Powered by Blogger.

Gambar mayat bayi cukup sifat ditemui dibuang dlm longkang di Sepang

Gambar mayat bayi cukup sifat ditemui dibuang dlm longkang di Sepang


Gambar mayat bayi cukup sifat ditemui dibuang dlm longkang di Sepang

Posted: 14 Aug 2014 07:21 PM PDT


Tengok TV Online

Gambar mayat bayi cukup sifat ditemui dibuang dlm longkang di Sepang


14/8/14 - MAYAT seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui di dalam sebuah longkang belakang deretan rumah teres kira-kira jam 9 pagi tadi di Taman Seri Sg Pelek,Sepang.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Mohd Yusoff Awang berkata,mayat bayi yang dianggar dua kilogram itu telah dijumpai oleh penduduk di situ.Menurutnya lagi,hasil pemeriksaan awal ke atas mayat bayi yang berkulit cerah itu menemui kesan calar pada dahinya dipercayai terkena batu pada longkang.Mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Serdang untuk disiasat.

*suami saya share pic & info ni dgn saya.. Sedih sgt tgk nasib si kecik ni.. Longkang akhirnya tmpt terakhir dia.. Xsanggup nk bayangkan betapa siksanya dia sewaktu dicampak di longkang ni dgn kepala dgn bdn terhentak dkt batu longkang itu.. Lepas tu mungkin lemas dgn air longkang yg kotor tu.. Allahuakbar..
Semoga si perlaku dpt hidayah drpd Allah Taala..

via ~ Sista Anne

Bangkai cicak dan lipas ditemui dalam sos cili (2 Gambar)


SEREMBAN 14 Ogos - Apa perasan anda, apabila sos cili yang anda beli dan mahu digunakan bagi memasak hidangan ayam percik untuk dimakan bersama keluarga, mengandungi seekor cicak dan lipas.

Lebih menjijikkan sos cili yang dikeluarkan sebuah syarikat besar di negara ini itu, sudah berbau busuk sebaik sahaja tudungnya dibuka menyebabkan seorang wanita terkejut dan meminta bantuan suaminya untuk mengeluarkan bangkai cicak dan lipas dari botol berkenaan.

Wanita itu, Mawar Malinda Zakaria, 33, mendakwa, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter dan lipas dalam sos cili yang dibelinya di sebuah kedai runcit turut itu mempunyai tanda sijil halal dan tertera tarikh 2 April 2015, dipercayai tanda tamat tempoh.

"Saya mahu memasak ayam percik pada 6.30 petang, Selasa lalu dan apabila dibuka (tudung botol itu), saya terkejut melihat bangkai cicak dan lipas itu, tiba-tiba terkeluar dari botol berkenaan selepas beberapa kali saya berusaha menuang sos yang seakan-akan tersekat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, mengesyaki sesuatu yang tidak kena dalam kandungan sos cili itu, dia telah meminta bantuan suami untuk mengeluarkannya.


"Apabila dituang, ia memang sudah berbau busuk seperti bau bangkai," katanya.

Menurutnya, sos cili berharga RM3.70 itu dibeli di sebuah kedai runcit berdekatan rumahnya empat hari lalu namun, dia tidak menyedari ada cicak dan lipas kerana kedudukannya terlindung di sebalik label botol sos.

Mawar Malinda yang merupakan kakitangan di Lembaga Muzium Negeri Sembilan dekat Jalan Sungai Ujong di sini berkata, dia dan keluarganya terutama tiga anaknya kini trauma dan enggan menggunakan produk itu lagi.

"Saya ada menghubungi bahagian perkhidmatan pelanggan syarikat terbabit bagi memaklumkan penemuan itu tetapi jawapan yang diberi tidak memuaskan tanpa mengambil kira perasaan saya sebagai pengguna.

"Dia mahu menggantikan saya sebotol sos cili yang baharu, itu sahaja," katanya sambil menegaskan akan membawa kes itu ke mahkamah melalui kes yang akan difailkan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Tambahnya, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat terbabit, ekoran kelalaian pengeluar bahan makanan tersebut dalam memelihara kualiti produknya.

Berikutan kejadian itu, Mawar Malinda membuat laporan di Balai Polis Senawang malam tadi berikutan perasaan kecewanya selepas menerima jawapan yang tidak memuaskan hati daripada bahagian pelanggan syarikat besar itu.

"Saya nasihatkan orang ramai lebih berhati-hati ketika memilih bahan perisa makanan dan periksa dengan teliti sebelum membuat pembayaran," katanya

-Utusan Malaysia Online
http://m.utusan.com.my/Dalam_Negeri/20140815/dn_22/Wanita-terkejut-temui-cicak-lipas-dalam-sos-cili


Khalid Ibrahim Pasti Menggelupur Mendengar Berita Ini..

Posted: 14 Aug 2014 06:39 PM PDT


Addin

Khalid Ibrahim Pasti Menggelupur Mendengar Berita Ini..


Penghuni flat kos rendah di Taman Kem, Pelabuhan Klang bimbang harapan mereka untuk mendapat rumah yang lebih baik dan lebih selamat akan terkubur dengan usaha PKR.

Sementara itu, penduduk di Petaling Jaya yang membantah Lebuhraya Bertingkat Kinrara-Damansara (Kidex) yang akan dibina di kawasan kejiranan mereka khuatir jika menteri besar baru tidak dapat menyelesaikan masalah mereka.

Ini sebahagian contoh kebuntuan dalam krisis menteri besar Selangor memberi kesan dan akan terus membadai kehidupan rakyat biasa di negeri terkaya di Malaysia itu.Sentimen terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kekeliruan terhadap rancangan PKR untuk menggantikan menteri besar itu menunjukkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) Selangor semakin menurun selepas memenangi negeri itu untuk penggal kedua pada Pilihan Raya Umum 2013.

Keputusan Khalid memecat exco daripada PKR dan DAP pada Selasa mengakibatkan berakhirnya kerajaan PR di Selangor serta-merta.Beliau mengekalkan empat exco PAS kerana menyangka mendapat sokongan mereka, tetapi semalam, dua daripada mereka juga menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dicadangkan parti untuk menggantikan Khalid.

Sampai bilakah kerajaan begini mampu bertahan? Ia masih menjadi tanda tanya selepas PAS hanya akan menyatakan pendiriannya pada Ahad ini.Menyaksikan drama ini, ramai yang bingung mengapa PR bersungguh-sungguh mahu menyingkirkan Khalid yang menonjolkan ciri kepimpinan jujur, berdisiplin dan mengepalai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Pada masa sama, wujud kesangsian terhadap Dr Wan Azizah.

PR mempunyai tugas besar di hadapan dalam meyakinkan rakyat Selangor tentang cadangannya menukar ketua eksekutif negeri popular itu.Niat murni, pelaksanaan lemahMendengar berita Khalid akan disingkirkan, Jafri tidak henti menerima panggilan telefon daripada jiran yang mahu penjelasan lanjut mengenai khabar itu.

Sejak lima tahun lalu, penduduk Taman Kem, taman perumahan berusia 30 tahun, penuh sabar bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi membangunkan semula kejiranan mereka.

Pada 1970-an, flat empat tingkat itu dibina untuk penduduk setinggan yang tinggal di pondok usang di tanah kerajaan bertentangan jalan menuju ke pelabuhan.Namun selepas 30 tahun, siling dan lantainya mula pecah yang membolehkan air hujan masuk ke dalam rumah mereka. ~tmi





Iklan C (ii)





Umno Berputih Mata Dengan Pendirian Terbaru Akar Umbi PAS

Posted: 14 Aug 2014 05:45 PM PDT


Addin

Umno Berputih Mata Dengan Pendirian Terbaru Akar Umbi PAS


Walaupun berpendirian PAS harus kekal dalam Pakatan Rakyat (PR), pemimpin akar umbi parti Islam itu mengatakan mereka akan "wala" (patuh) dengan keputusan kepimpinan dalam kebuntuan isu menteri besar Selangor yang boleh memecahkan gabungan itu.

Kepimpinan PAS masih berdolak-dalik malam tadi sama ada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim harus memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tetapi mengatakan ia bukan disebabkan masalah gender.

"Kita tidak mahu bersama Umno. Kita mahu PAS kekal setia bersama PR. Kita sudah bersama begitu lama, kita selesa bekerja dengan PKR dan DAP," kata Yang Dipertua PAS Subang Mesni Mohd Dahlan kepada The Malaysian Insider.

Tetapa kita mesti 'wala' kepada kepimpinan tertinggi. Kita akan menunggu keputusan mereka. Kita akan ikut apa sahaja mereka putuskan – walaupun untuk menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar," katanya.

Walaupun jika sokongan tidak berbelah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Khalid akan menyebabkan perpecahan gabungan itu, pemimpin akar umbi parti Islam itu mengatakan mereka yakin dengan kebijaksanaan pimpinan parti.

Selepas seminggu ditangguhkan, Jawatankuasa PAS Pusat akan bertemu Ahad ini untuk membincangkan cadangan PKR untuk menggantikan menteri besar Selangor dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Dr Wan Azizah.

Akan tetapi Hadi bulan lepas sudah mengisytiharkan sokongan kepada Khalid dan pertemuan beliau dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mencapai konsensus.

Pendirian Hadi menyebabkan pergeseran di antara parti komponen PR dengan DAP mendesak parti Islam itu menyatakan pendirian sebelum mesyuarat 17 Ogos.Beberapa pemimpin PAS dalam mempertahankan Khalid sejak beberapa minggu lalu menyerang DAP, mengeruhkan hubungan tiga parti itu.

Di sebalik semua perkembangan ini Ismail Hassan daripada PAS yang juga Ahli Majlis Selayang yakin kepimpinan parti tidak akan memutuskan hubungan dengan PKR dan DAP.

"Saya rasa mustahil PAS meninggalkan PR atau akan berlaku perpecahan dalam isu ini. Masa akan menentukan."Apa pun berlaku, saya patuh kepada apa yang pemimpin saya putuskan, terutamanya apabila Majlis Syura sudah membuat keputusan mereka," katanya.

Minggu lalu Majlis Syura Ulama PAS yang diketuai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sokongan mereka kepada Khalid agar kekal sebagai menteri besar.Keputusan itu mungkin mempengaruhi mesyuarat pada Ahad kerana Majlis Syura merupakan badan kedua tertinggi dalam PAS.

Yang Dipertua PAS Bandar Baru Kundang Basri Zakariah percaya pemimpin mereka mempunyai kebijaksanaan berbanding ahli biasa dalam membuat keputusan ketika krisis."Pandangan peribadi kami mungkin tidak tepat dan hanya berdasarkan andaian.

"Pemimpin kami mempunyai maklumat tepat, mereka berbincang dengan pakar dan pelbagai sumber lain sebelum membuat keputusan."Jadi kami bergantung kepada pimpinan untuk membuat pilihan, mereka lebih bijak dalam menilai keputusan. Kita hanya perlu tunggu dan lihat," katanya.

Bagaimanapun, Yang Dipertua PAS Selayang Country Homes Mohamad Abdul Rahman tidak bersetuju dengan tindakan Hadi mengisytiharkan sokongan terbuka kepada Khalid sebelum perkara itu dibincangkan Jawatankuasa Pusat.Beliau berkata, beberapa pemimpin kanan parti tidak gembira dengan apa yang berlaku dan kekal setia kepada PAS kerana menghormati Nik Aziz.

"PAS seharusnya mencadangkan untuk memanggil mesyuarat PR sebelum memberikan kenyataan menyokong Khalid yang sudah pun ditolak partinya sendiri."Walaupun beliau (Hadi) presiden, beliau sepatutnya menghormati nilai perbezaan pendapat untuk perbincangan," kata Mohamad.

"Saya fikir PAS sendiri boleh berpecah dalam isu ini kerana terlalu banyak perbezaan pendapat di pelbagai peringkat," katanya.Mohamad menambah PAS "harus" kekal dengan PR untuk terus hidup."Bagaimanapun saya lihat reputasi PAS tercalar sedikit dalam isu Khalid. 

Masalahnya presiden bersuara ketika kita masih lagi membincangkan isu itu."Ini tidak bermakna saya engkar atau tidak patuh kepada pemimpin  tetapi saya menyampaikan suara akar umbi," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin semalam menyatakan sokongan terbuka mereka terhadap Dr Wan Azizah untuk menjadi menteri besar Selangor yang baharu. 

Mereka Adun PAS Selangor pertama menyokong presiden PKR yang juga merupakan isteri kepada Anwar.Saari yang juga Adun dua penggal mengatakan beliau bersedia dipecat parti dan prospek menjadi Adun Bebas tidak akan mengubah keputusannya.

Beliau berkata pendiriannya bukan untuk menentang PAS tetapi untuk memastikan Selangor terus berada di bawah PR.Semalam 30 Adun Selangor turut mengisytiharkan mereka hilang kepercayaan terhadap Khalid sebagai menteri besar di Subang Jaya, Selangor semalam.

Khalid yang merupakan Adun Pelabuhan Klang dan ahli Parlimen Bandar Tun Razak mengatakan pada Isnin beliau mempunyai sokongan majoriti daripada 56 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Sultan Selangor mahu beliau kekal sebagai menteri besar. ~mk



Iklan C (ii)





Penganiaan Seksual, Anak Kapal MAS Ditahan Di Perancis. Maluu..

Posted: 14 Aug 2014 04:52 PM PDT


Ibnu Hasyim

Penganiaan Seksual, Anak Kapal MAS Ditahan Di Perancis. Maluu..

Pramugara Malaysia Airlines lakukan pelecehan pada penumpang


Seorang anak kapal syarikat penerbangan Malaysia Airlines ditahan di Perancis sebab melakukan penganiayaan seksual pada penumpang asal Australia. Penumpang itu takut kerana Malaysia Airlines belakangan sering terjadi bencana.

Akhbar the Daily Mail melaporkan, Khamis (14/8), polis Perancis tengah menyoal perlakuan tidak layak anak kapal pesawat itu pada penumpang perempuan dalam penerbangan bernombor MH20. Wanita Australia itu mengadu pada pihak berkuasa berkuasa tentang insiden dia alami di Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle, Ibu Kota Paris.

Dia mengatakan ketakutan lantaran Malaysia Airlines sering terkena bencana. Pramugara yang kebetulan duduk di sisinya langsung melakukan gangguan dengan dalih menghibur dia. Malaysia Airlines berjanji membantu pihak berkuasa dalam siasatan kes ini.

"Keselamatan, keselesaan, dan kesejahteraan penumpang kami merupakan keutamaan tertinggi. Malaysia Airlines menganggap hal ini sangat serius," ujar jurucakap syarikat penerbangan tidak disebutkan namanya.

Kes ini semakin membuat Malaysia Airlines terpuruk di tengah bencana kembar yang mereka hadapi. Pesawat dengan nombor penerbangan MH370 hilang secara misteri pada Mac dengan 239 penumpang di dalamnya. Belum ada tanda-tanda baik atas insiden ini.

Bulan lalu nombor penerbangan MH17 ditembak jatuh di sempadan Ukraine. Seluruh penumpang dan awak berjumlah 298 orang terkorban.


Kalau betul dan sabit tuduhan ini, memang sungguh memalukan Malaysia.. (IH)


'Kami Tolak Azizah, Tapi Bukan Sebab Wanita'. -PAS

Posted: 14 Aug 2014 03:44 PM PDT


Ibnu Hasyim

'Kami Tolak Azizah, Tapi Bukan Sebab Wanita'. -PAS


Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah menyatakan sebab kepada PKR mengapa parti itu menolak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor. Bagaimanapun, Mustafa berkata, sebab mengapa Wan Azizah ditolak tidak boleh didedahkan kepada umum buat masa ini.

Ketika ditanya sama ada Wan Azizah ditolak kerana beliau seorang wanita, Mustafa berkata: "Tidak". Tidak, tidak, bukan kerana gender.

"Kita dah maklumkan kepada.... PKR dah maklum kenapa kita... but not on gender i wont disclose (tapi bukan kerana gender, saya takkan dedahkan)," katanya ketika diminta menjelaskan sama ada penolakan itu disebabkan jantina atau kelayakannya.

Mustafa berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat lajnah politik PAS di pejabat agung parti itu di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Wartawan: Adakah mesyuarat malam ini PAS ada calonkan nama lain selain Wan Azizah?
Mustafa: Tidak, tidak. Bukan mesyuarat rasmi nak bincang perkara calon. Tak berbangkit. Tak ada. Tak bincang malam ni. Tak bincang.

Azmin ke?
Tak ada, tak ada. Tak bincang nama itu.

Adakah Wan Azizah ditolak disebabkan jantina atau kelayakan?
Tidak, tidak, bukan kerana gender. Kita dah maklumkan kepada.... PKR dah maklum kenapa kita... but not on gender i wont disclose .

Dah beritahu semua ini. Dah beritahu pada PKR. PKR dah maklum.

Dah beritahu PKR?
Tak boleh sebut, dah beritahu pada PKR.

Ada arahan dari PAS supaya ADUN tak terima Wan Azizah sebagai mb ...
Belum sampai lagi pada peringkat itu.

PAS berminat calon PAS jadi MB?
Walaupun kita kerusi (DUN) lebih, tapi PAS dah buat keputusan tak akan ambil kerusi MB. Tak berbangkit langsung pada waktu ini.

Mustafa terus disoal wartawan selepas sidang media media ditamatkan.

Benar tolak Wan Azizah?
Kita sudah bagi secara tertutup. Calon tak sebut.

PAS tak setuju Wan Azizah MB?
Saya nak jawab kena ada alasan, jadi alasan saya tak sebut, saya tak boleh jawab yang itu.

(Soalan tidak jelas.)

Prerogatif sultan (kita) tak nak masuk campur. Kalau sultan terima nak buat apa, kalau sultan tak terima nak buat apa, itu kuasa sultan. (MK)
 

Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


4 Exco PAS Pertahan Kerajaan Selangor Dari Jatuh

Posted: 14 Aug 2014 02:01 PM PDT


Ibnu Hasyim

4 Exco PAS Pertahan Kerajaan Selangor Dari Jatuh



KUALA LUMPUR: Kehadiran empat Exco Kerajaan Selangor daripada PAS ke mesyuarat mingguan exco bersama Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim semalam adalah untuk menyelamatkan kerajaan daripada jatuh.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, undang-undang tubuh negeri mengiktiraf kerajaan negeri sebagai masih wujud jika sekurang-kurangnya mempunyai empat orang exco.

"Pada kami, kami masih menganggap itu kerajaan Pakatan Rakyat.
"Sebab itu kehadiran empat orang exco PAS itu sebagai mewakili Pakatan Rakyat selepas daripada exco PKR dan DAP dipecat," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Lajnah Politik PAS di pejabat angung parti itu malam ini.

Beliau mengulas ketetapan PAS terhadap empat exco mereka agar terus menjalankan tugas seperti biasa di bawah pentadbiran Abdul Khalid walaupun menteri besar itu telah dipecat dari PKR.
Turut serta pada sidang media itu ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Menteri Besar Kelantan yang juga pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Penolong Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagaimanapun tidak hadir pada mesyuarat malam ini atas faktor kesihatan.

"Bagi kita kalau exco tak hadir, kerajaan akan jatuh. Kita pentingkan rakyat. Kalau kita tak datang kita tak boleh buat keputusan untuk kepentingan rakyat," katanya sambil menegaskan bahawa PAS konsisten untuk terus bersama Pakatan Rakyat.

Terdahulu mereka mengadakan mesyuarat hampir sejam setengah bermula jam 9 malam. Mesyuarat lajnah politik malam ini adalah sebagai rangka awal kepada perbincangan mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos ini.

Bukan sebab jantina

Mustafa berkata, mesyuarat malam ini bagaimanapun tidak menyentuh langsung soal calon menteri besar. Ditanya adakah penolakan PAS terhadap Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon menteri besar atas faktor jantina, Mustafa menafikannya.

"Bukan sebab jantina. Kita dah maklum kepada PKR...kenapa kita tu... tapi  saya tak akan dedah," katanya.

Berhubung dua calon PAS yang menghadiri sidang media bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah dan menyatakan sokongan kepada beliau sebagai calon menteri besar, Mustafa berkata PAS akan menyiasat terlebih dahulu perkara tersebut sebelum membuat apa-apa keputusan. - HARAKAHDAILY 14/8/2014

Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Tumpuan & Halangan, PAS, Istana, Wan Azizah.

Posted: 14 Aug 2014 09:44 AM PDT


Ibnu Hasyim

Tumpuan & Halangan, PAS, Istana, Wan Azizah.


Walaupun berjaya mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan sokongan terbaru dua wakil PAS, masih terdapat halangan besar yang perlu direntas Pakatan Rakyat untuk mempertahankan pentadbirannya di Selangor.

Ini kerana masih terdapat perkara perlu diselesaikan dengan PAS dan istana Selangor bagi menamatkan krisis menteri besar di negeri itu. Hubungan antara Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan PKR dengan kedua-dua pihak itu kini sedang diperhatikan untuk tempoh penting dua tiga hari ini bagi menentukan kepimpinan negeri.

Paling penting sama ada PKR dan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia mengemukakan nama kedua sebagai calon menteri besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang sudah dipecat parti itu.

Istana Selangor sudah pun menolak permohonan Wan Azizah untuk menghadap sultan awal minggu ini kerana pihak itu enggan terlibat dalam urusan dalaman PKR. Wan Azizah, ADUN Kajang, bagaimanapun kini mengutus surat kedua untuk tujuan itu bagi memaklumkan beliau sudah mendapat sokongan majoriti daripada anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menyingkirkan Khalid.

Dengan perkembangan terbaru itu, terdapat tuntutan supaya sultan memperkenan untuk mengarahkan Khalid meletakkan jawatan. Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali semalam berkata beliau ada "dengar" bahawa istana menolak pencalonan Azizah, justeru parti itu dikatakan mahu PKR menamakan calon lain.

Jika istana sekali lagi tidak menerima menghadap Azizah, PKR dan DAP nampaknya harus menunggu sehingga sidang DUN seterunya untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Khalid. Dewan juga mungkin tergantung dan sekali gus mendorong sultan membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya baru negeri.

Perkara itu menyebabkan Pakatan harus berhati-hati ekoran kebimbangan pilihan raya itu tidak menguntungkan PAS dan PKR berbanding pilihan raya umum ke-13 lalu. Cara utama untuk mengelakkan perkara itu hanya dengan memastikan PAS mendukung hasrat menukar menteri besar sedia ada bersama PKR dan DAP.
Majlis Dewan Diraja Selangor

Semmentara itu, Majlis Dewan Diraja Selangor akan membincangkan kedudukan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim esok. Khalid berkata, sebuah mesyuarat akan diadakan oleh badan itu di Istana Kayangan esok bagi membincangkan perkara itu ekoran pemecatan Khalid oleh PKR semalam.

Khalid juga berkata beliau "dinasihatkan" peguamnya untuk tidak membuat kenyataan lanjut berhubung perkara itu. Khalid hari ini bertemu dengan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di masjid negeri di Shah Alam untuk merasmikan kursus haji peringkat negeri.

Selepas acara itu beliau memberitahu pemberita akan mengadap sultan esok selepas majlis berbincang bagi menentukan pendirian istana dalam isu itu. Khalid tidak menunjukkan tanda-tanda akan merayu terhadap keputusan PKR. Katanya, keutamaannya sekarang untuk berkhidmat kepada negeri sebagai menteri besar.

Khalid dalam kenyataannya hari ini mengulangi pendiriannya yang menerima keputusan PKR itu "walaupun tindakan itu salah dan tidak menurut undang-undang serta bertentangan dengan perlembagaan parti".

"Saya juga akan meneruskan tugasan sebagai menteri besar seperti biasa dan dinasihati untuk tidak membuat apa-apa kenyataan sehingga satu mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor yang telah ditetapkan pada hari Isnin, 11 Ogos 2014," katanya.

Ahli dewan diraja mempunyai 20 anggota, termasuk Tengku Bendahara Selangor Tengku Azman Shah, Khalid sendiri sebagai menteri besar, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor dan Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Ia turut dianggota empat ahli waris, lima Orang-Orang Besar dan tujuh Orang Tua-Tua turut. (IH)


Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Isu MB: Di Mana Silap Langkah PKR? -Dr Abdul Aziz Bari.

Posted: 14 Aug 2014 08:46 AM PDT


Ibnu Hasyim

Isu MB: Di Mana Silap Langkah PKR? -Dr Abdul Aziz Bari.

Aziz BariMemecat Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai anggota PKR tidak cukup untuk menyingkirkannya daripada kerusi menteri besar Selangor, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

Aziz memberitahu Malaysiakini, PKR "silap" apabila tidak membuktikan bahawa Khalid hilang sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) terlebih dahulu sebelum memecat anggota DUN Pelabuhan Klang itu.

"PKR buat silap apabila tidak teruskan usaha menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 29 daripada 43 anggota Pakatan dalam dewan menentang Khalid," katanya.

"Pemecatan mungkin menggambarkan penarikan sokongan tetapi tidak cukup untuk menyingkirkan Khalid daripada jawatannya," katanya. (MK)


Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Lelaki biadap tulis Puk*mak pada saman dipenjara seminggu, denda RM5,000

Posted: 14 Aug 2014 07:18 AM PDT


Tengok TV Online

Lelaki biadap tulis Puk*mak pada saman dipenjara seminggu, denda RM5,000


Georgetown: Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM5,000 terhadap seorang buruh yang menulis perkataan luc ah pada buku saman yang diberikan kepadanya.

Majistret Diannee Ningrad Nor Azhar menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Lim Pei Jye, 41, selepas dia mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut kertas pertuduhan, Lim dituduh mengeluarkan perkataan atau isyarat luc ah pada buku saman yang diberikan kepadanya untuk ditandatangani dengan maksud mengaibkan kehormatan anggota polis yang bertugas.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu pada 2 Julai lalu di hadapan sebuah cafe di Jalan Batu Ferringhi ketika ditahan dan disaman kerana melanggar lampu isyarat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hafiz Hasni manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Harian Metro



Punca Sebenar 2 Adun PAS Sokong Wan Azizah Tersebar

Posted: 14 Aug 2014 05:22 AM PDT


Addin

Punca Sebenar 2 Adun PAS Sokong Wan Azizah Tersebar


ADUN PAS dari Hulu Kelang, Saari Sungib bersedia untuk keluar parti jika PAS kekal menyokong Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos ini.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan wartawan selepas sidang media tengah hari tadi.

"Kalau itu antara pilihan di antara parti dan saya, saya bersedia," katanya.

Beliau ditanya jika beliau sanggup berbuat demikian jika PAS kekal dengan pendirian mereka sekarang dalam krisis menteri besar Selangor.

Saari dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin hari ini menyatakan sokogan terhadap  Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Khalid.

Saari berkata, mereka berbuat demikian kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".

"Saya bergerak dari satu asas iaitu polisi dan dasar PAS untuk bersama-sama Pakatandan polisi ini saya sokong untuk membolehkan Pakatan terus memerintah dan mentadbir Selangor," kata Saari.

Menurutnya, beliau yakin baki 13 orang ADUN PAS lain akan menurut jejak langkah beliau.

"Saya percaya rakan-rakan ADUN dari PAS juga akan mengambil langkah yang sama," katanya selepas sidang media Wan Azizah di Subang tengah hari ini.

Saari juga yakin mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos ini akan memutuskan untuk terus berada bersama Pakatan.

"Saya yakin selepas 17 hari bulan, sekiranya benar apa yang saya yakini PAS tidak akan berganjak daripada Pakatan Rakyat.

"Saya anggap memperkukuhkan Pakatan di Selangor tidak bertentangan dengan PAS," katanya.

Hasnul pula berpendapat pentadbiran Khalid sekarang tidak lagi menjunjung semangat Pakatan selepas beliau mengumumkan kerajaan Pakatan tidak wujud lagi di Selangor.

"Saya sebagai YB Morib mengambil langkah yang sama dengan YB Hulu Kelang untuk menyokong kerajaan Pakatan di Selangor.

"Semangat dan roh Pakatan itu tak ada pada menteri besar dan saya bersama Pakatan untuk memerintah negeri Selangor sebenar-benarnya," katanya.

Beliau turut mengkritik Khalid yang menurutnya "merosakkan Selangor jam demi jam".

"Kerosakan yang dilakukan Khalid kepada Selangor bukan setakat minggu ke minggu tetapi on an hourly basis (jam demi jam)," katanya. ~mk



Iklan C (ii)





Isu MB: Patuhi Arahan Parti -Tuan Ibrahim Tuan Man

Posted: 14 Aug 2014 04:39 AM PDT


Ibnu Hasyim

Isu MB: Patuhi Arahan Parti -Tuan Ibrahim Tuan Man




KL: PAS mengingatkan seluruh pemimpin dan ahli khususnya Adun PAS di Selangor agar mematuhi arahan parti dalam berdepan isu Menteri Besar di negeri itu.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS telah membuat ketetapan akan membincangkan perkara itu pada mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos ini.

"Kita harap tidak ada yang mendahului keputusan parti dan jangan pula ada yang membelakangi keputusan jamaah.
"Jangan anggap keputusan kita secara bersendirian itu lebih bijak daripada keputusan parti.
"Bertindak membelakangi keputusan jamaah ini tidak ada keberkatan dan jika berlaku masalah, parti tidak akan bertanggungjawab," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu beliau menasihatkan seluruh ahli bersabar menunggu keputusan rasmi parti. Beliau juga meminta ahli PAS tidak mudah terpengaruh dengan laporan-laporan bukan dari sumber utama parti. Katanya, dalam suasana sekarang ini terlalu banyak laporan-laporan palsu menggunakan nama pimpinan.

"Peranan kita adalah semak dan teliti dahulu, jangan mudah terima dan menyebarkannya.
"Lebih baik diam dari komentar yang mengeruhkan lagi keadaan," tegasnya.

 Ahli PAS perlu terus kekal dalam jemaah dan tidak membuat tindakan bersendirian, kata Adun Meru Dr Abdul Rani Othman berhubung isu menteri besar Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider. Ahli PAS perlu terus kekal dalam jemaah dan tidak membuat tindakan bersendirian, kata Adun Meru Dr Abdul Rani Othman berhubung isu menteri besar Selangor



Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru daripada PAS Dr Abdul Rani Othman  meminta semua rakannya terus kekal dalam jemaah atau parti dan tidak membuat tindakan bersendirian.

"Apa terjadi pun biarlah kita mati dalam jemaah," kata Dr Rani ketika dua Adun PAS membuat keputusan lari daripada kelompok PAS dan menyertai PKR dan DAP menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Tindakan mereka diambil ketika PAS Pusat dijadualkan bermesyuarat Ahad ini bagi memutuskan pendiriannya berkenaan isu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hendak disingkirkan. Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) bertindak menyertai sidang media Dr Wan Azizah hari ini, memberikan beliau sokongan majoriti dalam DUN Selangor iaitu 30 daripada 56 ahli.

Hasnul, Saari dan Dr Rani antara pemimpin PAS yang tidak menyertai mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang diadakan di Shah Alam semalam. Dr Rani yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor sesi lalu berkata, antara perkara pokok kenapa Rasulullah diutuskan ialah untuk melengkapkan akhlak manusia.

"Selain akhlak ketika makan dan bergurau senda, termasuk juga akhlak berjemaah dan bermesyuarat.
"Segala keputusan majoriti dalam mesyuarat hendaklah dituruti dan dipatuhi walaupun bercanggah dengan pendapat kita atau walau kita tidak hadir," katanya dalam satu kenyataan hari ini seperti menjawab spekulasi Dr Rani juga akan menyertai mereka kerana dia tidak hadir mesyuarat.
"Saya doakan setiap dari ahli jemaah PAS di semua peringkat muhasabah setiap tindakan kita," katanya.  (IH)

Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


PAS Bincang 4 Topik Panas Malam Ini, Termasuk Isu W/Azizah?

Posted: 14 Aug 2014 03:48 AM PDT


Ibnu Hasyim

PAS Bincang 4 Topik Panas Malam Ini, Termasuk Isu W/Azizah?



Mesyuarat Lajnah Politik PAS malam ini dijangka membincangkan empat topik panas berkaitan krisis menteri besar (MB) Selangor yang kini menjadi perdebatan hangat. Lapor Malaysiakini bebentar tadi.

Isu-isu ialah:
Pendirian PAS terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim.Difahamkan akan dibincangkan juga isu kemampuan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta kemungkinan calon alternatif baru. Kewajaran PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan Perkembangan terbaru sokongan dua ADUN PAS menyokong Dr Wan Azizah sebagai MB hari ini.
Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, sumber-sumber yang dekat dengan lajnah itu menjelaskan mesyuarat malam ini bertujuan menyusun rangka kerja sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos.

"Bagaimanapun ia (keputusan lajnah politik) bukan satu kata putus muktamad. Ia lebih dilihat menyediakan satu rangka untuk mesyuarat itu nanti," kata sumber-sumber itu lagi.
 

Lajnah itu akan bermesyuarat di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur pada jam 9 malam ini dengan dipengerusikan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pemerhati politik melihat pertembungan hujah kumpulan pro-ulama dan pro-Erdogan mungkin memanaskan suasana mesyuarat itu apatah lagi suara kedua-dua kumpulan itu yang hampir seimbang dalamnya.  

Sementara itu, isu kemampuan Dr Wan Azizah yang dipilih menggantikan Khalid dikatakan bakal mencetuskan perdebatan panas di kalangan anggota lajnah itu. Perkembangan terbaru bahawa penolakan istana terhadap isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk dakwaan prestasi hambar sebagai presiden parti dikatakan antara hujah penolakannya.

Sumber-sumber memaklumkan, selepas pendirian istana dibuat, Abdul Hadi sendiri berkongsi pandangan sama dan dikatakan meminta Anwar menyediakan calon lain sewaktu pertemuan mereka di Kuala Terengganu kelmarin. PAS dijangka membincangkan calon MB alternatif dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali antara yang disebut-sebut sebagai pilihan untuk dimajukan kepada istana.

Sumber yang juga pemimpin kanan PAS itu berkata, perkembangan hasil siri pertemuan antara pemimpin ketiga-tiga parti dalam Pakatan dalam tempoh dua minggu ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat malam ini.

"PAS dijangka membincangkan senarai calon MB daripada PKR selain daripada Azizah, termasuk Azmin. PAS juga tidak pernah bincang (sebelum ini) calon MB daripada PAS.

"Ini kerana, kita menghormati bahawa ia adalah satu konvensyen dalam Pakatan. Tidak timbul calon MB daripada PAS," katanya.
(IH)


Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Salahuddin Ayub Menulis: Depani Krisis MB S'gor

Posted: 14 Aug 2014 03:00 AM PDT


Ibnu Hasyim

Salahuddin Ayub Menulis: Depani Krisis MB S'gor


Oleh SALAHUDDIN AYUB
Mendepani cabaran krisis MB SelangorPAS sengaja mengambil sedikit masa, bukan sebulan hanya seminggu untuk mencapai keputusan di dalam isu penggantian Menteri Besar Negeri Selangor. Kita bercakap berkenaan jawatan Menteri Besar, jawatan nombor satu di dalam pentadbiran sesebuah negeri. Kita bukan mahu menukar seorang Ketua Kampung, ini urusan menukar seorang Menteri Besar.

Pada saat yang kritikal ini unsur emosi dan sentimen harus diketepikan. Prinsip integriti, setiakawan, keadilan, kebijaksanaan serta hikmah mesti mengambil tempat dalam mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. Justeru itu, 'we shouldn't rush in making decision but we should adopt a deliberate cautious approach with wisdom and sincerity'.

Kita bercakap tentang meminta seseorang Menteri Besar meletak jawatan. Kita perlu berhemah dalam hal ini. Apa kesilapannya, apa kemudaratannya, apa kesalahannya, apa kelemahannya dan apa kemaslahatan persekitaran (environment) negeri yang ditadbirnya? Kita perlu menghalusi faktor-faktor ini secara terperinci agar kita sampai kepada keputusan yang adil dan yang baik bagi semua pihak, yakni, negeri, rakyat, Istana dan individu yang terlibat. Keadilan yang menjadi teras perjuangan PR mesti ditegakan.

Berkaitan dengan isu ini dan belajar daripada pengalaman PAS sendiri, saya ingat kembali kes Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menantunya. Apabila saya bersama Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS; Tuan Guru Dato' Dr Haron Din, Timbalan Muryidul Am PAS dan Dr Mohd Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat membawa mandat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkaitan isu perlantikan menantu beliau dalam Perbadanan Menteri Besar Negeri Kelantan (PMBK).

Isu Nepotisma dan intergriti telah bermain di bibir rakyat pada waktu itu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak teragak-agak lagi, terus dipanggil menantunya dan diminta menandatangani surat perletakkan jawatan serta-merta! Mengapa Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengambil sikap tersebut? Bagi saya Tuan Guru Nik Abdul Aziz amat faham dengan konsep parti menguasai kerajaan, hidup berjamaah - keputusan jamaah, keputusan parti harus dipatuhi. Seperti kata,'the interest of the many, outweigh the interest of the few'.

Parti yang menguasai kerajaan, bukan kerajaan yang menguasai parti. Ini yang kita harus faham apabila kita memasuki gelanggang politik Malaysia. Tidak ada pemujaan individu dalam parti. Jawatan yang dipegang oleh seseorang di dalam kerajaan adalah disebabkan dicalonkan oleh parti. Jadi bila parti suruh pergi, ikutilah kehendak parti. Saya teringat sejarah Khalid Al Walid, Panglima yang 'dipecat' oleh Khalifah. Pemencatan daripada Khalifah. Mesti ada sebab-sebabnya, mesti ada 'kaulnya' dan mesti sudah dihalusi daripada segenap sudut oleh Umar Al Khatab. Adakah Khalid memberontak? Tidak! Panglima besar ini akur dengan keputusan Khalifah. Inilah hidup berjamaah...

Sebegitu juga kita dalam proses memilih Menteri Besar. Perlu dihalusi bersama, perlu diskusi bersama dan perlu persetujuan bersama. Janganlah ada dikalangan kita mengambil pendekatan 'pushing down into our throats'! Sekurang-kurangnya ada pilihan, agar yang terbaik diberi berkhidmat kepada rakyat.

Untuk tatapan kita bersama daripada paparan sejarah PAS, isu kronisma, nepotisma dan sikap autokratik adalah faktor yang besar yang menjatuhkan PAS Negeri Kelantan dalam era Tan Sri Datuk Dr Haji Mohd Asri Haji Muda. PAS juga pernah mengalami krisis di Negeri Kedah sebelum Pilihan Raya Umum kali ke – 13 (PRU 13) yang akhirnya kita semua menerima akibatnya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama belajar daripada sejarah ini supaya kita pada hari ini terutama PR tidak mengulangi kesilapan yang sama agar memungkinkan kita hilang lagi sebuah kerajaan.

PAS perihatin di dalam hal ini, bersama PKR dan DAP kita berjuang menentang kezaliman, menentang rasuah dan menentang kronisma dan nepotisma. Kita menentang sekeras-kerasnya sehingga kita nobatkan dalam manifesto PR. Kalau tidak rakyat akan melihat kita yakni PR sebagai "harapkan pagar, pagar makan padi!"

Justeru itu, di dalam pencalonan bakal Menteri Besar baru ini harus PR menjauhi persepsi-persepsi negatif tersebut. Biarlah kita mengambil masa untuk mencari yang terbaik demi masa depan PR yang kita sama-sama sayangi.

Kepada rakan-rakan di dalam PKR dan DAP, usah gusar dengan komitmen PAS dalam perjuangan menentang kezaliman, menentang rasuah, menentang, kronisma dan nepotisma. Sejak ditubuhkan, kami berjuang diatas landasan ini, malah bukan sahaja kami diremehkan, difitnahkan, dipenjarakan malah dalam Peristiwa Memali sahabat-sahabat kami dibunuh dengan kejam! Bukan sahaja masa, wang, keringat dan airmata yang kami curahkan, malah darah dan nyawa telah kami korbankan dalam perjuangan menentang kabatilan-kebatilan ini. 'So, please, don't question our committments, we were there when you were sleeping...'

InsyaALLAH, 'give us until 17th of August' untuk membuat keputusan yang adil, berhemah dan berhikmah. Doakan agar PR tetap utuh dan bertambah kuat melalui dugaan-dugaan ini. Doakan agar jiwa dan raga kita, warga PR, sentiasa berkobar  untuk memerdekakan negara kita daripada UMNO / Barisan Nasional (BN), amin!
 Penulis adalah Naib Presiden PAS

Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Khalid Ibrahim Bakal Menggelupur Mendengar Berita Ini..

Posted: 14 Aug 2014 01:18 AM PDT


Addin

Khalid Ibrahim Bakal Menggelupur Mendengar Berita Ini..


Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN.

"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya dalam satu sidang akhbar di Subang Jaya hari ini.

Menurut Wan Azizah, sokongan mereka dinyatakan secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 ADUN berkenaan, selain mereka hadir sendiri pada hari ini untuk menyatakan sokongan.

"Dengan perkembangan ini, kami yang hadir mengesahkan bahawa kami mempunyai majoriti dalam Dewan Negeri, sekurang-kurangnya sebanyak empat orang ahli berbanding seorang ahli bebas, 12 ahli dari Umno dan 13 ahli dari PAS yang masih belum menyatakan sokongan terbuka.

"Oleh yang demikian, saya telah mengutuskan satu surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 11.30 pagi ini untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenaan DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri," tegasnya.

"Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar," katanya.

Sehubungan itu, Wan Azizah menasihatkan Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti.

"Beliau seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya keabsahan (legitimacy) beliau sebagai menteri besar.

"Keutamaan saya ialah mengembalikan pentadbiran Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat agar segala perancangan dan dasar Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.

"Oleh yang demikian, saya menyeru supaya rakan-rakan ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat yang lain yang belum membuat penyataan sokongan terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor seperti biasa.

"Saya juga memuji kesabaran rakyat Selangor dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir ini dan menasihati orang ramai agar terus bertenang sementara menunggu ia diselesaikan secara baik melalui jalan perundangan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri," tegas Wan Azizah. ~mk





Iklan C (ii)





2 ADUN Itu Cabar PAS, Sanggup Keluar Parti?

Posted: 14 Aug 2014 12:48 AM PDT


Ibnu Hasyim

2 ADUN Itu Cabar PAS, Sanggup Keluar Parti?


ADUN PAS dari Hulu Kelang, Saari Sungib bersedia untuk keluar parti jika PAS kekal menyokong Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos ini. Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan wartawan selepas sidang media tengah hari tadi.

"Kalau itu antara pilihan di antara parti dan saya, saya bersedia," katanya.

Beliau ditanya jika beliau sanggup berbuat demikian jika PAS kekal dengan pendirian mereka sekarang dalam krisis menteri besar Selangor. Saari dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin hari ini menyatakan sokogan terhadap  Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Khalid.

Saari berkata, mereka berbuat demikian kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".

"Saya bergerak dari satu asas iaitu polisi dan dasar PAS untuk bersama-sama Pakatandan polisi ini saya sokong untuk membolehkan Pakatan terus memerintah dan mentadbir Selangor," kata Saari.

Menurutnya, beliau yakin baki 13 orang ADUN PAS lain akan menurut jejak langkah beliau.

"Saya percaya rakan-rakan ADUN dari PAS juga akan mengambil langkah yang sama," katanya selepas sidang media Wan Azizah di Subang tengah hari ini.

Saari juga yakin mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos ini akan memutuskan untuk terus berada bersama Pakatan.

"Saya yakin selepas 17 hari bulan, sekiranya benar apa yang saya yakini PAS tidak akan berganjak daripada Pakatan Rakyat.
"Saya anggap memperkukuhkan Pakatan di Selangor tidak bertentangan dengan PAS," katanya.

Hasnul pula berpendapat pentadbiran Khalid sekarang tidak lagi menjunjung semangat Pakatan selepas beliau mengumumkan kerajaan Pakatan tidak wujud lagi di Selangor.

"Saya sebagai YB Morib mengambil langkah yang sama dengan YB Hulu Kelang untuk menyokong kerajaan Pakatan di Selangor.
"Semangat dan roh Pakatan itu tak ada pada menteri besar dan saya bersama Pakatan untuk memerintah negeri Selangor sebenar-benarnya," katanya.

Beliau turut mengkritik Khalid yang menurutnya "merosakkan Selangor jam demi jam".

"Kerosakan yang dilakukan Khalid kepada Selangor bukan setakat minggu ke minggu tetapi on an hourly basis (jam demi jam)," katanya.(MK)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Benarkah 'Dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat'? Atau PAS gunakan taktik bersama-bersama Pakatan?.


Khalid Ibrahim Bakal Di Terajang Dari SUK Selangor.. Ini Buktinya

Posted: 14 Aug 2014 12:21 AM PDT


Addin

Khalid Ibrahim Bakal Di Terajang Dari SUK Selangor.. Ini Buktinya


Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN.

"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya dalam satu sidang akhbar di Subang Jaya hari ini.

Menurut Wan Azizah, sokongan mereka dinyatakan secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 ADUN berkenaan, selain mereka hadir sendiri pada hari ini untuk menyatakan sokongan.

"Dengan perkembangan ini, kami yang hadir mengesahkan bahawa kami mempunyai majoriti dalam Dewan Negeri, sekurang-kurangnya sebanyak empat orang ahli berbanding seorang ahli bebas, 12 ahli dari Umno dan 13 ahli dari PAS yang masih belum menyatakan sokongan terbuka.

"Oleh yang demikian, saya telah mengutuskan satu surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 11.30 pagi ini untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenaan DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri," tegasnya.

"Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar," katanya.

Sehubungan itu, Wan Azizah menasihatkan Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti.

"Beliau seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya keabsahan (legitimacy) beliau sebagai menteri besar.

"Keutamaan saya ialah mengembalikan pentadbiran Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat agar segala perancangan dan dasar Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.

"Oleh yang demikian, saya menyeru supaya rakan-rakan ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat yang lain yang belum membuat penyataan sokongan terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor seperti biasa.

"Saya juga memuji kesabaran rakyat Selangor dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir ini dan menasihati orang ramai agar terus bertenang sementara menunggu ia diselesaikan secara baik melalui jalan perundangan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri," tegas Wan Azizah. ~mk





Iklan C (ii)





Proses Menuju Undi Tidak Percaya. Ini Jawab Khalid...

Posted: 13 Aug 2014 11:54 PM PDT


Ibnu Hasyim

Proses Menuju Undi Tidak Percaya. Ini Jawab Khalid...



PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu melalui proses undi percaya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk diangkat sebagai menteri besar yang baharu.
Peringatan berkenaan dinyatakan penyandang kerusi panas itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat bagi mengulas kenyataan Dr Wan Azizah yang mendakwa telah memperolehi sokongan daripada 30 Adun pada Khamis.

"Saya maklum tentang pengumuman Datuk Seri Dr Wan Azizah yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor.
"Sungguhpun begitu, dakwaan itu tetap perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya (terhadap menteri besar) di Dewan Undangan Negeri Selangor," katanya menerusi laman sosial, https://twitter.com/Khalid_Ibrahim pada Khamis.

Respon itu segera dinyatakan Abdul Khalid menerusi  selepas Dr Wan Azizah mengumumkan telah mendapat kekuatan majoriti mudah 30 Adun Selangor yang menyokongnya untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
Berikutan Abdul Khalid berkata, pentadbiran kerajaan Selangor pimpinannya akan terus berjalan seperti biasa sehingga proses undian tidak percaya dibuat di DUN. (IH) Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Imej Muslimah Bertudung, Tidak Halang Untuk Dia Tidak Bertudung..

Posted: 13 Aug 2014 10:02 PM PDT


Ibnu Hasyim

Imej Muslimah Bertudung, Tidak Halang Untuk Dia Tidak Bertudung..

Imej terkini Melly Goeslaw



Bawah : wajah 'musang asal?


HALAMAN HIBURAN KL: Penyanyi dan komposer dari Indonesia, Melly Goeslaw menyifatkan penghijrahannya kepada imej bertudung sebagai seorang muslimah tidak menghalang untuk dia kekal berpenampilan unik seperti sebelum ini, termasuk tidak bertudung.  Ertinya sekor musang menyamar berbulu ayam tidak menghalang dia membuang 'bulu ayam'nya dan kembali jadi musang semula.
Itu yang berlaku pada Melly atau nama sebenarnya Meliana Cessy Goeslaw, 40. Dia berkata, bagaimanapun gaya unik yang ditampilkannya itu akan terarah kepada imej yang lebih muslimah sikit dari sebelumnya..

"Ramai yang menganggap, saya sudah berubah sejak bertudung. Sehingga kini saya masih sama seperti dahulu, cuma jiwa saya lebih ke arah agama Islam." konon ceritanya dalam mStar hari ini. Jenis muslimah apa seperti ini? Cara fikirnya tidak boleh dijadikan contoh oleh para remaja. Pepatah Melayu menyebutkan, 10 jong masuk anjing tetap bercawat ekor juga?
Na'auzubillahi minzalik. (IH) Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis


Satu Lagi Kejutan Dari Adun PAS Selangor..

Posted: 13 Aug 2014 08:45 PM PDT


Addin

Satu Lagi Kejutan Dari Adun PAS Selangor..


Orang putih kata,' a friend in need is a friend indeed'. Sesuai untuk ditujukan kepada YB Saari Sungip yang sanggup membuat keputusan 'menentang arus' ketika partinya sedang 'berkira-kira' untuk membuat keputusan samada (mungkin!) untuk terus bersama Pakatan Rakyat ataupun 'meninggalkan' sahabat lama yang sedang 'nazak'. 

Tindakan YB Saari Sungip dari PAS membayangkan iltizam yang terlalu tinggi untuk terus bersama-sama berjuang menyokong terus Pakatan Rakyat.

Memang wajar bagi YB dari Ulu Kelang ini mengambil tindakan sedemikian memandangkan 'persahabatan' yang telah terjalin antara PAS, DAP dan PKR telah agak sekian lama terjalin dan tentulah amat sukar untuk menyatukan semula jika berlaku sesuatu keadaan yang tidak diingini. Sebagaimana yang dinyatakan beliau bahawa persoalan tentang siapa yang akan menggantikan TS Khalid adalah merupakan 'perkara kecil' berbanding dengan isu keruntuhan sebuah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang telah sekian lama dibina semenjak tahun 1998. 

"I would like to remind my colleagues in PAS that we have built this strength from 1998... and we used it to bring fresh air to politics by creating a two-party system. …So, why do we want to give up this strength? To rebuild this will take another 20 to 30 years. We have gone through it" (Malaysiakini 12 Ogos 2014) 

Dan perlu diingat oleh kepimpanan PAS secara umumnya, bahawa adalah amat tidak rasional dan lojik sekiranya penanganan isu kemelut Selangor dilihat melalui perspektif yang sempit. Harus diingat bahawa kelahiran Pakatan Rakyat (PAS,DAP,PKR) telah menelurkan kesan yanga amat besar kepada senario politik tanah air. PR yang telah melahirkan sebenar-benarnya Bangsa Malaysia yang sudah mula memahami perasaan dan aspirasi rakyat Malaysia yang sebenar. Rakyat Malaysia amat yakin bahawa PR akan memulakan 'kehidupan baru' bagi rakyat Malaysia sekiranya berjaya menawan Puterajaya. Bermakna rakyat telah meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada Pakatan Rakyat. 

Kini nampaknya harapan rakyat hampir berkecai dengan tercetusnya kemelut Selangor ini apatah lagi sekiranya PAS sudah mula 'goyang' dengan kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. Dalam artikel berjodol, Presiden PAS belum mahu beri kenyataan isu MB' bertarikh 12 Ogos 2014 (Malaysiakini) menyatakan bahawa, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan berhubung isu Menteri Besar Selangor, sehingga beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ahad ini' 

Apakah 'muslihat' pemimpin tertinggi PAS ini sehinggakan sanggup 'mengenepikan' hasrat 'kawan' yang betul-betul mengharapkan pertolongan dalam keadaan saat-saat yang memerlukan pertolongan. Apakah pemimpin berkenaan 'mahu menahan lukah di pergentingan?' atau sedang 'menangguk di air keruh'. Apakah kepimpinan PAS sudah melupakan 'falsafah' yang dipegang selama ini bahawa sebarang masalah dapat diselesaikan melalui rundingan dan 'akan bersetuju' dengan isu-isu yang dipersetujukan disamping terus merundingkan isu –isu yang tergantung ( yang belum sesuai untuk diselesaikan'. 

Bukan semua pemimpin PAS yang bersikap demikian. Tidak. Ramai yang sudah memahami senario politik Malaysia Kurun ke 21 disamping sedar tentang perkembangan politik di dunia. Sudah ramai pemimpin PAS yang sudah keluar dari 'bawah tempurung' dan mula 'mengenali dunia' yang penuh dengan reality. Walau bagaimana pun masih terdapat segelintir pemimpin PAS yang masih 'bergelumang' dalam 'cocoon' mereka yang tersendiri dan seolah-olah menganggap bahawa 'dunia' mereka adalah yang paling ideal di dunia ini. 

Amat tidak wajar rasanya apabila ada pemipin tertinggi PAS yang menawarkan keahlian PAS kepada TS Khalid Ibrahim, sejurus selepas TS Khalid dipecat daripada PKR. Apakah pemimpin berkenaan tidak tahu 'adab' dan tatasusila dalam berparti terutama apabila mengaitkan parti kawan dalam satu pakatan. Apakah pemmpin sedemikian tidak ada 'empathy' untuk meletakkan dirinya di pihak yang bertentangan. Yang sedihnya 'perlakuan' sebegini dilakukan oleh 'sekerat-dua' pemimpin kanan dalam PAS. 

Sedikit sebanyak keadaan dan imej Pakatan Rakyat kini, sudah tercalar. Banyak kenyataan-kenyataan yang dihamburkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab telah 'mengecilkan hati' banyak pihak. Bak kata pepatah Melayu, ' apabila mata berpandangan, maka budi kedapatan'. 

Rakyat mula mempersoalkan kejujuran PAS dalam menangani isu kemelut Selangor ini. Apakah kepimpinan PAS (sebahagian pemimpinnya) betul-betul jujur untuk besama-sama dengan DAP dan PKR untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat ataupun hanya menunggu peluang untuk 'menangguk di air keruh'. 

Apakah begitu keadaannya? ~abuhassanadam 


Addin:

Pemimpin yang duduk dikerusi empuk mungkin tidak rasa kezaliman rejim Umno BN..




Kes tembak pegawai AmBank - La Ode di hukum gantung!

Posted: 13 Aug 2014 08:45 PM PDT


Tengok TV Online

Kes tembak pegawai AmBank - La Ode di hukum gantung!


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas pengawal keselamatan AmBank, La Ode Ardi Rasila selepas didapati bersalah membunuh pegawai bank, Norazita Abu Talib, tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

La Ode, 37, didakwa membunuh dan melakukan rompakan dengan melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kematian Norazita, 37.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan tertuduh di dalam bangunan AmBank, No. 5 & 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, dekat sini di antara jam 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013.


I Love Israel Di Facebook, Disiasat Mengikut Akta Hasutan..

Posted: 13 Aug 2014 08:40 PM PDT


Ibnu Hasyim

I Love Israel Di Facebook, Disiasat Mengikut Akta Hasutan..


Pelajar lelaki dari sekolah Taman Tasek Mutiara, Simpang Ampat, berdepan kontroversi selepas menekan 'Suka' di laman peminat 'I Love Israel' di Facebook. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Ogos, 2014. Pelajar lelaki dari sekolah Taman Tasek Mutiara, Simpang Ampat, berdepan kontroversi selepas menekan 'Suka' di laman peminat 'I Love Israel' di Facebook. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Ogos, 2014.  



Seorang pelajar Tingkatan 5 di Pulau Pinang disiasat mengikut Akta Hasutan selepas menekan "Suka" di laman peminat "I Love Israel" di laman sosial Facebook. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4 (1) akta tersebut.
Pelajar lelaki dari sekolah Taman Tasek Mutiara, Simpang Ampat, berdepan kontroversi selepas gurunya mengetahui tindakannya menekan "Suka" di laman sosial itu. Guru tersebut berkongsi dalam akaunnya tentang tindakan pelajar itu, mengkritik tindakan tersebut hingga mengundang perhatian dan ancaman daripada pengguna Facebook lain.
 Terdapat juga pengguna Facebook menggesa pelajar itu diboikot, malah ada juga yang menulis komen supaya pelajar itu dibakar.
"Pelajar itu sekarang dalam ketakutan selepas kontroversi itu. Beliau juga sudah menutup akaun Facebook miliknya dan membuat laporan polis semalam.
"Remaja dan guru tersebut juga sudah memberikan keterangan di ibu pejabat polis daerah Seberang Prai Selatan," kata Abdul Rahim yang ditemui selepas menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya di Nibong Tebal semalam.
 Abdul Rahim juga berkata beberapa individu lain juga dipanggil untuk membantu siasatan.
"Beberapa orang, termasuk guru dan pelajar daripada sekolah sama juga akan dipanggil untuk membantu siasatan," katanya.
 Dikatakan pelajar lelaki itu mendakwa menekan "Suka" laman peminat pro-Israel itu secara tidak sengaja. Ketua Superintenden polis daerah Seberang Prai, Shafien Mamat berkata pihak polis akan menyiasat mengapa pelajar itu menekan "Suka" di laman peminat itu selain ancaman yang diterimanya.
 Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Osman Hussain berkata guru yang bertanggungjawab mendedahkan tindakan pelajar tersebut juga diberikan peringatan supaya tidak membawa isu itu ke Facebook untuk membincangkan mengenai perilaku pelajarnya.
"Jika beliau buat lagi, beliau akan dipindahkan keluar dari Pulau Pinang," katanya hari ini, sambil menegaskan jabatannya tidak mempunyai kuasa kerana sudah menjadi kes polis. Osman juga memberi amaran kepada pelajar dan guru di negeri tersebut supaya tidak mengulangi insiden itu lagi.
 "Kita perlu berfikir seperti seorang rakyat Malaysia. Kita bukan seperti negara Muslim lain atau negara kuasa besar, jadi kita mesti pemikiran kita mesti berbeza daripada yang lain.
"Pelajar mesti belajar untuk menghormati satu sama lain dan guru juga perlu ingat sejauh mana nakal pun pelajar mereka, mereka masih pelajarnya," kata Osman.  Demikian lapor The Malaysian Insider.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Kita perlu berfikir seperti seorang rakyat Malaysia. Kita bukan seperti negara Muslim lain atau negara kuasa besar, jadi kita mesti pemikiran kita mesti berbeza daripada yang lain.' 'Pemikiran kita mesti berbeza daripada yang lain', macam mana itu??


Jikalau Baca Artikel Ini, Maka Berkuburlah Cita-Cita Umno Untuk Tubuhkan Kerajaan Perpaduan Di Selangor

Posted: 13 Aug 2014 07:42 PM PDT


Addin

Jikalau Baca Artikel Ini, Maka Berkuburlah Cita-Cita Umno Untuk Tubuhkan Kerajaan Perpaduan Di Selangor


PAS tidak akan menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Umno di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata seorang pemimpin kanan, menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada Ahad ini.

Beliau juga menolak sebarang kemungkinan mesyuarat penting ini akan menyaksikan pemimpin PAS menyeru penubuhan kerajaan perpaduan, walaupun ahlinya mahu bersama menteri besar Selangor itu.

Bercakap dengan syarat tidak dinamakan, beliau berkata, walaupun mesyuarat itu memutuskan untuk bekerjasama dengan Umno, ia akan memerlukan proses panjang termasuk kelulusan Majlis Syura Ulama dan juga muktamar khas.

"Khalid tidak boleh membentuk kerajaan hanya dengan sokongan Umno tanpa sokongan PAS kerana bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka tidak cukup," katanya kepada The Malaysian Insider.
BN hanya mempunyai 12 Adun di Selangor, manakala PAS mempunyai 15, DAP 15, PKR 13 dan Khalid kini merupakan Adun Bebas.

Beliau menambah jika undian terpaksa dilakukan, kumpulan yang menyokong PAS terus bersama Pakatan Rakyat (PR) lebih besar daripada yang mahukan untuk bersama Khalid dan BN.

Beliau meramalkan 22 akan bersama PR manakala 14 lagi AJK PAS Pusat akan menyokong untuk bekerjasama dengan Khalid dan BN.

Pemimpin itu berkata, PAS akan berdepan dengan dilema moral jika mesyuarat Ahad ini bersetuju meninggalkan PR dan mahu bekerjasama dengan Umno.

Beliau berkata, ini kerana jumlah Adun Umno dan PAS serta Khalid tidak mencukupi untuk mendapat majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan gabungan itu perlu "membeli" sekurang-kurang seorang Adun daripadaPKR atau DAP.

"Untuk berbuat demikian ia sangat sukar kerana ia bertentangan dengan pegangan moral PAS sebagaimana yang berlaku di Terengganu dan Perak sebelum ini," katanya.

Pemimpin itu merujuk kepada krisis Terengganu baru-baru ini yang menyaksikan bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan dua penyokongnya bertindak keluar daripada Umno.

PAS Terengganu memutuskan untuk tidak akan memujuk ketiga-tiga Adun itu menyertai mereka walaupun tindakan itu boleh menyebabkan kerajaan negeri jatuh kepada PR.

Keenganan PAS bekerjasama dengan tiga Adun bebas itu menyebabkan ketiga-tiga mereka kembali menyertai Umno.

"Jika keputusan itu hendak diambil juga, jalan penyelesaian yang perlu diambil oleh PAS adalah kena ambil mandat baru daripada rakyat dengan mengadakan pilihan raya semula di Selangor dan bukan 'meliwat' Umno begitu saja," katanya.

Berdasarkan beberapa senario itu, beliau yakin Adun PAS Selangor tidak akan menyertai Khalid untuk membentuk kerajaan campuran dengan BN.

"Beliau bolehlah terbang tinggi untuk sehari dua ini namun selepas ini beliau akan turun juga," katanya merujuk kepada pelbagai tindakan yang diambil Khalid sehari dua ini.

Antaranya memecat lima exco daripada PKR dan DAP di samping mengarahkan mereka mengosongkan pejabat masing-masing dalam tempoh dua minggu.

AJK PAS Pusat akan bermesyuarat 17 Ogos ini bagi membincangkan kedudukan cadangan PKR untuk menggantikan Khalid dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hari ini, Lajnah Politik PAS akan bersidang bagi membincangkan bacaan politik masing-masing untuk dibuat penilaian dan akan dibentangkan dalam mesyuarat pada Ahad.

Sebelum ini, Majlis Syura Ulama membuat keputusan menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar dan pada ketika itu, Khalid masih ahli PKR.

PKR memecat Khalid pada Sabtu kerana engkar kepada arahan parti untuk meletakkan jawatan dan memberikan laluan kepada Dr Wan Azizah. ~tmi



Iklan C (ii)





0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani