Powered by Blogger.

Dr. Wan Azizah Merayu PAS Terima Beliau Sebagai Calon MB Selangor

Dr. Wan Azizah Merayu PAS Terima Beliau Sebagai Calon MB Selangor


Dr. Wan Azizah Merayu PAS Terima Beliau Sebagai Calon MB Selangor

Posted: 12 Aug 2014 06:39 PM PDT


Addin

Dr. Wan Azizah Merayu PAS Terima Beliau Sebagai Calon MB Selangor


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merayu PAS supaya menimbang keputusan partinya dalam isu calon wanita sebagai menteri besar Selangor. Pada ketika ini, PKR sudah memilih Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, namun hanya DAP menyetujui keputusan tersebut.

"Parti kami sudah pilih satu calon, PAS perlu pertimbangkan. Kami sudah pilih calon," kata Dr Wan Azizah yang ditemui selepas menghadiri mesyuarat Biro Politik di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.

PAS sehingga hari ini masih tidak menyatakan pendirian dalam krisis di Selangor, malah selepas pemecatan enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) DAP dan PKR semalam, parti Islam itu masih belum membuat keputusan.
Apabila ditanya mengenai penolakan PAS kerana calon wanita yang diletak PKR, Dr Wan Azizah dengan sedih berkata:"Berilah peluang."

Pada Isnin, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan isu di Selangor, namun pertemuan tersebut gagal mencapai sebarang persetujuan.

Sumber memberitahu PAS tidak bersetuju dengan calon PKR yang meletak Dr Wan Azizah.

PAS juga berkata hanya akan menyatakan pendirian mereka selepas selesai bermesyuarat pada 17 Ogos ini.

Khalid ditolak partinya sendiri dan dipecat daripada PKR Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Khalid berkata masih menteri besar yang sah selepas menyakinkan Sultan Selangor beliau memiliki sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau mengadap baginda di istana dan kemudian mengadakan sidang media menjelaskan statusnya sebagai menteri besar Selangor.

Khalid juga mencabar mana-mana exco yang tidak menyokongnya supaya meletakkan jawatan.

Semalam, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor jatuh apabila Khalid memecat enam daripada 10 exco daripada PKR dan DAP.

Kini hanya tinggal baki empat exco daripada PAS bersamanya. ~tmi





Iklan C (ii)





Aril Desak Isteri Berhenti Jadi Pramugari. Wajarkah?

Posted: 12 Aug 2014 05:39 PM PDT


Ibnu Hasyim

Aril Desak Isteri Berhenti Jadi Pramugari. Wajarkah?

Aril Pilus dan Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin.
Aril Pilus dan Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin.

HALAMAN HIBURAN
Penyanyi Aril Pilus mengakui mendesak isterinya, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, 28, berhenti kerja sebagai pramugari di Saudi Arabian Airlines di Arab Saudi.
Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 29, berkata, dia telah memberi tempoh sehingga akhir tahun ini kepada isterinya itu. Jelasnya, keputusan tersebut dibuat bagi merancang untuk mendapat cahaya mata pada tahun depan.
"Ini bukan pilihan tapi desakan. Saya bagi tempoh dia bekerja hingga hujung tahun ini dan saya memang mahu anak pada tahun depan.
"Sejak berkahwin kami memang sukar untuk berjumpa kerana dia tinggal di Jeddah dan terpaksa ambil cuti panjang jika ingin pulang ke Malaysia.
"Jadi saya bagi tempoh hingga akhir tahun ini pada isteri supaya dia puas melalui kariernya dahulu dan tidak menyesal selepas berhenti kerja nanti," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Era FM, di Restoran Bora Ombak, di sini baru-baru ini.
Aril berkata, dia tidak menghalang isterinya untuk terus bekerja dalam bidang pernerbangan sama ada sebagai tenaga pengajar atau pramugari sambilan di syarikat penerbangan lain. Ini kerana jelasnya, dia memahami minat mendalam isterinya dalam bidang tersebut yang diceburi hampir enam tahun lalu.
"Saya faham dia sangat taksub dengan kerjaya dia sekarang, dia boleh bercerita tentang enjin kapal terbang dan memiliki pengetahuan tentang industri penerbangan.
"Saya tidak akan halang dia untuk terus terlibat dalam bidang tersebut," ujarnya.
Mengulas tentang insiden pesawat MH370 dan MH17 yang berlaku kepada Malaysian Airline System Berhad (MAS), Aril berkata, dia sedar risiko yang dilalui isterinya ketika bertugas.
"Bukan setakat insiden terhempas malah risikonya lebih tinggi kerana isteri saya bertugas di negara Timur Tengah yang bergolak.
"Saya kini lebih menghormati kerjaya sebagai pramugari kerana tidak semua orang sanggup bekerja dengan risiko yang tinggi setiap hari," katanya.
Dalam pada itu, Aril menegaskan, dia tidak membenarkan isterinya menceburi bidang seni selepas berhenti daripada kerjaya pramugari.
"Dia pernah berlakon dahulu dan kawan-kawan baik dia juga ramai artis, namun saya rasa biar saya seorang sahaja jadi selebriti," ujarnya. - MalaysiaGazette

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis


Awie DItuduh Cedera Isterinya, Jangan Komen...

Posted: 12 Aug 2014 04:58 PM PDT


Ibnu Hasyim

Awie DItuduh Cedera Isterinya, Jangan Komen...

Awie Wings Masuk Umno




HALAMAN HIBURAN

KL: Mahkamah Majistret Ampang hari ini menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang komen berhubung kes penyanyi rock kumpulan Wings, Awie yang menghadapi tuduhan mencederakan isterinya, dua bulan lepas. 
  
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman mengeluarkan nasihat itu selepas peguam Hazman Harun, yang mewakili Awie memohon supaya mahkamah melarang semua pihak agar tidak memberi sebarang komen atau kenyataan.
  
Bagaimanapun, Ayuni berkata pihak media bebas melaporkan perjalanan kes itu.

Terdahulu, Hazman berkata sejak anak guamnya dituduh di mahkamah pada 4 Julai lepas, terdapat komen dan perbincangan mengenai kes Awie atau nama sebenar, Ahmad Azhar Othman, yang didakwa dikeluarkan dalam media massa dan elektronik.
  
Komen-komen itu termasuk merit dan kesalahan yang dipertuduhkan terhadap Awie, kata peguam itu.
  
Ada pihak turut menyiarkan gambar isterinya yang boleh memprejudis tertuduh, kata Hazman.   
  
Hazman berkata komen-komen itu dianggap boleh mengganggu perbicaraan dan tertuduh perlu diberi hak untuk mendapat perbicaraan yang adil.
  
"Walaupun anak guam saya seorang selebriti dan masyarakat menganggap mereka mempunyai hak untuk membincangkan hal peribadinya, namun dia juga harus diberi hak yang sama untuk mendapat perbicaraan yang adil.
  
"Pertuduhan yang dihadapi perlu dibuktikan oleh mahkamah dan bukan melalui blog atau dada-dada akhbar," tegasnya sambil memaklumkan salinan gambar dan dokumen mengenai kes itu telah diserahkan kepada pihak pendakwaan.
  
Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene tidak membantah permohonan Hazman.
  
Mahkamah menetapkan 23 Sept depan untuk pengurusan kes.
      
Pada 4 Julai, Awie, pelakon utama filem 'Zombi Kampung Pisang' dan 'Hantu Kak Limah', mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana Misbun, 36, di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Klang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun lepas.
  
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu 'Sejati' itu, dibenarkan diikat jamin RM9,000 dengan dua penjamin didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - Bernama


Jangan Ikut Wanita Kristian Bantah Gerejanya.

Posted: 12 Aug 2014 03:33 PM PDT


Ibnu Hasyim

Jangan Ikut Wanita Kristian Bantah Gerejanya.


Wanita Mesir tolak aturan larang pakai celana panjang di gereja
Wanita Mesir pakai seluar panjang alarabiya.net

Puluhan perempuan Kristian Koptik Mesir semalam membantah keputusan dikeluarkan seorang uskup setempat di sebuah negeri di utara negara itu yang melarang kaum wanita memakai seluar panjang dan solek wajah di dalam gereja.

Para wanita melakukan protes mereka di luar Katedral Coptic di wilayah Abbassia, Ibu Kota Kaherah. Mereka akhirnya memasuki gereja sambil membawa poster, mendesak Paus Tawadros II, saat itu sedang bercakap di mimbar, untuk mengambil tindakan, seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Al Arabiya, Khamis (7/8), memetik laporan akhbar Al-Ahram.

Tawadros II menyeru kepada penunjuk perasaan perempuan untuk menurunkan poster mereka bawa dan mengatakan dia akan bekerja untuk mengatasi masalah ini. Menurut Al-Ahram, Bishop Bishoy dari negeri Damietta dan Kafr el-Sheikh pada bulan lalu memerintahkan penempatan tanda-tanda di gereja-gereja mendesak semua wanita dan kanak-kanak perempuan di atas usia 11 tahun, (untuk) tidak mengenakan seluar, blaus atau solek selama sakramen Perjamuan Kudus di Liturgi Suci, dan mereka harus mengenakan pakaian sederhana.

Ini bukan pertama kalinya Bishop Bishoy membincangkan masalah pakaian wanita. Pada tahun 2012, dia mendesak wanita Kristian hanya memakai pakaian sederhana.

"Beberapa wanita Kristian mungkin tidak senang dengan saya, tapi Perawan Maria, Saint Demiana dan para biarawati mengenakan pakaian sederhana," kata Bishoy, seperti dikutip Al-Ahram pada saat itu.


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Wanita Islam tidak perlu mengikut jejak wanita Kristian itu, kerana Islam dan peraturannya (termasuk cara pakaiannya) sudah lengkap sempurna, sesuai di segenap zaman, masa, suasana, tempat dan di mana sahaja. Al-hamdulillah. (IH)


Isu MB: Presiden PAS Belum Mahu Beri Kenyataan.

Posted: 12 Aug 2014 02:42 PM PDT


Ibnu Hasyim

Isu MB: Presiden PAS Belum Mahu Beri Kenyataan.

 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan berhubung isu Menteri Besar Selangor, sehingga beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ahad ini.

Demikian menurut Setiausaha Khas kepada Presiden PAS Zaihan Mohd Daud dalam satu kenyataan kepada media hari ini. Lewat petang semalam, Abdul Hadi mengadakan pertemuan sulit dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel dekat Kuala Ibai di Kuala Terengganu.

Ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Anwar menyifatkan pertemuan itu sebagai berjaya membawa perkembangan positif. Usaha media mendapatkan kenyataan daripada Abdul Hadi berhubung pertemuan itu bagaimanapun masih tidak berjaya sehingga kini.
- Bernama


Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
 


Saari Sungib (PAS) Gesa Mesyuarat Disegerakan, Sokong Pakatan Tolak Khalid.

Posted: 12 Aug 2014 02:01 PM PDT


Ibnu Hasyim

Saari Sungib (PAS) Gesa Mesyuarat Disegerakan, Sokong Pakatan Tolak Khalid.


Adun PAS Saari Sungib menggesa agar PAS Pusat menyegerakan mesyuarat 17 Ogos depan serta menyokong DAP dan PKR menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Ogos, 2014.  
Adun PAS Saari Sungib menggesa agar PAS Pusat menyegerakan mesyuarat 17 Ogos depan serta menyokong DAP dan PKR menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Ogos, 2014.  

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang dari PAS Saari Sungib menggesa agar kepimpinan PAS Pusat menyegerakan mesyuarat yang dijadualkan berlangsung 17 Ogos depan serta menyokong DAP dan PKR menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Saari ketika dihubungi berkata, langkah itu perlu bagi "menamatkan" percaturan Khalid sebelum beliau melakukan tindakan lanjut ekoran pemecatan 6 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) Selangor dari PKR dan DAP hari ini.

"PAS perlu segerakan mesyuarat kerana seolah-olah akan ada keputusan besar, sedangkan kita perlu mengukuhkan hubungan dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR)," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Sebelum Barisan Nasional (BN) melakukan sebarang tindakan, lebih baik PAS segera memutuskan untuk bersama DAP dan PKR untuk mengukuhkan PR," katanya, dan menambah, Khalid kini bukan lagi menteri besar PR kerana keahliannya sudah dipecat, sekaligus keputusan PAS untuk tidak menyokongnya tidak memberikan kesan.

Beliau berkata, tindakan PAS menangguhkan mesyuarat berkenaan seolah-oleh pendirian parti itu untuk terus bersama PR masih lagi samar-samar sehingga membuatkan penyokong dan rakyat terpaksa menanti keputusan mereka.

"Sekiranya mesyuarat hanya memutuskan perkara dasar, iaitu untuk terus bersama PR, kita sudah ketahui perkara itu sekian lama.
"Sekiranya untuk memutuskan keluar dari PR, ia memerlukan muktamar khas bagi mendapatkan persetujuan," katanya.
"PR Selangor termasuk PAS seharusnya mengukuhkan kedudukan majoriti mereka dalam Dewan Undangan negeri (DUN) dengan bilangan kerusi dan PAS harus menyertai mereka bagi memastikan kerajaan PR Selangor kekal memerintah.
"Kita nampak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan secara terbuka mereka menyokong Khalid, itu petunjuk jelas mereka (BN) mempunyai pasukan memantau perkara itu," katanya. – 12 Ogos, 2014. (TMI)

Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Khalid Ibrahim Bakal Digulingkan.. Ini Buktinya?

Posted: 12 Aug 2014 09:38 AM PDT


Addin

Khalid Ibrahim Bakal Digulingkan.. Ini Buktinya?


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang dari PAS Saari Sungib menggesa agar kepimpinan PAS Pusat menyegerakan mesyuarat yang dijadualkan berlangsung 17 Ogos depan serta menyokong DAP dan PKR menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Saari ketika dihubungi berkata, langkah itu perlu bagi "menamatkan" percaturan Khalid sebelum beliau melakukan tindakan lanjut ekoran pemecatan 6 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) Selangor dari PKR dan DAP hari ini.

"PAS perlu segerakan mesyuarat kerana seolah-olah akan ada keputusan besar, sedangkan kita perlu mengukuhkan hubungan dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR)," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Sebelum Barisan Nasional (BN) melakukan sebarang tindakan, lebih baik PAS segera memutuskan untuk bersama DAP dan PKR untuk mengukuhkan PR," katanya, dan menambah, Khalid kini bukan lagi menteri besar PR kerana keahliannya sudah dipecat, sekaligus keputusan PAS untuk tidak menyokongnya tidak memberikan kesan.

Beliau berkata, tindakan PAS menangguhkan mesyuarat berkenaan seolah-oleh pendirian parti itu untuk terus bersama PR masih lagi samar-samar sehingga membuatkan penyokong dan rakyat terpaksa menanti keputusan mereka.

"Sekiranya mesyuarat hanya memutuskan perkara dasar, iaitu untuk terus bersama PR, kita sudah ketahui perkara itu sekian lama.

"Sekiranya untuk memutuskan keluar dari PR, ia memerlukan muktamar khas bagi mendapatkan persetujuan," katanya.

"PR Selangor termasuk PAS seharusnya mengukuhkan kedudukan majoriti mereka dalam Dewan Undangan negeri (DUN) dengan bilangan kerusi dan PAS harus menyertai mereka bagi memastikan kerajaan PR Selangor kekal memerintah.

"Kita nampak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan secara terbuka mereka menyokong Khalid, itu petunjuk jelas mereka (BN) mempunyai pasukan memantau perkara itu," katanya. ~tmi



Iklan C (ii)





Tempoh 24 jam Berikut Tentukan Masa Depan Pakatan - Kit Siang

Posted: 12 Aug 2014 08:42 AM PDT


Ibnu Hasyim

Tempoh 24 jam Berikut Tentukan Masa Depan Pakatan - Kit Siang



Veteran DAP Lim Kit Siang berkata 24 jam berikut ini merupakan masa yang penting untuk kelangsungan masa depan Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Ogos, 2014.  
Veteran DAP Lim Kit Siang berkata 24 jam berikut ini merupakan masa yang penting untuk kelangsungan masa depan Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Ogos, 2014.  

Perkembangan krisis menteri besar Selangor dalam tempoh 24 jam berikut penting untuk kelangsungan masa depan Pakatan Rakyat, kata veteran DAP Lim Kit Siang sambil menyeru pemimpin Pakatan membuat keputusan segera.

Katanya, apa yang berlaku dalam masa 24 jam akan datang akan mengetepikan keputusan mesyuarat PAS dijadualkan pada 17 Ogos bagi membincangkan sama ada menyokong Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau tidak.

"Mesyuarat pimpinan PAS Pusat akan ada kesan kritikal terhadap masa depan gabungan Pakatan yang mempunyai 3 ahli dan berusia 3 tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagaimanapun, mesyuarat itu mungkin akan diketepikan dengan apa yang bakal terjadi dalam masa 24 jam akan datang yang mungkin akan melengkapkan perpecahan Pakatan Rakyat yang tidak dapat ditebus semula."

Beliau memberi amaran kepada pemimpin Pakatan yang Umno sudah mula mengatur langkah untuk memecah-belah Pakatan apabila masuk campur tangan dalam krisis di Selangor. Katanya, pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam merupakan petanda gerakan tersebut sudah dimulakan.

"Ini adalah sebabnya Muhyiddin sangat pantas mengisytiharkan sokongan tidak bersyarat 12 Adun Umno-Barisan Nasional kepada Khalid untuk kekal sebagai menteri besar," kata Lim.

Lim mendakwa pakar strategi Umno-BN mula bekerja bagi mewujudkan keadaan seri dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Pakar strategi Umno-BN bekerja lebih masa mengeksploitasi krisis menteri besar Selangor dan mewujudkan senario 12 ahli DUN (Adun) Umno, 15 PAS dan satu wakil bebas yang dan kempen memperkecilkan kesetiaan Adun dari DAP dan PKR untuk mengkhianati pengundi Selangor and parti masing-masing," katanya.

Lim berkata usaha tersebut mula mendapat sokongan daripada setengah pihak yang selama ini berhasrat merealisasikan "kerajaan perpaduan" Umno dan PAS.

"Kempen ini mula mendapat kekuatan dengan sokongan terbuka setengah pihak yang menyokong 'kerajaan perpaduan' walaupun berselindung disebalik terminologi 'konsensus nasional'," kata Lim. – 12 Ogos, 2014. (TMI)

Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


(Advertorial) Produk Vxgra

Posted: 12 Aug 2014 07:39 AM PDT


Addin

(Advertorial) Produk Vxgra


Produk VXGRA keluaran pengilang melayu bumiputra #1 jenama bertaraf antarabangsa mampu bersaing di pasaran global.

Dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam mengeluarkan produk kesihatan & skincare, kini dengan kajian RND terhadap herba-herba khasiat lelaki maka hasilnya jenama VXGRA mengeluarkan 4 produk utama lelaki :

1. Vxgra Men Cream – Segar & Bertahan

2. Vxgra Men Attraction – Pewangi Rangsangan Wanita

3. Vxgra Men Caf̩ РPembekal Mineral & Testerone.

4. Vxgra Men Booster – Penjana Ghairah Lelaki

Dengan kajian RND dan teknologi terkini digabungan dengan herba-herba terpilih kaya dengan mineral penjana rangsangan sexual lelaki mampu membantu meningkatkan daya kesihatan lelaki 100% .

Bahan-bahan herba antaranya :

1. Catuaba – Pencetus Rasa Sexsual

2. Butea Superba – Tingkatkan Sperma

3. Panax Ginseng – Tenaga Batin

4. Tongkat Ali – Hormon Seksual

5. Maca – Rangsangan Sex

6. Tribulus – Booster Sexsual





Klik laman web rasmi Vxgra : www.vxgra.com

Tiada sebarang bahan terlarang racun atau sebagainya, pemgambilan yang berterusan akan meningkatkan prestasi kelakian dan kesihatan yang baik. Anda PASTI TERUJA !!

Pihak Vxgra menawarkan SATU peluang perniagaan kepada individu yang ingin menjadi ejen / stokis Vxgra bagi pasaran tempatan dan global.

Anda boleh layari laman web kami www.vxgra.com untuk peluang menjana pendapatan dan informasi lengkap.

VXGRA MEN HERBS TECHNOLOGY



Pengurusan Asia Pacific
Encik Fakhri Hashim
+60103235777





Status Facebook wanita susukan anak kucing tersebar

Posted: 12 Aug 2014 07:39 AM PDT


Tengok TV Online

Status Facebook wanita susukan anak kucing tersebar


Seorang pengguna Facebook bernama Sandra El de Souza menghangatkan media sosial apabila memuatnaik status pertanyaan yang dianggap kurang senonoh.

Sandra menceritakan kisahnya dengan seekor anak kucing peliharaan yang secara kebetulan telah memanjat badannya dan telah mengorek pakaian dalamnnya seolah-olah ingin menyusu.

Lalu, Sandra memberikan p*tingnya kepada anak kucing itu dan mengaku menyusukan anak kucing itu sehingga kenyang.

Justeru, Sandra menimbulkan persoalan adakah anak kucing itu telah menjadi anak susuannya dan perbuatanya menyusukan haiwan peliharaan itu adalah satu dosa.

Namun, status Sandra mendapat respon negatif kerana pertanyaan tersebut dianggap tidak rasional dan sekiranya betul pun seharusnya ditanya terus secara tertutup kepada orang yang lebih tahu seperti ustaz dan ustazah.


Khalid Pecat Serta-merta Semua Exco PKR, DAP

Posted: 12 Aug 2014 06:38 AM PDT


Ibnu Hasyim

Khalid Pecat Serta-merta Semua Exco PKR, DAP


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat semua exco PKR dan DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor. Menteri besar Selangor itu menyatakan semua surat yang dihantar kepada lima exco, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini berkuatkuasa serta-merta.

Bagaimanapun Khalid menyatakan belum menulis surat kepada Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.

"Exco telah membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok tujuannya mengurangkan keberkesanan exco.
"Oleh itu saya menulis surat kepada sultan meminta supaya exco ini tidak meneruskan kerjanya kerajaan negeri Selangor.

Senarai exco dipecat

DATUK TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan
RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita
EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram
ELIZABETH WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar
DAROYAH ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi
GANABATIRAU VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin
(MK)
Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? 


Sultan S'gor Tolak Jumpa W/Azizah Bincang Isu MB.

Posted: 12 Aug 2014 05:37 AM PDT


Ibnu Hasyim

Sultan S'gor Tolak Jumpa W/Azizah Bincang Isu MB.


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi penjelasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah pun menghadap baginda berkaitan kedudukan menteri besar Selangor tentang keengganan berjumpa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Ogos, 2014.  
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi penjelasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah pun menghadap baginda berkaitan kedudukan menteri besar Selangor tentang keengganan berjumpa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Ogos, 2014.  

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memberi perkenan untuk berjumpa dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi membincangkan isu menteri besar Selangor, kata Datuk Mohamad Munir Bani.

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor itu, baginda menolak pertemuan itu kerana surat permohonan itu ditulis oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pihak Dr Wan Azizah.

"Baginda tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR‎ untuk tujuan memberi penjelasan atas alasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah pun menghadap baginda berkaitan kedudukan menteri besar Selangor," katanya.

Munir berkata, istana menerima surat yang ditandatangani Anwar pada 10 Ogos lalu, memohon untuk Dr Wan Azizah menghadap Sultan bagi memberi penjelasan dan penerangan keputusan yang diputuskan PKR. Surat itu kemudiannya dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin pada 11 Ogos yang kemudiannya menitahkan Munir supaya memberi jawapan balas terhadap surat itu.

"Sultan Selangor berpendapat bahawa pemecatan Khalid dari menjadi ahli PKR merupakan isu dalaman parti yang tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Negeri (Adun) Selangor.
"Baginda tidak mahu campur tangan dalam isu dalam PKR," katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Munir turut menjelaskan keputusan Sultan memperkenankan Khalid kekal sebagai menteri besar dibuat baginda sendiri dan bukannya melalui Mesyuarat Dewan Diraja Selangor.

Katanya, mesyuarat Dewan yang berlangsung semalam merupakan mesyuarat berjadual yang diperkenan baginda dan tidak membincangkan kedudukan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

"Khalid sudah menghadap Sultan bagi menyembah maklum kepada baginda bahawa beliau dipecat oleh Lembaga Disiplin PKR dan beberapa perkara berkaitan kedudukan menteri besar sebelum sidang Mesyuarat Dewan Diraja.
"Sultan Selangor sudah memaklumkan kepada Mesyuarat Dewan Diraja Selangor mengenai keputusan baginda untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor," katanya.

Semalam, Khalid berkata beliau berpuas hati selepas mendapat perkenan Sultan untuk meneruskan tugasnya seperti biasa.
Khalid memaklumkan kepada Sultan beliau masih lagi memperolehi kepercayaan majoriti Adun Selangor. – 12 Ogos, 2014. ITMI)

Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? 


Amaran Jangan Pecah Menjelang Mesyuarat PAS

Posted: 12 Aug 2014 04:42 AM PDT


Ibnu Hasyim

Amaran Jangan Pecah Menjelang Mesyuarat PAS


Menjelang mesyuarat jawatankuasa PAS bagi memutuskan pendirian mereka berhubung isu menteri besar Selangor, parti itu didesak kekal bersama Pakatan Rakyat yang dibentuk sejak 2008.

Anggota jawatankuasa pusat parti itu Datuk Mujahid Yusof berkata walaupun terdapat kelemahan dalam Pakatan, gabungan itu tidak harus berpecah hanya kerana seorang lelaki, iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid semalam berkata telah mendapat perkenan sultan untuk kekal sebagai menteri besar walaupun telah dipecat daripada PKR sebelum itu. Beliau mendakwa masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) – kenyataan yang dianggap meragukan oleh PKR dan DAP.

"Semangat dan idealisme Pakatan terlalu baik untuk diketepikan hanya kerana seorang individu," kata Mujahid yang juga anggota parlimen Parit Buntar dan ketua biro perpaduan PAS kepada Malaysiakini.

Sambil menegaskan pertukaran menteri besar sebagai perkara biasa, Mujahid berkata ia sebahagian kuasa parti yang sebenarnya tidak memerlukan alasan pun untuk melakukannya.

"Siapa Khalid? Kenapa dia begitu istimewa? Kita lihat menteri besar datang dan pergi. Ia tidak patut ditangani sebagai sesuatu yang istimewa atau mengejutkan," tegasnya. (MK)


Jadi Saja Presiden Turki, Erdogan Hantar Pesawat Bawa Pesakit Gaza Ke Turki. Hebat!

Posted: 12 Aug 2014 04:00 AM PDT


Ibnu Hasyim

Jadi Saja Presiden Turki, Erdogan Hantar Pesawat Bawa Pesakit Gaza Ke Turki. Hebat!


KL: Jadi Presiden Turki, Erdogan hantar pesawat bawa pesakit Gaza ke Turki, demikian tulis Pertubuhan Ikram Malaysia melalui facebook.

Ketika pemimpin Arab lain membisu tentang isu Gaza, ErdoÄŸan yang baru sahaja memenangi pilihan raya presiden Turki terus bertindak menghantar pesawat untuk membawa rakyat Gaza ke Turki untuk dirawat.

Dunia Islam dan rakyat Gaza berbangga dengan ErdoÄŸan dan juga Turki. Hebat, al-hamdulillah.
(IH)


Erdogan Meneng, Mengapa Perlu Tahniah?

Posted: 12 Aug 2014 02:57 AM PDT


Ibnu Hasyim

Erdogan Meneng, Mengapa Perlu Tahniah?


Oleh DR RAJA AHMAD AL HISS

Kemenangan Erdogan harapan ummah
Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia (LA PPM) mengucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan, dari Parti Keadilan & Sejahtera (AK Party)  di atas kemenangan beliau dalam pemilihan Presiden Turki dalam pusingan pertama setelah mendapat 52 peratus undi.

Kemenangannya menjadikan beliau tanpa perlu melalui proses pusingan kedua kerana mendapat majoriti yang besar kali ini.  Kemenangan ini juga membolehkan beliau berkhidmat untuk tempoh lima tahun lagi setelah menjadi Perdana Menteri di Turki sejak 10 tahun yang lalu.

LA PPM merasa bangga kerana kejayaan Erdogan adalah hasil daripada proses demokrasi yang dijunjung tinggi. Turki adalah sebuah negara moden yang berjaya menjulang demokrasi pada kedudukan tertinggi tanpa sebarang konflik dan penyelewengan.

Kejayaan Erdogan memimpin Turki sebagai Perdana Menteri sebelum ini amat mengagumkan banyak pihak. Beliau mampu menghentikan sengketa, mengelakkan krisis, menyelesaikan masalah rakyat, mengangkat kedudukan ekonomi Turki serta menghapuskan amalan rasuah dan nepotisme di kalangan pemimpin negara.

Kecemerlangan era kepimpinannya sebaga PM Turki membawa landasan baharu Turki menjadi antara negara disegani lawan dan kawan. Malah, keprihatinannya dalam isu antarabangsa terutama isu Gaza dan Mesir membuka mata pemimpin negara Islam yang lain.

Apa yang mengujakan adalah bagaimana AK Party, parti yang dipimpin oleh Erdogan mampu memberi impak yang besar kepada rakyat Turki walaupun baharu diwujudkan pada tahun 2001. Dengan usaha progresif menyelesaikan masalah rakyat, mengutamakan kebajikan, serta bersikap realitistik dalam menangani isu-isu kemanusiaan dan rakyat, AK Party diterima baik oleh rakyat Turki.

Apatah lagi dengan kehadiran tokoh karisma yang begitu berwibawa seperti Erdogan, pastinya Ak Party adalah pilihan utama dan menjadi fenomena rakyat Turki ketika ini. LA PPM bersama rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam meletakkan harapan Erdogan mampu menjadi pemimpin dan pembela ummah khususnya yang berkaitan isu Gaza sebagaimana ketika beliau menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

Umat Islam di dunia ini amat memerlukan seorang pemimpin pemberani dan lantang sehebat Erdogan, yang mampu mengancam dan menggugat keangkuhan Israel terkutuk!
- HARAKAHDAILY 12/8/2014

*Penulis adalah Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia


Pemimpin Umno Menggelupur Mendengar Kenyataan Husam Musa?

Posted: 12 Aug 2014 02:36 AM PDT


Addin

Pemimpin Umno Menggelupur Mendengar Kenyataan Husam Musa?


PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menolak dakwaan dari sesetengah pihak yang mengatakan PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Husam, beliau berjuang dengan memasuki parti PAS ketika PAS sendirian dan keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada awal tahun 1980-an.

"Saya muda masa tu, lihat seolah PAS tiada masa depan. Bertanding kalah, Kelantan yang kuat pun tinggal 2 kerusi.

"Tapi yakinlah bahawa Syed Qutb pernah menyebut, al-mustaqbal fi hadzad deen (masa depan hanyalah untuk Islam)," katanya di laman Facebook.

Tambah beliau lagi, keadaan PAS sekarang jauh berbeza dan jauh lebih baik daripada zaman mudanya.

"Tapi jika adik-adik atau anak muda yang rasa lebih baik PAS keluar PR, saya tak pasti.

"Percayalah kita perlu 30 tahun nak betulkan dan yakinkan semula orang ikut PAS. Pada saya situasi PAS sekarang lebih baik," jelasnya.

Tegasnya lagi, jika PAS mengikut Umno, mereka umpama gerabak pada Umno, bukan lokomotifnya.

"Tetapi dalam landasan PR kita parallel kerana kita mempunyai persaingan sihat untuk masa depan politik yang lebih baik.

"Kalau baik ikut PAS, maka PAS akan 'lead'. Jika PKR lebih baik maka parti itu akan 'lead'," katanya.

Ujarnya kita perlu yakin bahawa akan berlaku rekonstruksi dalam politik Melayu .

Husam berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang mengatakan PAS akan keluar daripada PR ekoran krisis Menteri Besar Selangor.

Semalam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mendapat perkenan daripada Sultan Selangor untuk beliau terus menjalankan tugas sebagai MB kerana mendapat sokongan majoriti DUN Selangor. ~fmt



Iklan C (ii)





Kisah benar Gadis dinikahi Teman Lelaki secara spontan!

Posted: 12 Aug 2014 02:36 AM PDT


Tengok TV Online

Kisah benar Gadis dinikahi Teman Lelaki secara spontan!



Kawin itu mudah kalau kita mudahkan!

1/3/2014 tarikh sepatutnya aku bertunang dengan suami aku,
tapi lepas sesi sarung cincin dari mak mertua, ayah aku panggil suami aku dtg dekat dia, depan tetamu semua dia tanya

"mu nak nikah tak harini?"

suami aku dengan terkejut terus angguk, sapa taknak kan?? haha.

ayah aku pun panggil seorang ustaz yang kebetulan sepupu suami aku ,

dia tanya "ustaz apa hukum saya bagi anak saya kawin hari ni, saya dah ada 3 saksi dan saya wali dia?"

ustaz tu cuma jawap " boleh, memang sah, tapi x pernah orang buat"

ayah aku jawap "orang tak buat biar saya buat"

dan paling best family mertua aku semua sokong, ALHAMDULILLAH dapat keluarga mertua yang terbuka juga,

dan kebetulan suami aku memang simpan dinar emas dalam dompet, dia keluarkan jadikan mas kawin,
dan ayah aku la yg jd tok kadi, dialah yang bagi khutbah nikah, dialah yang akadkan nikah aku

mudah tak nak halalkan hubungan? mudah sangat kalau kita mudahkan.

inilah kisah bertunang sesaat

ayah aku nikahkan pun cuma nak bagi aku dating secara halal, sebab dia tahu anak dia ni tak baik mana, takut seludup keluar dating berdua,

Ya! ada yang cakap dan hina kata ayah aku gelojoh,
ada jugak yang RESPECT dengan tindakan gelojoh ayah aku,

10/5/2014 alhamdulillah,aku dah selamat nikah mengikut cara rasmi di malaysia,
memang tak perlu pun rasmi tu,tapi dah kita hidup dalam negara macam ni, kita ikutlah,

sempoi tak baju nikah aku pertama aku?, suami aku dengan kemeja, aku dengan kurung moden jeee

inilah kisah yang aku akan simpan untuk cerita dekat anak-anak dan cucu cicit kalau umur panjang,
kisah tak berapa menarik tapi sedikit RARE lah kot,

insyaALLAH, cerita ni bukan untuk riak atau bangga, tapi untuk mengubah minda kita yang dijajah, nak kawin susah, susah susah, jadi berzina itu jadi mudah!

Oleh:



Khalid Saman Malaysian Insider, Ini Jawapannya.

Posted: 12 Aug 2014 01:42 AM PDT


Ibnu Hasyim

Khalid Saman Malaysian Insider, Ini Jawapannya.





Terdapat laporan di beberapa portal berita menyatakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap The Malaysian Insider semalam dan injunksi menghalang kami daripada menerbitkan berita mengenai beliau.

Pemilik The Malaysian Insider, Edge Insider Sdn Bhd, Pengarang Jahabar Sadiq dan Pengarang Berita Bahasa Melayu Amin Iskandar dan peguam mereka masih belum menerima sebarang notis hingga hari ini.

The Malaysian Insider sudah membalas surat tuntutan daripada peguam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan akan bersungguh-sungguh mempertahankan diri daripada sebarang tuntutan saman jika ia difailkan.

The Malaysian Insider, pemiliknya dan para pengarangnya bingung apabila ada laporan menyatakan mengenai tuntutan saman fitnah sedangkan tiada sebarang notis pemberitahuan diterima.
Kami juga keliru apabila The Malaysian Insider dilihat "seperti menjalankan kempen anti-Khalid", seperti dilaporkan portal berita Malaysiakini sedangkan kami berusaha untuk memberi liputan di setiap sudut berhubung isu menteri besar Selangor.

The Malaysian Insider cuba menembual Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai isu yang beliau sebut dan perkembangan politik terkini tetapi tidak mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada pejabatnya.

Kami akan ke mahkamah dan mempertahankan gaya laporan dan komentar kami dan mengharapkan testimoni lengkap dan terbuka mengenai isu yang berkaitan dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan menjelaskan semua keraguan termasuk penyelesaian hutang Bank Islam beliau.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri sebagai menteri besar Selangor dan beliau tidak boleh menyembunyikan butir perjanjian penyelesaian luar mahkamah dengan alasan ia adalah perkara peribadi.
Beliau bukan rakyat biasa yang tidak perlu memberi penjelasan mengenai rundingannya kepada orang awam. – 12 Ogos, 2014. (TMI)

Khalid saman portal berita Malaysian Insider
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memfailkan saman terhadap portal berita Malaysian Insider semalam kerana didakwa menyiarkan satu siri artikel dan ulasan terhadap beliau, seolah-olah ia menjalankan kempen "anti-Khalid".

Antara lain, mereka mempersoalkan penyelesaian RM70 juta pinjaman Khalid dengan Bank Islam di mana beliau telah memfailkan tuntutan balas terhadap bank itu, dan juga dalam menangani isu lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Abdul Khalid memfailkan saman itu melalui peguamnya New Sin Yew dari firma guaman Bon Advocates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau menamakan Ketua Pegawai Eksekutif dan editornya, Jahabar Sadiq dan editor Bahasa Malaysia, Amin Shah Iskandar, sebagai defendan.

Turut dinamakan ialah The Edge Communications Sdn Bhd, yang megambilalih portal berita itu enam bulan lepas.

Beliau juga memohon ganti rugi teruk dan teladan dan penarikan balik artikel berkenaan. (MK)




Penyelidik PAS Cadang k'jaan PR-BN Di S'gor Sebagai Jalan Tengah.

Posted: 12 Aug 2014 12:56 AM PDT


Ibnu Hasyim

Penyelidik PAS Cadang k'jaan PR-BN Di S'gor Sebagai Jalan Tengah.

 
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki menggesa Pakatan Rakyat mengambil jalan tengah dengan menubuhkan kerajaan campuran dengan BN demi merungkai krisis dalam pentadbiran negeri Selangor.

Beliau berpendapat bahawa langkah itu boleh dilaksanakan dengan mengekalkan menteri besar sebagai ADUN bebas dan memberi tanggungjawab bersama kepada pembangkang di negeri itu.

Langkah itu berdasarkan konsep perdamaian 'konsensus nasional' antara BN dan Pakatan yang giat dibincangkan selepas pilihan raya umum sebelum ini.

Zuhdi berkata, konsep perdamaian itu juga merupakan pertimbangan utama oleh Majlis Syura Ulamak PAS dalam memutuskan sokongan untuk menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar.

"Perkara ini juga menjadi intipati penting kepada keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan untuk mengekal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, atas asas kepentingan rakyat perlu didahulukan daripada kepentingan individu dan parti," katanya.

Mengulas lanjut, Zuhdi dalam kenyataan di Facebook berkata, BN di Selangor boleh diberi tanggungjawab khusus seperti kuasa semak dan imbang.

"Pewujudan kerajaan tersebut ialah dengan mengekalkan menteri besar sebagai ADUN bebas dan barisan exco yang sedia ada, menjadikan BN sebagai pembangkang yang mesra kerajaan.

"(Selain itu, ia dijalankan dengan) menubuhkan Majlis Pemuafakatan Selangor yang melibatkan seluruh parti sama ada dari Pakatan Rakyat, BN atau ADUN bebas untuk menjayakan konsensus nasional tersebut." katanya.

Zuhdi yakin bahawa kaedah berkenaan akan menangani ketidakstabilan politik dan mengelakkan pilihan raya baru diadakan di Selangor.

Tambahnya, langkah itu selari dengan konsep perdamaian yang disebut-sebut oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Semangat konsensus nasional ini perlu dihidupkan semula demi mengelakkan kemelut politik negeri Selangor yang berpanjangan sehingga turut boleh menjejaskan rakyat Selangor dan Malaysia secara keseluruhan.

Zuhdi sebelum ini meraih kontroversi apabila pandangannya berhubung kemungkinan PAS keluar dari Pakatan Rakyat dalam perbincangan tertutup tersebar di Internet. Zuhdi mendakwa perbincangan itu bocor ekoran tentangan beliau ke atas projek Langkah Kajang - yang pada awalnya disasarkan untuk melantik Anwar sebagai menteri besar baru Selangor. (MK)


Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Apa Sudah Jadi Dengan AJK PAS Pusat Ni? Bernada Sumbang..

Posted: 12 Aug 2014 12:36 AM PDT


Addin

Apa Sudah Jadi Dengan AJK PAS Pusat Ni? Bernada Sumbang..


Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki mencadangkan kerajaan konsensus nasional dibentuk di Selangor bagi menyelesaikan kemelut yang melanda.

"Melihat kepada kemelut politik negeri Selangor yang berlarutan lebih setahun sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, saya secara peribadi mencadangkan sebuah kerajaan berkonsepkan Konsensus Nasional dibentuk di Selangor," kata Zuhdi melalui akaun Facebooknya.

Sebelum ini, nama Zuhdi terkenal apabila perbincangan dalam aplikasi Whatsapp kumpulan ahli jawatankuasa PAS Pusat bocor.

Dalam jangkaan senario itu, Zuhdi membayangkan wujud gabungan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dan Barisan Nasional (BN) bagi menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.
Kali ini Zuhdi secara terbuka mencadangkan konsensus nasional dengan BN untuk penyelesaian isu di Selangor.

Zuhdi berkata, bagi menjayakan 'Konsensus Nasional' peringkat Selangor, pembangkang BN boleh diberi tanggungjawab bersama dalam pentadbiran negeri khususnya menjadi kuasa semak dan imbang yang diiktiraf, sebagai contoh seorang Adun BN dilantik mengetuai jawatankuasa Selcat.

"Konsensus ini diperkukuh dengan pembentukan Majlis Pemuafakatan Selangor yang melibatkan parti daripada PR, BN dan Adun bebas.

"Dalam konteks ini Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dilantik sebagai pengerusi atau penasihat sebagai pengiktirafan kepada usaha Konsensus Nasional yang diusahakannya sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, konsep pembentukan kerajaan berasaskan Konsensus Nasional pernah diwar-warkan oleh Anwar, malah pernah juga disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan istilah Rekonsilasi Nasional.

Katanya, perkara itu juga menjadi intipati penting kepada keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan untuk mengekalkan Khalid, atas asas kepentingan rakyat perlu didahulukan daripada kepentingan individu dan parti.

"Secara peribadi, saya melihat inilah penyelesaian terbaik kepada kemelut politik Selangor yang memuaskan hati semua pihak," katanya.

Beliau berkata, penyelesaian ini juga dapat mengelak daripada pilihan raya negeri diadakan yang akan mengorbankan sejumlah dana awam, menangani ketidakstabilan politik disebabkan kekaburan siapa mendapat sokongan majoriti, memberi ruang kepada semua pihak berkaitan seperti pihak kerajaan tempatan, kakitangan kerajaan, pimpinan komuniti melaksanakan tugas mereka dan yang lebih utama kepentingan rakyat terpelihara.

Zuhdi berkata, semangat Konsensus Nasional perlu dihidupkan semula demi mengelak kemelut politik Selangor yang berpanjangan sehingga boleh menjejaskan rakyat Selangor dan Malaysia secara keseluruhannya.

Katanya, kemelut politik di Selangor sepatutnya tidak timbul jika pimpinan mengambil sikap mendulukan kepentingan rakyat seperti penyelesaian krisis air, pembasmian salah guna kuasa, penurunan kos hidup rakyat, penyediaan rumah mampu milik, penambahbaikan infrastruktur, memerangi jenayah dan pencegahan demam denggi.

"Malangnya terdapat segelintir pimpinan politik lebih suka berpolemik dan berpolitik demi mengutamakan kepentingan individu dan parti," katanya.

Katanya, kemelut politik ini menyebabkan sebahagian besar rakyat Selangor mulai bosan, malah meluat dengan karenah pimpinan politik.

Zuhdi berkata, sepatutnya kerajaan yang diberi mandat rakyat dan kemudian diperkenankan Sultan Selangor, diberi peluang saksama untuk menjalankan tanggungjawab mereka demi menjaga kepentingan rakyat seluruhnya. ~tmi



Iklan C (ii)





Sejam Anwar jumpa TG Abdul Hadi Mengenai Isu MB S'gor.

Posted: 11 Aug 2014 11:51 PM PDT


Ibnu Hasyim

Sejam Anwar jumpa TG Abdul Hadi Mengenai Isu MB S'gor.


KUALA LUMPUR: Pertemuan antara Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berlangsung hampir sejam petang semalam.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang turut serta dalam pertemuan itu mengesahkan ianya berkait dengan isu Menteri Besar Selangor.

"Pertemuan itu berlangsung lebih kurang satu jam. Ya kita bincang isu MB Selangor" katanya kepada Harakahdaily sambil menambah tidak boleh mendedahkan butir perbincangan tersebut.

Selain tiga tokoh itu, dua lagi yang turut serta dalam pertemuan di sebuah hotel di Kuala Ibai, Terengganu itu semalam adalah Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

Menurut Mustafa, pertemuan ini adalah hasil keputusan bersama Pakatan Rakyat sebelum ini yang mahu pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti mengadakan pertemuan bagi mencari penyelesaian isu Menteri Besar Selangor ini.

"DAP juga turut maklum dengan pertemuan ini," kata Mustafa lagi.

Mustafa turut mengesahkan pertemuan serupa juga telah berlaku antara Tuan Guru Abdul Hadi dengan pimpinan DAP termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sebelum daripada ini. Sementara itu, isu Menteri Besar Selangor akan dibincangkan dalam mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos ini.
- HARAKAHDAILY 12/8/2014


0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani