Masukkan Email Anda : Berita Terbaru

Powered by Blogger.

Hafiz Suip Sudah Berani Dedahkan Wajah Kekasih

Hafiz Suip Sudah Berani Dedahkan Wajah Kekasih


Hafiz Suip Sudah Berani Dedahkan Wajah Kekasih

Posted: 19 May 2014 12:39 AM PDT

Hafiz Suip Sudah Berani Dedahkan Wajah Kekasih  | Jika sebelum ini penyanyi popular Hafiz Suip tidak pernah mendedahkan siapa wanita yang sedang bertakhkta dihatinya, namun kini tidak lagi kerana Hafiz sudah pun mendedahkan wajah kekasihnya itu.

Melihat kepada foto yang dimuat naik Hafiz baru-baru ini jelas kelihatan dia kini sedang berbahagia menyulam cinta. Bagaimanapun setelah diamati, kekasih Hafiz itu bukanlah orang dalam industri seni. Sebelum ini juga Hafiz pernah mengakui teman wanitanya seorang pelajar institusi pengajian tinggi.

Siapa sangka Hafiz sebenarnya seorang kekasih yang romantis kerana dia memuat naik gambar buah hatinya di laman sosial Instagram miliknya hanya untuk memberi ucapan hari jadi. Rasanya itulah pertama kali Hafiz mendedahkan kepada umum wajah kekasihnya yang dipanggil ‘my love’ itu.

wajah kekasih hafiz2 Hafiz Suip Sudah Berani Dedahkan Wajah Kekasih

Dalam pada itu, para peminat Hafiz dilihat memberi sokongan kepada hubungan cintanya selain mengucapkan selamat hari jadi kepada ‘teman’ disisi penyanyi itu.

Sementara itu, kekasih Hafiz turut membalas ucapan terima kasih kepada teman lelakinya itu, dan ia telah dibalas oleh Hafiz yang meminta kekasihnya berterima kasih kepada semua peminat yang telah mendoakan hubungan mereka.  — Astro Gempak

Dyana Sofya Jelaskan UiTM bukan milik UMNO, Ia Milik Rakyat

Posted: 19 May 2014 12:27 AM PDT

Dyana Sofya Jelaskan UiTM bukan milik UMNO, Ia Milik Rakyat | Universiti Teknologi MARA (UiTM) bukan milik UMNO atau Barisan Nasional (BN), dan para pelajarnya tidak perlu terikat kepada parti itu, kata calon DAP untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.

"Sejak bila memasuki UiTM membuatkan kita ahli UMNO? Sangat ironik apabila UMNO mendakwa pelajar UiTM perlu menyokong UMNO, tetapi mereka sendiri yang tidak menggalakkan pelajar aktif dalam politik."Para pelajar sepatutnya bebas memilih pandangan dan pemikiran mereka sendiri, dan perlu diberi kebebasan untuk mengejar impian dan cita-cita mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas Dyana, tidak ada parti politik yang berhak untuk menghalang impian dan aspirasi anak-anak muda Malaysia.Katanya lagi, hak yang sama rata tidak bermakna orang-orang Melayu akan 'dirompak' hak mereka, sebaliknya ia memberi peluang pendidikan tinggi kepada mereka yang tidak mendapat peluang terutamanya yang tidak menyokong UMNO.

Dyana Sofya Jelaskan UiTM bukan milik UMNO, Ia Milik Rakyat  |  Ujar beliau, UiTM sebagai sebuah institusi awam tidah harus diletakkan di bawah ehsan sebuah parti politik kerana ianya milik rakyat dan bukannya milik UMNO.Selain itu, Dyana turut menyatakan kekesalan kerana terdapat pelajar yang datang dari keluarga pemimpin UMNO yang kaya diberi tempat di UiTM, sedangkan ada pelajar yang miskin yang tiada kaitan dengan UMNO, dinafikan tempat di institusi tersebut.

"Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan jujur akan memperbetulkan 'ketidakadilan' ini… namun daripada menjadi terbuka kepada cadangan-cadangan yang membina, UMNO telah menuduh saya mahu memansuhkan UiTM," katanya.

Beliau juga kesal kerana UMNO telah bertindak menggunakan UiTM sebagai bahan untuk menyerang dirinya apabila serangan terhadap jantinanya telah gagal.Semalam, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim telah mencabar

Dyana menegur tindakan pemimpin DAP yang sering mempersoal hak istimewa orang Melayu yang dipersetujui dalam kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya jika DAP sanggup mempersoal dasar UiTM yang mengutamakan pengambilan pelajar Melayu, mengapa parti itu tidak menyuruh Universiti Tunku Abdul Rahman yang didakwannya dimonopoli satu kaum bukan Melayu, ditutup. – sumber -

Rumahtangga Abby Abadi Dihujung Tanduk?

Posted: 18 May 2014 05:15 PM PDT

Rumahtangga Abby Abadi Dihujung Tanduk?  |  ORANG tua tua ada berkata, kalau ada masalah rumahtangga jangan dibawa ke laman sosial — berbeza pula dengan Abby Abadi yang walaupun tidak bercerita penuh di akaun Instagram beliau, namun memberikan bayangan yang rumahtangga beliau ada masalah.

Abby Abadi menerusi Instagram beliau beberaoa hari kebelakangan ini mengirimkan beberapa status meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuk beliau dan suaminya walaupun tidak diceritakan apakah sebabnya.

Apabila ditanya oleh para peminat yang ingin mengetahui apakah sebenarnya yang telah terjadi, Abby Abadi bagaimana pun enggan membuka mulut dan terus meminta supaya semua mendoakan yang terbaik.

abby Rumahtangga Abby Abadi Dihujung Tanduk?

Dalam salah satu komen beliau, Abby Abadi turut menggunakan kata kata ‘peluang tinggal yang terakhir’ dan ini terus membayangkan yang rumahtangga pasangan ini seakan berada di hujung jalan. Apa cerita sebenarnya?

abby3 Rumahtangga Abby Abadi Dihujung Tanduk?
Abby Abadi bernikah dengan Farhan yang 12 tahun lebih muda pada 9 Julai 2013 yang lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan & pernikahan mereka turut menjadi bualan para peminat. Kami doakan yang terbaik buat Abby Abadi & suami. – sumber -

 

Gambar Proton Zaara Tersebar Sebelum Perlancaran?

Posted: 18 May 2014 01:14 PM PDT

Gambar Proton Zaara Tersebar Sebelum Perlancaran?  |  4 Gambar Proton Zaara, Kereta Super Mini 2014! – Proton bakal melancarkan produk terbarunya yang dikenali sebagai model Proton Zaara. Berita ini cukup mengembirakan pemilik  dan peminat kereta Proton. Hari ini penulis ingin berkongsikan gambar gambar kereta Proton terbaru yang cukup menarik dari saudara Rosdi Haji Osman melalui laman sosial miliknya.

Apa yang ingin beliau kongsikan adalah suatu inspirasi dan cetusan idea yang mungkin pihak Proton boleh ambil kira.

proton zaara3 Gambar Proton Zaara Tersebar Sebelum Perlancaran?

 

Dengan rekaan sebegini pastinya model ini sebuah kereta super mini dengan prestasi yang cukup tinggi. Dan penghasilan model Proton Zaara ini bakal mungkin membuatkan peminat kenderaan kereta proton akan diminati semula? Cuba anda lihat cantik tak design kereta yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi ini.

 

Bagaimanapun harga seunit Proton Super Mini ini masih belum didedahkan dan diketahui oleh masyarakat umum. Sudah tentu ramai yang tidak sabar sabar untuk melihat dengan mata sendiri keindahan kereta ini.

Jom saksikan dulu 4 lagi gambar Proton Super Mini Dibawah dan apakah komen anda.

proton zaara2 Gambar Proton Zaara Tersebar Sebelum Perlancaran?
mini cooper Gambar Proton Zaara Tersebar Sebelum Perlancaran?
proton zaara Gambar Proton Zaara Tersebar Sebelum Perlancaran?

Tasha Shila Punca Kekasih Menang Petandingan MIMMA2

Posted: 18 May 2014 12:46 PM PDT

Tasha Shila Punca Kekasih Menang Petandingan MIMMA2  |  Peninju Muay Thai yang juga kekasih kepada Tasha Shilla iaitu Han Chen Wong memberitahu kehadiran aktres berkenaan untuk memberi sokongan ketika dia menyertai perlawanan Ladder Match Malaysia Mixed Martial Arts (MIMMA 2) musim kedua yang diadakan di Paradigm Mall di sini pada Ahad memberi lebih keyakinan sehingga dia menang acara itu.

Han, 24, berkata, dia terkejut dengan semangat Tasha yang turut berada di gelanggang sepanjang perlawanan itu berlangsung.

"Ia adalah pertama kali saya menyertai MIMMA kerana sebelum ini saya hanya fokus kepada Muay Thai sahaja tetapi kehadiran Tasha sangat bermakna buat saya kerana saya menjadi lebih yakin untuk bertarung.

"Dari jauh saya dengar suaranya memberikan kata-kata semangat dan kehadirannya membantu saya untuk memenangi pertandingan itu," katanya kepada mStar Online  ketika dihubungi di sini pada Ahad.

"Sebelum ini Tasha selalu juga ikut sekiranya saya ada apa-apa pertandingan tetapi tidak sebagai 'cornerwoman' tetapi kali ini dia benar-benar memperlihatkan semangat kesukanan yang tinggi," ujarnya.

Sementara itu, Tasha berkata, biarpun pertama kali bertindak sebagai 'cornerwoman' namun dia tidak kekok kerana sebelum ini sering memerhati tugas yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki semasa menemani Han ke perlawanan Muay Thai.

Han Tasha Main Tasha Shila Punca Kekasih Menang Petandingan MIMMA2

Malah kata Tasha, dia gembira dapat memberi sokongan kepada Han kerana kekasihnya itu sentiasa menyokong kerjayanya dan sering menemaninya ke majlis-majlis hiburan.

Han Tasha 2 Tasha Shila Punca Kekasih Menang Petandingan MIMMA2

"Setiap pusingan akan ada waktu rehat selama lima minit dan peluang itu saya gunakan untuk memberi kata-kata semangat selain memastikan dia berada dalam keadaan baik untuk perlawanan seterusnya.

Saya sangat gembira dapat beri sokongan kepada dia malah ini adalah satu pengalaman baharu buat saya," ujarnya.

Punca Ustaz Berminat Kepada Felixia Yeap Terjawab

Posted: 18 May 2014 11:53 AM PDT

Punca Ustaz Berminat Kepada Felixia Yeap Terjawab  |  Felixia Yeap mengakui banyak lelaki yang mendekatnya yang terdiri daripada lelaki Melayu termasuk dalam kalangan ustaz setelah berhijab.

Berbanding dahulu, katanya lelaki yang mendekati beliau pada kali ini mengajak berkahwin, bukan sekadar mahu memuaskan nafsu.

"Ada juga ustaz yang berminat terhadap saya,” ujarnya dipetik Kosmo online.

Menurut bekas model berusia 27 tahun itu, seperti mana memakai hijab bukan kerana seorang lelaki, justeru dia juga tidak mahu memeluk Islam kerana mahu dinikahi seorang lelaki Islam.

“Sebaliknya, saya lakukan semua perkara atas kerelaan sendiri,” katanya yang mahu memeluk Islam pada Ramadhan ini.

Sehubungan itu, jika tiba waktu berkahwin kelak, beliau berdoa agar iman suaminya lebih tebal daripadanya untuk membimbingnya menjadi isteri dan muslimah yang baik.

"Saya tidak mahu Allah membalikkan hati saya semula dengan tidak mempunyai kepercayaan terhadap agama," ujarnya lagi.

Justeru, Felixia memerlukan seorang lelaki yang benar-benar beriman kerana Allah SWT.  – sumber -

Luahan Rita Rudaini Buat Arwah Bapa Tiri

Posted: 18 May 2014 11:40 AM PDT

Luahan Rita Rudaini Buat Arwah Bapa Tiri  |  PADA hari Jumaat yang lepas, 16 Mei 2014 menjadi hari yang amat menyedihkan buat aktres Rita Rudaini, 38 apabila bapa tirinya, Johari Joned, 66, dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Kangar, Perlis kira-kira pukul 5 petang kerana serangan jantung.

Penderitaan sakit jantung yang dialami bapa tiri yang dipanggil uncle oleh Rita telah mula dikesan sejak lebih lima tahun lalu dan sudah menjalani pembedahan pintasan jantung sebanyak dua kali dalam tempoh masa dua tahun kebelakangan ini.

Difahamkan bahawa Allahyarham Johari telah berkahwin dengan ibu Rita Rudaini, Basariah Ibrahim pada awal 1980-an sekaligus menggalas tanggungjawab menjaga aktres jelita itu semenjak dia masih kecil.

bapa tiri rita Luahan Rita Rudaini Buat Arwah Bapa Tiri

Ini kerana kedua ibu bapa kandung kepada Rita Rudaini telah bercerai ketika usianya masih kecil. Dalam dua keratin foto yang dimuatnaik di Instagram Rita Rudaini turut memberikan gambaran mengenai keakraban dan kasih sayang yang telah dicurahkan oleh bapa tiri Rita terhadapnya.

“AL-FATIHAH buat bapa ku yg ku pggil ‘uncle’ ..walaupon uncle bukan bapa kandung cek,tp uncle jaga cek mcm anak sendiri.uncle jaga kami dr kecik.uncle syg kami lebih dr uncle syg mama.uncle xpernah jentik,marah atau tggi suara dgn ank2..tgn uncle yg bg kami mkn..klau mama marah kami,uncle akan lindungi kami..cek xpernah sekali dlm hidup tgk uncle marah..uncle akan tau apa makanan kegemaran cek,abg,adik dan menantu2 dia..klau tau ank2 dan menantu nak balik,uncle akn cari setiap makanan kegemaran kami..bila uncle nak dtg melawat cek dan ryanarjuna,uncle akan bwk mcm2 utk cek dan ank2..bila tiba puasa atau raya,uncle org yg paling seronok utk cari makanan utk menjamu kwn2 cek yg dtg..dan yg paling cek xle lupa,uncle jaga cek dlm pantang…skrg smua tu da xde lagi utk cek..tkasih uncle krn menjaga cek dan abg spt ank uncle sendiri dan jaga mama dan adik kami dgn baik..kasih syg uncle dan jasa uncle kami akn kenang smpai akhirat..kasih syg uncle masih ada dgn kami..cek sgt rindu uncle,cek akan simpan jam tgn kesayangan uncle..kami smua rasa kehilangan yg sgt berat..trus terang cek xbole lg terima yg uncle da ‘pergi’ tggalkn kami smua…kami syg uncle..YA ALLAH ampunilah dosa bapa ku dan tempatkan dia bersama org2 yg beriman..amin….AL-FATIHAH..”

“Baru balik ziarah pusara uncle (bapa) masih tidak percaya dan tak bole terima yg uncle telah pergi meninggalkan kami..byk kenangan bersama uncle yg dtg setiap saat dlm fikiran..sedih yg xbole sy gambarkn..airmata xbole di sekat…setiap sudut dlm rumah nmpk kenangan dgn uncle…lebih sebak bila ryan memanggil2 tokwan di pusara tadi..terharu bila ryan berdoa katanya ‘bg lah tokwan masuk syurga’ …tokwan mmg sygkn ryan dan cucu2nya..sbb tu cucu2 sgt terasa bila tokwan xde..AL-FATIHAH buat uncle yg kami syg..byk kenangan yg uncle tgglkn utk kami sentiasa ingat pd dia… Bapa yg paling baik utk kami dunia dan akhirat.”

- sumber -

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar tentera terputus hubungan zamani