Masukkan Email Anda : Berita Terbaru

Powered by Blogger.

Akhirnya.. PAS Tarik Hand Brek Dalam Krisis Di Selangor?

Akhirnya.. PAS Tarik Hand Brek Dalam Krisis Di Selangor?


Akhirnya.. PAS Tarik Hand Brek Dalam Krisis Di Selangor?

Posted: 11 Aug 2014 05:24 PM PDT


Addin

Akhirnya.. PAS Tarik Hand Brek Dalam Krisis Di Selangor?


Akhirnya terbukti tindakan Anwar Ibrahim menukar Khalid Ibrahim dengan individu lain mengetuai kerajaan Selangor amat tepat.

Belang Khalid terdedah. Pembelaan pemimpin PAS kepada tokoh koporat itu ternyata sia-sia dan hanya dipergunakan Khalid untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat di Selangor.

Mungkin bagi yang baru setahun jagung dalam politik agak terkejut apabila melihat situasi Umno Selangor menyokong Khalid semalam, tetapi bagi sesiapa yang pernah melihat peristiwa pemecatan Anwar dari Umno dan perampasan kerajaan negeri Perak daripada Pakatan maka mereka dengan mudah mengagak 'game Umno' dalam kes Khalid ini.

Perkara yang paling ngeri bagi penyokong PAS telah berlaku pada Isnin lalu. Khalid bertemu sultan Selangor kemudian mengadakan sidang media pada jam 2.00 petang untuk mengumumkan sultan membenarkan beliau kekal sebagai ketua pentadbir negeri.

Tiba-tiba, dalam tempoh dua jam selepas itu Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin membuat kenyataan media Umno memberi sokongan tanpa syarat kepada Khalid. Mengapa begitu pantas?

Difahamkan Umno Selangor mengadakan mesyuarat tergempar selepas Khalid membuat pengumuman. Namun mesyuarat tergempar dalam mana-mana parti biasanya memerlukan tempoh 24 jam untuk memanggil pemimpin, berbahas dan membuat keputusan.

Adakah mesyuarat Umno Selangor itu dibuat secara on line sahaja kemudian keputusannya dinyatakan secara on line kepada Muhyiddin untuk dipersetujui?. Sesiapa yang faham kaedah mesyuarat organisasi pasti merasa hairan dengan kepantasan Umno memutuskan sokongan tersebut.

Tetapi sesiapa yang biasa dengan muslihat Umno akan tersenyum lebar. Mereka pasti Umno telah mempunyai keputusan muktamad sebelum Khalid bertemu sultan lagi. Umno telah bermesyuarat lama sebelum itu. Malah lebih jauh, Umno boleh dispekulasikan terlibat dalam grand design politik Selangor sebagaimana mereka berperanan di Perak.

Jika dilihat isu penyelesaian hutang Khalid dengan Bank Islam yang melibatkan personaliti Umno maka penglibatan individu tertentu dari parti itu tentunya jauh lebih lama dalam merancang dan melakar situasi, malah mungkin sejak 2013 lagi.

Cuma yang agak menghairankan mengapakah Muhyidin memberi alasan menyokong Khalid kerana perjanjian air Selangor. Bukankah minggu lalu Khalid telah memeterai perjanjian penuh air pembinaan loji Langat 2. Perjanjian itu tidak boleh dimungkiri walaupun Dr Wan Azizah diangkat menjadi MB Selangor.

Apa perlunya Umno ada seorang agen dalam kerajaan negeri untuk menjaga perjanjian itu? Ataukah ada lebih banyak perjanjian yang Umno ingin lakukan dengan kerajaan Selangor?

Pada peringkat ini PAS perlu menarik hand brek. PAS tidak boleh lagi terlajak menyokong Khalid dan bersekongkol dengan Umno di Selangor. Setelah tembelang Khalid pecah PAS wajib segera kembali kepangkuan Pakatan dan mengundi untuk menyingkirkan Khalid di sidang tergempar DUN.

Sekiranya wujud ahli PAS yang masih menyokong Khalid dan bersetuju dengan penyelewengan pemimpin itu serta kerjasama beliau dengan Umno maka PAS wajib mengambil tindakan disiplin dan membenarkan tindakan sekeras yang dikenakan PKR terhadap Khalid.

Apa yang berlaku dalam sebulan ini adalah proses pembersihan yang sepatutnya dilakukan oleh PKR selepas PRU 13 lalu. Sebaliknya DAP dan PAS inginkan Khalid terus berkuasa. DAP akhirnya sedar kesilapan mereka, kini PAS pula perlu sedar ketelanjuran mereka. ~suara pakatan daily




Iklan C (ii)





2 Bintang Hollywood Terancam Kerjayanya Kerana Sokong Palestin.

Posted: 11 Aug 2014 04:42 PM PDT


Ibnu Hasyim

2 Bintang Hollywood Terancam Kerjayanya Kerana Sokong Palestin.

Dukung Palestina, dua bintang Hollywood terancam karir jeblok
Javier Bardem dan Penelope Cruz. ©2014/mirror.co.uk

HALAMAN HIBURAN 
Dua selebriti tersohor di pusat perfileman sejagat Hollywood, Amerika Syarikat (AS) menghadapi perlakuan tidak menyenangkan dalam tahap serius oleh para pengarah dan agen filem. Ini lantaran keduanya lantang mengecam Israel yang mengepung Semenanjung Gaza.

Stesen televisyen Press TV melaporkan,Isnin (11/8), Penelope Cruz dan suaminya, Javier Bardem menghadapi ancaman tidak lagi laku di Hollywood sebab mereka pro-Palestin. Beberapa waktu lalu keduanya memang menulis surat terbuka di laman jejaring sosial Facebook mereka. Keduanya mengatakan tentera Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai pada warga Palestin.  


"Kami menyebut ini pembunuhan beramai-ramai," ujar mereka.

Pasangan pelakon dan pelakon dari Sepanyol ini dua diantara pekerja seni yang gemas dengan pencerobohan itu. Namun setiap kritikan di AS bakal dianggap anti-Semit dan tidak boleh dibiarkan. Hal ini memperlihatkan pengaruh besar Israel pada AS dan pemerintahannya.

Semakin hari jumlah seniman pengkritik Israel semakin bertambah. Cruz dan Bardem bahkan ikut menandatangani surat terbuka untuk raja Sepanyol agar menyeru Kesatuan Eropah menamatkan pembunuhan ini. Surat itu juga menggesa para pemimpin Barat menyelamatkan orang awam di Jalur Gaza dan mencabut sekatan.

Bardem bahkan menulis sebuah ruang di akhbar El Diario, Sepanyol. "Saya baru melihat tempat di mana anak-anak, hospital, dan ambulans menjadi sasaran dengan dugaan pengganas (IH)


Wanita Ini, Pengalaman Melihat Kebiadaban Israel Di Matanya.

Posted: 11 Aug 2014 02:45 PM PDT


Ibnu Hasyim

Wanita Ini, Pengalaman Melihat Kebiadaban Israel Di Matanya.


Israel biadab di mata Raghad
Raghad Qudah berdiri di depan rumah bapa saudaranya yang dihancurkan Israel di Khuzaa, Khan Yunis, selatan Jalur Gaza. (middleeasteye.com/muhammad umar)

Jumaat, 25 Julai 2014 Raghad Qudah tidak mempunyai tempat berlindung selain di rumah bapa saudaranya, Muhammad Taufik Qudah, 64 tahun. Sebab di sana ada ruang bawah tanah.

Selama dua malam berturut-turut pasukan Israel menggunakan pelbagai jenis senjata dan peluru berpandu buat menggempur rumahnya di Khuzaa, Khan Yunis, selatan Jalur Gaza.  


"Mereka juga menggunakan racun perosak seperti sedang membunuh serangga," kata Raghad, seperti yang dilaporkan oleh Middle East Eye hari ini.
 

Hari itu, di rumah jirannya, Helmi Abu Rajala, bersebelahan dengan kediamannya, hancur dibom. Sejumlah mayat terhimpit di balik runtuhan. Pasukan Israel kemudian secara teratur menembak rumahnya. Masa rehat, Raghad sekeluarga berlari menuju rumah bapa saudaranya. Di dalam ruang bawah itulah Raghad bersama 21 anggota keluarganya, termasuk saudara-saudara kandung perempuan dan ibunya, bersembunyi.  

Tidak ada yang mahu keluar. Jiran-jiran berusaha lari dari Khuzaa cedera dan terbunuh. Beberapa di antara mereka disuruh pergi oleh pasukan khas Israel bertopeng malah ditembak mati oleh penembak.

"Kami tetap bersembunyi sampai Jumaat siang, "ujar Raghad berurai air mata." Buldoser Israel mendekati rumah bapa saudara saya dan pasukan Israel merempuh masuk. "

Saat sebuah jentolak mula melumat rumah bapa saudara Raghad, pasukan Israel masuk ke dalam.  


"Kami menutup tirai dan berteriak saat sebuah peluru mengenai pintu rumah. Kemudian terdengar teriakan meminta kami keluar," tutur Raghad.

Muhammad, bapa saudara Raghad, lalu mengatakan kepada keluarganya, dia akan membuka pintu. Dia akan keluar memberitahu pasukan Israel di dalam rumah cuma orang awam


"Dia keluar seraya mengibarkan bendera putih. Dia cuma bilang, 'Saya orang awam. Hanya ada perempuan, anak-anak, dan orang renta di sini '," kata Raghad.

Muhammad, biasanya tinggal di Sepanyol, juga menunjukkan kad izin tinggal di Sepanyol miliknya. Dia bercakap dengan pasukan Israel itu memakai bahasa Inggeris, Ibrani, Arab, dan Sepanyol. Dia lalu menghampiri, berbicara pelan dan sopan


"Tolong jangan tembak saya," katanya.

Tiba-tiba saja satu tembakan meluncur dari jarak dekat. Pelakunya adalah seorang tentera Israel berambut perang dengan senjata M-16. Usianya paling banter 20 tahun. "Saya memandang ke arah matanya dan kedua matanya basah," ujar Raghad.

Raghad benar-benar terkejut. Dia tidak percaya tentera Israel bakal menembak seorang lelaki awam tidak bersenjata. "Itu pembunuhan berdarah sejuk. Dia cuma manusia dibunuh di depan mata kami tanpa alasan," tutur mahasiswi tahun pertama jurusan bahasa Inggeris ini.

Setelah menghabisi ayahnya, Buthina Qudah bercerita tiga serdadu Israel itu mundur sambil melemparkan gas pemedih mata. Raghad dan keluarganya masuk lagi ke dalam rumahBeberapa minit kemudian tiga tentera tadi datang lagi


"Kenapa kalian tidak pergi dari rumah ini," tanya mereka.  

"Kami telah cuba," jawab Raghad. "Tapi kalian menembak kami. Peluru-peluru kalian memaksa kami tetap tinggal dalam rumah."

Raghad ingat betul situasi saat itu benar-benar menakutkan. Semua haiwan peliharaan bapa saudaranya - kambing, burung dara, ayam, dan anjing - mati. Bangkai mereka bergelimpangan. Raghad bercakap dengan penembak bapa saudaranya memakai bahasa Inggeris. Tentera itu bungkam. Dia cuma siap sedia dengan M-16nya, siap menembak siapa saja.

Raghad sekeluarga lantas disuruh keluar dan mereka kembali ke rumah. Saat mereka berjalan, pasukan Israel berjaka dua meter menembak di sekitar kaki mereka buat menakutkan. "Mereka tidak ada rasa kemanusiaan. Mereka kejam dan tidak berhati, "kata Raghad seraya menahan tangis.  


Mereka lalu bersembunyi di bawah tangga. Satu-satunya tempat mereka rasa selamat. Sebuah jentolak lantas mendobrak tembok pagar rumahnya. Satu peluru mengenai anak tangga. Seorang serdadu kemudian berteriak, "Raghad kemari ... siapa di dalam?"

"Hanya keluarga saya," kata Raghad.  


Mereka semua lantas dirusuh keluar satu-satu.  Raghad dan keluarganya dibawa kembali ke rumah bapa saudaranya. Anak-anak berteriak minta iar minum. Namun dua serdadu Israel berambut perang mengawasi mereka cuek saja. Keduanya tidak mengizinkan siapa saja pergi ke bilik mandi atau mengambil air minum.  

"Kami di bawah todongan senjata, tidak boleh berbuat apa-apa," ujar Raghad.  

Lalu seorang tentera Israel dari mazhab Druze memberi mereka sebotol air minum. Saban kali Raghad bertanya kepada seorang tentera Israel pada bila-bila mereka boleh pergi dan menggunakan tandas, mereka cuma bilang, "Tanya Hamas."

Akhirnya Raghad bersama ayah dan keluarganya - empat anak, sepuluh perempuan dan enam lelaki - dibolehkan pergi. Mereka melewati jenazah bapa saudara Raghad tergeletak bersimbah darah. Mereka cuma mempunyai masa beberapa saat buat menyampaikan salam perpisahan. Ada yang mencium, tangan, kening, dan kakinya. Yang penting tidak bising.

Raghad masih sempat bertanya kepada salah satu askar berbahasa Inggeris. "Kenapa kalian membunuh bapa saudara saya?" kata Rgahad. "Air matanya meleleh saat dia balik badan."

Seorang askar lain membahagikan gula-gula kepada anak-anak. Mereka mengambil pemberian itu lantaran lapar dan haus. Mayat bapa saudaranya Raghad baru boleh diangkut keHospital Nasir beberapa hari kemudian. Dia menjadi bukti kebengisan Israel dan Raghad adalah saksi kebiadaban tentera Zionis.

Setelah berjalan sejauh tujuh kilometer, Raghad sekeluarga selamat keluar dari Khuzaa.

(IH)


Abu Sayyaf Tuntut RM5J Tebus Bebaskan Polis

Posted: 11 Aug 2014 01:53 PM PDT


Ibnu Hasyim

Abu Sayyaf Tuntut RM5J Tebus Bebaskan Polis


Zakiah (kiri) bersama isterinya Sharifah Erna Berson serta anak lelakinya yang berusia empat bulan, Mohamad Hisham. -Gambar fail



KOTA KINABALU: Kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf dikatakan telah menuntut wang sejumlah RM5 juta bagi membebaskan Zakiah Aleip, konstabel polis marin yang telah diculik di Semporna pada 12 Julai lalu.

Zakiah, 26, telah dibawa lari oleh sekumpulan lelaki bersenjata Filipina dari Pulau Mabul manakala rakannya Korperal Ab Rajah Jamuan, 32, ditembak mati dalam satu serbuan di sebuah resort. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman enggan mendedahkan jumlah yang diminta tetapi berkata rundingan untuk menjamin kebebasan Zakiah mungkin mengambil masa yang lama kerana jumlah tersebut adalah terlalu tinggi.

Beliau berkata sejumlah 42 panggilan diterima oleh isteri Zakiah dan anggota polis yang lain sama ada daripada Zakiah atau lelaki dari kumpulan bersenjata.

"Lelaki bersenjata juga telah memberikan peluang kepadanya (Zakiah) untuk bercakap dengan isteri dan ahli keluarga beliau, terutamanya pada waktu petang atau malam," katanya.
"Ia akan mengambil masa, jumlahnya terlalu tinggi," kata Jalaluddin, sambil menambah Zakiah tidak dicederakan walaupun beliau telah dipindahkan oleh orang yang menangkapnya bagi mengelak ditangkap polis Filipina.

Mengenai panggilan untuk mendapatkan bantuan kerajaan oleh Chin Pek Nyen, isteri kepada Chan Sai Chuin, 32, yang telah diculik dari sangkar ikan Kunak pada 16 Jun, Jalaluddin berkata beliau telah membincangkan kes Chan dan Zakiah dengan Ketua Polis Negara.

Dipercayai kumpulan Abu Sayyaf yang menculik Chan telah menuntut wang tebusan sebanyak RM3 juta. (mStar)


Bekas S/U Politik MB S'gor Umum Keluar PKR

Posted: 11 Aug 2014 11:46 AM PDT


Ibnu Hasyim

Bekas S/U Politik MB S'gor Umum Keluar PKR


Bekas Setiausaha Politik Selangor umum keluar PKR
Bekas Setiausaha Politik Selangor umum keluar PKR

 
KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta merta kerana hilang kepercayaan terhadap parti berkenaan.

Faekah dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini, menyifatkan parti yang didukungnya sejak tahun 1999 itu juga dilihat lari daripada landasan asal penubuhannya. Katanya, prinsip parti yang diperjuangkan pucuk pimpinan selama ini gagal dipatuhi terutamanya dalam menangani isu berbangkit dan kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor mengikut tatacara yang betul.

"Perjuangan parti ini telah lari dari landasan asal akibat nafsu pemimpin yang gagal mematuhi adab dan adat dalam memimpin sebuah kerajaan.
"Oleh itu, adalah lebih baik bagi saya meninggalkan parti kerana tiada apa-apa lagi yang boleh saya harapkan darinya," katanya dalam SMS tersebut.

Faekah, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) menghantar surat keluar parti itu kepada Ibu Pejabat PKR. Menurut surat berkenaan, Faekah menganggap tindakan yang diambil pemimpin parti ke atas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpesong daripada nilai keadilan yang diperjuangkan PKR.--astro awani 


Lihat sebelum ini  
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Anwar Jumpa Hadi Di Terengganu. Bincang Isu MB S'gor?

Posted: 11 Aug 2014 10:50 AM PDT


Ibnu Hasyim

Anwar Jumpa Hadi Di Terengganu. Bincang Isu MB S'gor?





 Pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Terengganu petang tadi  di perkarangan sebuah hotel di Kuala Ibai dipercayai ada kaitan dengan isu jawatan menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Ogos, 2014.  
Pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Terengganu petang tadi di perkarangan sebuah hotel di Kuala Ibai dipercayai ada kaitan dengan isu jawatan menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Ogos, 2014.  

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan mengejut dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Terengganu petang ini. Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Mustafa Ali ketika ditemui pemberita mengesahkan perkara itu.

"Ok. Ya saya sahkan ada (pertemuan)," katanya ketika ditemui di perkarangan sebuah hotel di Kuala Ibai.

Pertemuan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan kemelut isu menteri besar Selangor. Bagaimanapun, Hadi enggan bertemu dengan media dan meninggalkan tempat perjumpaan itu secara tergesa-gesa. PKR memecat Khalid sebagai ahli ekoran keengganan beliau melepaskan jawatan menteri besar dan memberi laluan kepada presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk menggantikannya.

Khalid sebelum itu memberitahu pemberita di Shah Alam bahawa Sultan Sharafuddin Shah memberi perkenan kepada beliau untuk terus kekal sebagai menteri besar.

"Menurut artikel 53 (2) (b) Undang-undang Tubuh Negeri sudah diperuntukkan ahli majlis kerajaan negeri selain menteri besar sekurang-kurangnya empat hingga 10 ahli.
"Parti PAS sudah nyatakan keempat-empat anggota (exco) akan bersama kerajaan negeri dan saya.
"Oleh sebab itu, saya boleh terus mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). – Bernama, 11 Ogos, 2014.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Kit Siang Gesa Adun PR S'gor, Khususnya PAS, Nyata Pendirian.

Posted: 11 Aug 2014 08:37 AM PDT


Ibnu Hasyim

Kit Siang Gesa Adun PR S'gor, Khususnya PAS, Nyata Pendirian.




Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) digesa menyatakan pendirian dalam krisis menteri besar Selangor susulan sokongan terbuka Barisan Nasional (BN) kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 11 Ogos, 2014. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) digesa menyatakan pendirian dalam krisis menteri besar Selangor susulan sokongan terbuka Barisan Nasional (BN) kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 11 Ogos, 2014. 

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang menggesa supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) menyatakan pendirian dalam krisis menteri besar Selangor susulan sokongan terbuka Barisan Nasional (BN) kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Penasihat DAP itu berkata, pendirian tersebut "penting dan mustahak" untuk 43 Adun PR menyatakan pendirian mereka, khususnya 15 Adun PAS.

"Dengan pengumuman sokongan 12 Adun BN kepada Khalid oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia sangat penting dan mustahak untuk mendapatkan pendirian 43 semua Adun Pakatan daripada PKR, DAP dan PAS dalam isu ini," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata faktor masa adalah penting pada ketika situasi krisis menteri besar dan politik Selangor bergerak dengan pantas.

"Semua proses membuat keputusan politik perlu dipercepatkan jika Pakatan tidak mahu dilihat tidak mampu respon kepada perubahan politik yang pantas," katanya.

Muhyiddin dalam satu majlis di Putrajaya berkata, BN akan memberikan sokongan penuh kepada Khalid tanpa syarat bagi menjayakan perjanjian air yang sudah ditandatangani. Menurut Muhyiddin, perkara berkenaan sudah dibincangkan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini berada di luar negara dan BN akan menyokong kepimpinan Khalid jika usul tidak percaya diadakan.
Khalid hari ini mendakwa beliau masih menteri besar dengan sokongan empat exco kerajaan negeri daripada PAS dan ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan negeri.

Katanya, Sultan Selangor mahu beliau terus kekal sebagai menteri besar selepas baginda diyakinkan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) masih menyokong kepimpinannya.
Khalid kini berdepan penolakkan daripada PKR dan sudah dipecat pada Sabtu lalu. – 11 Ogos, 2014 (IMI)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Esok Demuduga EXCO S'gor, Mereka Ini Bersama Khalid?

Posted: 11 Aug 2014 07:39 AM PDT


Ibnu Hasyim

Esok Demuduga EXCO S'gor, Mereka Ini Bersama Khalid?



Teka-teki empat Exco ini...ketika kesetiaan diuji
Selasa... Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hendak buat temuduga siapa Exco Selangor yang tidak bersamanya.

Apapun jadi pun beliau masih Menteri Besar dan Mesyuarat Kerajaan Negeri boleh berjalan berikutan ada empat Exco PAS yang sudah menerima arahan parti...jangan letak jawatan.
Abdul Khalid dan campur empat Exco PAS jadi lima dan berdasarkan undang-undang tubuh kerajaan negeri iaitu,  Artikel 52.2B Undang-undang Negeri, beliau hanya memerlukan empat orang Exco untuk mengadakan mesyuarat kerajaan negeri.

Menurut Abdul Khalid, beliau akan mengadakan pertemuan dengan setiap Exco esok untuk mengetahui keputusan mereka sama ada terus bersama beliau atau sebaliknya.

"Sekarang ini empat Exco dari PAS menyokong saya dan ia sudah cukup untuk saya mengadakan mesyuarat kerajaan negeri.
"Mana-mana yang menolak tatacara Artikel 53 (2) (b) ini boleh lepaskan jawatan," katanya.

Mari kita lihat siapa Exco-exco yang kena letak jawatan...
Jika PKR kata mereka mendapat sokongan semua 13 ADUN kecuali Abdul Khalid... maka yang kena letak jawatan adalah;

PERTAMA ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail, Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita.
Bagaimanapun... jika pertembungan dalam PKR sebelum ini diambil kira, maka Rodziah adalan calon Ketua Wanita PKR pro Abdul Khalid lawan Zuraidah Kamaruddin yang mempertahankan jawatannya dan diketahui penyokong kuat Azmin Ali sebelum berpindah kem ke Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

KEDUA Exco dari PKR yang kena letak jawatan jika ikut garis parti adalah Elizebert Wong, Adun Bukit Lanjan, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar.
Bagaimanapun Eli Wong, dipercayai penyokong tegar Khalid, dan tidak mempercayai Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas kes 'skandal' melibatkan beliau tersebar satu ketika dahulu.
Eli Wong diarah Anwar untuk letak jawatan Exco tetapi Abdul Khalid 'bagi nyawa' kepada beliau dan mengekalkan kedudukannya sebagai Exco selepas PRU13.

KETIGA Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi, Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi. Orang baru yang kali pertama bertanding pada PRU13, menang dan terus diangkat menjadi Exco.
Kawan baik kepada CEO MBI Faekah Hussin, sekian lama dikenali sebagai menyokong Abdul Khalid lebih daripada menyokong pemimpin lain dalam PKR.

KEEMPAT Datuk Teng Chang Khim, Adun Sungai Pinang, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Exco paling kanan dari DAP, serupa timbalan menteri besar tak rasmi. Adik kepada Pengerusi BN Pulau Pinang Datuk Teng Chang Yeow. Orang lama DAP Selangor dari zaman BN Datuk Seri Dr Khir Toyo menjadi MB. Menerima pingat 'Datuk' dari Sultan Selangor. Antara ADUN DAP yang bersongkok.
Bukan kem Tony Pua yang menjadi pemimpin DAP Selangor kini. Diketahui bukan kem 'Dinasti Lim Kit Siang' tapi bertahan kerana mempunyai sokongan akar umbi DAP dan kaum Cina yang kuat.
Khabarnya beliau bersama Abdul Khalid. Timbul atau tenggelam.

Dua lagi Exco DAP, Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram dan Adun Kota Alam Shah, Ganabatirau Veraman, Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dipercayai akan ikut saja apa kata parti dalam krisis ini.

Sehingga kini DAP mengarahkan Exconya kekal, namun Tony Pua berkata mereka juga mempertimbangkan untuk meletak jawatan. Sehingga Abdul Khalid temuduga sorang-sorang esok... mari berteka-teki, siapa yang akan kekal sebagai Exco dan siapa yang akan letak jawatan atau dipecat Abdul Khalid.
Dari bagi gaji free pada orang yang 'hentam' dia... baik lantik ADUN-ADUN yang menyokong beliau ke jawatan Exco.

Bak kata Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk... mari kita tengok siapa yang kena!!!-11/8/2014 (AD)

Lihat sebelum ini




E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Lagi Berita Gempar Dari Negeri Selangor.. Saksikanlah

Posted: 11 Aug 2014 06:47 AM PDT


Addin

Lagi Berita Gempar Dari Negeri Selangor.. Saksikanlah


Orang kanan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ‎Faekah Husin mengisytiharkan dirinya keluar PKR hari ini kerana tidak berpuas hati dengan tindakan parti itu memecat majikannya.

Faekah dalam surat ke‎pada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau hilang kepercayaan kepada parti kerana gagal menguruskan krisis kedudukan menteri besar Selangor.

"Saya penama dan nombor keahlian seperti di atas mengisytiharkan keluar daripada menjadi ahli PKR serta merta.

"Tindakan ini saya ambil kerana sudah hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti yang ternyata gagal menangani isu berbangkit daripada kedudukan jawatan menteri besar Selangor secara berhemah dan menurut tatacara yang betul serta teratur.
"Cara dan tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti ke atas Khalid jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai-nilai keadilan yang selama ini diperjuangkan oleh parti ini sejak ditubuhkan pada 4 April 1999," katanya dalam surat tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) ‎itu memulakan karier politiknya sebagai ahli Parti Keadilan Nasional (PKN) sejak mula ditubuhkan pada 1999.

Faekah ketika mengesahkan surat tersebut kepada The Malaysian Insider berkata, beliau akan meneruskan tugasnya dalam pentadbiran negeri dan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti biasa.

"Saya akan tumpu pada kerja memajukan hartanah atas nama MBI yang mana saya adalah CEO.

"Penyelaras DUN masih kekal sebab Tan Sri (Khalid) adalah Adun Pelabuhan Klang," katanya.

Pada 2000, beliau dilantik sebagai ketua Penerangan Wanita PKR Selangor dan bendahari Wanita negeri.‎

Faekah yang juga peguam dan pemilik firma Faekah & Choung pernah dipilih menduduki Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Pusat pada 2001 hingga 2004.‎

Beliau adalah Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum diarahkan menjadi setiausaha politik kepada Khalid pada 2010 menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilantik menjadi pengarah Komunikasi PKR.

Faekah sebelum ini dilihat sering menyatakan kritikan terbuka terhadap pemimpin PKR termasuk berperang di Twitter dengan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali demi mempertahankan kepimpinan pentadbiran Khalid di Selangor.

Beliau juga menimbulkan kemarahan kem Azmin sehingga ada usaha menjatuhkannya melalui gerakan #pecatfaekah dan pernah diberikan surat tunjuk sebab kerana melanggar disiplin parti berhubung Pemilihan PKR baru-baru ini. ~tmi



Iklan C (ii)





Peluang Azmin Pula Jadi MB, Bagaimana?

Posted: 11 Aug 2014 05:47 AM PDT


Ibnu Hasyim

Peluang Azmin Pula Jadi MB, Bagaimana?


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali masih berpeluang menjadi menteri besar baru Selangor walaupun partinya mencalonkan Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

Peluang Azmin, pengkritik awal pentadbiran Khalid, dilihat masih terbuka untuk mendapatkan sokongan PAS untuk ke jawatan itu. Ini ekoran pendedahan bahawa PAS sedia menarik balik sokongan kepada Khalid tetapi meminta nama baru sebagai calon penggantinya.

Malah, daripada sudut hierarki, Azmin merupakan pemimpin paling kanan dalam PKR selepas Azizah, yang menganggotai Dewan Undangan Negeri. Beliau juga pengerusi PKR Selangor. Malaysiakini difahamkan, dalam mesyuarat semalam di kalangan pemimpin atasan PAS, mereka sepakat bersama Pakatan Rakyat dan menarik balik sokongan pada Khalid ekoran pemecatannya daripada PKR.

Perkara itu dikatakan antara empat lagi keputusan dicapai semasa mesyuarat itu. PAS bagaimanapun difahamkan mahu PKR mencalonkan nama lain untuk mengisi jawatan itu dan bukannya Azizah. Keputusan itu bagaimanapun belum mengambil kira perkembangan hari ini, di mana Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan Khalid untuk kekal di jawatannya.

PAS hanya akan membuat kata putus selepas mesyuarat jawatankuasa pusat untuk memuktamadkan pendirian mereka. Keadaan itu sekali gus meletakkan tekanan di bahu PKR untuk mengemukakan nama baru untuk pertimbangan rakan komponen Pakatan Rakyat.

Justeru, jika PAS dapat berdiri teguh di belakang Azmin, anggota parlimen Gombak dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu mampu tampil sebagai calon mapan untuk jawatan itu. (MK)

 
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Khalid Ibrahim Masih Menjadi MB Walaupun Dipecat Parti Adalah Kesilapan PKR Sendiri.. Ikuti Penjelasan Pakar

Posted: 11 Aug 2014 04:21 AM PDT


Addin

Khalid Ibrahim Masih Menjadi MB Walaupun Dipecat Parti Adalah Kesilapan PKR Sendiri.. Ikuti Penjelasan Pakar


Memecat Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai anggota PKR tidak cukup untuk menyingkirkannya daripada kerusi menteri besar Selangor, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

Aziz memberitahu Malaysiakini, PKR "silap" apabila tidak membuktikan bahawa Khalid hilang sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) terlebih dahulu sebelum memecat anggota DUN Pelabuhan Klang itu.

"PKR buat silap apabila tidak teruskan usaha menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 29 daripada 43 anggota Pakatan dalam dewan menentang Khalid," katanya.

"Pemecatan mungkin menggambarkan penarikan sokongan tetapi tidak cukup untuk menyingkirkan Khalid daripada jawatannya," katanya. ~mk





Iklan C (ii)





Panggil Sidang DUN Tergempar! PKR, DAP Desak Khalid.

Posted: 11 Aug 2014 03:45 AM PDT


Ibnu Hasyim

Panggil Sidang DUN Tergempar! PKR, DAP Desak Khalid.


  Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menghadiri sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, hari ini. DAP dan PKR mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan sejauh mana sokongan yang dimilikinya dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri tergempar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 11 Ogos, 2014. 
Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menghadiri sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, hari ini. DAP dan PKR mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan sejauh mana sokongan yang dimilikinya dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri tergempar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 11 Ogos, 2014.

PKR dan DAP hari ini mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan sokongan yang dimilikinya seperti dipersembahkan kepada Sultan Selangor dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar.

Kedua-dua parti Pakatan Rakyat (PR) itu berkata kenyataan Khalid mengatakan mendapat sokongan adalah meragukan.

"Kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pihak istana, beliau mempunyai sokongan majoriti DUN itu adalah meragukan," kata kenyataan bersama yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, hari ini. Sebaliknya, DAP dan PKR mendesak supaya Khalid membuktikan beliau mempunyai sokongan.

"Tan Sri Khalid Ibrahim membuktikan kepada rakyat jelata sokongan majoriti yang diperoleh beliau itu seperti mana yang beliau dakwa," kata kenyataan itu lagi.
"Ini termasuklah memanggil sidang DUN untuk melakukan undi kepercayaan atau cara-cara lain yang boleh membuktikan beliau mempunyai sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dan Umno," katanya.

DAP dan PKR secara terbuka menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor baharu. Ia menjadikan DAP dan PKR memiliki 28 Adun menolak Khalid, cuma PAS belum menyatakan pendirian. PAS memiliki 15 Adun di Selangor.

"PAS pula belum membuat keputusan mengenai sokongan mereka kepada Khalid dan Jawatankuasa PAS Pusat hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos 2014 ini," katanya.

Walaupun sudah menyatakan secara terbuka 12 Adun mereka akan menyokong Khalid tetapi ia masih belum dibuktikan, kata kenyataan itu lagi.

"Umno menyatakan secara terbuka 12 Adun mereka menyokong Khalid seperti mana yang didakwa beliau.
"Jika 12 Adun Umno tidak menyokong Khalid, maka jelaslah beliau mempersembahkan maklumat palsu kepada Tuanku Sultan Selangor," kata kenyataan itu.

Susulan perkembangan terbaru ini, PKR dan DAP berkata akan meneliti langkah terkini bagi menyelesaikan kemelut di negeri Selangor tersebut.

"PKR dan DAP akan terus menggunakan segala kaedah mengikut Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat (PR) yang dipilih rakyat dalam pilihan raya umum yang lepas.
"Langkah seterusnya mengikut Undang-undang Tubuh Negeri akan dimaklumkan selepas pimpinan PR terus bermesyuarat mencari muafakat menyelesaikan perkara ini dengan baik."

Khalid dipecat daripada PKR Sabtu lalu selepas usaha mereka mendesaknya berundur gagal. Khalid hari ini berkata masih menteri besar yang sah di Selangor selepas menyakinkan Sultan Selangor beliau memperoleh sokongan majoriti dalam DUN.

Beliau mengadakan pertemuan dengan baginda di istana dan sejurus kemudian mengadakan sidang media menjelaskan statusnya sebagai menteri besar Selangor. Khalid juga mencabar mana-mana exco yang tidak menyokongnya agar meletakkan jawatan. – 11 Ogos, 2014. (TMI)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Mesyuarat Dewan Diraja Tak Sentuh Bubar Dun

Posted: 11 Aug 2014 02:51 AM PDT


Ibnu Hasyim

Mesyuarat Dewan Diraja Tak Sentuh Bubar Dun




KUALA LUMPUR: Majlis Dewan Diraja Selangor yang bermesyuarat hari ini tidak menyentuh isu pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid yang dipecat oleh PKR Sabtu lalu berkata, ini kerana beliau tidak meminta pembubaran itu dibuat. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut memperkenan beliau terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar sehingga ada perkembangan baharu berlaku.

Ini kerana Tuanku berpuas hati dengan penjelasan bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti Adun Selangor. Berhubung mesyuarat kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata beliau telah mendapat sokongan empat exco dari PAS.

Katanya, itu sudah memadai baginya untuk beliau mengadakan mesyuarat kerajaan negeri walaupun tanpa exco dari PKR dan DAP. Ini berdasar tatacara Artikel 52.2B Undang-undang Negeri.

"Parti PAS sudah nyatakan keempat-empat anggota (Exco) akan bersama Kerajaan Negeri dan saya.
"Oleh sebab itu, saya boleh meneruskan ketuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.
- HARAKAHDAILY 11/8/2014
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Ini Petua Islamik, Untuk Hilangkan Ketagih Rokok.

Posted: 11 Aug 2014 01:39 AM PDT


Ibnu Hasyim

Ini Petua Islamik, Untuk Hilangkan Ketagih Rokok.

Briged Al-Qassam










Briged Al Qassam


KEHEBATAN Briged Al Qassam dalam berjuang mempertahankan maruah dan kedaulatan Palestin di Gaza memang amat digeruni oleh Rejim Zionis Israel laknatullah.

Dalam berjuang mempertahankan Palestin Briged Al Qassam amat menitikberatkan disiplin dalam menjaga hubungan dengan Allah SWT sehingga setiap anggota diwajibkan untuk sentiasa solat berjemaah dan menghafaz surah-surah dalam Al-Quran.

Apa kena mengena dengan ketagihan merokok?

Kisah di bawah ini di copy-paste daripada FB sebagai perkongsian buat semua pembaca.

Fw: Kisah seorang petugas sukarelawan Malaysia di Gaza .

Sehinggalah..menjejak kaki di bumi Gaza... apabila ditegur oleh seorang anggota Al-Qassam semasa pergi ke kem di Jabaliya

Soalan pertama dia tanya.. " anta isap rokok tak? " saya jawab..hisap tapi di Malaysia.. Di Gaza tak hisap lagi..

Lepas itu..dia senyap dalam 3,4 minit..saya tunggu soalan yang seterusnya..kenapa susah payah dia nak tanya soalan yang kedua..

Mungkin dia takut..saya akan terasa hati kalau dia tanya soalan yang seterusnya.. kemudian dia menarik nafas dalam-dalam.baru dia bertanya semula. 

"Anta sayang tak Rasulullah?" 

Saya dengan pantas menjawab.."Mana mungkin tidak sayang..mestilah sayang...!"

Dia kemudian memberi penerangan ....

"kalau sayangkan Rasulullah.. 
kita tidak akan buat apa yang Rasulullah tidak suka buat.. 
Rasulullah tidak suka kepada perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri dan orang lain.. 
Rasulullah tidak suka kepada benda-benda yang berapi dan yang mengeluarkan asap... 
Rasulullah tidak suka kepada bau-bauan yang busuk.."

Katanya lagi.."agaknya kalau kita buat juga perkara-perkara yang Rasulullah tidak suka.. Rasulullah sayang tak dengan kita??"

Saya senyap terus..airmata mngalir..berasa sebak dan pilu dalam hati... selepas hari tu sehingga kini. Saya dah tidak menyentuh rokok.. Sehinggakan orang nak suruh hulur kotak rokok pun saya tak mahu ..

Sekadar pengajaran...
Copy drpd rakan Fakulti di UKM..,

Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka hati kita untuk bermuhasabah, tentang sejauh manakah kecintaan kita terhadap Rasulullah SAW.

Briged Al-Qassam Gaza Palestine Solat Berjemaah
Briged Al-Qassam Gaza Palestine Solat Berjemaah.

Inilah 'Petua Islamik', untuk hilangkan ketagih merokok. (IH)


Tahniah Atas Kemenangan Erdogan Di Turki.

Posted: 11 Aug 2014 12:40 AM PDT


Ibnu Hasyim

Tahniah Atas Kemenangan Erdogan Di Turki.


KUALA LUMPUR: PAS mennucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan yang telah memenangi pilihan raya presiden Turki yang diumumkan semalam.

Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Datuk Kamaruddin Jaafar, berkata kemenangan Erdogan menjadikan Turki sebuah negara harapan umat untuk memimpin dunia Islam yang sedang berdepan tekanan kuasa barat ketika ini.

"Tika negara Arab berantakan dan semakin lemah dan berpecah, Turki menjadi harapan umat untuk menggembalikan peranan Kekhalifahan yang telah ranap 90 tahun yang lalu, pada tahun 1924.

"Akibatnya krisis umat berlarutan dari Palestin, Kashmir, Selatan Filipina, Selatan Thailand, Afghanistan, Chechnya, Iraq, Syria, Burma.," kata beliau kepada Harakahdaily.

Menurut Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Tumpat, harapan dunia Islam terhadap Turki sangat tinggi biarpun tahu Barat dan Zionis akan terus merancang untuk menghalangnya dengan memperalatkan tokoh ugama saperti Fethullah Gulen menghancurkan Turki dari dalam sebelum ini.

Sementara itu, dalam kiraan awal yang diumumkan semalam, Erdogan meraih hampir 52 peratus undi mengatasi saingan utama beliau Ekmeleddin Ihsanoglu yang mendapat 38 petaus.

Selepas pengumuman dibuat, Erdogan dalam ucapannya berikrar akan mewujudkan 'era baru'dalam perhubungan rakyat di negara berkenaan.

"Hari ini adalah hari baru. Ia menandakan satu kejayaan, Hari ini adalah hari di mana Turki baru dibangkitkan semula daripada abu.

"Pada hari ini bukan Recep Tayyip Erdogan sahaja yang menang. Kemenangan ini adalah kemenangan seluruh rakyat. Ia adalah kemenangan demokrasi," katanya.

Mengulas lanjut, Kamaruddin mengharapkan Erdogan sebagai seorang rakan rapat dengan tokoh-tokoh politik Malaysia, turut  menjadikan negara ini sebagai rakan yang penting buat Turki.
- HARAKAHDAILY 11/8/2014


Punca Sebenar Khalid Ibrahim Liat Berundur Tersebar?

Posted: 11 Aug 2014 12:21 AM PDT


Addin

Punca Sebenar Khalid Ibrahim Liat Berundur Tersebar?


Tidak mudah kepimpinan PKR membuat keputusan untuk menyingkirkan TS Khalid Ibrahim dari PKR. Tentulah sudah begitu lama isu kepimpinan TS Khalid di Selangor ini menjadi bahan perbincangan kepimpinan tertinggi PKR dan tentunya sudah lama juga dihazam agar segala keputusan dibuat tidak dilihat sebagai zalim dan tidak menepati prinsip-prinsip keadilan sebagai mana yang diperjuangkan oleh parti berkenaan. 

Tentulah terdapat sebab-sebab yang konkrit yang melayakkan kepimpinan PKR untuk membuat keputusan yang begitu berat ini. Jikalau keseluruhan kepimpinan 'berani' membuat keputusan demikian, tentulah ada asas yang cukup kuat untuk mereka bertindak demikian. Sekiranya ada pihak yang mempersoalkan keputusan berkenaan, maka tentulah golongan yang berfikiran rasional pula ingin juga mengemukakan soalan.

Apakah keseluruhan pimpinan PKR itu tidak dapat menilai antara yang betul dengan yang salah. Ataupun apakah keseluruhan pimpinan PKR itu hanya menjadi pak turut semata-mata. Tentulah tidak sedemikian caranya. Apatah lagi memikirkan prinsip perjuangan parti adalah 'keadilan' kepada semua. Tentulah tidak timbul isu 'kezaliman' apabila hukuman dikenakan ke atas TS Khalid. 

Jikalau kita berfikir secara rasional, maka inilah saja jalan yang ada kepada kepimpinan PKR untuk membuktikan kepada rakyat umum bahawa PKR adalah sebenarnya parti yang mempunyai integriti, 'accountability' dan tegas dalam mendukung aspirasi rakyat terbanyak. Tindakan PKR ini mungkin 'merunsingkan' juga setengah pihak yang merasakan bahawa tindakan sedemikian sebagai tidak adil, namun tindakan perlu dilaksanakan. Ini yang telah ditegaskan pada awal-awal tadi bahawa keputusan yang diambil oleh kepimpinan PKR bukan sesuatu keputusan yang mudah. 

Dan sepatutnya TS Khalid juga harus faham dengan 'bebanan' yang dipikul oleh kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat dalam menyelesaikan kemelut di Selangor ini. TS Khalid harus faham bahawa sekiranya beliau sudah tidak mendapat kepercayaan lagi daripada kepimpinan PKR, yang juga bertanggngjawab melantik beliau ke jawatan MB Selangor itu, maka seharusnya beliau dengan rela hati mengundurkan diri, supaya keadaan tidak menjadi sekusut ini. Yang tentu menyedihkan lagi ialah 'maruah' dan 'harga diri' TS Khalid sedikit sebanyak akan tercalar juga apabila beliau seolah-olah 'berdegil' dan terus 'berpaut' kepada 'dahan yang rapuh' itu. Sepatutnya TS Khalid memikirkan juga tentang 'sisa-sisa' hidup yang perlu dilaluinya sebagai warga emas. 

Tentu ramai juga yang menyoal tentang mengapa TS Khalid begitu bersungguh benar mempertahankan jawatan MBnya sedangkan jawatan MB itu bukan merupakan jawatan 'turun temurun' seperti yang di suarakan oleh TS Muhammad bin Muhammad Taib yang juga pernah menjadi Menteri Besar Selangor dan yang pernah 'disuruh' berhenti dari jawatan berkenaan. Dato' Abu Hassan Omar yang pernah juga 'diarah' meletakkan jawatan MB Selangor pada suatu ketika dahulu tidak ingkar apabila diarahkan berbuat demikian oleh UMNO. Dan kesemua mereka ini patuh kepada rahan parti masing-masing.
,br> Persoalannya mengapa TS Khalid Ibrahim menampakkan kesungguhan mempertahankan jawatan berkenaan. Apakah 'ada udang disebalik batu?' dan peribahasa Melayu ada mengatakan, 'jiakalu tidak berada ada tidak akan tempua bersarang rendah'. Apakah begitu keadaannya yang menyelubungi isu perletakan jawatan TS Khalid ini? 

TS Khalid masih tidak mahu mengalah… 

Tentulah kesan ekoran daripada peristiwa ini akan menimbulkan keadaan yang amat tidak menyenangkan. 

* Keadaan politik di Selangor akan terus dalam keadaan terumbang-ambilng, tidak menentu yang boleh menyebabkan rakyat Selangor juga dalam keadaan yang 'resah dan gelisah' 

* Mahu tidak mahu, keadaan sebegini akan pasti membabitkan DYMM Sultan Selangor juga. Sepatutnya Baginda Sultan tidak dilibatkan langsung dalam kemelut Selangor ini. 

* Para pemimpin Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) pastinya dalam keadaan serba salah, untuk menentukan kedudukan masing sekiranya diperlukan untuk berbuat demikian. Ini merupakan persoalan 'di luah mati emak dan ditelan mati bapak' 

* Ada kemungkinannya PAS akan 'berpisah' dengan Pakatan Rakyat, memandangkan bahawa sudah ramai ahli PAS yang seolah-olah memihak kepada TS Khalid yang sekali gus memberikan gambaran bahawa apa yang dilakukan oleh PKR itu tidak sewajarnya dilakukan. Dan dalam parti PAS sendiri akan wujud kelompok-kelompok tertentu antara yang pro dan yang kontra. Maknanya seolah-olah dalam PAS sudah terbahagi kepada dua kumpulan. Keadaan sebegini tidak harus di lepas pandang oleh TS Khalid. 

TS Khalid harus dan patut memikirkan perkara ini. Kesannya kepada rakyat dan negara amat mendalam. Ini bukan lagi isu negeri Selangor tetapi isu yang membabitkan politik negara dan rakyat Malaysia. TS Khalid tidak sepatutnya memikirkan dirinya lagi tetapi memikirkan tentang harapan rakyat keseluruhannya, sekiranya beliau benar-benar sayangkan rakyat dan negara. ~abuhassanadam




Iklan C (ii)





Gaza: Genjatan Senjata Baru 72 Jam Lagi. Namun Hamas...

Posted: 10 Aug 2014 10:56 PM PDT


Ibnu Hasyim

Gaza: Genjatan Senjata Baru 72 Jam Lagi. Namun Hamas...



GAZA: Pejuang Hamas dan tentera Zionis Israel bersetuju dengan cadangan baru Mesir untuk melaksanakan genjatan senjata bagi tempoh 3 hari lagi bermula Isnin (hari ini).

Keputusan itu dibuat disaat wakil Palestin dan Israel masih lagi berada di Mesir bagi membincangkan penyelesaian jangka panjang untuk menamatkan serangan kedua-dua pihak.

Ianya juga adalah lanjutan daripada genjatan senjata pertama 72 jam yang berakhir Jumaat lalu yang kemudiannya menyaksikan pertempuran tercetus semula sehinggalah ke malam tadi.

Dalam pada itu, Hamas tetap dengan pendirian bahawa genjatan senjata jangka panjang hanya boleh dilakukan jika kerajaan haram Israel bersedia mengangkat semua kepungan ke atas Palestin.

Ketua Biro Politik Hamas Hamas Khaled Meshaal mengulangi penegasan itu dalam satu ucapannya semalam.

Beliau berkata rakyat Palestin tidak akan kendur dengan tuntutan mereka agar semua kepungan ke atas Gaza dibuka sepenuhnya sebagai syarat genjatan senjata.

Sehingga kini hampir 2,000 rakyat Palestin gugur syahid dalam serangan tentera rejim sejak 7 Julai lalu.

- HARAKAHDAILY 11/8/2014


Spekulasi Mengejutkan Dari Golongan Profesional PAS?

Posted: 10 Aug 2014 08:39 PM PDT


Addin

Spekulasi Mengejutkan Dari Golongan Profesional PAS?


Spekulasi semakin kencang mendakwa golongan profesional PAS yang tidak setuju dengan cara Hadi menguruskan krisis PAS – PKR berkemungkinan dipecat daripada parti itu.

Sebahagian lagi, didakwa akan meninggalkan parti dan bergabung dengan PKR atau pun menubuhkan parti baru. Semua itu terpaksa dilakukan demi meneruskan politik waras dan tidak terlalu mengikut emosi sebagaimana yang diamalkan presiden PAS.

Usul syura ulama yang meminta agar Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB selagi mana tidak terbukti bersalah oleh mana-mana mahkamah adalah mustahil dalam integriti politik moden. Di negara barat sekiranya integriti pemimpin dipersoalkan seperti pendedahan Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution terhadap beberapa urusniaga Khalid yang meragukan, maka pemimpin yang didakwa akan melepaskan jawatan.

Atau setidak-tidaknya akan meminta disiasat dan tugasnya dipangku oleh timbalan. PAS dalam semua desakan terhadap ahli politik BN juga mensyorkan perkara serupa, pemimpin BN mesti digantung tugas sepanjang tempoh siasatan. Tetapi mengapakah majlis syura ulama mengambil pendekatan berbeza terhadap Khalid?

Menunggu sehingga mahkamah menjatuhkan hukum bersalah tidak wujud dalam budaya politik baru. Ia hanya wujud dalam politik Umno. Dan tentunya menteri umno tidak akan didapati bersalah di mahkamah. Oleh itu selama mana mereka mahu memegang jawatan maka mereka bebas melakukannya.

Pujian wajar diberikan kepada golongan profesional PAS kerana mempertahankan integriti dalam pemerintahan. Biar pun mereka tidak tinggi ilmu agama tetapi mereka mampu memberikan contoh yang dipandang tinggi masyarakat.

Sekiranya golongan profesional ini akhirnya menubuhkan parti baru atau bergabung dengan PKR maka mereka dengan mudah akan diterima pengundi. Sebaliknya, PAS yang kekal dengan tradisi ulamanya akan tenggelam dalam arena politik.

Terutama di Selangor yang mana rakyatnya cerdik politik. Mereka tidak mudah diperangkap dengan hujah dosa dan pahala. Mereka faham antara ustaz yang berceramah dan ahli politik yang mempertahankan integriti.

Sekiranya golongan ulama PAS bertegas membela Khalid dan parti itu berpecah dua maka mereka wajib faham mereka akan jatuh, sama seperti selepas pilihan raya Kelantan 1978.

Namun PAS jangan terlalu yakin tanpa parti itu Pakatan akan berkubur. Rakyat yang dahagakan perubahan tidak mengira siapa pun asalkan mereka tidak ditipu oleh Umno. Jika Pakatan (PKR – DAP) bertanding PRU maka kedua-duanya akan diberi undi.

PAS yang berkerjasama dengan BN akan hilang undi di kawasan-kawasan Melayu. PAS boleh mencuba kerajaan perpaduan, namun bukan dengan sokongan golongan profesional parti itu. Profesional akan pindah ke parti baru yang lebih kredibel. ~suara pakatan daily



Iklan C (ii)





Gadis dir0gol bergilir-gilir lelaki dikenali melalui Weechat

Posted: 10 Aug 2014 07:30 PM PDT


Tengok TV Online

Gadis dir0gol bergilir-gilir lelaki dikenali melalui Weechat


KUALA TERENGGANU - Gara-gara cepat terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki yang dikenali melalui WeChat, seorang remaja menjadi mangsa r0gol beramai-ramai termasuk 'teman lelakinya' dan tiga lagi lelaki tidak dikenali.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman, awal Julai lalu.

Mangsa yang juga pelajar tingkatan dua itu dikatakan baru berkenalan dengan suspek yang berusia 22 tahun, bagaimanapun bertindak berani mengambil keputusan mengatur pertemuan kali pertama bersama teman lelakinya itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, dalam pertemuan pertama itu, mangsa dikatakan telah keluar bersama teman lelakinya kira-kira jam 3.30 petang menaiki motosikal, kononnya untuk bersiar-siar di bandar berhampiran.

"Suspek dikatakan pada awalnya berjanji hendak mengajak mangsa hanya untuk bersiar-siar di kawasan bandar berhampiran, tetapi suspek telah membawa mangsa ke sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman.

"Sebaik tiba di rumah berkenaan, terdapat tiga lelaki lain yang sedia menunggu di dalam rumah sebelum mangsa dibawa masuk ke dalam bilik," katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Menurut Wan Abd Aziz, beberapa minit kemudian, suspek turut masuk ke dalam bilik sama dan mula menunjukkan belang apabila cuba merapati mangsa tetapi mangsa yang tidak suka akan tindakan suspek cuba menepis tangannya.

"Mangsa merayu meminta suspek menghantarnya pulang ke rumah tetapi suspek mula bertindak kasar apabila cuba membuka pakaian mangsa.

"Melihat tindakan suspek yang bagaikan hilang akal itu, mangsa cuba menjerit sekuat hati meminta tolong, namun suspek bertindak menutup mulut mangsa sebelum mer0golnya," katanya.

Wan Abd Aziz berkata, nasib malang remaja itu tidak berakhir di situ apabila dir0gol secara bergilir-gilir oleh tiga lagi rakan kepada teman lelakinya.

Katanya, selepas puas melepaskan nafsu mereka, suspek tanpa rasa bersalah menghantar mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam.

"Pada mulanya, mangsa tidak membuat sebarang laporan polis kerana bimbang keselamatannya tetapi nekad melaporkan perbuatan terkutuk suspek selepas dir0gol buat kali kedua dalam kejadian terbaru pada 4 Ogos lalu.

"Susulan laporan dibuat mangsa kelmarin, polis menahan teman lelaki mangsa berusia 22 tahun yang kini direman selama tujuh hari sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana mer0gol.

"Selain itu, kita turut memburu tiga lagi rakan suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian ini," katanya.

Dalam pada itu, Wan Abd Aziz turut menasihatkan golongan remaja terutama perempuan agar tidak mudah mempercayai rakan yang baru dikenali menerusi laman sosial seperti Facebook dan WeChat bagi mengelak mereka menjadi mangsa jenayah sama ada ditipu atau dir0gol.


0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar tentera terputus hubungan zamani