Masukkan Email Anda : Berita Terbaru

Powered by Blogger.

MB Selangor Bakal Dipecat Parti Kata Sumber Dalaman PKR






MB Selangor Bakal Dipecat Parti Kata Sumber Dalaman PKR

MB Selangor Bakal Dipecat Parti Kata Sumber Dalaman PKR
Sudah Bertududung, Foto Bogel Dikatakan Fotonya Beredar..
Berita Menggemparkan Dari Laman Web Briged Izzuddin Al-Qassam
Gambar adik Neelofa yang baru Tingkatan 1 jadi bualan
Bolehkah 'Rumah Berjalan' Begini Dibuat Di M'sia?
Jus Bertema Seks Di Sebuah Restoran Di Saudi.
Di Sini, Penduduk Janggut Lebat Tak Boleh Naik Bas
Dr Mujahid: PR, Sedikit Masalah, Kerana Membawa Cita Besar
Dr Mujahid: PR, Sedikit Masalah, Kerana Membawa Cita-Besar
Berita Ini Cukup Memalukan PAS.. Saksikanlah
Surat Tunjuk Sebab PKR.. Ini Pencerahan Khalid Ibrahim
Nik Aziz: Isu MB S'gor, Tidak Ada Sebab Ubah Pendirian
K/SU Sulit MB Lapor SPRM, Khalid Cabar Saifuddin..
Khalid Anggap Surat Tunjuk Sebab ‘cacat’, Tidak Mahu Jawab
Gaza: Bantah Dasar Britain, Menteri Islamnya Letak Jawatan
Anwar Pasti Sakit Hati Baca Artikel Ini..
Disco Rimba: Pusat Maksiat FELDA Masih Dilindungi?
Nampak Gayanya.. PAS Akan Keluar Pakatan Rakyat?
PAKATAN Jadi Macam BN? Anwar Perlu Ubah Hala.
Masalah teknikal: Peluang Ke-2 buat calon Penolong Penguasa Kastam W27
Siapa Punya Angkara? Sidang Media PKR Huru Hara..
Kenyataan P/Strategi PKR Dianggap Bodoh.. Ha Ha Ha..
Mustapa Ali Sifatkan Kenyataan Rafizi Bodoh
Mengapa Dengan Gadis Ini, Di Saint Peter, Vatikan?
Rafizi Pecah Lubang PAS?


MB Selangor Bakal Dipecat Parti Kata Sumber Dalaman PKR

Posted: 06 Aug 2014 07:36 PM PDT






Addin





MB Selangor Bakal Dipecat Parti Kata Sumber Dalaman PKR












Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim besar kemungkinan akan dipecat daripada PKR, menjadikan beliau tidak boleh kekal sebagai menteri besar Selangor, kata satu sumber dalaman parti.









Beliau memberitahu The Malaysian Insider lembaga disiplin akan menyiasat dakwaan terhadap MB penggal kedua itu dan mencadangkan keputusan dan hukuman yang sesuai kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.






"Melihat kepada senario ini, Khalid besar kemungkinan akan dipecat daripada parti kerana tidak mematuhi arahan parti.






"Dia masih akan tetap menjadi menteri besar, tetapi sebagai Adun bebas. Ia akan menyebabkan kerosakan imej kepada PAS jika beliau diterima di kalangan mereka," kata sumber itu berhubung isu yang menyelubungi Adun Pelabuhan Klang dan ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu.


Sumber berkata, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution akan memaklumkan kepada Khalid mengenai keputusan jawatankuasa itu dan dia boleh merayu keputusan dan hukuman itu (kepada MPP).






Katanya, menjadi persefahaman selama ini sesuatu pihak dalam PR tidak akan mengambil ahli yang dipecat daripada parti lain dalam pakatan itu.






PKR, PAS dan DAP melalui pergabungan berkuasa di negeri paling kaya di Malaysia sejak Pilihan Raya Umum 2008.






PKR bertindak selepas kedegilan Khalid semalam untuk menerima surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong.






Khalid, yang ditekan agar meletak jawatan sebagai menteri besar untuk memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mempersoalkan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan parti kepadanya pada hari Selasa.






Khalid berkata, notis itu "cacat" kerana tidak mempunyai tuduhan khusus untuk dia membalasnya walaupun Naib Presiden PKR N Surendran berkata surat tunjuk sebab itu mempersoalkan alasan menteri besar itu terhadap arahan parti.






MB penggal kedua itu menerima surat tunjuk sebab daripada PKR kerana ingkar terhadap keputusan parti itu untuk menggantikan beliau dengan Dr Wan Azizah bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan di Selangor itu.






Dalam jawapan tiga muka surat kepada Dr Tan, menteri besar Selangor itu berkata, surat tunjuk sebab itu tidak mempunyai bukti yang khusus untuk beliau jawab.






"Apabila suatu notis dikeluarkan, notis itu perlu menyatakan dengan jelas dan khusus tuduhan terhadap saya dengan menyatakan fasal yang relevan sebagaimana yang ditetapkan dalam perlembagaan parti, termasuk fasal hukuman yang boleh diambil terhadap saya.






"Perkara khusus seperti ini perlu disenaraikan tetapi malangnya notis bertarikh 5 Ogos itu rosak tanpa apa-apa bukti yang berkaitan untuk saya menjawabnya," katanya.






Walaupun DAP menyokong penyingkiran Khalid, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Khalid boleh kekal sebagai MB kerana beliau tidak mengkhianati amanah rakyat.






Bagaimanapun, parti itu masih belum membuat keputusan dan jawatankuasa kerja PAS pusat akan bermesyuarat pada 10 Ogos untuk menentukan keputusannya.






PKR, yang kini bertelagah dengan PAS mengenai isu pelantikan MB baharu, mengambil sikap ketua kerajaan Selangor perlu datang daripada parti itu.






Peguam Syahredzan Johan berkata pilihan Khalid adalah terhad jika dia dipecat daripada parti kerana Akta Pertubuhan menghalang mahkamah untuk masuk campur dalam perkara disiplin parti.






"Dia tidak boleh pergi di luar parti itu untuk mendapatkan keadilan berikutan pindaan kepada undang-undang 25 tahun lalu selepas Umno diisytiharkan haram pada 1988," katanya.






Dalam jawapannya kepada surat tunjuk sebab, Khalid berkata beliau kecewa dengan kepimpinan parti sejak "Langkah Kajang" yang dia dakwa tidak adil kepadanya.






Beliau berkata, "Langkah Kajang" adalah "arahan" kepadanya tanpa memberi pertimbangan yang wajar kepadanya yang bertanggungjawab sebagai menteri besar Selangor.






Khalid menghadapi tekanan daripada kepimpinan PKR untuk meletak jawatan berikutan cara beliau mengendalikan hal ehwal Selangor.






Ini termasuk pengurusan sumber air, Lebuhraya Kidex dan rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor. ~tmi














Iklan C (ii)




























Sudah Bertududung, Foto Bogel Dikatakan Fotonya Beredar..

Posted: 06 Aug 2014 05:51 PM PDT






Ibnu Hasyim





Sudah Bertududung, Foto Bogel Dikatakan Fotonya Beredar..










Dewi Perssik ©KapanLagi.com/VJ Randy






HALAMAN HIBURAN

Artis Dewi Perssik seolah sulit lepaskan dunia sensasi. Salah satu sensasi terbaru ialah foto tanpa pakaian mirip janda Saipul Jammiell, beredar melalui media Sosial.

Wanita yang akrab disapa Depe ini mengatakan foto itu adalah oknum tertentu. Apalagi ia menilai ukuran dada orang di foto tanpa pakaian tersebut, (maaf) tak sebesar miliknya.

"Itu kan diedit orang, badannya bukan badan saya. Badannya bagusan saya, buahnya asli, saiz 36. kalau yang itu paling 32 ya," kata Depe di sutudio MNCTV, Jakarta Timur, Selasa (5/8) malam.




Itu sebabnya, Depe mengaku sempat me-retweet akaun yang mengangkat naik foto bogel miripnya. Ia menegaskan orang di foto tersebut bukanlah dirinya. Kendati merasa difitnah, Depe enggan melaporkan pelaku ke pihak berwajib.

"Nggak usah dipermasalakan sih. Ada waktunya saya nggak akan main lagi. utama (sosmed). Nanti sampai waktunya saya cuma urus anak saja." pungkasnya. (IH/KPL)




Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis










Berita Menggemparkan Dari Laman Web Briged Izzuddin Al-Qassam

Posted: 06 Aug 2014 05:45 PM PDT






Addin





Berita Menggemparkan Dari Laman Web Briged Izzuddin Al-Qassam












Kisah ini diceritakan sendiri oleh Briged Izzuddin Al-Qassam dalam laman sesawang mereka iaitu kisah bagaimana 29 orang anggota Briged Al-Qassam yang bertempur di Khan Younis ketika perang darat bermula terperangkap dalam terowong bawah tanah.









Dan komander briged mengesyaki bahawa mereka telahpun syahid selepas terputus komunikasi dengan mereka.






Tetapi dengan takdir Allah, 23 orang anggota Briged Al-Qassam berjaya keluar dengan selamatnya semalam.






Baki anggota Briged Al-Qassam yang lain masih dicari. Lubang keluar dari terowong itu telah musnah dan tertutup apabila sebuah pesawat F-16 membedilnya dengan peluru berpandu.












Ini menjadikan mereka terperangkap dalam terowong dengan kedalaman 25 meter dari atas tanah.






Seorang komander berkata : "Setelah tempoh gencatan senjata bermula, pasukan bomba dan penyelamat berusaha menggali semula terowong yang telah terkambus itu, lalu kami terkejut apabila 23 orang mujahidin berjaya keluar dengan kesihatan yang cukup baik."






Salah seorang mujahidin yang berjaya keluar dengan selamat itu berkata : "Kami menjumpai sebuah air mata air dengan izin Allah dan kami meletakkan helaian baju kami agar air itu bertakung di dalam baju tersebut.






Kami ada beberapa biji tamar lalu kami membahagi-bahagikannya antara kami. Setiap seorang dari kami mendapat separuh dari sebiji tamar, dan separuh gelas air yang kecil setiap hari."






Sebagai makluman, punca air di kawasan itu berada pada 90 meter dalamnya dari atas tanah, iaitu 65 meter di bawah tempat para mujahidin itu terperangkap.






Mujahidin itu menambah lagi : "Ini adalah satu anugerah yang diberi Allah kepada kami, dan jika seluruh dunia tidak bersama kami dan para mujahidin kami, Allah ada untuk bersama kami."






~aqsa syarif











Iklan C (ii)




























Gambar adik Neelofa yang baru Tingkatan 1 jadi bualan

Posted: 06 Aug 2014 05:45 PM PDT






Tengok TV Online





Gambar adik Neelofa yang baru Tingkatan 1 jadi bualan











Gambar Hot Nur Ameera, Adik Neelofa menjadi bualan ramai pengguna media sosial apabila dimuanaik di laman-laman hiburan. Bukannya apa, siapa menyangka pelakon dan pengacara TV terkenal, Neelofa mempunyai seorang adik perempuan yang amat cantik dan jelita dan baru berumur 13 tahun, dan sekarang berada di tingkatan 1.





Daripada sekeping gambar di atas menunjukkan bahawa Ameera nampak lebih matang dari usianya sehingga ramai peminat tidak percaya.






Gambar yang agak mencolok mata itu membuatkan ramai yang turut memberi komen tidak senonoh ke atas gambar Ameera itu.





















Tak mustahil dengan pakej yang dimiliki Ameera, tidak lama lagi mesti banyak syarikat produksi berebut-rebut cuba menarik adik Neelofa ini untuk menceburi dunia seni dan hiburan. -Tengoktvonline








Bolehkah 'Rumah Berjalan' Begini Dibuat Di M'sia?

Posted: 06 Aug 2014 04:51 PM PDT






Ibnu Hasyim





Bolehkah 'Rumah Berjalan' Begini Dibuat Di M'sia?





©REUTERS/Rick Wilking Dua orang warga melihat rumah mungil unik 'Tumbleweed Cypress 24' saat dipamerkan di Boulder, Colorado (4/8). Rumah mungil berjalan ini merupakan bikinan seorang fotografer profesional Guillaume Dutilh.





JOM KRETIF


Bolehkah Rumah Begini Dibuat Di M'sia?




Rumah dua lantai buatan seorang fotografer profesional ini dilengkapi bilik tidur, dapur, ruang tamu yang serba mungil.





Sebuah kereta melintas di samping rumah 'Tumbleweed Cypress 24' yang ditarik oleh mobil Guillaume di jalanan Kota Boulder di Colorado.


(IH)





Lihat lagi..


E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)











Jus Bertema Seks Di Sebuah Restoran Di Saudi.

Posted: 06 Aug 2014 03:51 PM PDT






Ibnu Hasyim





Jus Bertema Seks Di Sebuah Restoran Di Saudi.










Sebuah restoran yang menawarkan minuman khusus pasangan sudah berkahwin di Arab Saudi dilaporkan telah menimbulkan kontroversi. Ini lantaran nama dari minuman ditawarkan restoran itu bertema seks.




Tetamu restoran tesebut dapat memilih berbagai minuman yang mempunyai nama agak cabul seperti Viagra, Super Viagra, Arabian Nights, atau Lovers Panche, seperti dilapor stasyen televisyen Al Arabiya, Rabu (6/8), mengutip laporan surat khabar Makkah Newsapaper, yang turut melampirkan gambar menu restoran itu.






Ini lain, restoran bertema barbie pertama di dunia terdapat di Taiwan.




Pengunjung bernama Khalid al-Mahawish mendatangi restoran terletak di Kota Taif itu dan bercerita mengenai nama minuman dalam menu.




"Ketika Anda berada di restoran itu, Anda terkejut ketika salah satu anak anda mengajukan pertanyaan tentang minuman itu, apa yang akan anda katakan pada mereka?" jelas Al-Mahawish.




Akhbar Makkah Newspaper, menggambarkan restoran itu sangat "terkenal", tetapi tidak menjelaskan namanya. Pengunjung lain, Fahad al-Otaibi, mengatakan kepada akhbar itu bahawa nama-nama minuman itu penuh dengan sindiran seksual. Dia mendesak pengelola restoran agar menjadi lebih bijaksana.


Taman Bertema Seks Dibina di Cina (Chinese Sex Park)




Juru cakap Dewan Kota Taif Ismail Ibrahim mengatakan kepada harian itu bahawa pemerintah daerah meneliti dengan nama minuman itu terutama tentang bahan kandungan didalamnya. Ismail mengatakan bahan minuman itu akan diperiksa. Dia juga mengatakan isu "nama-nama aneh" minuman itu juga akan ditinjau.







Di Jepun gerai-gerai sushi selalu berinovasi. Sebahagian memilih menyajikan sushi klasik, sementara sebahagian lainnya berusaha tampil lebih menonjol dengan menciptakan kreasi-kreasi unik.

(IH)








Di Sini, Penduduk Janggut Lebat Tak Boleh Naik Bas

Posted: 06 Aug 2014 02:49 PM PDT






Ibnu Hasyim





Di Sini, Penduduk Janggut Lebat Tak Boleh Naik Bas





AP GAMBAR fail menunjukkan seorang lelaki berjanggut lebat etnik Uighur berjalan di Urumqi, Xinjiang pada 29 Jun 2013.




BEIJING - Sebuah bandar di wilayah Xinjiang, China melarang penduduk berjanggut lebat atau memakai pakaian Islam menaiki bas awam.




Menurut akhbar Karamay Daily, pihak berkuasa di bandar Karamay melarang penduduk memakai hijab, niqab, burka atau pakaian yang mempunyai simbol bulan bintang dan simbol bulan sabit Islam daripada menaiki bas awam. Akhbar tersebut melaporkan, larangan itu juga meliputi janggut lebat.




"Mereka yang tidak memberi kerjasama kepada pasukan pemeriksa akan diserahkan kepada polis," katanya.




Wilayah Xinjiang merupakan negara asal kebanyakan penduduk Islam Uighur. Penduduk minoriti itu berdepan dengan pertempuran antara penduduk tempatan dengan pasukan keselamatan yang mengakibatkan ratusan orang terkorban.




"Larangan di Karamay itu merupakan langkah diskriminasi yang menambahkan lagi perbalahan antara etnik Uighur dan Beijing," kata jurucakap Kongres Uighur Sedunia (WUC) Dilxat Raxit dalam satu kenyataan. - AFP








Dr Mujahid: PR, Sedikit Masalah, Kerana Membawa Cita Besar

Posted: 06 Aug 2014 09:54 AM PDT






Ibnu Hasyim





Dr Mujahid: PR, Sedikit Masalah, Kerana Membawa Cita Besar










PETALING JAYA: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, Pakatan Rakyat (PR) adalah wadah terbaik setakat ini untuk meneruskan proses kematangan politik yang amat diperlukan oleh rakyat Malaysia demi perubahan kepada politik baru.




Dr. Mujahid mengakui PR mempunyai sedikit masalah kerana ia membawa cita-cita besar yang kadangkala ianya tidak difahami oleh pemimpinnya sendiri tetapi beliau tidak dapat memikirkan apa akan terjadi kepada aspirasi politik baru jika PR berpecah dan terus tiada di persada politik negara ini.




" PR telah berjaya melahirkan generasi pemimpin yang membuka minda baru kepada makna berpolitik dan rasional berhujah atas advokasi dasar dan bukan sentimen.

" PR telah menyegarkan proses kematangan demokrasi dan memperjuangkan pilihanraya bersih serta membawa wahana media alternatif kepada satu tahap membungkah apa yang selama ini dianggap taboo," katanya di dalam laman Faceboknya.




Tegasnya lagi, politik Malaysia tidak pernah menyaksikan berlakunya satu peralihan paradigma politik yang besar melainkan dengan PR apabila politik merentas kaum diterjemahkan dalam peti-peti undi.




"Pengundi tidak lagi memilih dan mengenal calon atas jalur perkauman tetapi atas perkongsian manifesto yang hebat.

"Tembok perkauman berjaya diruntuhkan dengan semua kaum melihat kepentingan negara dan masa depannya lebih utama dari politik rasuah dan rasis yang menjadi barah pada negara," jelasnya.




Katanya lagi, beliau menyeru agar seluruh kepimpinan PR menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat ini dengan terus membela rakyat dan bukannya bercakaran antara satu sama lain. (IH)








Lihat ini

E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?










Dr Mujahid: PR, Sedikit Masalah, Kerana Membawa Cita-Besar

Posted: 06 Aug 2014 08:52 AM PDT






Ibnu Hasyim





Dr Mujahid: PR, Sedikit Masalah, Kerana Membawa Cita-Besar










PETALING JAYA: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, Pakatan Rakyat (PR) adalah wadah terbaik setakat ini untuk meneruskan proses kematangan politik yang amat diperlukan oleh rakyat Malaysia demi perubahan kepada politik baru.




Dr. Mujahid mengakui PR mempunyai sedikit masalah kerana ia membawa cita-cita besar yang kadangkala ianya tidak difahami oleh pemimpinnya sendiri tetapi beliau tidak dapat memikirkan apa akan terjadi kepada aspirasi politik baru jika PR berpecah dan terus tiada di persada politik negara ini.




" PR telah berjaya melahirkan generasi pemimpin yang membuka minda baru kepada makna berpolitik dan rasional berhujah atas advokasi dasar dan bukan sentimen.

" PR telah menyegarkan proses kematangan demokrasi dan memperjuangkan pilihanraya bersih serta membawa wahana media alternatif kepada satu tahap membungkah apa yang selama ini dianggap taboo," katanya di dalam laman Faceboknya.




Tegasnya lagi, politik Malaysia tidak pernah menyaksikan berlakunya satu peralihan paradigma politik yang besar melainkan dengan PR apabila politik merentas kaum diterjemahkan dalam peti-peti undi.




"Pengundi tidak lagi memilih dan mengenal calon atas jalur perkauman tetapi atas perkongsian manifesto yang hebat.

"Tembok perkauman berjaya diruntuhkan dengan semua kaum melihat kepentingan negara dan masa depannya lebih utama dari politik rasuah dan rasis yang menjadi barah pada negara," jelasnya.




Katanya lagi, beliau menyeru agar seluruh kepimpinan PR menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat ini dengan terus membela rakyat dan bukannya bercakaran antara satu sama lain. (IH)





Lihat ini

E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?










Berita Ini Cukup Memalukan PAS.. Saksikanlah

Posted: 06 Aug 2014 08:51 AM PDT






Addin





Berita Ini Cukup Memalukan PAS.. Saksikanlah












Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan rasa terkejut terhadap kenyataan anggota Parlimen PAS Nasruddin Hassan yang membangkitkan isu projek terowong RM4.63 bilion yang dikatakan diberi secara rundingan terus.









Dalam kenyataannya hari ini, pejabat Lim Guan Eng itu menyifatkan serangan itu "menggunakan taktik kotor Umno untuk membuat fitnah-fitnah jahat" padanya.






Kenyataan yang dihantar oleh pegawai khas ketua menteri itu, Nor Diana Mohd Zabidi itu bagaimanapun tidak menjawab secara langsung perkara dibangkitkan wakil rakyat Temerloh itu.






"YAB Lim Guan Eng akan menjawab tuduhan tanpa asas tersebut dalam satu sidang akhbar yang dijadualkan berlangsung esok pada jam 12 tengah hari di Pejabat Ketua Menteri, Tingkat 28, Komtar, Pulau Pinang," menurut kenyataan itu.






Nasruddin (atas) membangkitkan bagaimana Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim "dibantai teruk" dalam isu Lebuh Raya Kidex sedangkan projek terowong bawah dasar laut itu tidak pula disentuh.






Bekas ketua Pemuda PAS itu mempersoal di mana suara pemimpin Pakatan Rakyat yang selama ini menentang amalan rundingan terus dalam projek kerajaan.






Nasrudin juga berkata, projek itu dijangka akan menyebabkan kesesakan lebih teruk di Pulau Pinang serta membangkitkan kemampuan Pulau Pinang membiayainya ketika bajet defisit terus dicatat untuk tahun keenam.






Isu Kidex antara hujah digunakan PKR untuk menggantikan Khalid dengan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor. ~mk


















Iklan C (ii)




























Surat Tunjuk Sebab PKR.. Ini Pencerahan Khalid Ibrahim

Posted: 06 Aug 2014 07:28 AM PDT






Addin





Surat Tunjuk Sebab PKR.. Ini Pencerahan Khalid Ibrahim












KLANG : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan beliau sudah membalas surat tunjuk sebab dihantar Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan dakwaan timbulnya soal integriti beliau termasuk kes yang membabitkan Bank Islam.









Abdul Khalid turut memaklumkan pegawai kanannya menghantar surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan salah laku integriti seperti yang didedahkan sebelum ini.






"Saya sudah balas tersebut apabila mereka mendapat surat tersebut atas dasar ketelusan, dia akan memuat turun surat itu untuk perhatian ahli parti PKR.






"Saya sudah hantar dokumen penuh yang ditulis PKR kepada SPRM, adalah lebih baik saya tidak ulas memandangkan nama Bank Islam disebut dalam perkara ini.






"Saya secara peribadi akan menulis kepada Bank Islam berkenaan perkara ini," katanya kepada media.






Mengulas berkenaan desakan beliau untuk meletakkan jawatan selepas terdapat sokongan untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail , Abdul Khalid berkata akan mengadakan sidang media, selepas 10 Ogos ini.






"Saya merasakan itu kenyataan sendiri. Saya akan membuat sebarang tindakan selepas saya dapati kesahihan dan keputusan.






"Difahamkan 10 Ogos ini akan ada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat dan saya akan buat kenyataan akhbar selepas itu.






Abdul Khalid berkata, beliau menganggap situasi kini sebagai asam garam politik dalam negara ini.






"Seronok berhadapan desakan kini. Apa yang sana nak lakukan memberikan saya azam untuk bekerja bagi rakyat Selangor.






"Desakan begini membuatkan saya perlu melakukan tugas dengan lebih cepat, tertib dan lebih betul," katanya.













Iklan C (ii)




























Nik Aziz: Isu MB S'gor, Tidak Ada Sebab Ubah Pendirian

Posted: 06 Aug 2014 07:06 AM PDT






Ibnu Hasyim





Nik Aziz: Isu MB S'gor, Tidak Ada Sebab Ubah Pendirian







Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Ogos, 2014.




Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini sekali lagi mempertahankan kenyataannya agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata tidak ada sebab baginya untuk mengubah pendirian berhubung kemelut isu Menteri Besar Selangor itu.

"Saya cakap sekali sahaja, bukan dua kali. Anda boleh 'check' (periksa) kenyataan saya dahulu," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di Kota Bharu.

Beliau yang kelihatan sedikit uzur menasihatkan pihak lain yang menuduh Abdul Khalid terbabit dengan salah laku semasa memegang jawatan itu agar tidak berterusan memburukkan Menteri Besar itu.

"Sebarang tuduhan sesama sendiri boleh membawa kesan yang tidak baik. Tidak elok untuk membuka keaiban orang lain," katanya.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Datuk Saifuddin Nasution baru-baru ini mendakwa Abdul Khalid perlu ditukar kerana terdapat masalah keraguan integriti susulan isu penyelesaian hutang Abdul Khalid dengan sebuah bank.

Nik Abdul Aziz dalam kenyatannya sebelum ini mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang mahu menggugurkan Abdul Khalid daripada kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mempertahankan Abdul Khalid untuk mengekal jawatan berkenaan kerana menurutnya Abdul Khalid tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Turut bersama menyokong adalah Dewan Ulama PAS Pusat yang menegaskan Abdul Khalid patut dibenarkan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor sehingga ke akhir penggal kerana tiada sebarang alasan syarie yang kukuh dikemukakan setakat ini untuk mewajarkan penukarannya.

Kemelut itu semakin memuncak apabila Abdul Khalid dilaporkan diberi tempoh sehingga Jumaat ini untuk menjawab surat tunjuk sebab kenapa beliau ingkar untuk berundur dari jawatan itu.
-Bernama










Lihat ini

E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?















K/SU Sulit MB Lapor SPRM, Khalid Cabar Saifuddin..

Posted: 06 Aug 2014 05:33 AM PDT






Ibnu Hasyim





K/SU Sulit MB Lapor SPRM, Khalid Cabar Saifuddin..





Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadiri pelancaran projek jambatan ketiga di Klang, Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 Ogos, 2014.




Ketua setiausaha sulit kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini terhadap dakwaan perlakuan rasuah yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PKR.




Mohamad Yasid Bidin tiba di pejabat SPRM Shah Alam sekitar jam 3 petang tadi sambil dilihat membawa dokumen yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Turut kelihatan ialah kedua-dua setiausaha politik Khalid, Mustapha Mohd Talib dan Azman Abidin, Timbalan Ketua Pemuda PKR Khairul Anuar Ahmad Zainuddin serta beberapa lagi ahli PKR.




"Hari ini saya membuat laporan kepada SPRM berkenaan surat aduan dakwaan salah laku yang dilakukan menteri besar.

"Sebagai kakitangan di pejabat menteri besar, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk serahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan," kata Yasid kepada pemberita di Shah Alam.




Katanya, Khalid yakin beliau tidak melakukan sebarang kesalahan seperti didakwa Saifuddin. Justeru, perkara itu perlu dibawa kepada SPRM bagi membolehkan kertas siasatan dibuka. Beliau berkata, pihak yang mengemukakan dakwaan sehingga hari ini gagal menyerahkan sebarang laporan kepada SPRM. Oleh itu, atas inisiatif sendiri, pihak pejabat Khalid mengemukakan laporan berkenaan.




Saifuddin sebelum ini dilaporkan berkata akan mendedahkan sebab di sebalik usaha PKR menyingkirkan Khalid sebagai menteri besar dan menggantikannya dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Saifuddin berkata antara kandungan laporan tersebut termasuk kes-kes mahkamah yang boleh dipertikai mengenai integriti Khalid sebagai seorang penjawat awam.




Antara yang didakwa Saifuddin adalah sebuah kes yang diselesaikan di luar mahkamah membabitkan saham Kumpulan Guthrie Berhad bernilai RM66.67 juta semasa Khalid memegang jawatan ketua pegawai eksekutif syarikat itu. Khalid bagaimanapun menafikan dakwaan beliau terlibat dalam salah laku dan mencabar PKR melaporkan perkara tersebut kepada SPRM.




"Saya memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan Saifuddin. Saya menafikan dakwaan ini kerana ia tidak benar sama sekali," kata Khalid.

"Sekiranya Saifuddin yakin beliau juga berada di pihak yang benar, maka beliau dan rakan-rakan dalam PKR sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada SPRM dan Bank Negara Malaysia," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasminya.




Khalid dalam kenyataannya turut menyatakan kesediaan bekerjasama jika disiasat pihak berkuasa.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kesediaan memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama sekiranya ada siasatan dijalankan terhadap saya," katanya. – 6 Ogos, 2014. (TMI)





Lihat ini

E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?









Khalid Anggap Surat Tunjuk Sebab ‘cacat’, Tidak Mahu Jawab

Posted: 06 Aug 2014 04:45 AM PDT






Ibnu Hasyim





Khalid Anggap Surat Tunjuk Sebab 'cacat', Tidak Mahu Jawab








Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan beliau tidak akan menjawab surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin PKR sehingga menerima notis yang sah ketika ditemuramah di majlis pelancaran jambatan ketiga di Klang, Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 Ogos, 2014.





Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini melabelkan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin PKR kepadanya semalam sebagai 'cacat' dan meminta satu notis yang lebih jelas dan spesifik dikeluarkan.




Sambil menegaskan beliau tidak akan menjawabnya sehingga menerima notis yang sah, menteri besar Selangor yang dalam proses penyingkiran itu sebaliknya menjelaskan mengenai "Langkah Kajang".




"Setakat ini, notis bertarikh 5 Ogos itu dilihat sebagai notis yang cacat tanpa butir relevan serta memadai bagai membolehkan saya untuk menjawab," katanya dalam surat yang ditujukan kepada Pengerusi Lembaga Disiplin Datuk Dr Tan Kee Kwong.




Khalid berkata apabila satu notis tunjuk sebab dikeluarkan, adalah menjadi keperluan utama bagi notis tersebut menyatakan dengan jelas dan spesifik semua tuduhan yang dikenakan. Katanya, wajar dijelaskan secara bertulis pelangaran yang dilakukan terhadap mana-mana peruntukan di dalam perlembagaan parti atau peruntukan lain di mana hukuman boleh dikenakan terhadapnya.




"Sementara menunggu notis tunjuk sebab yang sah, saya ingin menarik perhatian pada setiap masa material, Langkah Kajang adalah sesuatu perkara yang tidak dibincang oleh pihak berkenaan dalam cara yang efektif dan adil dengan dan kepada saya," katanya. – 6 Ogos, 2014. (TMI)








Gaza: Bantah Dasar Britain, Menteri Islamnya Letak Jawatan

Posted: 06 Aug 2014 04:00 AM PDT






Ibnu Hasyim





Gaza: Bantah Dasar Britain, Menteri Islamnya Letak Jawatan














































KL: Menteri kanan Pejabat Kementerian Luar Britain, Baroness Sayeeda Warsi membuat pengumuman mengejut meletakkan jawatan serta-merta semalam sebagai membantah kegagalan David Cameron untuk mengutuk penderitaan di Gaza.




Beliau yang juga menteri wanita Islam pertama yang dilantik dalam kabinet Cameron berkata, perletakan jawatan itu kerana tidak boleh menerima dasar kerajaan negara itu terhadap konflik Gaza.




"Saya tidak lagi boleh menyokong dasar Kerajaan mengenai Gaza," tulisnya di Twitter sambil memaklumkan bahawa dia telah menulis surat kepada perdana menteri menyatakan perletakan jawatan itu.




Dalam surat beliau kepada Cameron, Warsi berkata pendekatan kerajaan untuk konflik Israel-Palestin telah "tidak dapat dipertahankan dari segi moral".




Peletakan jawatan Warsi itu memberi tamparah hebat buat Cameron, yang telah menghadapi kritikan kerana gagal untuk mengutuk tindakan tentera Israel di Gaza dan serangan udara ketara baru-baru ini di sebuah sekolah yang dikendalikan oleh PBB di Rafah.




Warsi, yang sebelum ini Pengerusi Parti Konservatif, menjadi menteri kabinet wanita Islam yang pertama apabila David Cameron mengambil alih jawatan pada tahun 2010. Beliau kemudian dilantik Menteri Agama dan Komuniti pada tahun 2012.




Beliau juga telah kerap menyatakan pandangan beliau mengenai pertempuran antara Israel dan rakyat Palestin di Gaza pada Twitter beliau, yang diikuti oleh lebih daripada 35,000 orang. Dalam pada itu, Cameron dalam responnya berkata berkata beliau kesal dengan tindakan Warsi yang tidak berbincang keputusannya untuk berhenti dengan beliau dahulu sebelem membuat pengumuman mengejut itu.




Walaubagaimanapun Cameron berkata Warsi sepanjang khidmatnya telah melaksanakan tugas dengan baik dan telah melakukan kedua-duanya sebagai Menteri dan Pembangkang. - HARAKAHDAILY 6/8/2014








Anwar Pasti Sakit Hati Baca Artikel Ini..

Posted: 06 Aug 2014 03:22 AM PDT






Addin





Anwar Pasti Sakit Hati Baca Artikel Ini..












Dalam posting saya semalam saya telah menyentuh tentang ura-ura setengah pihak untuk mennyokong calon kompromi bagi menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Ada perkhabaran yang calon kompromi itu ialah Dr Idris Ahmad, seorang gynaecology terkenal.









Beliau adalah ADUN Ijok Beliau menggantikan Khalid di kawasan itu setelah Khalid mengambil keputusan untuk bertanding di Pelabuhan Kelang dalam pilihanraya yang lalu. PAS dikatakan tidak ada halangan untuk menyokong Dr Idris sebagai pengganti kepada Khalid.






Saya mengenali Dr Idris secara dekat dan saya secara peribadi menganggap beliau merupakan seorang yang baik dan tidak mempunyai apa-apa isu peribadi yang negatif terhadap beliau. Tetapi apakah benar beliau sebagai calon alternatif yang tepat. Pertamanya dalam kekecuhan sebegini mampukah Pakatan Rakyat mencari calon yang secocok dengan semua pihak?






Kita mesti ingat PKR Selangor di ketuai oleh Azmin Ali dan jika pun Khalid mampu di buang, maka Azmin lah dari segi kedudukan dalam parti itu yang sepatutnya di berikan keutamaan menyandang jawatan Menteri Besar itu. Tambahan pula beliau adalah Timbalan Presiden PKR kebangsaan dan jika beliau tidak di pertimbangkan, ia merupakan satu lagi langkah yang tidak adil.






Setakat ini belum ada kenyataan rasmi dari pihak Azmin memberikan sokongan terhadap pencalonan Wan Azizah untuk menggantikan Khalid Ibrahim. Jika Dr Idris di calonkan adakah tindakan itu mampu menyelesaikan kemelut itu? Jika tersalah langkah Idris akan menjadi mangsa dalam perebutan jawatan Menteri Besar ini dan beliau dengan tidak semena-mena akan cedera politik beliau dalam keganasan politik di Selangor ini.






Pertamanya boleh kah Anwar menerima seorang yang lain selain dari isterinya yang telah di calonkan oleh PKR itu. Walaupun Azmin adalah penyokong kuat beliau dari awal lagi, tetapi ingat Wan Azizah adalah isteri beliau yang telah bersama-sama mengharungi tsunami politik Anwar selama 15 tahun ini. Walaupun segala masalah yang berlaku terhadap Anwar itu hasil dari perbuatan sendiri tetapi Wan Azizah tetap dengan suaminya itu, setiap waktu dan keadaan.






Jika pun Anwar bersetuju dengan Idris, bagaimana dengan Azmin Ali? Ramai mengetahui keluarga Anwar tidak bersetuju dalam banyak hal dengan Azmin, tetapi perkara yang tidak boleh dilupakan oleh semua Azmin adalah hulubalang kepada Anwar yang sentiasa bersama mentornya itu dalam apa keadaan sekali pun. Kenapa Wan Azizah tidak berapa gemar dengan Anwar tidak pula kita ketahui. Tidak perlu kita sebut kenapa kerana kita mempunyai masalah yang lain yang perlu di berikan perhatian.






Jika Azmin kali ini bertindak berlainan dengan PKR dan Anwar, ramai yang tidak akan menyalahkan Azmin, kerana beliau adalah pengasas PKR bersama Wan Azizah dan telah begitu setia dengan PKR terutamanya kepada Anwar sendiri. Jika ada peluang, Azmin selama ini mengintai jawatan yang di sandang oleh Khalid itu. Lantaran jika Khalid diketepikan maka beliaulah yang sepatutnya dipertimbangkan sebagai pengganti.






Jika Azmin dipertimbangkan oleh Anwar, keluarganya (Anwar) sendiri tidak menyokong Azmin. Begitu juga PAS tidak begitu selesa dengan Azmin. Sebelum pun PAS dapat bersuara Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR telah menempelak PAS dan memberitahu PAS yang PKR mempunyai moral politik yang tinggi untuk menentukan siapa Menteri Besar bagi Selangor.






Sesungguhnya keadaan politik di Selangor sudah sampai ketahap caca-marba. Ibarat parang yang sudah tidak tentu lagi yang mana hulu dan yang mana matanya. Politik di Selangor ibarat sungai mudik ke hulu, dan matahari terbit dari barat. Siangnya tidak terang dan malamnya tidak gelap lagi. Selangor kini ibarat sebuah bukit yang terlalu banyak singa dan harimaunya. Tidak dapat lagi menetukan yang mana pinggan dan yang mana piring.






Keadaan sekarang 'tidak lemak lagi dek santan' dan 'tidak kuning dek kunyit lagi'. Ramai pemimpin akan kecundang, Datang mereka tidak nampak mukanya dan perginya tidak nampak belakang mereka.






Keadaan seperti ini tidak akan berlaku jika PKR tidak melakukan kerja yang merumitkan mereka ini. Usaha mengenepikan Khalid jelas merupakan 'misadventure' politik yang susah untuk mendapat penyelesaiannya.






Kenyataan Anwar semasa mengumumkan isterinya menjadi calon pengganti Khalid, beliau telah memberikan jaminan yang isterinya itu mampu menstabilkan keadaan di Selangor. Sekarang elok kita mengingatkan Anwar yang belum pun menjadi Menteri Besar keadaan sudah berkecamuk seperti ini. Mana dia kestabilan yang akan di bawa oleh Azizah.






Bagi saya hanya dua cara sahaja untuk menyelesaikan masalah ini. Pertamanya dibatalkan sahaja niat untuk memberhentikan Khalid dan cara yang kedua ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri dan adakan pilihanraya negeri sekali lagi.






Jika diambil pilihan kedua ini ia boleh memberikan pengajaran kepada mana-mana parti terutamnya PKR dan Anwar secara peribadinya, yang tidak semua orang yang sentiasa bernasib baik dalam semua tindakan dan perbuatan. Cuaca tidak semestinya baik sentiasa. Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.






Jika PKR dan PR tidak dapat membaharui kemenangan yang mutlak seperti pilihanraya dahulu, maka tindakan terburu-buru PKR untuk membuang Menteri Besar pilihannya sendiri itu merupakan satu 'misadventure' politik yang tidak ada tolok banding hasil negatifnya.






Tetapi yang lebih dalam lagi implikasinya dengan keadaan seperti ini, impian Anwar untuk ke Putrajaya hanya Allah sahaja yang boleh membantu beliau kesana. Kalau di nilai dari hukum akalnya, Anwar sudah sepatutnya terfikir untuk hidup dalam persaraan. Ini pun boleh dijadikan alternatif untuk menyelesaikan masalah.






Sudah jelas dan terang Anwar tidak mempunyai daya untuk menyatukan PKR sendiri, bagaimana beliau hendak menyatukan semua parti dalam PR itu. Anwar sedang menghadapi masalah 'intra' dan 'interparty' yang sangat serius. ~aspan alias














Iklan C (ii)




























Disco Rimba: Pusat Maksiat FELDA Masih Dilindungi?

Posted: 06 Aug 2014 01:33 AM PDT






Ibnu Hasyim





Disco Rimba: Pusat Maksiat FELDA Masih Dilindungi?









ANTARA pelanggan yang asyik berjoget di kedai makan di sebuah perkampungan FELDA.




Ipoh: Joget hingga pagi. Itu 'menu tambahan' disediakan kedai makan di sebuah perkampungan FELDA, dekat sini, yang menjadikan nyanyian dan tarian sebagai tarikan, terutama pada hujung minggu hingga menjadi tumpuan golongan berumur untuk berhibur.




Boleh diibaratkan seperti 'disko rimba', lokasi kedai makan yang menjadi tumpuan golongan remaja serta tua itu juga dipercayai tiada lesen perniagaan kedai makan selain lesen hiburan walaupun beroperasi sejak beberapa tahun lalu.




Kedudukan kedai makan itu yang agak jauh dari rumah penduduk dan berhampiran kawasan hutan menjadikan ia 'syurga' buat pelanggan untuk berhibur tanpa gangguan. Malah, pemilik kedai itu turut menyediakan penyanyi serta penari tetap sebagai daya penarik.




Kedai terbabit didapati memulakan operasi mulai jam 7 malam dan ditutup jam 4 atau 5 pagi setiap hari. Demikian lapor myMetro.




Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lokasi kedai makan yang menjadi tumpuan golongan remaja serta tua itu juga dipercayai tiada lesen perniagaan kedai makan, selain lesen hiburan, walaupun beroperasi sejak beberapa tahun lalu. Ertinya masih dilindungi sehingga terbit berita ini?




Nampaknya jentera kerajaan tidak bergerak, atau sudah jem kerana diserang virus rasuah? (IH)








Nampak Gayanya.. PAS Akan Keluar Pakatan Rakyat?

Posted: 06 Aug 2014 01:30 AM PDT






Addin





Nampak Gayanya.. PAS Akan Keluar Pakatan Rakyat?












Majlis Syura Ulama PAS akan bermesyuarat di Kota Baru, Kelantan hari ini dan dijangka membuat keputusan berhubung isu penyingkiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan menteri besar Selangor, 5 hari sebelum mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 10 Ogos ini, kata sumber.









Sumber memberitahu The Malaysian Insider, biasanya eksekutif Jawatankuasa PAS Pusat yang dipilih muktamar akan bermesyuarat dulu dan Majlis Syura akan mengeluarkan keputusan selepas mendengar pandangan eksekutif parti Islam itu.






"Seperti ada pihak yang mahu mendapat sokongan Majlis Syura terlebih dulu sebelum mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat 10 Ogos ini," kata seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang tidak mahu dinamakan.






Mesyuarat ini dijangka menentukan hala tuju PAS dalam Pakatan Rakyat (PR). Majlis Syura adalah badan kedua tertinggi dalam PAS selepas muktamar dan dipengerusikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala timbalannya ialah Datuk Dr Haron Din.






Antara ahli Majlis Syura PAS ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan setiausahanya ialah Datuk Nik Zawawi Salleh.






Ahli lain ialah Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Datuk Ahmad Yakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Datuk Muhammed Daud, Nasrudin Hassan, Zaharudin Muhammad, Wardah Tahir, Nadzirah Mohamad dan Hashim Jasin.






Sebelum ini, dalam mesyuarat Majlis Presiden PR, PKR memaklumkan secara rasmi parti itu mahu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan jawatan menteri besar.






PAS dan DAP bersetuju untuk membawa perkara ini kepada mesyuarat masing-masing dan PAS menetapkan partinya akan bermesyuarat 10 Ogos ini.






Tetapi sebelum mesyuarat bermula, Hadi mengumumkan beliau menyokong Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor dan mendapat sokongan Nik Aziz.






Susulan itu, kecam mengecam berlaku dalam PR dan PAS juga berpecah apabila sekumpulan mempertahankan pandangan Hadi manakala ada juga menyatakan kekesalan kenapa kenyataan dibuat tanpa menunggu mesyuarat 10 Ogos ini.






Sementara itu, PKR menghantar surat tunjuk sebab kepada Khalid dan memberi beliau tempoh tiga hari hingga 8 Ogos ini untuk menjawab surat berkenaan, dua hari menjelang mesyuarat AJK PAS Pusat.






Jika Khalid gagal memberikan jawapan yang memuaskan, PKR dijangka mengenakan hukuman termasuk memecatnya daripada parti.






"Semua ini seperti kejadian yang pernah berlaku kepada bekas MB Kelantan Datuk Muhamad Nasir yang dipecat daripada PAS, kemudiannya menubuhkan parti baru Berjasa dan berakhirnya kerajaan PAS di Kelantan ketika itu," kata seorang lagi AJK PAS Pusat yang bimbang peristiwa itu berulang kembali di Selangor. ~tmi














Iklan C (ii)




























PAKATAN Jadi Macam BN? Anwar Perlu Ubah Hala.

Posted: 06 Aug 2014 12:46 AM PDT






Ibnu Hasyim





PAKATAN Jadi Macam BN? Anwar Perlu Ubah Hala.










Kemelut S'gor: Pilihan terbuka untuk PKR


Oleh NATHANIEL TAN




ULASAN Apakah keutamaan sebenar Anwar Ibrahim dan PKR?

Adakah keutamaan beliau untuk terus memupuk Pakatan Rakyat sebagai sebuah gabungan bersatu yang mampu ganti BN pada PRU-14? Atau untuk menjadikan isteri beliau menteri besar Selangor walau apa pun akibatnya.

Soalan ini penting, memandangkan krisis yang semakin merebak di Selangor. Ada beberapa pilihan yang terbuka kepada PKR.

Pilihan pertama adalah untuk membiarkan status quo, di mana kestabilan yang dinikmati di Selangor beberapa tahun, terus dikekalkan.
Pilihan kedua adalah untuk Anwar dan PKR meneruskan usaha mereka untuk memaksa Khalid Ibrahim mengkosongkan kerusi menteri besar.

Artikel ini akan meneliti akibat pilihan kedua. Kita bermula dengan melihat balik proses yang memulakan retak-retak dalam Pakatan.

Macam Umno dalam BN?

Pertama, PKR mengumumkan bahawa parti telah memutuskan untuk mengganti Khalid dengan isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail. Selepas itu, mesyuarat Pakatan diadakan, yang dihadiri Anwar, Lim Guan Eng dan Mohamed Sabu - kesemuanya pemimpin tertinggi parti masing-masing, kecuali Mat Sabu, yang hanya timbalan presiden.

Selepas mesyuarat tersebut, kenyataan media dibuat yang memaklumkan bahawa Pakatan telah 'menerima' cadangan PKR berkenaan Wan Azizah, dan akan membawa perkara tersebut kepada parti masing-masing untuk dibincangkan.

Kemudian, Presiden PAS Abdul Hadi Awang membuat kenyataan media bahawa PAS berpendirian Khalid harus dikekalkan sebagai menteri besar.

Saifuddin Nasution kemudiannya membuat kenyataan membantah pendirian ini, kerana kononnya dalam mesyuarat tersebut, keputusan menggantikan Khalid dengan Wan Azizah telah dipersetujui ketiga-tiga parti.

Ini amat mengelirukan. Sekiranya perkara ini telah diputus, kenapa tiga pemimpin tersebut perlu kembali ke parti sendiri untuk perbincangan, seperti yang dinyatakan dalam kenyataan asal? Apakah Pakatan sudah jadi macam BN, di mana Umno/PKR yang membuat keputusan, dan parti-parti lain akur sahaja?

Anwar pecahbelahkan PAS?

Dua pemimpin tertinggi PAS, Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan sokongan mereka terhadap Khalid.

Memandangkan bahawa Pesuruhanjaya PAS Selangor Iskandar Samad mengambil pendirian yang sama, ketiga-tiga suara yang paling relevan dalam isu ini dalam PAS jelas sependapat. .

Ada beberapa unsur dalam barisan kedua pimpinan PAS yang menyokong PKR dalam isu ini. Soalnya, apakah akan berlaku jika PKR teruskan usaha mereka untuk gantikan Khalid?

Adakah pihak Anwarista dalam PAS akan cuba memaksa isu ini dalam PAS dan melawan Abdul Hadi dan Nik Aziz secara terbuka? Sekiranya ini terjadi, krisis ini nampaknya akan mengakibatkan keretakan serius dalam PKR, Pakatan, dan kini, PAS.

Disiplin PAS punca kekuatannya

Mana-mana pemerhati politik Malaysia sedia maklum bahawa PAS mungkin satu-satunya parti di Malaysia yang berasaskan kekuatan institusi (institutional strength). Sama ada kita setuju atau tidak dengan semua prinsip PAS, jelas ternampak bahawa pegangan parti itu terhadap prinsip tersebut lebih kuat daripada pegangan mereka kepada mana-mana pemimpin atau individu.

Situasinya berbeza jika kita lihat kepada parti-parti lain, terutamanya PKR yang kelihatan semakin terbawa-bawa oleh politik feudal yang berpaksikan individu.

Kekuatan disiplin PAS tidak boleh dinafikan. Sesiapa yang pernah menganjurkan perhimpunan massa di Malaysia sedar bahawa jumlah hadirin lazimnya bergantung kepada arahan dari pimpinan PAS.

Disiplin, keutuhan dan perpaduan parti sudah lama menjadi tunjang PAS. Bagi ahli PAS, tiada ribut yang cukup teruk sampai disiplin kapal terpaksa diketepikan. Justeru itu, walaupun demokrasi dalaman dan perkongsian pendapat selalu dibenarkan, jiwa parti adalah berasaskan keyakinan ahli terhadap proses dalaman, struktur dan pemimpin parti.

Sekiranya keyakinan ini runtuh, runtuhlah PAS dan harapan Pakatan untuk menembusi kawasan-kawasan desa yang masih menjadi kubu kuat Umno/BN akan turut runtuh. Maka hilangnya mimpi menawan Putrajaya.

Guan Eng merajuk?

Sejurus selepas pengumuman Abdul Hadi, Lim Guan Eng berkata tidak mustahil Pakatan Rakyat mungkin pecah akibat krisis menteri besar Selangor

Nampaknya, bos DAP sudah lama lebih mementingkan sumber-sumber kuasa (power base) DAP daripada perpaduan Pakatan demi menggantikan BN. Dengan adanya projek mega seperti terowong bawah laut di Pulau Pinang, mungkin DAP masih mampu teruskan matlamat mereka bersendirian.

Sepanjang krisis hudud di mana PAS akhirnya berkompromi, PAS tidak pernah sekalipun menyatakan kerelaan mereka untuk meninggalkan Pakatan. Nampaknya Lim lebih cepat sanggup meninggalkan semuanya.

PKR dan DAP cukup sedar bahawa mereka tidak boleh menjatuhkan BN tanpa PAS. Kedegilan mereka dalam perkara ini hanya menunjukkan bahawa keutamaan mereka bukan mewujudkan sebuah Malaysia baru, tetapi lebih kepada menjaga kepentingan-kepentingan sendiri.

Lawan BN atau jaga kepentingan sendiri?

Cukup malu untuk kami yang selalu menafikan bahawa Pakatan ini hanya bersekutu demi merebut kuasa (marriage of convenience). Akhirnya nampaknya macam mereka betul, kami yang salah. Obsesi PKR dengan kuasa, wang dan kepentingan korporat nampaknya lebih berat daripada sebarang kesedaran bahawa rakyat kini melihat institusi yang namanya Pakatan Rakyat ini sebenarnya tidak mampu bersatu.

Salahkah jika rakyat menganggap bahawa mengundi Pakatan akan membawa kepada ketidakstabilan? Kalau jawatan tertinggi pun tidak boleh dipersetujui, bagaimana Pakatan akan mampu mentadbir dengan lancar? Barisan Alternatif hanya kekal selama enam tahun. Enam tahun selepas pembentukan Pakatan, nampaknya sejarah berulang. Sukar nak bayangkan sama ada rakyat akan yakin kepada eksperimen ini kalau runtuh sekali lagi.




Keruntuhan itu semakin nyata, sekiranya Anwar dan PKR tidak mengubah hala. Kalau begitu, projek menggantikan BN akan ditangguhkan berdekad-dekad lagi - semua kerana manusia yang gagal menjadi perdana menteri Malaysia berdegil mahu menjadikan isterinya menteri besar Selangor.



NATHANIEL TAN mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua, termasuk Anwar dan penyokongnya. Maaf zahir dan batin.





Lihat ini

E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?










Masalah teknikal: Peluang Ke-2 buat calon Penolong Penguasa Kastam W27

Posted: 06 Aug 2014 12:45 AM PDT






Tengok TV Online





Masalah teknikal: Peluang Ke-2 buat calon Penolong Penguasa Kastam W27











Jika anda merupakan calon Penolong Penguasa Kastam Gred W27 yang menghadapi masalah teknikal ketika menjawab soalan secara online SPA pada 5 Ogos 2014, anda berpeluang untuk menduduki peperiksaan semula.




SPA memutuskan perkara itu setelah mengadakan post-mortem dimana banyak aduan diterima oleh calon yang mengalami kegagalan mengakses soalan seterusnya. Ramai yang menyatakan perasaan tidak berpuas hati melalui media sosial seperti Facebook, Twitter dan Blog-blog.




Kenyataan media SPA:

Peperiksaan Ulangan akan dilangsung pada 13 OGOS 2014Calon perlu hantar aduan sebelum jam 12 tengahari 8 OGOS 2014 untuk dimasukkan ke sesi peperiksaan ulanganAduan boleh dilakukan di Aduan SPA













Siapa Punya Angkara? Sidang Media PKR Huru Hara..

Posted: 06 Aug 2014 12:21 AM PDT






Addin





Siapa Punya Angkara? Sidang Media PKR Huru Hara..












Sidang media PKR Selangor yang sepatutnya dibuat untuk menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor menjadi kelam-kabut apabila kenyataan media bertulis dengan mesej lain, turut diedarkan di majlis itu.









Sidang yang diketuai Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin itu menyatakan semua ADUN, anggota Parlimen dan ketua cabang negeri, kecuali Pengerusinya Azmin Ali dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyokong sepenuhnya keputusan parti itu.






Kenyataan media yang diedarkan semasa sidang media berlangsung pula menyatakan "Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Selangor", mencadangkan dua nama iaitu Azmin dan Wan Azizah sebagai menteri besar menggantikan Khalid.






"Itu bukan kenyataan kita. Kenyataan rasmi kita seperti yang saya katakan di sidang media tadi," kata Zuraida ketika dikerumuni wartawan yang mahukan penjelasan perkara itu.






Zuraida dan beberapa lagi pemimpin negeri berkata perkara itu mungkin perbuatan "sabotaj" oleh pihak tertentu.






Ketika sidang media hampir berakhir, media menerima kenyataan kedua yang didakwa palsu itu dari bahagian belakang dewan sidang media.






Selepas diberitahu media bahawa kenyataan media yang diterima berlainan, Zuraida menyatakan beliau tidak tahu menahu dan mendesak pihak yang bertanggungjawab until tampil memberi penjelasan.






"Siapa yang edarkan sila tampil beri penjelasan," tegas Zuraida apabila suasana memuncak.






Ketika kelam-kebut itu berlaku ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Yahya Saari mengeluarkan kenyataan mendakwa mungkin pihak "wartawan yang mengedarkan kenyataan media" kontroversi itu.






Bagaimanapun selepas dibantah keras oleh pihak media yang hadir beliau meminta maaf dan menarik kenyataan itu.






"Kita akan tengok CCTV selepas ini," kata beliau.






Azmin berkecuali






Sementara itu Zuraida menyatakan pihak beliau tidak memasukkan Azmin sebagai menyokong pencalonan Azizah kerana penyandang timbalan presiden parti itu mengambil sikap berkecuali.






"Dalam kenyataan media ini kita tidak meletakkan Cabang Gombak (Azmin) kerana kita percaya beliau sebagai timbalan presiden berhak membuat kenyataannya sendiri.






"Dalam masa sama, Azmin masih belum selesai menghadapi pemilihan jawatan dalam parti," kata beliau.






Kenyataan itu disokong 36 pimpinan parti iaitu 18 ketua cabang, enam ahli Parlimen dan 12 ADUN kecuali Khalid dan Azmin.






Xavier: Orang luar jangan campur






Sementara itu ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar menyelar usaha PAS yang antaranya melibatkan Nasruddin Hassan melancarkan gerakan mempertahankan Khalid.






"Kenapa orang luar Selangor nak masuk campur hal Selangor.






"Saya nak beritahu PAS apabila menteri besar Kedah dipilih ia di bawah kuasa PAS. Di Pulau Pinang itu kuasa DAP, begitu juga Kelantan milik PAS. Di Selangor kita dah ada persetujuan di peringkat pakatan bahawa jawatan MB milik PKR.






"Jadi biar PKR yang buat keputusan siapa yang jadi MB Selangor. Saya harap ia akan terus diikuti pada masa akan datang juga," kata beliau. ~mk














Iklan C (ii)




























Kenyataan P/Strategi PKR Dianggap Bodoh.. Ha Ha Ha..

Posted: 05 Aug 2014 10:45 PM PDT






Ibnu Hasyim





Kenyataan P/Strategi PKR Dianggap Bodoh.. Ha Ha Ha..








Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli buat kenyataan bodoh dedah rancangan calon perdana menteri jika Pakatan menang PRU13, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. Gambar fail The Malaysian Insider.




PAS menyifatkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.




"Jika dia menganggap dia adalah pengarah strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada The Malaysian Insider.




Mustafa mengulas kenyataan Rafizi malam tadi yang mendedahkan kononnya PAS mencadangkan ahli Parlimen Gua Musang daripada Umno itu sebagai bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya. Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur, malam tadi.




"Sebulan sebelum PRU13, pemimpin PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr Haron Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali semuanya berjumpa Anwar.

"Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin Umno, Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri kalau kita menang Putrajaya," kata ahli Parlimen Pandan itu. – 6 Ogos, 2014.




Lihat ini..
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?









Mustapa Ali Sifatkan Kenyataan Rafizi Bodoh

Posted: 05 Aug 2014 10:27 PM PDT






Addin





Mustapa Ali Sifatkan Kenyataan Rafizi Bodoh












PAS menyifatkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.









"Jika dia menganggap dia adalah pengarah strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada The Malaysian Insider.






Mustafa mengulas kenyataan Rafizi malam tadi yang mendedahkan kononnya PAS mencadangkan ahli Parlimen Gua Musang daripada Umno itu sebagai bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.






Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur, malam tadi.






"Sebulan sebelum PRU13, pemimpin PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr Haron Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali semuanya berjumpa Anwar.






"Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin Umno, Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri kalau kita menang Putrajaya," kata ahli Parlimen Pandan itu. ~tmi














Iklan C (ii)




























Mengapa Dengan Gadis Ini, Di Saint Peter, Vatikan?

Posted: 05 Aug 2014 08:45 PM PDT






Ibnu Hasyim





Mengapa Dengan Gadis Ini, Di Saint Peter, Vatikan?








© REUTERS / Max Rossi
'Free Gaza', gadis ini menulis di pipinya.





Semasa Paus Francis memimpin doa Angelus di Saint Peter, Vatican. Gadis ini mengisytiharkan aksi perpaduan Gaza.















©REUTERS/Max Rossi

Paus Francis semasa memimpin doa Angelus di Saint Petrus di Vatikan.






©AFP PHOTO/ALBERTO PIZZOLI

Dia beraksi bersama rakan-rakannya menyeru kebebasan Gaza sambil mengibarkan bendera negaranya di Saint Petrus.








Allahu Akbar!


Allahu Akbar!!


Allahu Akbar!!!


(IH)








Rafizi Pecah Lubang PAS?

Posted: 05 Aug 2014 08:45 PM PDT






Addin





Rafizi Pecah Lubang PAS?












PKR sedia kehilangan Selangor sekiranya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan satu-satunya cara untuk Tan Sri Khalid Ibrahim berundur dalam menyelesaikan kemelut menteri besar yang melanda negeri itu, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.









Ahli Parlimen Pandan itu mengakui meskipun PKR bakal berdepan keadaan sukar sekiranya pembubaran DUN berlaku namun parti itu sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan.






Katanya, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyatakan kesediaan menerima hakikat kehilangan kerajaan yang berjaya dirampas parti itu daripada Umno-Barisan Nasional (BN) bermula pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008.






"Bagi mempertahankan prinsip, kita tidak kisah kehilangan kerajaan, jika itu perlu dilakukan maka ia amat berbaloi, pemimpin datang dan pergi, saya, Anwar.






"Kerajaan kita boleh dapatkan kembali namun tidak sekiranya kehilangan kepercayaan, intergriti dalam pentadbiran, sekali kita hilangkan ia akan mengambil masa lama, bergenerasi untuk dapatkan kembali kepercayaan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyertai forum bertajuk 'Mengapa Khalid Harus Berhenti' anjuran Kelab Bangsar Utama di Dewan Perniagaan Cina Selangor, di Kuala Lumpur, malam tadi.






Katanya, beliau yakin rakan sekutu mereka PAS dan DAP turut bersedia dengan hakikat risiko kehilangan kuasa memerintah di negeri berkenaan






"Meskipun kita tidak tahu bagaimana dengan DAP atau PAS tapi kita yakin mereka juga sependapat dengan kita," katanya.






Rafizi yang menjadi antara salah seorang panel jemputan di forum itu berkata, PR sememangnya berdepan kesukaran dalam mencapai persetujuan mencari calon menteri besar.






Katanya, keputusan PR memilih Khalid sebagai menteri besar selepas memenangi majoriti PRU 2008 kerana ketika itu pemimpin itu dilihat sebagai calon yang hampir memenuhi kehendak rakyat Selangor.






"Ketika itu PR langsung tidak menyangka akan dapat memenangi Selangor, kita tidak ada tokoh berpengalaman dan semua tidak dibentuk lagi sehingga timbul pula kalau PAS tidak setuju dengan calon maka mereka akan berunding dengan Umno.






"Pada masa itulah kita melihat Khalid di atas kertasnya sebagai calon paling sesuai kerana beliau seorang korporat yang tidak terlalu berpolitik dan diketahui jujur dalam melaksanakan tugas," katanya.






Beliau berkata, pada awal pentadbiran Khalid, masalah menteri besar itu hanya melibatkan hal pentadbiran di mana kepimpinan parti cuba untuk mengatasi perkara berkenaan.






"Masalah awal pada 2008 hanya melibatkan pentadbiran, seperti kalau beliau tidak dapat berjumpa dengan kita, mesyuarat atau apa saja kita boleh cuba selesaikan dengan menghantar wakil atau cara lain.






"Namun apabila masuk 2014 ia bukan lagi melibatkan cara pentadbiran namun kita dapati ia juga membabitkan intergriti, keberhutangan beliau, dengan isu perjanjian penstrukturan air dan banyak lagi," katanya.






Bagaimanapun, katanya, atas dasar konsensus yang dipegang PR sejak perikatan tiga parti berkenaan, Khalid diberi kepercayaan sekali lagi untuk menerajui Selangor.






"PR ini dasarnya adalah consensus dan apa pun strategi mesti ada persetujuan bersama, masuk 2014 memang ada perancangan tukar menteri besar, namun kerana dasar bersama, maka Khalid disambung perkhidmatannya.






"Ketika itu kita berharap Khalid dapat mengubah cara pentadbirannya meningkat dengan lebih baik," katanya di forum itu dan turut menjawab soalan beberapa hadirin ketika sesi soal jawab.






Rafizi berkata, PR juga menghadapi masalah mencapai kata persetujuan untuk melantik calon perdana menteri.






"Bayangkan dalam tempoh enam tahun kita tidak pernah mencapai persetujuan siapa layak untuk menjadi perdana menteri," katanya.






Katanya, meskipun PKR meletakkan Anwar sebagai calon perdana menteri namun ia tolak pimpinan tertinggi PAS.






"Kita hendak masuk PRU13, PAS tidak setuju Anwar sebagai perdana menteri. Delegasi PAS Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Harun Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan Tengku Razaleigh Tengku Hamzah.






"Kerana itu mereka perlu faham bukan senang untuk berdiplomasi, keputusan tukar Adun merupakan keputusan PKR, namun tukar menteri besar ialah isu pakatan," katanya.






Krisis dalaman PR memuncak apabila PKR mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar menggantikan Khalid.






Hadi dalam kenyataannya menyatakan sokongan terbuka kepada Khalid dengan menyatakan penukaran menteri besar itu tidak wajar kerana rekod bersih pemimpin PKR itu.






Meskipun didesak hebat, Khalid tetap dengan pendirian tidak mahu berundur sehingga habis penggal perkhidmatannya.






Keengganan Khalid itu menyebabkan pemimpin pakatan mendedahkan penyelewengan menteri besar itu di mana sebelum ini dikenali sebagai pemimpin jujur dan mempunyai rekod bersih.






Rafizi yang mengakui Langkah Kajang merupakan rancangannya berkata ia bertujuan sebagai satu alternatif kepada PR untuk menggantikan menteri besar.






"Memang benar ia idea saya kerana kita mahu 'back up plan' malah Anwar sendiri sudah beritahu Khalid kita akan tukar menteri besar.






"Namun beliau minta untuk beri masa namun tiba-tiba Khalid muktamadkan perjanjian air, dan banyak lagi yang menimbulkan tanda tanya kenapa semua perlu dilakukan pada saat ini.






"Jadi kami yang muda ini mahu tetap membawa isu ini, kita merasakan ada asas cukup untuk tukar menteri besar, Maka isu ini terpaksa dibincang PR," katanya.






Dalam forum yang dihadiri lebih dari 300 hadirin itu turut menampilkan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua dan Ahli Parlimen Sepang Hanifa Maidin. ~tmi
















0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar tentera terputus hubungan zamani