Powered by Blogger.

Golongan Profesional PAS Bakal Buat Kejutan?

Golongan Profesional PAS Bakal Buat Kejutan?


Golongan Profesional PAS Bakal Buat Kejutan?

Posted: 10 Aug 2014 06:45 PM PDT


Addin

Golongan Profesional PAS Bakal Buat Kejutan?


Spekulasi semakin kencang mendakwa golongan profesional PAS yang tidak setuju dengan cara Hadi menguruskan krisis PAS – PKR berkemungkinan dipecat daripada parti itu.

Sebahagian lagi, didakwa akan meninggalkan parti dan bergabung dengan PKR atau pun menubuhkan parti baru. Semua itu terpaksa dilakukan demi meneruskan politik waras dan tidak terlalu mengikut emosi sebagaimana yang diamalkan presiden PAS.

Usul syura ulama yang meminta agar Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB selagi mana tidak terbukti bersalah oleh mana-mana mahkamah adalah mustahil dalam integriti politik moden. Di negara barat sekiranya integriti pemimpin dipersoalkan seperti pendedahan Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution terhadap beberapa urusniaga Khalid yang meragukan, maka pemimpin yang didakwa akan melepaskan jawatan.

Atau setidak-tidaknya akan meminta disiasat dan tugasnya dipangku oleh timbalan. PAS dalam semua desakan terhadap ahli politik BN juga mensyorkan perkara serupa, pemimpin BN mesti digantung tugas sepanjang tempoh siasatan. Tetapi mengapakah majlis syura ulama mengambil pendekatan berbeza terhadap Khalid?

Menunggu sehingga mahkamah menjatuhkan hukum bersalah tidak wujud dalam budaya politik baru. Ia hanya wujud dalam politik Umno. Dan tentunya menteri umno tidak akan didapati bersalah di mahkamah. Oleh itu selama mana mereka mahu memegang jawatan maka mereka bebas melakukannya.

Pujian wajar diberikan kepada golongan profesional PAS kerana mempertahankan integriti dalam pemerintahan. Biar pun mereka tidak tinggi ilmu agama tetapi mereka mampu memberikan contoh yang dipandang tinggi masyarakat.

Sekiranya golongan profesional ini akhirnya menubuhkan parti baru atau bergabung dengan PKR maka mereka dengan mudah akan diterima pengundi. Sebaliknya, PAS yang kekal dengan tradisi ulamanya akan tenggelam dalam arena politik.

Terutama di Selangor yang mana rakyatnya cerdik politik. Mereka tidak mudah diperangkap dengan hujah dosa dan pahala. Mereka faham antara ustaz yang berceramah dan ahli politik yang mempertahankan integriti.

Sekiranya golongan ulama PAS bertegas membela Khalid dan parti itu berpecah dua maka mereka wajib faham mereka akan jatuh, sama seperti selepas pilihan raya Kelantan 1978.

Namun PAS jangan terlalu yakin tanpa parti itu Pakatan akan berkubur. Rakyat yang dahagakan perubahan tidak mengira siapa pun asalkan mereka tidak ditipu oleh Umno. Jika Pakatan (PKR – DAP) bertanding PRU maka kedua-duanya akan diberi undi.

PAS yang berkerjasama dengan BN akan hilang undi di kawasan-kawasan Melayu. PAS boleh mencuba kerajaan perpaduan, namun bukan dengan sokongan golongan profesional parti itu. Profesional akan pindah ke parti baru yang lebih kredibel. ~suara pakatan daily



Iklan C (ii)





Ahli PAS Ramai Keluar Parti.. Ini Puncanya?

Posted: 10 Aug 2014 05:31 PM PDT


Addin

Ahli PAS Ramai Keluar Parti.. Ini Puncanya?


Apabila PAS membuat keputusan untuk memihak kepada TS Khalid Ibrahim dalam isu kemelut MB Selangor sedangkan rakan parti dalam pakatan rakyat, PKR jelas menolak dengan mengemukakan pelbagai 'masalah' berkaitan dirinya, sebenarnya bakal mengundang rasa tidak puas hati penyokong 'tidak fanatik' dengan parti itu.

PAS boleh bersedia dengan perkara berikut;

Penurunan undi (proters) dari pengundi semasa PRU dan PRK

Kehilangan banyak kerusi DUN dan Parlimen kelak

Tedapat ahli PAS yang akan keluar parti. Mungkin dalam jumlah yang banyak

Dan kenyataan bahawa PAS tidak kisah jika keluar dari pakatan rakyat hanya kerana isu Menteri Besar ini sebenarnya amat mengecewakan pengundi yang memberi harapan besar kepada PAS - PKR - DAP. Lainlah jika memang sudah ada lama rasa tidak puashati PAS dalam PR selama ini.

Apa lagi option yang ada untuk rakyat yang kecewa?

KOTA BAHARU: Dewan Ulama PAS Pusat hari ini senada dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersedia jika parti itu ditakdirkan keluar daripada gabungan parti pembangkang berikutan pendapat yang berbeza mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Pemangku ketua dewan berkenaan, Datuk Ahmad Yakob berkata mengikut sejarah, parti itu sendiri pun pernah berjuang bersendirian selepas keluar daripada komponen Barisan Nasional (BN) dan juga pakatan pembangkang bersama Semangat 46."Seandainya kita (PAS) bersendirian kita terima. Ini sejarah-sejarah yang telah disebut oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz). Laluan PAS ini bukan mudah."Keputusan Majlis Syura Ulama PAS telah membuat ketetapan mengenai keputusan itu. Ia merujuk kepada lunas-lunas perlembagaan semasa membuat keputusan itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di sini.Dua hari lalu, dalam kenyataan bersama Nik Abdul Aziz dan timbalannya Datuk Dr Haron Din, Majlis Syura Ulama PAS telah menegaskan Abdul Khalid tidak boleh digugurkan selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan beliau disingkirkan.Semalam keadaan politik di Selangor semakin memuncak apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Abdul Khalid daripada parti itu berkuat kuasa serta merta setelah didakwa mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat memilih Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.Mengulas isu yang sama, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS bagaimanapun mahu melihat isu itu diselesaikan dengan baik dan menafikan keadaan politik itu menyebabkan perpecahan dalaman gabungan pembangkang."Tidak seperti itu. Ini suatu yang memberi kematangan dalam berpolitik dan saya minta biarlah semuanya bertenang dan mencari jalan keluar terbaik."Kalau Dewan Undangan Negeri dibubarkan pun ia ada masalah juga," katanya.Ketika ditanya sama ada perlu Abdul Khalid menyertai PAS berikutan beliau kini merupakan anggota DUN Bebas, Ahmad berkata ia sebenarnya terpulang kepada Abdul Khalid sendiri untuk membuat keputusan."Itu terpulang dan perkara itu kita tak boleh komen kerana itu adalah hak dia," katanya.

PAS mungkin sudah sedia untuk bergerak bersendirian lagi. Tapi apakah benar-benar bersendirian? Bagi UMNO. Jika PAS keluar pakatan, ini suatu keberuntungan besar. UMNO tidak perlu lagi bersusah payah merayu simpati PAS untuk berkerjasama.

Siapa yang bakal rugi? 

PAS?

PKR?

DAP?

atau yang bakal rugi dan sengsara adalah rakyat?

~penburuk online





Iklan C (ii)





6 Sebab Kekalkan Khalid, Buang Anwar..

Posted: 10 Aug 2014 05:00 PM PDT


Ibnu Hasyim

6 Sebab Kekalkan Khalid, Buang Anwar..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrtui15uFBkYzm29nFJrUFBYiScTfMf5U0bfeedPlQW07DpEKHXxmt56GjZOVtYZZp9H8oi4Ijn7DYp9yuvSiSGdgkT1zPAoAb66pE99QGkf-HYHAt8NTSfIWgVuFCfZF3OzyoZy6W_-w/s1600/DownloadedFile-1.jpeg SESAORANG menghantarkan artikel ini dan memberi komen..   Anonymous said... Artikel: 6 sebab mengapa PKR perlu kekalkan TSKI sbg MB Selangor. 1) Hal melibatkan PKR sendiri, yg patut DSAI ingat jasanya wahai Datuk Seri! TSKI telah berjaya menyelamatkan premis HQ PKR dari dilelong oleh pihak bank, yg mana PKR telah menandatangani perjanjian sewaan bangunan 5 tingkat Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya dgn bayaran sewaan bulanan sebanyak RM 20,000 sebulan. Namun begitu, tunggakan yg mencecah setinggi RM 600,000 setakat Jun 2011, pihak Affin Bank bertindak untuk melelong bangunan itu. Maka dtglah seorang hamba Allah yg juga ahli seumur hidup PKR memberi SUMBANGAN PERIBADI bg menyelamatkan HQ PKR itu dari dilelong sbyk RM 4,600,000.00 dan membolehkan PKR mebeli dan memiliki bangunan itu. Hamba Allah itu adalah TSKI!!!  2) Masalah yg dihadapi oleh PKR ini adalah tidak reti urus tadbir kewangan parti sehingga sekali lg bangunan HQ PKR hendak dilelong. Kali ini melibatkan HQ PKR Selangor sendiri, negeri yg DSAI nak cuba nasib jd MB tu...bangunan itu telah disita akibat gagal membayar sewaan bulanan sehingga tertunggak berbulan lamanya. Tanpa ramai manusia tahu sama ada org PKR malah jauh sekali YB Hanifa Mydin nak tahu...sekali lg muncul manusia yg org gelar dgn gelaran 'gagap' itu utk membantu dgn kos SENDIRI hasil dari titik peluhnya mencari rezeki utk keluarga tp yg dibantunya adalah utk parti kesayangannya walaupun partinya nk jatuhkanya! Adakah YB Khalid Samad tahu??? Tentu tahu tp diamkan shj. Baca seterusnya… http://www.selatanonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=6409  [ Sambungan diangkat dari sumbernya: 3) TSKI juga dlm diam dan tanpa diketahui umum malah ahli PKR sendiri jauh sekali Rafizi Ramli nak ambil kisah...beliaulah yg membantu membayar saman, kos guaman serta makan minum para demonstran serta pimpinan PR yg ditahan pihak berkuasa!

4) Dalam menghadapi PRU ke-12 dan ke-13 serta PRK Sabah, Sarawak serta Semenanjung yg ditandingi PKR sejak 2008, tanpa kita ketahui kebanyakan duit poket utk gerak kerja PKR dlm siri pilihanraya tersebut yg hampir mencecah RM 6 juta dtgnya adalah dari insan yg bernama KHALID IBRAHIM bkn Anwar Ibrahim! Beliau guna wangnya sendiri bg menampung perbelanjaan pilihanraya utk parti yg sdg membunuh karakternya sbg MB yg cemerlang dek kerana nafsu gelora seorang mahkluk Allah utk berkuasa!

5) Tanpa PKR memberitahu kpd ahli mahupun umum tentang kos perbelanjaan bg mengadakan Mesyuarat Agong serta Kongres PKR sejak 2006 hingga 2013, kita tidak akan tahu bahawa SUMBANGAN PERIBADI TSKI shj utk program itu adalah sbyk RM 1.5 juta bro!!! Termasuk juga kos bg mengadakan Konvensyen PR peringkat nasional dan Selangor. Adakah YB Tony Pua tahu hal ini?? Belum tentu tahukan...

6) Dan terakhirnya, sumbangan peribadi beliau yg amat bermakna dan menjadi kegilaan serta kebanggan PKR dan PR tentu kita tidak lupa iaitu BAS serta TRELER Jelajah Rakyat! Sejumlah RM 600 ribu telah disumbangkan beliau bg tujuan pengubahsuaian dan kemudahan dan tidak termasuk kos selenggara kenderaan itu. Persoalan: Di manakah kenderaan "transformers" itu sekarang??

Beliau pernah berkata " Jangan ambil kira pemberian sy kerana PKR beri lebih byk daripada itu, bkn harta tetapi peluang utk sy menjalankan tugas, cita-cita supaya Malaysia dipimpin oleh org yg amanah dan bertanggungjawab!
Kalau diambil kira, itu tidak berapa ikhlas. Habislah pahala sy. Biar Allah yg tentukan ganjaran. Sebab itu sy minta sumbangan sy itu tidak diambil kira. Itu kira hangus shj". Katanya dlm membuat pengumuman bertanding jwtn Timb. Presiden PKR. ]

Walaupun beliau sering dilabel sbg "kedekut" tp dgn sedikit nukilan sy di ats dpt membuka mata dan minda rakyat Selangor utk tahu apa yg perlu dikedekutkan dan apa yg perlu diberi infaq.
Kerana belum tentu semua MB atau pemimpin sanggup berhabis jutaan ringgit utk partinya jika dia tahu partinya sendiri tikam belakangnya!!!

Tetapi itulah Tan Sri Khalid Ibrahim.

Moga Selangor terus maju, makmur, aman dlm naungan Allah s.w.t.

Lt(B) Kamaruzaman Ahmad Nor
Saujana Rawang, Selangor.

11 Syawal 1435 h / 07 Ogos 2014


Kesimpulan: Kalau Macam nie BESAR JASA pon PKR dan DAP TAK PANDANG, kata Masih Tak Betul, Tak dengar arahan Parti, Tak Telus dsbnya… jadi yang lain dlm PKR dan DAP Cuma Hampeh, Sampah Masyarakat, Malaun Yang Nak Merompak Kekayaan di Negeri Selangor.. LUU PIKIR LAA SENDIRI…Keadilan Jenis Apa yang Kamu nak Tegakkan???

Buang Anwar Ibrahim... PKR akan jadi lagi Kuat dan Maju.
August 10, 2014 at 5:44 PM

Lihat sebelum iniE-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Eco World Bhd Diberi ‘keistimewaan’? Ini Jawapan Kepada SU PKR.

Posted: 10 Aug 2014 03:00 PM PDT


Ibnu Hasyim

Eco World Bhd Diberi 'keistimewaan'? Ini Jawapan Kepada SU PKR.


rumah mampu milik sept 2012 01













KL, 10 OGOS: Penganugerahan tender kepada Eco World Berhad bagi membangunkan projek perumahan rumah mampu milik di Sungai Sering, Hulu Kelang dilakukan berikutan syarikat terbabit memiliki kepakaran yang tinggi dalam bidang pembinaan.

Eksekutif Komunikasi Menteri Besar Selangor, Shazni Munir Mohd Ithnin, berkata pemilihan Eco World dibuat melalui proses yang panjang dengan membabitkan lebih lima buah syarikat berpengalaman untuk membangunkan rumah mampu milik.

 Kenyataan itu sekali gus menafikan dakwaan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution bahawa Eco World diberi 'keistimewaan' kerana pemiliknya, Tan Sri Rashid Manaf mempunyai hubungan baik dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


"Berlaku perubahan pentadbiran apabila Rashid yang dulunya pengerusi SP Setia kemudiannya menubuhkan Eco World dengan menyaksikan pemindahan kira-kira 80 peratus tenaga mahir dari SP Setia ke syarikatnya.
"Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menilai bahawa projek mampu milik ini boleh diuruskan Eco World kerana kerja mereka yang lebih berkualiti dan cepat berikutan kepakaran dari syarikat SP Setia dibawa masuk ke Eco World.
shaznihqdefault "Justeru kenyataan Saifuddin itu tidak tepat apabila mengatakan ia secara tiba-tiba dianugerahkan kepada Eco World," katanya pada Forum Krisis Selangor : Khalid Ibrahim belot Pakatan? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, semalam.

Saifuddin sebelum ini mendakwa Eco World dianugerahkan projek perumahan mampu milik di Ukay Perdana bagi membina 2,400 unit rumah pangsa mampu milik di bawah geran Selangorku yang dianggarkan bernilai RM591 juta, pada 25 Mac lalu.
Beliau juga mendakwa, langkah memberikan projek itu juga meragukan kerana pada asalnya sedang dibincangkan dengan syarikat lain. (selangorkini)



Lihat sebelum iniE-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Isu Khalid: PAS Akan Terus Bersama Pakatan Rakyat -SU PAS

Posted: 10 Aug 2014 01:55 PM PDT


Ibnu Hasyim

Isu Khalid: PAS Akan Terus Bersama Pakatan Rakyat -SU PAS





KL: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan parti itu akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan PKR memecat keahlian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu, semalam.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada semua peringkat kepimpinan parti, ahli dan para penyokong supaya bertenang dalam menghadapi konflik politik yang sedang di Selangor kini.

"Kepimpinan PAS sedang berada di tengah-tengah isu ini dan menangani isu ini secara berhemah, cermat dan bijaksana bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau juga menjelaskan bahawa keempat-empat Exco Kerajaan Selangor daripada PAS akan terus berkhidmat dan berfungsi kerana kerajaan negeri masih wujud.

Mereka terdiri daripada Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad (Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar), Adun Sabak, Sallehen Mukhyi (Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa), Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali (Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan) dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi (Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam). - HARAKAHDAILY 10/8/2014


Lihat sebelum iniE-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Rafizi Disiasat Kes Hasutan Isu Surat Bank Rakyat

Posted: 10 Aug 2014 11:07 AM PDT


Ibnu Hasyim

Rafizi Disiasat Kes Hasutan Isu Surat Bank Rakyat

 
Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini berdepan dengan siasatan kes hasutan ketiga dalam tempoh kurang lima bulan. Kali ini ia mengenai pendedahan sebuah surat dari seorang menteri kepada Bank Rakyat, yang didakwa meminta layanan baik diberikan kepada seorang ahli perniagaan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Rafizi memberitahu beliau disoal siasat selama dua jam bermula jam 11 pagi di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.

"Selepas saya dedahkan surat menteri itu kepada Bank Rakyat, satu laporan polis dibuat terhadap saya oleh satu NGO di Petaling Jaya mendakwa perbuatan itu bersifat menghasut.
"Jadi polis mulakan siasatan," kata beliau yang juga pengarah strategi PKR.

Rafizi berkata beliau tidak diberitahu NGO mana yang membuat laporan polis terhadapnya. Pada Rabu lalu, Rafizi yang juga pengasas Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) mendedahkan kepada media berhubung surat yang didakwa dihantar Menteri Perdagaan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hasan Malek kepada BankRakyat (MK)


Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? 
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


Buat Rayuan, Simpati Khalid Samad Keada Khalid Ibrahim.

Posted: 10 Aug 2014 09:57 AM PDT


Ibnu Hasyim

Buat Rayuan, Simpati Khalid Samad Keada Khalid Ibrahim.


Khalid Samad bercakap kepada media semasa menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS di Taman Melewar, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau masih terkejut dengan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR dan menganggap keputusan itu sebagai mendadak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 Ogos, 2014.  
Khalid Samad bercakap kepada media semasa menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS di Taman Melewar, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau masih terkejut dengan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR dan menganggap keputusan itu sebagai mendadak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 Ogos, 2014. 

 Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Khalid Samad menunjukkan simpati terhadap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan menasihatinya membuat rayuan kepada PKR supaya keahlian dalam parti dikekalkan. Menyifatkan keputusan PKR itu sebagai mendadak, beliau berkata Khalid masih punya ruang untuk membuat rayuan selepas dipecat serta merta semalam.‎

"Saya pun masih terkejut dengan pemecatan Khalid daripada parti. Keputusan tersebut mendadak.
"Saya harap beliau merayu kepada PKR dalam tempoh 14 hari ini," kata ahli Parlimen Shah Alam itu kepada pemberita di Taman Melewar, Gombak, hari ini.

Khalid  berkata, ‎pihaknya bagaimanapun tidak akan masuk campur isu dalaman PKR dan akan menunggu keputusan rasmi mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos ini.

"Kita tunggu sampai 17 Ogos ini, tambahan Tan Sri Khalid Ibrahim sudah dipecat daripada parti sebab sebelum ini Majlis Syura tidak mendapat keputusan atau laporan penuh berhubung isu ini," katanya.

Khalid Samad sebelum ini secara terbuka sering mengeluarkan kenyataan mengkritik Khalid ekoran kelemahan pentadbirannya menangani isu di Selangor. Antaranya rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kenaikan cukai pintu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) yang melampau, selain mempertikaikan peranan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sehingga mendatangkan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

PKR semalam memecat Khalid kerana enggan patuh arahan parti supaya memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan kerusinya sebagai ketua eksekutif negeri Selangor.‎

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata Khalid ingkar keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang sepakat bersetuju pada 21 Julai lalu melantik Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baru.

"Beliau buat kenyataan pada 22 Julai tidak akan meletakkan jawatan dan hingga hari ini beliau masih belum meletak jawatan.
"Atas alasan ini, Lembaga Disiplin berpandangan beliau mesti dipecat," katanya.

Namun, Tan berkata Khalid ‎diberi peluang 14 hari mengemukakan rayuan sebelum membentuk satu jawatankuasa khas meneliti rayuan terbabit.

"Khalid mempunyai tempoh rayuan 14 hari daripada pengumuman dan jawatankuasa khas dibentuk bagi rayuan itu," katanya.

Majlis Dewan Diraja Selangor akan bermesyuarat esok bagi menentukan kedudukan Khalid sama ada perlu dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau mengiktiraf tugas Khalid sehingga ‎akhir penggal. Khalid dalam kenyataannya berkata, beliau menerima keputusan itu walaupun berpendapat tindakan PKR salah dan tidak mengikut perlembagaan parti.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap PKR kerana memecatnya tanpa diberi peluang untuk mengemukakan penjelasan kepada Lembaga Disiplin parti.

"Saya juga dinasihatkan peguam supaya tidak membuat apa-apa kenyataan agar tidak mengganggu proses undang-undang yang mungkin diambil pada masa akan datang," katanya. – 10 Ogos, 2014. (TMI)


Video Gempar Ceramah Pimpinan PKR Tersebar..

Posted: 10 Aug 2014 09:46 AM PDT


Addin

Video Gempar Ceramah Pimpinan PKR Tersebar..


SHAH ALAM: Pemimpin-pemimpin PKR malam ini memulakan siri ceramah membidas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah parti itu memecat beliau kerana didapati tidak lagi berwibawa untuk menyandang jawatan Menteri Besar Selangor.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin mencabar Khalid untuk menubuhkan parti politik baru dan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk mengukur sokongannya di Selangor.

Beliau menuduh Khalid sebagai menderhaka kepada PKR kerana enggan mengikut arahan parti untuk memberi laluan kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah mengambil alih jawatan itu.

"Parti memilih Presiden dan sanggup juga (Khalid) ingkar, bagaimana kita mahu menerima anggota yang bersikap demikian. Derhaka tapi belum masuk neraka lagilah.

"Mestilah ada sikap rendah diri cukuplah lima tahun kita beri untuk beliau mentadbir cara beliau dan sekarang kita minta beliau bagi laluan tapi beliau berdegil," kata Zuraida.

"Saya cakap tentang etika anggota parti. Harus mematuhi undang-undang parti kalau tidak mahu buat parti sendiri dan jadi MB sendiri," tambah beliau yang juga timbalan pengerusi PKR Selangor.

"Lepas ni (saya minta Khalid) buat parti BEBAS ikut pilihan raya tengok boleh menang ke tidak," katanya ketika menyampaikan Penerangan Isu Semasa Selangor kepada rakyat Shah Alam.

Jelasnya lagi, keputusan parti untuk menyingkirkan menteri besar Selangor itu diambil petang tadi setelah parti sabar menunggu penjelasan Khalid bersabit beberapa isu.

"Kami di peringkat kepimpinan tidak mahu sampai ke tahap begini sebenarnya sebab kita malu kita juga tidak mahu mengaibkan orang tapi kita banyak bersabar maka kita ambil tindakan ini," kata Zuraida.

ADUN Kota Anggerik Yaakob Sapari mengakui Khalid kuat bekerja namun gagal mengimbangkan tugasnya dalam berkhidmat untuk rakyat.

Malah ramai penduduk di kawasan DUNnya di Pelabuhan Klang merungut tidak berjumpa Khalid lebih daripada setahun.

"Bukan kata Khalid tidak baik tapi kita nak lebih baik.

"Sebagai wakil rakyat kena seimbang tugas di kerjaan dan dibawah kena ada. Ada yang mengadu sudah setahun tidak berjumpa dengan ADUN Pelabuhan Klang," kata Yakob.

Beliau berkata mana-mana parti politik tidak mungkin menerima pemimpin yang tidak sehaluan dengan aspirasi dan perjuangan parti.

"Ini di negeri Selangor, MB ke tempat lain parti politik ke tempat lain. Tidak ada keselarian," ujar beliau lagi.

Beliau menegur Khalid sebagai pemimpin yang "bergerak sendiri" dan bukan secara berpasukan.

"MB selepas ini diharap tidak menjadi pemimpin yang bergerak sendiri tetapi akan bergerak bersama memastikan perubahan-perubahan yang kita harap dapat terus dipacu.

"Ini kerana azam kita bukan sahaja nak pertahankan Selangor tetapi menuju Putrajaya dan Selangor ini adalah asas kita untuk melonjakkan PR," tambah beliau. ~antara pos





Addin:

Jikalau tak suka pun janganlah kata macam-macam.. kena kenang jugak jasa Khalid Ibrahim kepada negara, negeri Selangor dan juga kepada PKR..



Iklan C (ii)





PAS S'gor Sedia Hadapi P'raya Mengejut -Iskandar Abdul Samad

Posted: 10 Aug 2014 08:36 AM PDT


Ibnu Hasyim

PAS S'gor Sedia Hadapi P'raya Mengejut -Iskandar Abdul Samad

Ramai hadirin di Rumah Terbuka PAS di Taman Melewar di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 Ogos, 2014 
Ramai hadirin di Rumah Terbuka PAS di Taman Melewar di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 Ogos, 2014

 Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata pihaknya akan bersedia bila-bila masa jika berlakunya pilihan raya negeri mengejut ekoran krisis kedudukan menteri besar di negeri itu. Namun beliau optimis krisis itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat tanpa perlu diadakan pilihan raya negeri.

"Saya tidak fikir sampai ke tahap itu, tetapi berada dalam politik kena sentiasa bersedia hadapi pilihan raya," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka PAS Pusat di Taman Melewar di Gombak, hari ini.

Katanya, pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR tidak akan menjejaskan kerja pentadbiran negeri yang akan diteruskan seperti biasa. Iskandar turut menolak dakwaan Exco PAS akan meletakkan jawatan sebagai tanda solidariti kepada Khalid.

"Pentadbiran perlu diteruskan. Tidak adil kepada rakyat jika Exco PAS meletakkan jawatan," katanya yang mengulangi pendirian PAS Selangor selari dengan keputusan Majlis Syura dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – 10 Ogos, 2014. (TMI)

Sila  lihat..  
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?  

E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


Khalid Masih MB, Tunggu Keputusan M/Dewan Diraja S'gor Esok.

Posted: 10 Aug 2014 07:36 AM PDT


Ibnu Hasyim

Khalid Masih MB, Tunggu Keputusan M/Dewan Diraja S'gor Esok.



Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di 'Kursus Perdana Haji' di Masjid Negara di Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Ogos, 2014.  
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di 'Kursus Perdana Haji' di Masjid Negara di Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Ogos, 2014.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengatakan masih menjadi menteri besar Selangor walaupun selepas PKR memecatnya semalam dan akan meneruskan tugas seperti biasa. Khalid berkata tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga selesai mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor esok dan tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada PKR.

"Saya akan meneruskan tugasan sebagai menteri besar seperti biasa dan dinasihati untuk tidak membuat sebarang kenyataan sehingga satu mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor yang ditetapkan pada Isnin, 11 Ogos 2014," kata Khalid selepas menghadiri majlis di Masjid Negeri Shah Alam bersama Sultan Selangor.

Khalid berkata tindakan undang-undang juga akan diambil bagi mencabar keputusan partinya.

"Saya juga dinasihatkan peguam supaya tidak membuat sebarang kenyataan agar tidak mengganggu proses undang-undang yang mungkin akan diambil pada masa akan datang," katanya.

Beliau bagaimanapun membidas tindakan pemecatan tersebut kerana bertentangan dengan perlembagaan parti.

"Saya mengulangi kenyataan bahawa saya menerima keputusan PKR walaupun tindakan itu salah dan tidak menurut undang-undang serta bertentangan dengan perlembagaan parti," katanya.

Mengenai sama ada akan membuat rayuan kepada PKR selepas dipecat, Khalid berkata masih menunggu sehingga mesyuarat esok selesai. Khalid semasa menghadiri majlis bersama Sultan Selangor kelihatan tenang dan ceria walaupun berdepan tekanan hebat.

Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan kedudukan Khalid ketika ini bertaraf menteri besar bebas dan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) runtuh selepas pemecatannya. Bagaimanapun, PR masih menguasai pentadbir menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN). Selagi tiada menteri besar baru dilantik, kerajaan PR tidak dapat dibentuk memandangkan Khalid sudah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bebas.

Khalid ketika ini hilang sokongan daripada partinya sendiri, beliau semalam secara rasminya dipecat selepas PKR memberinya surat tunjuk sebab minggu lalu. – 10 Ogos, 2014. (IMI)

Sila  lihat..  E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


Khalid Sanggup Bubar DUN?

Posted: 10 Aug 2014 05:49 AM PDT


Ibnu Hasyim

Khalid Sanggup Bubar DUN?

 
Peguam Syahredzan Johan berpendapat, pemecatan Khalid tidak menjejaskan kedudukan sebagai menteri besar selagi  mendapat sokongan majoriti di DUN. 

Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat dijangka akan menggerakkan usaha untuk meraih sokongan dari kesemua 43 orang wakil rakyatnya, termasuk golongan yang setia dengan Khalid. Pakatan seterusnya boleh mengemukakan usul tidak percaya ke atas Khalid di DUN apabila ia mendapat jumlah sokongan secukupnya, kata Syahredzan. 

Khalid mesti cepat

Khalid bagaimanapun boleh mengatasi keadaan ini dengan memohon kepada sultan Selangor untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan, katanya.

"Beliau boleh memohon membubarkan Dewan tanpa mendapat undi tidak percaya atau apa-apa sokongan dari majoriti," katanya lagi kepada Malaysiakini.

Jika itu pilihannya, Khalid perlu menjalankan usaha tersebut secepat mungkin kerana Malaysiakini difahamkan, baginda akan berangkat untuk kunjungan dua minggu di luar negara selepas majlis dengan menteri besar itu esok. Walaupun raja muda boleh membubarkan DUN ketika pemergian baginda, Syahredzan berpendapat keadaaan itu mungkin tidak berlaku. (MK)

"Saya bayangkan apabila menangani perkara seperti ini, sultan mahu ia dijalankan oleh dirinya sendiri," kata Syahredzan lagi.

Abdul Khalid dalam kenyataannya lewat petang ini menyebut, beliau akan bertemu dengan sultan untuk mendapatkan pandangan, namun tidak menyebut mengenai pembubaran DUN.

Bukan kerajaan Pakatan

Pakar perlembagaan pula, Abdul Aziz Bari berpendapat, sultan juga mempunyai peranan dan tidak hanya mengikut permintaan menteri besar.

"Apabila menteri besar dipecat dari parti, kemungkinan besar beliau kehilangan sokongan."

Maka sultan boleh meminta Khalid mendapatkan sokongan majoriti di Dewan dan bukannya memohon untuk membubarkan DUN, katanya. Tambahnya, Khalid kemudiannya boleh meletak jawatan atau dipecat oleh sultan sekiranya Dewan tidak memberi sokongan majoriti. Dan sekiranya Khalid tetap dapat mengekalkan sokongan majoriti ke atasnya?

"Kalau begitu, Khalid boleh kekal sebagai menteri besar, namun kena ingat, dia bukan lagi dalam kerajaan Pakatan.
"Semua anggota exconya juga perlu meletak jawatan kerana kerajaan dibentuk melalui Pakatan Rakyat dan Khalid perlu mengemukakan senarai anggota exco baru kepada sultan," katanya lagi. (MK)


Sila  lihat..  
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?  

E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


Khalid Dapat Pegang MB, Semua Bergantung Pada PAS -Datuk Dr Shad Saleem

Posted: 10 Aug 2014 04:49 AM PDT


Ibnu Hasyim

Khalid Dapat Pegang MB, Semua Bergantung Pada PAS -Datuk Dr Shad Saleem


Pakar: MB bergantung pada sokongan PAS
Tokoh perlembagaan Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berpendapat, nasib Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar terletak di tangan PAS.

Dengan memberikan beberapa senario usul tidak percaya yang boleh berlaku di Selangor, Shad berkata, walaupun Khalid masih boleh memegang jawatan menteri besar, ADUN Pelabuhan Klang itu bagaimanapun perlu bergantung kepada peranan dan undi PAS.

Dalam wawancara yang disiarkan akhbar Berita Harian hari ini, beliau menjelaskan satu usul tidak percaya memerlukan majoriti mutlak daripada jumlah keahlian DUN iaitu sebanyak 29 daripada 56 kerusi. Katanya, dengan melihat keunikan jumlah kerusi di DUN Selangor, pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

"Senario pertama, PKR sendiri diwakili 13 ADUN tidak termasuk Khalid. DAP 15, PAS 15 dan Umno 12. Jika semua bergabung tidak ada masalah untuk menggulingkan Khalid.
"Kedua, Umno boleh menyokong Khalid atau tidak, tetapi semua rakan Pakatan (43) sebulat suara boleh menyokong usul itu dan ia boleh jadi kenyataan.
"Ketiga, PAS boleh dibahagikan kumpulan menyokong dan tidak menyokong tetapi jika seorang ahli PAS menyokong PKR (13) dan DAP (15), usul tidak percaya tidak boleh berjaya kerana masih tidak akan mencapai jumlah majoriti yang diperlukan, iaitu 29," katanya dalam wawancara dengan harian itu.

Selain itu, beliau juga menambah, senario keempat boleh juga berlaku sekiranya PAS yang mempunyai 15 kerusi dan Umno (12 kerusi) bergabung. Bagaimanapun ia masih gagal mencapai majoriti. Malah, katanya, gabungan PKR (13 kerusi) dan DAP (15) kerusi juga gagal kerana kekurangan satu undi.

"Abdul Khalid nampaknya masih dapat memegang jawatan menteri besar. Semuanya bergantung kepada peranan dan undi PAS

"Saya melihat masa depan Selangor ketika ini terletak pada tangan PAS yang selama ini banyak berdiam diri walaupun memiliki kerusi paling banyak dalam DUN, semua terletak kepada mereka dan Abdul Khalid nampaknya menjadi penampan (penghalang) mengimbangi kuasa politik Selangor," katanya lagi. (MK)


Sila  lihat..

E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


Khalid Sertai PAS? Pintu PAS terbuka. Pelawa MB Kelantan.

Posted: 10 Aug 2014 03:36 AM PDT


Ibnu Hasyim

Khalid Sertai PAS? Pintu PAS terbuka. Pelawa MB Kelantan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di 'Kursus Perdana Haji' di Masjid Negara di Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Ogos, 2014. 
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di 'Kursus Perdana Haji' di Masjid Negara di Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Ogos, 2014.Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh menyertai PAS selepas dipecat daripada PKR, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Beliau yang juga pemangku ketua Dewan Ulama PAS mengatakan terpulang kepada Khalid untuk menyertai PAS kerana pintu parti Islam itu sentiasa terbuka untuknya.

"Terpulang kepadanya untuk menyertai PAS memandangkan beliau bukan lagi ahli PKR sekarang," katanya selepas menghadiri majlis Hari Raya anjuran Perbadanan Ekonomi Negeri Kelantan di Kota Baru.
"Tetapi, apa pun kita perlu tunggu hasil pertemuannya dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas menghadap baginda untuk mendapatkan nasihat bagi langkah seterusnya," kata Ahmad dipetik The Star Online hari ini.

Ahmad diminta mengulas isu pemecatan Khalid daripada PKR kerana membantah keputusan parti supaya meletak jawatan dan memberi laluan kepada presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikannya. Sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sokongan mereka untuk Khalid kekal sebagai menteri besar hingga hujung penggalnya. Ahmad juga berkata PAS sedia bergerak sendiri sekiranya ahli dan pemimpin parti itu memutuskan untuk meninggalkan Pakatan Rakyat (PR).

"Kita ada sejarah bila mana kita bersendiri selepas tidak bersetuju dengan Barisan Nasional (BN) dan Semangat 46. Saya setuju dengan Nik Aziz yang PAS boleh berdiri sendiri sekiranya ia memutuskan untuk keluar Pakatan," kata Ahmad.

Beliau menyeru semua pemimpin, ahli dan penyokong PAS supaya bertenang dan menunggu keputusan akhir parti sama ada untuk kekal di dalam PR atau tidak. Keputusan itu dijangka dibuat minggu depan, menurut The Star. Bagaimanapun, Ahmad yakin PAS tidak akan meninggalkan PR, menambah krisis terbaru ini ujian sama ada sifat kepercayaan dan timbangrasa antara ahli PR kukuh atau tidak.

Katanya, PKR berhak membuat keputusan memecat Khalid dan PAS menyatakan pendirian mereka dalam hal itu melalui Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama. – 10 Ogos, 2014 (TMI)


Selamatkah K'jaan PR S'gor? Jom Kerosek Infonya Dari Awal..

Posted: 10 Aug 2014 01:02 AM PDT


Ibnu Hasyim

Selamatkah K'jaan PR S'gor? Jom Kerosek Infonya Dari Awal..

E-Buku-E-Buku ini mendedahkan semunnya. 
Bermula dari Adun PKR Kajang letak jawatan hinnga kini..
Ini 4 buah buku-bukunya!


PERCUMA 
Dalam E-Buku Weblog Ibnu Hasyim. Sila layari, klik gambar-gambar buku di bawah ini..

1 . E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?
E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?

2. E-Buku IH-83: Setelah Anwar Dihukum Penjara 5 Tahun.

3. E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
4. E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?  
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
 Sedang bersambung lagi ke E-Buku ke 5.. Insya Allah!


Setelah Dipecat PKR, Khalid Ibrahim Dijangka Buat Kejutan Lagi..

Posted: 10 Aug 2014 12:30 AM PDT


Addin

Setelah Dipecat PKR, Khalid Ibrahim Dijangka Buat Kejutan Lagi..


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat keahlian daripada PKR tidak mungkin tergesa-gesa memohon perkenan Sultan Selangor bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya diadakan pilihan raya negeri.

Beliau masih kekal sebagai menteri besar, itu fakta termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor.

Lagipun, Lembaga Disipin PKR memberikan Khalid tempoh 14 hari untuk merayu keputusan memecatnya yang berkuat kuasa Sabtu.

Jangan lupa, beliau hanya dipecat dari PKR manakala tiada kaitan dengan DAP serta PAS.

Jika DAP dan PAS bersetuju dengan keputusan pimpinan PKR yang sudah hilang kepercayaan terhadap Khalid, kedua-dua parti itu perlu menyatakan secara rasmi dengan perakuan Adun parti masing-masing sama seperti dilakukan Adun-Adun PKR.

Semalam PKR meminta Adun yang mewakili parti membuat akuan sumpah menolak Khalid dan menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar.

Setakat ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abd Samad menegaskan akan merujuk perkembangan terbaru politik negeri itu kepada PAS Pusat.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dalam kenyataannya berkata, parti itu juga kan memutuskan perkara tersebut pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC) esok.

Antara cadangan parti itu adalah meminta tiga Adun yang dilantik Exco meletak jawatan kerana tdak lagi mengiktiraf status Khalid sebagai Menteri Besar.

Untuk rekod PAS dan DAP memenangi 15 kerusi manakala PKR 14 termasuk Khalid manakala Barisan Nasional hanya 12 kerusi.

Justeri itu, dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR R. Sivarasa  sudah tidak layak menjadi menteri besar kerana hilang kepercayaan majoriti dewan negeri Selangor selepas dipecat PKR kurang tepat.

Jika benar, setakat ini Khalid hanya tidak dapat kepercayaan 13 Adun PKR sedangkan keseluruhan Adun Selangor seramai 56 orang.

PKR perlu mendapatkan perakuan semua Adun DAP dan PAS jika betul-betul mahu Khalid hilang kelayakan dan kepercayaan sebagai menteri besar.

Pilihan lain, DAP dan PAS perlu meminta Adun mereka yang dilantik Exco meletak jawatan sekaligus Khalid hilang sokongan bagi menguruskan kerajaan negeri sekarang.

Selangor mempunyai seramai 10 anggota exco kerajaan negeri dengan empat daripada  PAS manakala PKR dan DAP masing-masing tiga orang.

Itu pilihan PKR, DAP dan PAS selain membawa usul undi tidak percaya kepada Khalid di DUN Selangor.

Namun, jangan lupa, Khalid juga ada pilihan dan tentu sedang memegang kad paling besar.

Selain berdepan undi tidak percaya di DUN, Khalid boleh mohon perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah membubarkan DUN.

Jika mahu, Khalid juga boleh pecat Exco dari PKR dan DAP terlebih dahulu.

Lagipun, Khalid masih menteri besar, apa salahnya tunjukkan pada PKR dan DAP siapa berkuasa sekarang.

Bagi PKR dan DAP pula, amat memalukan jika tidak minta Exco parti mereka letak jawatan setelah hilang percaya kepada Menteri Besar itu. ~utara news



Iklan C (ii)





Tunggu Arahan Dari Pemimpin -Tuan Ibrahim Tuan Man

Posted: 09 Aug 2014 11:40 PM PDT


Ibnu Hasyim

Tunggu Arahan Dari Pemimpin -Tuan Ibrahim Tuan Man







KL: Para pemimpin dan ahli PAS diminta bersabar dan bertenang berhubung tindakan PKR memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata para pendukung parti perlu menunggu arahan daripada pemimpin utama berhubung perkara itu.

Beliau juga menyeru para pemimpin parti supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan.

"Ahli-ahli PAS juga diingatkan agar tidak menyertai jika ada mana-mana himpunan atau demo yang dianjurkan sama ada pihak yang menyokong atau menentang keputusan pemecatan itu," ujarnya kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Katanya, ahli-ahli PAS perlu mengambil iktibar suasana yang pernah berlaku di Kelantan apabila berlaku demonstrasi dalam kalangan anggota parti yang menyebabkan pihak lawan mengambil kesempatan.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berpandangan kemelut yang berlaku itu boleh diselesaikan secara keluarga dalam kalangan pemimpin PKR. - HARAKAHDAILY 9/8/2014

Sila  lihat..

E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


Ini Ceramah PKR Malam Tadi, Hentam Khalid Tak Hentam UMNO Lagi.

Posted: 09 Aug 2014 10:55 PM PDT


Ibnu Hasyim

Ini Ceramah PKR Malam Tadi, Hentam Khalid Tak Hentam UMNO Lagi.

 
Beberapa jam selepas memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pimpinan tertinggi PKR muncul di ibu negeri Selangor bertemu rakyat  dan buat pertama kalinya, tidak mengkritik kerajaan BN.

Seramai 400 hadirin di Seksyen 19 Shah Alam yang kebanyakannya penyokong PKR sebaliknya mendengar ucapan pemimpin kanan parti menceritakan  "masalah-masalah" menteri besar sejak 2008 yang kini perlu digantikan.

Kebanyakan mereka memberi reaksi terkejut dan bersetuju apabila mendengar satu persatu kesalahan Khalid sepanjang pentadbiran negeri dari masalah jalan berlubang dan sampah sehingga dakwaan beliau bekerjasama dengan tokoh yang rapat dengan Umno untuk menyelesaikan masalah peribadinya.

MP Ampang Zuraida Kamaruddin memanaskan malam dengan menyatakan kegagalan Khalid menyelesaikan masalah jalan raya dan air di kawasan beliau. Beliau yang turut dijangka mempertahankan jawatan ketua wanita PKR pada pemilihan parti ini menyindir Khalid kerana bersikap sombong dan membelakangkan parti dalam pelbagai isu.

"Kita bukan pilih "acong" atau "ane" mana jadi  presiden. Ini Presiden parti pun beliau (Khalid) tidak mahu layan," kata beliau diikuti dengan gelak tawa dan sokongan daripada hadirin yang hadir.

Zuraida berkata Khalid bertindak sombong apabila menyatakan beliau menjadi menteri besar kerana rakyat dan kini melupakan parti. Beliau mengesyorkan agar Khalid menubuhkan parti baru jika ingin terus menjadi menteri besar.

"Saya MP Ampang kalau parti tak letak saya di Ampang adakah saya jadi YB di Ampang?
"Kalau tak nak ikut parti, baik dia buat parti sendiri jadi menteri besar sendiri.
"Tapi, boleh menangkah?" kata beliau dibalas dengan laungan "Tidak!" oleh hadirin.

Sementara itu Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan pengarah strategi parti Rafizi Ramli mengulang kepada hadirin mengapa Khalid patut diturunkan dengan masalah hutang Bank Islam beliau. Bagaimanapun hadirin sedikit kecewa kerana Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diberitahu sepatutnya datang tidak muncul.

Saifuddin ketika ditemui wartawan selepas ceramah menyatakan Anwar sedang menemui "seseorang yang amat penting." Tumpuan ceramah itu Wan Azizah merupakan satu-satunya pemimpin yang tidak mengulas langsung mengenai Khalid. Bakal menteri besar Selangor itu sebaliknya menceritakan kisah sedih hidup beliau selepas Anwar ditangkap dan dipenjarakan pada ketika permulaan Reformasi PKR.

"Saya tak mahu panjangkan isu menteri besar, biarlah Datuk Saifuddin dan saudara Rafizi menjelaskannya.
"Saya datang jumpa tuan puan malam ini nak berkongsi kehidupan saya. Bagaimana deritanya saya dan anak-anak hidup tanpa suami," katanya. (MK)


Sila  lihat..



E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


Isu Khalid & Bank Islam Terdedah, Forum Kecoh, Penyokong PKR Bertelagah.

Posted: 09 Aug 2014 09:51 PM PDT


Ibnu Hasyim

Isu Khalid & Bank Islam Terdedah, Forum Kecoh, Penyokong PKR Bertelagah.




Pertembungan pendapat tentang isu pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyebabkan kekecohan semalam selepas soalan diajukan kepada panel berkaitan dengan penyelewengan Khalid dan Bank Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Ogos, 2014.  
Pertembungan pendapat tentang isu pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyebabkan kekecohan semalam selepas soalan diajukan kepada panel berkaitan dengan penyelewengan Khalid dan Bank Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Ogos, 2014. 

 Forum membincangkan krisis Selangor malam tadi yang pada mulanya berlangsung dengan aman, terganggu selepas berlaku kekecohan akibat pertembungan pendapat membabitkan dua kumpulan penyokong PKR mengenai isu pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kekecohan tercetus selepas Timbalan Ketua Penerangan Pemuda PKR Rozan Azen Mat Rasip bertindak mengajukan soalan kepada ahli panel untuk menjelaskan laporan penyelewengan menteri besar Selangor penggal kedua itu.

Rozan yang mendakwa Khalid mengabaikan rakyat dalam soalannya itu menimbulkan kemarahan apabila berlakunya cabar-mencabar daripada penonton yang rata-ratanya merupakan ahli Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb).

"Kalau benar Khalid menjaga kebajikan rakyat, bagaimana pula dengan pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel) apabila menteri besar ini langsung mengabaikan keperluan mereka sehingga ada pelajar yang terpaksa 'maggie'?" soal Rozan kepada ahli panel forum sehingga menyebabkan anggota Pasmeb marah.

"Jadi bagaimana anda boleh jelaskan ini dan mengapa perjanjian penstrukturan air dilaksanakan juga meskipun pimpinan PKR meminta untuk menangguhkannya buat semen‎tara waktu?" soal Rozan pada program dihadiri lebih 100 orang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Kuala Lumpur malam tadi.

Bagaimanapun, kea‎daan akhirnya berjaya ditenangkan penganjur forum berkenaan meskipun pertelingkahan hampir tercetus. Seorang lelaki ditahan oleh orang ramai selepas tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberi oleh Ketua Penerangan Pemuda PKR Rosan Azen Mat Rasip yang menghadiri forum 'Krisis Selangor: Khalid Ibrahim Belot Pakatan?' di Dewan Himpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 10 Ogos, 2014.  
Forum bertajuk 'Krisis Selangor: Khalid Ibrahim belot Pakatan menampilkan ahli-ahli panel daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, seperti  Eksekutif Komunikasi Shazni Munir Mohd Ithnin, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Ekonomi Kewangan Azrul Azwar dan bekas pegawai komunikasi Nathaniel Tan.

Shazni menafikan surat tunjuk sebab PKR terhadap salah laku Khalid yang mendakwa Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Azman Bidin mengesahkan beberapa pertemuan bersama tokoh korporat Umno Tan Sri Rashid Manaf untuk berunding penyelesaian hutang dengan Bank Islam.

"Azman sendiri mengakui tidak wujud pun tuduhan itu, jadi laporan itu tidak sah dan tidak berasas.
"Ini bermakna Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution hanya membuat satu tuduhan yang tidak benar kemudian terus menghukum orang itu," katanya.

Azrul yang pernah menjadi Ketua Ekonomi Bank Islam dalam hujahnya pula mengatakan beliau antara yang terlibat dalam urusan penyelesaian hutang Khalid dengan Bank Islam.

"Pada 2008 selepas Pakatan Rakyat memenangi Selangor dan Khalid menjadi menteri besar, bekas bos saya meminta saya untuk menghubungi beliau (Khalid) untuk menyelesaikan isu pinjaman itu di luar mahkamah," katanya.

Menurut Azrul, Bank Islam yang terlebih dahulu menawarkan penyelesaian di luar mahkamah apabila rundingan pertama Khalid di ibu pejabat bank berkenaan tidak berjaya disebabkan menteri besar Selangor itu tidak bersetuju dengan terma perjanjian.

"Kerana itu kita lihat rentetan kronologi sehinggalah ke Mahkamah Tinggi," katanya.
Beliau berkata penyelesaian hutang Khalid bersama Bank Islam tercapai selepas bank itu menerima tawaran dari institusi kewangan Timur Tengah yang cuba menghidupkan semula skim perjanjian jual beli (BBA).
"Oleh kerana institusi kewangan itu cuba mempopularkan semula konsep BBA, maka menawarkan usul kepada Khalid dalam pembayaran jumlah hutang.
"Tawaran itu dilakukan kerana institusi kewangan itu tidak mahu sekiranya Bank Islam kalah dalam mahkamah maka ia akan memberi kesan pada polisi BBA," katanya.

Beliau berkata Khalid akhirnya bersetuju dengan tawaran penyelesaian terbabit dan Bank Islam juga berpuas hati kerana ia tidak merugikan perbankan itu. Manakala Presiden Pasmeb Mazli Saring yang turut menjadi panel pada forum itu berkata punca konflik di Selangor bermula apabila Khalid mengumumkan simpanan rizab negeri itu.

"Ia terjadi akibat ketamakan, apabila Khalid umumkan peningkatan rizab negeri ini,‎ maka masing-masing mula memasang hasrat ingin mentadbir negara ini," katanya.

Semalam dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mengumumkan pemecatan Khalid dalam parti kerana keengganan memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menggantikannya sebagai menteri besar Selangor. Khalid dalam kenyataannya berkata beliau menerima keputusan itu dan akan memaklumkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai pemecatannya. – 10 Ogos, 2014. (TMI)  Sila  lihat..
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?  


Isu Khalid & Bank Islam Terdedah, Forum Kecuh, Penyokong PKR Bertelagah.

Posted: 09 Aug 2014 08:48 PM PDT


Ibnu Hasyim

Isu Khalid & Bank Islam Terdedah, Forum Kecuh, Penyokong PKR Bertelagah.




Pertembungan pendapat tentang isu pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyebabkan kekecohan semalam selepas soalan diajukan kepada panel berkaitan dengan penyelewengan Khalid dan Bank Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Ogos, 2014.  
Pertembungan pendapat tentang isu pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyebabkan kekecohan semalam selepas soalan diajukan kepada panel berkaitan dengan penyelewengan Khalid dan Bank Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Ogos, 2014. 

 Forum membincangkan krisis Selangor malam tadi yang pada mulanya berlangsung dengan aman, terganggu selepas berlaku kekecohan akibat pertembungan pendapat membabitkan dua kumpulan penyokong PKR mengenai isu pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kekecohan tercetus selepas Timbalan Ketua Penerangan Pemuda PKR Rozan Azen Mat Rasip bertindak mengajukan soalan kepada ahli panel untuk menjelaskan laporan penyelewengan menteri besar Selangor penggal kedua itu.

Rozan yang mendakwa Khalid mengabaikan rakyat dalam soalannya itu menimbulkan kemarahan apabila berlakunya cabar-mencabar daripada penonton yang rata-ratanya merupakan ahli Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb).

"Kalau benar Khalid menjaga kebajikan rakyat, bagaimana pula dengan pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel) apabila menteri besar ini langsung mengabaikan keperluan mereka sehingga ada pelajar yang terpaksa 'maggie'?" soal Rozan kepada ahli panel forum sehingga menyebabkan anggota Pasmeb marah.

"Jadi bagaimana anda boleh jelaskan ini dan mengapa perjanjian penstrukturan air dilaksanakan juga meskipun pimpinan PKR meminta untuk menangguhkannya buat semen‎tara waktu?" soal Rozan pada program dihadiri lebih 100 orang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Kuala Lumpur malam tadi.

Bagaimanapun, kea‎daan akhirnya berjaya ditenangkan penganjur forum berkenaan meskipun pertelingkahan hampir tercetus. Seorang lelaki ditahan oleh orang ramai selepas tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberi oleh Ketua Penerangan Pemuda PKR Rosan Azen Mat Rasip yang menghadiri forum 'Krisis Selangor: Khalid Ibrahim Belot Pakatan?' di Dewan Himpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 10 Ogos, 2014.
Forum bertajuk 'Krisis Selangor: Khalid Ibrahim belot Pakatan menampilkan ahli-ahli panel daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, seperti  Eksekutif Komunikasi Shazni Munir Mohd Ithnin, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Ekonomi Kewangan Azrul Azwar dan bekas pegawai komunikasi Nathaniel Tan.

Shazni menafikan surat tunjuk sebab PKR terhadap salah laku Khalid yang mendakwa Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Azman Bidin mengesahkan beberapa pertemuan bersama tokoh korporat Umno Tan Sri Rashid Manaf untuk berunding penyelesaian hutang dengan Bank Islam.

"Azman sendiri mengakui tidak wujud pun tuduhan itu, jadi laporan itu tidak sah dan tidak berasas.
"Ini bermakna Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution hanya membuat satu tuduhan yang tidak benar kemudian terus menghukum orang itu," katanya.

Azrul yang pernah menjadi Ketua Ekonomi Bank Islam dalam hujahnya pula mengatakan beliau antara yang terlibat dalam urusan penyelesaian hutang Khalid dengan Bank Islam.

"Pada 2008 selepas Pakatan Rakyat memenangi Selangor dan Khalid menjadi menteri besar, bekas bos saya meminta saya untuk menghubungi beliau (Khalid) untuk menyelesaikan isu pinjaman itu di luar mahkamah," katanya.

Menurut Azrul, Bank Islam yang terlebih dahulu menawarkan penyelesaian di luar mahkamah apabila rundingan pertama Khalid di ibu pejabat bank berkenaan tidak berjaya disebabkan menteri besar Selangor itu tidak bersetuju dengan terma perjanjian.

"Kerana itu kita lihat rentetan kronologi sehinggalah ke Mahkamah Tinggi," katanya.
Beliau berkata penyelesaian hutang Khalid bersama Bank Islam tercapai selepas bank itu menerima tawaran dari institusi kewangan Timur Tengah yang cuba menghidupkan semula skim perjanjian jual beli (BBA).
"Oleh kerana institusi kewangan itu cuba mempopularkan semula konsep BBA, maka menawarkan usul kepada Khalid dalam pembayaran jumlah hutang.
"Tawaran itu dilakukan kerana institusi kewangan itu tidak mahu sekiranya Bank Islam kalah dalam mahkamah maka ia akan memberi kesan pada polisi BBA," katanya.

Beliau berkata Khalid akhirnya bersetuju dengan tawaran penyelesaian terbabit dan Bank Islam juga berpuas hati kerana ia tidak merugikan perbankan itu. Manakala Presiden Pasmeb Mazli Saring yang turut menjadi panel pada forum itu berkata punca konflik di Selangor bermula apabila Khalid mengumumkan simpanan rizab negeri itu.

"Ia terjadi akibat ketamakan, apabila Khalid umumkan peningkatan rizab negeri ini,‎ maka masing-masing mula memasang hasrat ingin mentadbir negara ini," katanya.

Semalam dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mengumumkan pemecatan Khalid dalam parti kerana keengganan memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menggantikannya sebagai menteri besar Selangor. Khalid dalam kenyataannya berkata beliau menerima keputusan itu dan akan memaklumkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai pemecatannya. – 10 Ogos, 2014. (TMI)  Sila  lihat..
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?  


Berakhir K'jaan PR, Melainkan MB Baru Dipersetujui Sultan -Dr Abdul Aziz Bari

Posted: 09 Aug 2014 07:42 PM PDT


Ibnu Hasyim

Berakhir K'jaan PR, Melainkan MB Baru Dipersetujui Sultan -Dr Abdul Aziz Bari




Dr Abdul Aziz Bari sebagai pakar perlembagaan berkata kini kerajaan sudah dijatuhkan PKR, kerana apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jatuh, seluruh exco juga jatuh. – Gambar fail, 10 Ogos, 2014.  
Dr Abdul Aziz Bari sebagai pakar perlembagaan berkata kini kerajaan sudah dijatuhkan PKR, kerana apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jatuh, seluruh exco juga jatuh. – Gambar fail, 10 Ogos, 2014. 

Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai berakhirnya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor, melainkan menteri besar baru dipilih dan dipersetujui Sultan.
Menurut bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, langkah PKR memecat Khalid menyebabkan kuasa menteri besar dan exco juga hilang, sekaligus menyebabkan tiada kerajaan di Selangor.

"Selangor sekarang tidak ada kerajaan, kerajaan negeri dijatuhkan oleh PKR, kerana apabila Khalid jatuh, seluruh exco juga jatuh.
"Jadi maknanya, Sultan yang sepatutnya memiliki kerajaan yang stabil, tetapi keadaan itu tidak berlaku sekarang kerana Khalid sudah dipecat," kata Aziz kepada The Malaysian Insider malam tadi.
Aziz berkata Khalid kini bukan lagi menteri besar Selangor dan PR perlu memutuskan nama pengganti.

"Bila dipecat, beliau bukan lagi menteri besar," katanya.

Mengenai hujah mengatakan Khalid masih sah sebagai menteri besar, Aziz berkata situasi Khalid ketika ini adalah berstatus menteri besar bebas yang tidak mewakili mana-mana parti dan bukan lagi daripada PR.

"Apabila sudah pecat maknanya negeri Selangor dikendalikan oleh seorang menteri besar bebas, ini tidak boleh.
"Maknanya kena cari dan pilih seorang menteri besar baru serta beritahu kepada Sultan bahawa ini adalah calon kita," katanya.

Aziz menjelaskan peranan Sultan ketika ini sangat penting dan bertindak sebagai pengadil serta mempunyai hak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana kerajaan negeri  tidak stabil lagi.

"Yang penting ketika ini Sultan, baginda adalah pengadil.
"Sekarang kamu tidak ada lagi menteri besar, maknanya Sultan boleh bubar untuk orang ramai pilih dalam pilihan raya semula," katanya.

Namun, Aziz berkata pecat sahaja tidak mencukupi dalam usaha menyingkirkan Khalid, tetapi PKR perlu dapatkan sokongan daripada rakan dalam Pakatan, DAP dan PAS.

"PKR perlu yakinkan rakan dalam Pakatan untuk bawa usul tidak percaya kerana pecat sahaja tidak cukup, kerana kamu tidak tahu sama ada PAS atau DAP setuju dengan PKR.
"Ini bermakna, mereka perlu uji sama ada pemecatan itu memberi kesan kepada kedudukan Khalid kerana kita tidak tahu beliau mendapat sokongan majoriti atau tidak," katanya.

Menurut Aziz, bagi menggantikan Khalid, ia perlu mengikut proses Perlembagaan, iaitu dengan memberitahu Sultan kemudian membawa usul tidak percaya.

"Mereka perlu yakinkan rakan dalam Pakatan untuk pergi terus ke Sultan dan beritahu keputusan bersama itu secara jelas, mengatakan tidak lagi menyokong Khalid.
"Dan kemudiaan pada Isnin, boleh bawa usul ke Dewan untuk undi tidak percaya," katanya.

Menurut Aziz bagi pihak Khalid, sekiranya mahu terus menjadi menteri besar, beliau perlu membuktikan masih memiliki sokongan daripada wakil dalam DUN.

"Tetapi jika beliau ada sokongan pun, kerajaan bukan lagi kerajaan Pakatan, ini kerajaan Khalid.
"Secara asasnya, apabila PKR pecat Khalid, PKR sudah menarik semula sokongan kepada Khalid, jadi Khalid sekarang bebas, bukan lagi PKR.
"Apabila menjadi bebas, beliau tidak boleh jadi lagi menteri besar dan perlukan sokongan, jadi Khalid perlu bekerja tidak kisah daripada Umno atau mana-mana parti pun, untuk tunjukkan kepada Sultan bahawa beliau masih mempunyai sokongan," kata Aziz.

Krisis politik dalaman PKR ini dijangka mengulangi insiden yang berlaku di negeri Perak pada tahun 2009, di mana Sultan Azlan Shah bertindak menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Datuk Seri Dr Zambry Kadir. Isu tersebut mencetuskan kekecohan apabila Sultan Perak dikatakan tidak mendengar nasihat Nizar selaku menteri besar pada ketika itu supaya membubarkan DUN atas alasan demokrasi.

Krisis bermula apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PR melompat parti, memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN). Berbeza dengan situasi kali ini, Aziz berkata Sultan perlu masuk campur tangan dalam krisis di Selangor kerana kerajaan negeri berada dalam keadaan tidak stabil.

"Sebab itu saya katakan sebelum ini, di mana Sultan perlu campur tangan; sama ada memanggil Khalid untuk buktikan beliau masih memiliki sokongan majoriti dalam dewan atau menyuruh Khalid letak jawatan," katanya.

Dari sudut perundangan, PR masih sah pentadbir menguasai DUN, bagaimanapun kerajaan negeri Selangor bukan lagi di bawah pemerintahan mereka.
Kini PAS dan DAP memiliki 15 kerusi DUN sementara PKR 13 dan Khalid sebagai wakil bebas. BN pula memiliki 12 wakil dalam DUN Selangor. – 10 Ogos, 2014.
  (TMI)

Sila  lihat..

E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani