Masukkan Email Anda : Berita Terbaru

Powered by Blogger.

Janda Juga Boleh Hidup Selesa – Norish Karman

Janda Juga Boleh Hidup Selesa – Norish Karman


Janda Juga Boleh Hidup Selesa – Norish Karman

Posted: 19 May 2014 01:00 AM PDT

Janda. Perkataan yang amat ditakuti oleh kaum wanita. Apabila bergelar janda, seringkali masyarakat akan memandang serong. Bukan itu sahaja, si suami sebagai tempat bergantung hidup juga tiada menyebabkan kadangkala mata pencarian hilang lebih-lebih lagi jika tidak pernah bekerja. Namun begitu, tidak semua janda hidup sengsara malah ada yang membuktikan mereka mampu hidup selesa. Salah seorang daripadanya ialah Norish Karman.
norish karmanMerahsiakan tempat tinggalnya selama ini, Norish Karman baru-baru ini telah mengadakan majlis hari jadi di kondiminium mewah tempat tinggalnya bertempat di Mont Kiara. Kata Norish menerusi Berita Harian:-

Sejak dulu lagi saya tidak mahu orang tahu di mana tempat tinggal saya. bukan sebab pengintip atau sebagainya, tetapi orang selalu salah faham, lebih-lebih lagi apabila saya memegang gelaran janda. Apabila janda duduk di tempat yang menjadi tumpuan, orang akan fikir bukan-bukan.

Saya mahu melenyapkan tanggapan pihak yang berasakan wanita bersuami saja boleh duduk tempat yang selesa seperti kondominium mewah. Ia ternyata tidak benar. Saya bersyukur kerana ini rezeki yang diberikan atas usaha sendiri, malah saya mampu memberi anak makan serta hidup di tempat yang selesa.

Dulu memang saya tidak mahu cerita dan jemput orang ke rumah, tetapi ibu bapa dan kawan menasihati supaya jangan berfikiran sedemikian. Sebaliknya tidak salah mengajak dan membuktikan kepada orang ramai saya baik-baik saja, sekaligus ia dapat menghentikan spekulasi oleh orang luar.

janda norish karman

Setahu Abang Nara, sebuah kondominium di Mont Kiara bernilai jutaan ringgit. Fuh~~ Memang kagum Abang Nara kerana Norish dapat tinggal di kawasan kediaman elit ini. Tak sia-sia selama ini bekerja keras untuk mengumpul duit. Yang penting, anak-anak dapat hidup selesa, keselamatan terjamin dan rasa tenang. Tahniah Norish Karman. Semoga kejayaan anda ini akan menjadi inspirasi kepada wanita di luar sana yang bergelar janda.

P.S: Lagak si haiwan apabila hari terlalu panas

Baca Yang Ini Pulak:-

Promosi Kakibola Lazada Yang Awesome

Posted: 18 May 2014 10:38 PM PDT

Oh yeah~~ Seronoknya rasa hati ini apabila Piala Dunia 2014 semakin hampir. Inilah masanya untuk melihat aksi-aksi bertaraf dunia pemain bola sepak seperti Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney, Van Persie dan ramai lagi. Tambah menyeronokkan apabila Lazada, laman membeli-belah barangan elektronik kegemaran Abang Nara turut sama menganjurkan kempen Lazada Kakibola sempena Piala Dunia kali ini. Seronok 2 kali ganda diri ini dibuatnya.

lazada kakibola

Menariknya kempen Lazada Kakibola ini dibahagikan kepada 5 peringkat. Setiap peringkat mempunyai tawaran yang berbeza-beza. Untuk peringkat pertama yang telah bermula dari 12 Mei dan akan berakhir pada 25 Mei ini, diskaun hebat ditawarkan untuk produk elektrik seperti televisyen, Playstation 4 dan juga komputer serta laptop. Memang ini masa yang amat sesuai untuk anda menukar televisyen baru supaya dapat melihat perlawanan-perlawanan Piala Dunia dengan lebih terang dan jelas. TV Philips 32 ini hanya RM688 sahaja. Murah tak murah la kan?

lazada kakibola

Kempen Lazada Kakibola ini akan berakhir sepenuhnya pada 13 Julai kelak. Bukan sekadar peralatan elektronik sahaja yang akan diberikan diskaun, barangan lain seperti beans bag, Apple Macbook Air, sistem "home theatre" dan macam-macam lagilah akan dikurangkan harganya bersempena kempen ini. Yang penting korang kena sentiasa tengok laman web Lazada dan juga Facebook Lazada untuk mengenalpasti barangan apakah yang sedang dijual dengan diskaun. Menariknya, selain tawaran harga RUNTUH ini, turut sama diadakan ialah permainan "Vote To Victory" di Facebook Lazada.

lazada kakibola

Cantik kan rekaan baju di atas? Sukar sungguh untuk buat pilihan. Namun korang perlu undi di Facebook Lazada dengan menulis nama negara pilihan anda dan hashtag #pickyourside #lazadaMY. Setiap 2 hari, pihak Lazada akan kongsikan 2 rekaan baju negara yang berbeza untuk anda undi. Apa yang bestnya, kalau anda mengundi, anda berpeluang memenangi salah satu baju awesome ini. Ini kerana pihak Lazada akan buat "giveaway" 5 helai baju untuk setiap permainan. Best kan?

lazada kakibola

Pesanan Abang Nara, pastikan korang sentiasa melawat laman web Lazada dan jangan lupa LIKE Facebook Lazada terutamanya sepanjang kempen Kakibola ini. Takut-takut terlepas peluang untuk membeli barangan pada harga diskaun yang amat HEBAT. Piala Dunia hanya 4 tahun sekali. Jadi takkan nak tunggu 4 tahun lagi kalau terlepas promosi Lazada kali ini kan? Tak gitu?

Baca Yang Ini Pulak:-

Boy Iman Akui Melobi Untuk Gelaran Datuk, Berpangkat Ayahanda Dalam PEKIDA

Posted: 18 May 2014 09:42 PM PDT

Hebat rupanya Boy Iman ini. Bukan sahaja mendapat gelaran “Datuk” daripada kerajaan Naning baru-baru ini, rupa-rupanya Boy Iman turut memegang pangkat Ayahanda dalam Pekida. Bukan calang-calang orang boleh sampai ke tahap ini. Makin kagum dan respek Abang Nara terhadap Boy Iman. Siapa sangka dalam diam-diam rupanya beliau ialah seorang yang bepengaruh besar.

boy iman

Apa yang lebih menarik perhatian Abang Nara ialah Boy Iman tanpa segan silu mengakui ada melobi untuk mendapatkan gelaran Datuk daripada kerajaan Naning. Berkata menerusi Pancaindera, Boy juga turut menjelaskan mengenai aktiviti kebajikan yang sering dilakukannya. Kata Boy:-

Biasalah. Kita tak boleh nak sangkal hal ini (melobi) kerana realitinya semua orang pandai melobi. Setiap orang ada caranya. Ada yang pakai kipas, ada orang pakai alat penghawa dingin, terpulanglah pada cara mereka melobilah. Walaubagaimanapun, ia masih terletak kepada kemahuan pihak di sana sama ada berkenan atau tidak untuk memberi anugerah.

Kalau dipergunakan (untuk kerajaan Naning cari publisiti) tidak ada salahnya. Kami tak pernah menyesal asalkan ini mendatangkan kebaikan ke jalan Allah S.W.T. Sebenarnya, ramai tak tahu, saya banyak terlibat dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan banyak usaha membantu masyarakat.

Kenapa saya menyertai PEKIDA dan saya berpangkat Ayahanda, saya juga adalah Timbalan Pengerusi Insan Prihatin Malaysia dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kerabat Aura Syifa. Macam Pian, ramai orang tak tahu, dia adalah orang kuat madrasah, kami banyak terlibat dengan amal kebajikan.

Cuma kami tak canang pada orang saja. Mungkin lembaga adat nampak usaha dan amal yang kami lakukan, sebab itu mereka nak bagi anugerah atas sumbangan aktif kami itu.

boy iman

Fuh~~~ Hebat kan jawatan-jawatan yang dipegang oleh Boy Iman? Lain kali jangan pandang orang sebelah mata. Kita tak tahu kehebatan mana-mana insan sehingga benar-benar mengenali seseorang itu. Nasib baiklah Boy Iman boleh bagi penjelasan sebegini di suratkhabar. Sekurang-kurangnya baru orang sedar akan ke”power”an beliau dan tidak lagi mempertikaikan gelaran “Datuk” yang diterima. Kepada Datuk Boy Iman, semoga makin berjaya selepas ini.

P.S: Meserati Ghibli 2014 dilancarkan pada harga RM538,800

Baca Yang Ini Pulak:-

Rozi Isma, Itulah Nama Isteri Bront Palarae

Posted: 18 May 2014 09:11 PM PDT

Bront Palarae adalah seorang pelakon kacak yang penuh dengan misteri. Kehidupan peribadinya memang tidak diketahui ramai. Sudah berkahwin tahun lalu dalam satu majlis tertutup di masjid Taman Tun Dr Ismail, sehingga ke hari ini wajah isteri Bront tidak pernah terpampang di mana-mana media. Abang Nara yakin ramai yang tertanya-tanya siapakah wanita yang berjaya mencuri hati Bront.

isteri bront palarae

Menerusi BiPop semalam, akhirnya sedikit info mengenai isteri Bront Palarae telah pun didedahkan. Namanya ialah Rozi Isma. Rozi bukanlah orang baru dalam industri hiburan sebaliknya sudah lama bekerja di sebalik tabir. Abang Nara suka membaca kisah cinta mereka berdua seperti yang diceritakan Bront:-

Saya dan Rozi sudah kenal hampir 15 tahun sebelum kami berkahwin. Rozi soulmate saya. Rozi kenal saya sebelum saya punya nama lagi, kami melangkah bersama dalam industri hiburan. Rozi pernah bekerja dalam bidang pengiklanan dan saya pula lakonan. Sekarang kami sama-sama usahakan syarikat Pixel Play mengikuti kemampuan masing-masing.

Rozi adalah rakan sekolah saya. Kami sebenarnya tidak berniat menyembunyikan perkahwinan, tetapi saya lebih selesa soal peribadi tidak dikongsi dengan peminat. Majlis perkahwinan kami hanya untuk ahli keluarga sahaja. Teman artis pun tidak diundang hingga ada antaranya yang merajuk.

bront

Suatu hari nanti, diharap Bront Palarae akan terbuka hati untuk berkongsi wajah isterinya dengan para peminat. Pasti ramai yang teruja sekiranya Bront dan isteri digandingkan dalam satu “photoshoot”. Insya Allah suatu hari nanti pasti akan tiba jua saat itu. Buat masa ini, kita berilah Bront dan Rozi privasi yang dimahukan.

P.S: Wanita tanpa identiti pengenalan bersolat atas jalan

Baca Yang Ini Pulak:-

Rahsia Penjagaan Gigi Lisa Surihani Terbongkar

Posted: 18 May 2014 08:12 PM PDT

Secara jujur, penjagaan mulut dan gigi adalah bukan satu perkara yang Abang Nara ambil berat. Apa yang Abang Nara lakukan hanyalah menggosok gigi 2 kali sehari iaitu pagi selepas bangun tidur dan malam sebelum tidur. Kadang-kadang kalau penat sangat, boleh je tidur terus tanpa gosok gigi.  Akibat kemalasan ini, Abang Nara bila bergambar agak malu-malu nak senyum. Takut ternampak gigi yang kurang bersih. Hehehe.

oral b

Jadi apabila selebriti feveret Abang Nara iaitu Lisa Surihani terlibat dengan projek #RethinkYourMouth oleh Oral B, Abang Nara terus rasa teruja nak turut sama. Bukan apa, comel sangat video Lisa Surihani menunjukkan kepentingan menjaga mulut dan gigi kita di Facebook Oral B.  Apabila gadis secomel Lisa Surihani buat penerangan, pastinya Abang Nara akan mendengar dengan tekun. Nak juga tahu rahsia kecantikan mulut dan gigi pelakon hebat ini.
oral bAkibat terpengaruh dengan gaya comel Lisa Surihani, keesokan harinya terus Abang Nara pergi ke Guardian The Curve untuk mendapatkan produk penjagaan mulut Oral-B. Kalau Lisa boleh dapat mulut yang sihat sempurna, Abang Nara pun boleh juga. 3 produk Oral-B yang Abang Nara beli ialah berus gigi Oral-B Pro-Flex, kumur mulut Oral-B’s Pro-Health dan juga pembersih celah gigi Oral-B Glide Deep Clean Floss. Ketiga-tiga barangan ini tak sampai RM50 pun.
oral bBerdasarkan kajian yang dilakukan, berus gigi Oral-B Pro-Flex membuang sehingga 93% kotoran dalam mulut yang sukar hendak dicapai oleh berus gigi lain. Mula-mula Abang Nara pun sukar nak percaya. Abang Nara ingatkan ini semua gimik "marketing". Namun selepas seminggu menggunakan berus gigi Oral-B ini, memang terasa kelainannya. Kalau sebelum ini susah hendak berus sehingga ke hujung gigi geraham untuk buang nasi yang terlekat, kefleksibelan berus gigi Oral B ini membolehkan ia dilakukan dengan mudah. Paling best gusi Abang Nara tak berdarah walaupun diberus dengan kuat sebab kelembutannya berusnya. Secara jujur, memang keseluruhan gigi terasa lebih bersih, lebih selesa dan lebih mudah untuk diberus dengan Oral-B Pro-Flex ini.
oral b

Teruja dengan keberkesanan berus gigi Oral-B Pro-Flex, Abang Nara teruskan usaha untuk mendapatkan mulut yang lebih baik dengan penggunaan kumur mulut Oral-B’s Pro-Health. Apa yang penting sebelum beli Abang Nara dah periksa terlebih dahulu. Memang bebas alcohol. Abang Nara paling suka rasa "mint" yang segar apabila berkumur menggunakan Oral-B Pro-Health nie. Mulut pun terus rasa segar, lebih wangi dan paling penting, wife kata mulut Abang Nara tak berbau. Hehehe. Secara teorinya kalau guna kumur mulut Oral-B Pro Health ini akan dapat menghalang pembentukan plague dan melawan kaviti. Namun 2 perkara tue Abang Nara tak dapatlah nak buktikan secara klinikal. Yang penting mulut Abang Nara memang rasa lebih best berbanding dulu.
oral bProduk terakhir yang Abang Nara guna tak lain tak bukan ialah pembersih celah gigi Oral-B Glide Deep Clean Floss. Seumur hidup Abang Nara, inilah pertama kali Abang Nara guna benda pembersih gigi ini. Memang leceh untuk orang yang tak sabar seperti Abang Nara. Namun keberkesanannya memang power!!! Ada sekali tue Abang Nara makan daging dan cebisannya terselit di celah-celah gigi. Kalau dulu memang kena gosok gigi 2,3 kali baru dapat hilangkan, tapi bila guna pembersih celah gigi Oral-B Glide Deep Clean Floss, terus bersih sebersih-bersihnya gigi Abang Nara. Kagum sekejap. Sekarang ini seminggu 2 kali memang Abang Nara akan guna pembersih celah gigi Oral-B Glide Deep Clean Floss ini.

oral bSebenarnya target Abang Nara ialah untuk mendapatkan mulut secantik dan sebersih Lisa Surihani. Abang Nara pernah jumpa Lisa depan-depan. Senyumannya memang menawan. Mulut pun wangi. Gigi cantik bersih dan putih. Tersusun rapi je. Masa itu tertanya-tanya juga apa rahsia. Rupa-rupanya Lisa gunakan produk-produk Oral-B ini. Selepas Abang Nara gunakannya sendiri, memang terasa kelainan dan ada harapan untuk dapat mulut secantik Lisa.
rethinkSelaku pengguna yang berpuas hati, Abang Nara ingin mengajak korang untuk turut sama ikut serta dalam projek #RethinkYourMouth ini. Percayalah sekali korang cuba, pasti korang akan berpuas hati dan akan terus menggunakan 3 produk yang Abang Nara ceritakan tadi. Mulut sememangnya harus dijaga lebih-lebih lagi dengan makanan Malaysia yang banyak mengalakkan dan mempercepatkan kerosakan gigi. Takkan dah tua nanti kita nak tinggal gigi sebatang dua je kan atau nak pakai gigi palsu? Tak macholah macam itu.

rethink

Jom #RethinkYourMouth dengan Oral-B. Banyak lagi info menarik mengenai penjagaan mulut di Facebook Oral-B. Paling best penerangan-penerangan tersebut diberikan oleh Lisa Surihani. Sambil dengar penerangan, sambil leh layan awek cun. Hehehe.

 

Baca Yang Ini Pulak:-

Rumah Tangga Abby Abadi Pula Dilanda Badai?

Posted: 18 May 2014 07:43 PM PDT

Amboi ayat dilanda badai tue. Hehehe. Sekali sekala nampak puitis apa salahnya kan? Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Berkahwin dengan Farhan pada bulan Julai tahun lalu, Abby Abadi kini memberi bayangan mengenai keretakan rumah tangganya menerusi akaun Instagram baru-baru ini. Adakah sekali lagi Abby Abadi akan menemui kegagalan dalam perkahwinan?
abby abadi cerai lagiSecara jujur, Abang Nara tak gemar berkongsi masalah-masalah perkahwinan di media sosial. Masalah suami isteri selesaikanlah sesama sendiri. Bukannya dikongsi dengan orang lain. Berkongsi gambar di atas, Abby telah menulis caption:-

Dari awal kenal……. beli cincin……. uruskan pernikahan…. nikah……. saat2 indah…. dugaan bersilih ganti…… ujian datang & pergi………. Akhirnya….. Mohon doa kalian………..Doakan yg terbaik utk kami….Untuk yg terakhir kali…????

Malah dalam ruangan komen, Abby Abadi juga turut menulis “peluang yang terakhir” seolah-olah membayangkan rumah tangganya sudah berada di hujung tanduk.

abby abadi cerai lagi

Nasihat Abang Nara, kalau tulis di laman sosial, masalah tak akan selesai. Ambillah pengajaran daripada kisah Fiza dan Adam yang salah satu punca penceraian ialah Instagram. Lebih baik duduk bersemuka, bincangkan masalah dan cari jalan penyelesaian. Kongsi di media sosial ini buat tambah masalah je. Tak gitu? Apa pendapat anda?

P.S: Nissan Teana 2014 sedia untuk ditempah

Baca Yang Ini Pulak:-

Selera Saya Memang Mat Saleh – Siti Saleha

Posted: 18 May 2014 06:09 PM PDT

Wow. Kacak sungguh kekasih Siti Saleha. Memang mampu mencairkan hati para gadis di luar sana. Sekali pandang, nampak macam orang Spain pun ada jugak. Memang sangat sesuai dengan Siti Saleha yang juga mempunyai darah kacukan. Ini kalau kahwin dan dapat anak, pasti anak akan super duper hensem/cantik apabila dewasa kelak.

kekasih baru siti saleha

Pernah bercinta dengan Syed Adney sebelum ini, Siti Saleha mengakui seleranya dalam memilih kekasih lebih kepada lelaki mat saleh. Itu perkara biasa lebih-lebih lagi kalau tak silap ayah Siti Saleha sendiri berkahwin dengan wanita British. Kata Siti Saleha:-

Sejujurnya, selera saya memang lebih kepada lelaki berdarah kacukan. Tapi itu tidak bermaksud saya tak pandang langsung lelaki tempatan. Dia seorang pemuda kacukan, tapi saya tak boleh beritahu kacukan apa. Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini saya selesa dengan dia.

Dia penyayang dan matang. Lebih penting, saya dapat rasakan yang kami serasi antara satu sama lain. Kami masih lagi dalam fasa mengenali hati budi masing-masing. Lagipun, saya masih muda. Nak fikir fasal kahwin dalam masa terdekat ini belum lagi rasanya. Saya belum bersedia nak kahwin

kekasih baru siti saleha

Tak kisahlah Mat Saleh ke, lelaki Melayu ke, Indonesia ke, Nigeria atau negara-negara lain, yang penting kalau hati sudah suka, kewarganegaraan bukanlah satu masalah. Yang penting bila nak kahwin nanti, janganlah lupa adat dan agama. Apa pun, Siti Saleha dan kekasih barunya ini memang nampak sama cantik dan sama padan. Tahniah diucapkan buat Siti Saleha. Semoga semakin bahagia dengan kehadiran si dia di sisi.

Baca Yang Ini Pulak:-

Bukan Tipu Lulusan Ijazah, Cuma Tangguh Pengajian – Nur Risteena

Posted: 18 May 2014 05:08 PM PDT

Nama Nur Risteena Munim semakin popular selepas membintangi drama Playboy Itu Suami Aku. Orangnya cantik, sedap mata memandang dan mengikut tuan punya badan, merupakan lepasan ijazah jurusan Komunikasi Massa dari UiTM. Menariknya, ada pihak yang menyatakan Risteena tidak pernah menghabiskan pengajian di UiTM dan pengakuan dirinya memiliki segulung ijazah adalah palsu dan dusta semata-mata.
risteena tipu ijazah
Dan ternyata memang benar Risteena tidak memiliki ijazah seperti yang pernah disebut olehnya satu ketika dahulu. Namun jangan salah anggap, bukan Risteena berhenti atau diberhentikan. Risteena sekadar menangguhkan pengajiannya sementara tengah mendapat banyak tawaran berlakon. Kata Risteena menerusi Harian Metro:-

Sebenarnya dulu masa beritahu saya belum habis belajar, ada yang suruh saya habiskan terlebih dulu. Ada yang kata saya kejar glamor dan mengutamakan lakonan dari belajar. Saya memang pelajar jurusan penyiaran dan sepatutnya tamat pelajaran mengikut jadual ditetapkan, tetapi saya dalam proses penangguhan. Tawaran berlakon semakin banyak dan jadual saya semakin penuh. Hendak melakukan pendidikan jarak jauh pun tak lepas.

Memang saya utamakan kerjaya buat masa ini, sementara orang mahukan saya. Nanti apabila tidak ada lagi yang mahukan saya, susah pula. Saya perlu cari duit untuk membantu dan menyara keluarga. Apa sekalipun, saya tetap akan habiskan juga pelajaran yang tertunda dan berbaki setahun lebih saja lagi.

risteena tipu ijazah

Bagi Abang Nara, keputusan yang diambil oleh Risteena adalah tepat. Sementara tengah popular, hot stuff dan banyak dapat tawaran nie, lenjan lah berlakon sebanyak boleh. Kumpul duit banyak-banyak. Nanti dah suam-suam kuku, bolehlah sambung belajar balik. Jangan hanyut sampai tak nak dapatkan ijazah sudahlah. Tak gitu?

P.S: Wanita kelahiran Ipoh juara Masterchef UK

Yang Ini Pun Best Jugak:-

    0 comments:

    Post a Comment

    Terhangat

    UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar tentera terputus hubungan zamani