmen PAS adalah suatu yang sepatutnya dijauhkan sedangkan dalam masa yang sama PAS sentiasa membuktikan setiakawan dan sokongan dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, menurut Malaysiakini, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti itu menangguhkan tindakan terhadap dua Adunnya yang menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor, sehingga isu tersebut selesai.

Beliau juga mengesahkan menerima laporan PAS Selangor berhubung sokongan Adun Hulu Kelang Saari Sungib dan Adun Morib kepada Wan Azizah menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, seperti lapor Sinar Harian.

"Ya, kita dan terima laporan tapi tunggu dululah krisis Selangor selesai, lepas itu kita fikir apa nak buat.
(IH)

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Rupanya Jawatan MB Selangor Sudah Kosong.. Ini Buktinya

Posted: 20 Aug 2014 12:43 AM PDT


Addin

Rupanya Jawatan MB Selangor Sudah Kosong.. Ini Buktinya


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikehendaki di bawah undang-undang meletak jawatan ekoran pengumuman PAS menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan timbalannya Mohamed Azmin Ali, sebagai calon pengganti menteri besar (MB) Selangor, menurut seorang pensyarah undang-undang hari ini.

Professor Gurdial Singh Nijar dari Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya berkata sekiranya Khalid enggan mengundur diri, jawatan MB dan jawatan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) dianggap dikosongkan, tanpa perlu Sultan Selangor menyingkirkan mereka dari kedudukan tersebut.

Gurdial merujuk penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di mana diputuskan: "Apabila menteri besar dimaklumkan dia hilang kepercayaan majoriti anggota dewan undangan, dia dikehendaki dengan cara yang mulia meletakkan jawatan beliau dan jawatan majlis eksekutif.

"Jika menteri besar enggan atau tidak meletak jawatan beliau dan majlis eksekutif, hakikatnya ialah majlis eksekutif dibubarkan (yang juga termasuk menteri besar) disebabkan oleh menteri besar hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan," kata Gurdial.

"Oleh itu ia tidak perlu untuk Sultan... menyingkirkan Nizar (menteri besar Perak waktu itu) dan ahli majlis eksekutif. Sultan hendaklah melantik seseorang yang mempunyai keyakinan majoriti ahli Dewan Undangan."

Tambah Gurdial, berdasarkan kes sebelum ini, yang tinggal kini hanya untuk Sultan melantik "seseorang" sebagai MB. ~suara pakatan daily




Iklan C (ii)









Doktor bingung tangan budak lelaki membesar saiz gergasi (6 Gambar)

Posted: 20 Aug 2014 12:24 AM PDT


Tengok TV Online

Doktor bingung tangan budak lelaki membesar saiz gergasi (6 Gambar)


SEKUMPULAN doktor di India bingung dengan penyakit  tangan seorang kanak-kanak lelaki yang bersaiz gergasi, malah lebih besar daripada kepalanya.

Tangan kanak-kanak yang dikenali sebagai Kaleem itu adalah seberat lapan kilogram setiap sebelah dan sebesar 33 sentimeter.

Kaleem berkata,"Saya tidak mahu ke sekolah kerana cikgu beritahu budak-budak lain takut dengan tangan saya.

"Ramai kanak-kanak sering buli dan pukul saya di sekolah. Mereka juga berkata, mari memukul budak tangan besar."

Kaleem turut mengalami masalah ketika ingin memakai baju, menarik dan menolak seluar, selain membutangkan pakaian dan makan.

"Saya pun tidak tahu sama ada mahu benarkan doktor melakukan pembedahan pada tangan ini.

"Saya tidak mempunyai masalah jika mereka boleh melakukannya tanpa suntikan," ujarnya.

Pengarah hospital tempatan, Dr Ratan berkata, "Sepanjang pengetahuan saya, kes seperti ini amat jarang berlaku.

"Saya tidak pernah melihat di dalam jurnal perubatan atau internet tentang kes  tangan berkembang dengan besar.

"Sehingga kita lakukan ujian genetik yang betul, kita tidak akan dapat mengatakan dengan tepat apa yang menyebabkan kecacatan ini."


Menurutnya, hasil pemeriksaan kesihatan setakat ini mendapati Kaleem berada dalam keadaan sihat seperti kanak-kanak lain.









PRK P/Kubor Medan Uji Kerjasama Pakatan/K'jaan PAS.

Posted: 19 Aug 2014 11:57 PM PDT


Ibnu Hasyim

PRK P/Kubor Medan Uji Kerjasama Pakatan/K'jaan PAS.

Pilihan Raya Kecil Pangkalan Kubor akan menguji keakraban kerjasam tiga parti dalam Pakatan Rakyat. Gambar fail The Malaysian Insider.




Pilihan Raya Kecil Pangkalan Kubor akan menguji keakraban kerjasam tiga parti dalam Pakatan Rakyat. Gambar fail The Malaysian Insid













Selepas berjaya melepasi krisis menteri besar Selangor yang hampir memecahbelahkan Pakatan Rakyat, Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor akan datang bakal menjadi medan menguji komitmen gabungan pembangkang itu untuk terus kekal bersama, kata penganalisis.

Pengkaji politik Kelantan Dr Kamarul Yusof berkata, PRK itu juga akan menjadi tanda aras kekuatan PAS Kelantan di bawah pimpinan pesuruhjaya dan menteri besar yang baharu, Datuk Ahmad Yaakob, selepas persaraan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ramai pengikutnya.

Kamarul berkata demikian sebagai mengulas ramalan PRK yang akan berlaku susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor yang juga ketua Umno Bahagian Tumpat, Datuk Noor Zahidi Omar awal pagi tadi di China.
 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor, Kelantan daripada Barisan Nasional Datuk Noor Zahidi Omar, 57, (gambar di sebelah) meninggal dunia jam 5.45 pagi tadi, lapor portal berita Sinar Harian Online.
 Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan PRK untuk kawasan itu dalam masa 60 hari. Kamarul berkata, turut menjadi signifikan dalam politik Kelantan adalah kerana kerusi N1 Pengkalan Kubor ini agak unik kerana ketika wakil PKR diserahkan sebagai calon pilihan raya dalam dua Pilihan Raya Umm (PRU) lalu, jawatan Penyelia DUN kawasan ini disandang oleh wakil PAS.

"Maka PRK ini adalah penanda aras kepada keutuhan perhubungan PAS dan PKR di Kelantan," katanya.

Berdasarkan keputusan empat PRU sebelum ini, dapat dilihat prestasi PAS/PKR agak menurun di kerusi ini setelah menang PRU pada 1999. Bermula dengan kemenangan Wan Husain Wan Ahmad dengan majoriti 2,432 undi calon PAS dalam PRU 1999, diikuti kekalahan dengan majoriti 714 undi calon PAS yang menyandang kerusi itu pada PRU 2004.

Calon PKR Hasan Ibrahim berjaya membaiki keputusan itu apabila mengalami kekalahan dengan majoriti 100 undi pada PRU 2008. Namun, calon PKR kalah lebih besar dalam PRU13 apabila calonnya Saharun Ibrahim kalah lagi kepada Noor Zahidi dengan majoriti 1,736 undi di samping calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary hanya mendapat 65 undi.

Kekalahan dengan majoriti 1,736 undi dalam PRU 2013 menjadikan kerusi N1 Pengkalan Kubor kelihatan agak sukar untuk direbut kembali daripada tangan BN, kata Kamarul yang memperolehi PhD menerusi tesis mengenai kepimpinan ulama dalam PAS.

"Bagaimanapun, hampir tiada perkara yang mustahil untuk berlaku dalam dunia politik, apatah lagi sekiranya tidak timbul sebarang pertikaian di antara PAS dan PKR mengenai siapakah di antara mereka yang lebih berhak untuk diletakkan sebagai calon mewakili PR di kerusi ini.
"Dan juga siapakah di antara mereka yang mampu menonjolkan tokoh lebih berwibawa bagi memaksimakan potensi kemenangan di kerusi ini," katanya dalam satu analisis mengenainya.

Kali terakhir PAS memenangi kerusi ini ialah pada PRU 1999 ketika orang Melayu beralih kepada PAS ekoran tragedi mata lebam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Calon PAS ketika itu Wan Husain Wan Ahmad mengalahkan calon BN Mat Nawawi Mat Jusoh dengan majoriti 2,432 undi.

PAS dan PKR baru sahaja menyelesaikan perbezaannya dalam memilih calon menteri besar Selangor yang baharu apabila PKR memutuskan untuk menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Walaupun selesai, cakap-cakap di belakang masih tajam antara PAS dan PKR. – 20 Ogos, 2014. (TMI)


Dokumen 'Langkah Kajang' Original Tersebar?

Posted: 19 Aug 2014 11:33 PM PDT


Addin

Dokumen 'Langkah Kajang' Original Tersebar?


PKR menafikan pengeluaran dokumen palsu yang dikatakan ditulis Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkenaan "Langkah Kajang", kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, gerakan Langkah Kajang yang menyaksikan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada mulanya dikenali sebagai "Serampang Kajang".

"PKR mengecam tindakan sebaran maklumat yang salah dan tidak bertanggungjawab musuh politik kami," kata Fahmi dalam stu kenyataan hari ini.

"Usaha sebaran fitnah sebegini membuktikan politik di Malaysia masih belum cukup matang, dan musuh politik PKR enggan berentap di tahap idea dan konsep, tetapi masih terperangkap di tahap politik fitnah dan lucah yang kuno," katanya.

Langkah Kajang yang dirangka Rafizi dikatakan langkah untuk menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Strategi berkenaan kemudiannya menyaksikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding di kerusi tersebut, selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada PKR melepaskan kerusi berkenaan untuk ditandingi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar terlucut kelayakan bertanding apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun terhadapnya atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2006.

Kesinambungan Langkah Kajang berkenaan kemudian diteruskan apabila PKR memecat keahlian Khalid daripada PKR apabila beliau enggan melepaskan jawatan menteri besar dan memberi laluan kepada Dr Wan Azizah.

Khalid kini memerintah Selangor dengan 4 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS apabila beliau bertindak memecat 6 exco PKR dan DAP.

PAS yang sebelum ini menyokong Khalid bagaimanapun pada Ahad mengumumkan menyokong Pakatan Rakyat (PR) menghantar nama Dr Wan Azizah untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai menteri besar.

Selain itu, PAS turut menamakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk jawatan berkenaan.

Azmin bagaimanapun menolak jawatan berkenaan kerana mengutamakan keputusan parti. ~tmi





Iklan C (ii)









Ngeri! Jahitan pembedahan terbuka seperti zip (Gambar)

Posted: 19 Aug 2014 11:21 PM PDT


Tengok TV Online

Ngeri! Jahitan pembedahan terbuka seperti zip (Gambar)

London – Seorang ibu, Clair Bartlett, 34, mengalami pengalaman yang menakutkan apabila kesan jahitan pembedahan di perutnya terbuka seperti zip baju, mengakibatkan luka itu terngaga sepanjang sembilan inci.

Kejadian berlaku selepas beberapa jam Clair dibenarkan pulang ke rumahnya oleh hospital.

Keadaan itu menyebabkan Clair berada dalam kesakitan yang amat sangat selain darah yang tidak berhenti mengalir.

Nasibnya bertambah malang apabila dia terpaksa menunggu hingga dua jam sehingga ambulans tiba di rumahnya.


Melihat keadaan berkenaan, suaminya, Jason tiada pilihan lain kecuali menggunakan pita pelekat untuk melekatkan semula bekas jahitan pembedahan tersebut.

"Ketika itu, Clair baru balik dari hospital dan berada dalam bilik air. Kemudian anak perempuan saya bertanya kepada isteri saya sama ada dua mengetahui bahawa lukanya itu berdarah.

"Clair kemudian menghubungi saya dan memberitahu bahawa lukanya terbuka seperti zip baju. Dalam masa sama anak-anaknya yang lain ketakutan dan berada dalam trauma melihat keadaan ibunya itu,'' katanya.

Jason kemudiannya menghubungi 999 namun ambulans hanya tiba dua jam selepas panggilan dibuat.

Doktor memaklumkan luka pembedahan itu mengalami jangkitan, menyebabkan ia tidak dapat pulih sepenuhnya.

Pasangan berkenaan kini bercadang mengambil tindakan terhadap pihak hospital di atas kecuaian tersebut.


Bina Masjid Cina P/Pg, Baik. Ini Cadangan Tambahan.

Posted: 19 Aug 2014 09:57 PM PDT


Ibnu Hasyim

Bina Masjid Cina P/Pg, Baik. Ini Cadangan Tambahan.

 

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhajat mewujudkan sebuah Masjid Cina di bandaraya ini untuk mengembangkan syiar Islam selain sebagai pusat komuniti bagi masyarakat Tionghoa beragama Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dato' Abdul Malik Abul Kassim (gambar).

Buat masa ini ujarnya, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) mencadangkan Masjid Papan yang terletak di Jalan Burma dijadikan pusat komuniti sementara untuk menggerakkan aktiviti saudara baru.

"Kami akan membantu NGO (badan bukan kerajaan) menggerakkan semua aktiviti yang dirancang untuk saudara baru.
"Masjid Papan ini merupakan lokasi yang sesuai untuk itu. Biar mereka banyakkan aktiviti dan jika ada kesungguhan, kita cuba cari lokasi lain yang lebih strategik untuk membangunkan sebuah masjid khas yang dinamakan Masjid Cina," ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung.

Menurut Abdul Malik, usaha mewujudkan Masjid Cina di Pulau Pinang pernah diusulkan  pendakwah terkenal, Ustaz Husin Yee sekitar tahun 2008 namun hanya difikirkan secara serius setelah MAINPP memulakan pensektoran baru organisasi jawatankuasa masjid.

Di Masjid Papan ujarnya, MAINPP melantik kaum Cina muslim sebagai jawatankuasa masjid dibantu seorang koordinator yang menjadi orang tengah antara masjid dan pejabat Exco.

"Dari sini mereka boleh merangka aktiviti kebudayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina dan sebagainya.  Kebajikan mereka juga terbela apabila masalah yang dihadapi dapat diatasi bersama," ujarnya.
 Chinese Mosque, Rantau Panjang Kelantan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Suatu cadangan yang cukup baik. Cadangan tambahan..
Biarlah masjid itu berfungsi seperti peranan masjid di zaman Rasulullah yang bergerak canggih mengikut era masakini.Menjadi pusat ilmu peringkat nasional dan internasional.Buat tumpuan menurut versi Cina iaitu dengan memperkenalkan sejarah Islam yang beriringan dengan budaya Cina.Namakan masjid itu dengan nama tokoh Islam berbangsa Cina, samada tokoh tempatan atau tokoh antarabangsa seperti Cheng Ho.


Gadis tanpa se urat benang jatuh flat tingkat 7 ditemui selamat

Posted: 19 Aug 2014 08:45 PM PDT


Tengok TV Online

Gadis tanpa se urat benang jatuh flat tingkat 7 ditemui selamat





Singapura: Seorang gadis berusia 18 tahun yang jatuh dari tingkat 7 sebuah flat di Bukit Panjang terselamat tetapi mengalami kecederaan parah.

Mangsa ditemui oleh orang awam di kaki lima Blok 431 tanpa seu.rat benang dengan darah yang mengalir di kepalanya. Bagaimanapun, salah seorang penduduk menutup tubuh ba.dannya dengan kain sementara menunggu kedatangan ambulans untuk menghantarnya ke Hospital Khoo Teck Puat.

Abang mangsa, Chen, berkata beliau pada ketika itu sedang tidur dan hanya mengetahui adiknya terjatuh setelah dimaklumkan oleh polis yang datang ke rumahnya. Menurutnya lagi, mangsa yang masih belajar di sebuah institut pengajian swasta itu tidak mempunyai sebarang masalah.

Jiran-jiran pula memberitahu mereka kerap melihat mangsa bersenam dan jogging di sekitar kawasan flat.

"Dia kelihatan sihat dan bertenaga. Jadi saya tidak tahu bagaimana dia boleh terjatuh"

Punca kejadian masih menjadi misteri. - ASIAONE



0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani