Powered by Blogger.

Shah Jaszle Hanya Pakai Seluar Dalam Ketika Dicekup Khalwat

Shah Jaszle Hanya Pakai Seluar Dalam Ketika Dicekup Khalwat


Shah Jaszle Hanya Pakai Seluar Dalam Ketika Dicekup Khalwat

Posted: 08 Apr 2014 12:11 PM PDT

Shah Jaszle Hanya Pakai Seluar Dalam Ketika Dicekup Khalwat  | Pegawai Penguat Kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Mohd Radzi Saliman memberitahu mahkamah beliau melihat pelakon Shahrizal Jaszle hanya memakai 'boxer' (seluar dalam) ketika serbuan dilakukan di sebuah apartmen di Taman Sri Subang dekat pada 16 Mei 2013.

Mohd Radzi, 30, berkata, ketika pemeriksaan dibuat di bilik kedua rumah berkenaan, ia didapati berkunci dan hanya dibuka selepas hampir lima minit diketuk oleh pihaknya.

Rahsia  :  Siapakah Razali & Izyan

Katanya, ketika itu seorang wanita berbaju T dan berseluar pendek kelihatan terpinga-pinga ketika membuka pintu bilik berkenaan.

“Ketika pintu dibuka bilik berkenaan berada dalam keadaan gelap dan selepas saya membuka lampu bilik itu, saya mendapati ada seseorang yang sedang baring di katil sambil berselimut.

“Apabila dia diarahkan untuk bangun dari katil saya mendapati dia adalah seorang lelaki dan ketika itu dia hanya memakai 'boxer' (seluar dalam) sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai saksi pertama dalam kes perbicaraan melibatkan pelakon Sharizal Jaszle atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, dengan seorang pegawai bank, Farah Nurizzati Salleh, 22, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini pada Selasa.

Shahrizal Jaszle diwakili peguam syarie, Asyraf A. Ranee dan Muhammad Hafiz Ab Rashid manakala pendakwaan dilakukan pendakwa syarie, Zusyarafain Yusoff.

Perbicaraan dijalankan di hadapan hakim syarie, Abd Halim Abu Samah.

Mohd Radzi turut memberitahu mahkamah, aktor itu juga mengaku wanita yang bersamanya dalam sebuah bilik ketika diserbu adalah teman wanitanya selepas disoal sama ada mereka mempunyai ikatan sah sebagai suami-isteri.

Terdahulu Shahrizal yang duduk di kandang tertuduh, hadir memakai baju Melayu berwarna putih lengkap bersongkok kelihatan tenang ketika mendengar keterangan daripada saksi sepanjang hampir dua jam perbicaraan berlangsung.

Dalam kejadian 16 Mei 2013, Shahrizal dan pasangannya Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 26, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu.

Pada sebutan kes pada 13 November tahun lalu, Farah Nurizzati telah mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut memerintahkan Shahrizal membayar wang jaminan sebanyak RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat yang dikenakan.

Sementara itu, Shahrizal ketika ditemui di perkarangan mahkamah memberitahu dia berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Mohd Radzi kepada mahkamah.

Perbicaraan disambung semula pada 10 Jun depan.

Agnez Mo Tidak Sengaja Dedah Puting Dada Dalam Video Muzik

Posted: 08 Apr 2014 11:49 AM PDT

Agnez Mo Tidak Sengaja Dedah Puting Dada Dalam Video Muzik | Baru-baru ini, penyanyi Indonesia terkenal, Agnes Monica yang telah menukar nama kepada Agnez Mo telah menerbitkan video muzik antarabangsanya yang pertama bersama produser dan rapper terkenal Amerika, Timbaland.

Disebabkan prestasinya di Indonesia sangat cemerlang, maka harapan menggunung diberikan pada lagu dan video muzik lagu bertajuk 'Coke Bottle' ini. Namun yang menarik, video ini dikatakan seperti menggunakan produksi amatur dan kelihatan murah.

Rahsia  :  Siapakah Razali & Izyan

Tetapi, yang membuatkan ianya menjadi sebutan adalah kerana isu sebahagian dari dada Agnez kelihatan jelas sehingga menampakkan bahagian puting beliau. Tidak pasti samada memang beliau tidak tahu atau sengaja dibiarkan untuk cetuskan kontroversi kami pun tidak tahu.

Walau sudah diajukan soalan, Agnez tidak mahu menjawab dengan lebih lanjut dan seolah-olah membiarkan saja perkara ini kerana pihak produksi dan pengurusannya tidak bertindak apa-apa untuk memperbaiki video muzik ini.


Disebabkan Indonesia juga adalah antara negara yang ramai penduduk beragama Islam, ramai yang memikirkan Agnez agak keterlaluan. Anda lihatlah sendiri video muziknya pada bahagian 1.13-1.14, patut ada tidak disunting semula?

Hanez Suraya Kena Baling Selipar?

Posted: 08 Apr 2014 11:42 AM PDT

Hanez Suraya Kena Baling Selipar? | Sehingga kini, aktres Hanez Suraya, masih dikecam teruk oleh masyarakat dek kontroversinya menjalinkan hubungan dengan suami orang yang dikenali sebagai Mr R (Romie).

Bukan saja digelar ‘perampas’, pelakon Autumn di Hatiku juga tidak putus-putus menerima cacian dan cemuhan dari pelbagai pihak menerusi laman sosial seperti Instagram dan Facebook miliknya.

Rahsia  :  Siapakah Razali & Izyan

Mengakui berasa sedih dan tertekan dengan segala kritikan negatif tersebut, Hanez berkata, kecaman itu turut dirasai sehingga di luar sehingga membuatkan dia berasa kurang selamat.

“Selepas saya buat sidang media tu memang saya rasa sangat sedih. Sebab pandangan orang terhadap saya. Namun saya akui ia tidaklah sampai mendapat ancaman di luar.

"Ada sekali tu saya terserempak dengan orang yang membenci saya. Dia kata nak saja baling selipar pada saya. Tapi dia tak buatlah. Cuma dia cakap sajalah. Alhamdulillah, itu menandakan keadaan masih dapat dikawal lagilah.

"Selepas kejadian itu, atas nasihat keluarga, saya ada mengupah pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan saya. Tetapi untuk acara-acara tertentu sahaja. Kalau ikutkan saya tak selesa bila ada orang sentiasa menjaga pergerakan saya. Tapi itu permintaan keluarga demi keselamatan saya," katanya.

Enggan terlalu memikirkan situasi tersebut, Hanez berkata, dia akan kembali berusaha untuk mendapat kepercayaan peminat-peminatnya semula. Sebab itu juga, dia tidak jadi menarik diri dari membintangi teater Projek Kahwin, pada 12 hingga 14 Jun, di Istana Budaya.

Gambar Bogel Demi Lovato Bersama Kekasih Tersebar

Posted: 08 Apr 2014 10:37 AM PDT

Gambar Bogel Demi Lovato Bersama Kekasih Tersebar  |  Nama penyanyi dan pelakon remaja popular Hollywood, Demi Lovato menjadi bualan hangat peminat apabila beberapa keping gambar bogelnya mula ‘bersepah’ di ruang internet, sejak kelmarin.

Tambah memalukan antara gambar tersebut kelihatan Lovato menayangkan payudaranya, tatunya juga bahagian belakang tubuhnya.

13728416273 21b917e13d o Gambar Bogel Demi Lovato Bersama Kekasih Tersebar

Tak cukup dengan itu, antara beberapa keping gambar tersebut turut mengabadikan Lovato bersama kekasihnya, pelakon Wilmer Valderrama dengan aksi-aksi menghairahkan di atas katil.

13728417873 586158a40e o Gambar Bogel Demi Lovato Bersama Kekasih Tersebar
Ini bukanlah kali pertama pelantun lagu ‘Heart Attack’ ini terpalit dengan isu gambar bogel. Tahun lalu tersebar gambar bogel yang menunjukkan seorang wanita berambut hitam yang kelihatan seperti Lovato di dalam tab mandi, berbaring di atas katil tanpa seurat benang dan dalam keadaan bersandar seperti mahu mencium wanita lain.

Sepekulasi tambah kukuh berdasarkan tatu yang telihat pada wanita di dalam gambar tersebut di percayai seperti tatu Lovato. Malah gambar-gamabr tersebut mendapat bidaan tertinggi.

13728389445 8c8ed3a667 o Gambar Bogel Demi Lovato Bersama Kekasih Tersebar

Menyedari gambar peribadinya itu tersebar, Lovato yang popular dengan lagu Heart Attack terus membalas dengan menulis status dalam bahasa Sepanyol yang bermaksud, "saya seorang yang kuat, saya seorang pejuang. Jadi jangan sesekali memperlekehkan saya" dalam laman Twitternya.

13728424823 3ffce54e24 o Gambar Bogel Demi Lovato Bersama Kekasih Tersebar
Sebelum ini, Demi pernah dimasukkan dalam pusat pemulihan kerana masalah kemurungan, ketagihan dadah dan alkohol.

Liga Super : T-Team Dan Selangor Terikat Seri

Posted: 08 Apr 2014 10:00 AM PDT

Liga Super  :  T-Team Dan Selangor Terikat Seri  | Wakil kelab Terengganu, T-Team dan Selangor berkongsi satu mata selepas seri 1-1 pada aksi tunggal Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam Selasa.

Keputusan itu membolehkan pasukan Selangor naik satu anak tangga ke kedudukan kedua liga dengan 21 mata, satu mata di belakang pendahulu, Pahang manakala T-Team kekal di tangga ke-10 dengan 13 mata.

Pada perlawanan berkenaan, Selangor jelas menguasai permainan pada babak pertama dengan banyak melakukan serangan ke kubu skuad ‘The Titans’ sebaik sahaja pengadil perlawanan, Mohd Fairuzi Mat Desa meniupkan wisel perlawanan.

Mereka berjaya berada di hadapan pada minit ke-15 menerusi penyerang, A. Thamil Arasu yang menanduk masuk sepakan penjuru daripada Mohd Azmi Muslim untuk menceriakan segelintir penyokong mereka yang hadir ke stadium.

Bersambung babak kedua, pasukan T-Team kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah mengubah corak permainan dengan melakukan asakan bertali arus ke kubu Selangor untuk mencari gol penyamaan.

Usaha mereka berhasil selepas penyerang import dari Indonesia, Patrich Wanggai melakukan tandukan kencang hasil sepakan percuma daripada Nelson Sam Martin pada minit ke-80 bagi menyamakan kedudukan.

Mereka bagaimanapun terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Wanggai dilayangkan kad merah oleh Mohd Fairuzi pada masa kecederaan separuh masa kedua selepas beliau dikatakan menumbuk kepala Arasu.

Keputusan itu kekal sehingga tiupan wisel perlawanan oleh Mohd Fairuzi untuk membolehkan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.  – mStar -

Piala AFC : Kelantan Tewas 2-3 Kepada Yangon United

Posted: 08 Apr 2014 09:44 AM PDT

Piala AFC : Kelantan Tewas 2-3 Kepada Yangon United | Kelantan gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila tewas 2-3 kepada kelab Yangon United dari Myanmar dalam perlawanan Kumpulan G, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam Selasa.

Kelantan terpaksa bermain tanpa penyerang importnya Mohamad Ghaddar akibat kecederaan dan dikejutkan dengan jaringan awal pasukan pelawat pada minit ke-24 menerusi sepakan rendah Cezar Augusto Hermenegildo yang melepasi jangkauan Khairul Fahmi Che Mat.

Pada aksi separuh masa kedua, Kelantan yang memperkemaskan jentera serangan berjaya membuat gol penyamaan pada minit ke-49 apabila sepakan Mohd Khairul Izuan Rosli dari luar kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol lawan Pyae Phyo Oo.

Pasukan tuan rumah kemudiannya mendahului pelawat pada minit ke-54 menerusi sepakan Wan Zaharul Nizam Zakaria.

Bagaimanapun Yangon United membuat serangan balas menerusi Emerson Reis Luiz pada minit ke-64 dan kemudiannya memperoleh gol kemenangan pada minit ke-80 menerusi Kyaw Ko Ko.

Kekalahan itu melenyapkan impian Kelantan untuk mara ke pusingan seterusnya.

Pemain Kelantan:

Khairul Fahmi Che Mat (GK), Tuan Muhamad Faim Tuan Zainal Abidin, Obinna Nwaneri, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, Tg Hasbullah Raja Hassan, Wan Zaharul Nizam Zakaria, Amar Rohidan, Mohamad Ghaddar, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), Zairul Fitree Ishak, Francis Forkey Doe.

Pemain Yangon United:

Pyae Phyo Oo (GK), Aunh Zaw, David Htan, Aleksandar Vasilev, Kyaw Ko Ko, Yaza Win Thein, Cezar Augustu Hermenegildo, Aung Thaik, Khin Maung Lwin (kapten), Emerson Reis Luiz, Pyaye Phyo Aung.

Timang Cahaya Mata Kedua, Anak Sulung Aishah Sinclair Dapat Adik Perempuan

Posted: 08 Apr 2014 08:16 AM PDT

Timang Cahaya Mata Kedua, Anak Sulung Aishah Sinclair Dapat Adik Perempuan| Aishah Sinclair telah berkongsi sekeping foto di laman Instagram miliknya selepas selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 6 April lalu.

Menerusi kapsyen 'And so they finally meet… After 39 weeks and 5 days. #sisters #motherhood #blessed', ramai yang mengagak ahli keluarga barunya itu adalah bayi perempuan.

Di dalam foto terbaru yang dikongsikan beberapa jam lepas, Aishah turut memuat naik foto anak sulungnya memegang si adik dengan penuh kasih sayang.

Aishah Sinclair 1 Timang Cahaya Mata Kedua, Anak Sulung Aishah Sinclair Dapat Adik Perempuan

Untuk pengetahuan, Aishah atau nama sebenarnya Aishah Jennifer Sincalir mendirikan rumah tangga dengan Sheikh Abdul Shahnaz pada 2006 dan dikurniakan puteri sulung bernama Soraya Ann pada 2010.-ohbulan

Ayah Emma Maembong Pasang Spy Ikuti Zizan?

Posted: 08 Apr 2014 08:12 AM PDT

Ayah Emma Maembong Pasang Spy Ikuti Zizan?| Sejak kebelakangan ini, Zizan Razak dan Emma Maembong semakin terbuka berbicara soal cinta. Memang tak dapat dinafikan pada awalnya mereka agak keberatan untuk berkongsi namun gambar di laman sosial baru-baru ini seakan mengiyakan gosip yang bertebaran.

Berpeluang menemui Emma di sidang media Pelancaran Emma Maembong Sebagai Duta Maixara petang semalam, pelakon cantik itu menjelaskan dia mempunyai sebab tersendiri dalam menyembunyikan kisah mereka.

Sebenarnya kami bukan nak sorok tapi masa tu saya baru lagi kenal Zizan. Memang kita dah berkawan lama tapi bukan rapat. Saya tak nak orang tengok di awal perkenalan nampak terlampau meriah tapi lama-kelamaan baru sedar tak serasi. Sekarang ni Alhamdulillah Emma dah selesa berkawan dengan dia dan kami dah kenal keluarga masing-masing. Barulah kami setuju untuk memberitahu public.

Dalam pada itu, Emma turut memberitahu Zizan merupakan lelaki pertama yang dibawa pulang ke rumah untuk berjumpa dengan bapanya.

Kalau nak tahu, Zizan lelaki pertama yang saya bawak jumpa ayah. Mula-mula ayah tak kenal siapa Zizan, saya cuma cakap Zizan orang Terengganu. Tapi ayah pelik bila ramai orang nak tangkap gambar dengan Zizan waktu kami keluar makan. Dari situ, ayah pasang spy, tanya kawan-kawan dia pasal Zizan dan barulah dia tahu anak dia ni bercinta dengan artis.-ohbulan

Bunga Citra Lestari Mengaku Queen Control

Posted: 08 Apr 2014 08:07 AM PDT

Bunga Citra Lestari Mengaku Queen Control| Pertemuan dengan selebriti Indonesia popular, Bunga Citra Lestari atau BCL baru-baru ini membuka peluang  beberapa rakan media lain untuk berkongsi cerita pelbagai cerita. Selain bercerita tentang perkembangan kerjaya nyanyian dan lakonannya, BCL juga bersikap terbuka apabila diminta mengulas tentang perkahwinannya dengan Ashraf Sinclair.

Tanpa teragak-agak BCL mengakui dia seorang queen control sehingga ramai mengganggap dia mendominasi alam perkahwinannya. Bagaimanapun, BCL punya penjelasan tentang perkara ini dan dia menjelaskan tidak berasa tertekan dengan pendapat itu.

"Sebenarnya saya tidak kisah kalau ada pihak yang menganggap saya dominan atau queen control dalam perkahwinan. Ini kerana saya dan Ashraf tahu kedudukan kami yang sebenar. Ashraf juga seorang yang dominan, tetapi mungkin sifatnya itu tidak kelihatan di mata orang lain. Tetapi sebagai seorang isteri kepada Ashraf, saya dapat melihatnya. Masing-masing punya peranan sendiri. Bukan hanya saya seorang yang membuat keputusan atau memikirkan tentang keluarga. Tetapi kami berdua. Memang benar saya seorang queen control, tetapi just for myself," ujar BCL mengakui sudah sering kali diajukan soalan yang sama.

bclashraff4 Bunga Citra Lestari Mengaku Queen Control

Biarpun tidak terlalu ambil kisah dengan pendapat orang di sekeliling, namun penyanyi yang popular dengan lagu 'Ingkar' ini tetap bersimpati dengan suaminya.
"Saya sangat berbangga dapat menjadi isteri kepada Ashraf. Walaupun dia tidak berasa tertekan dengan pandangan itu, tetapi saya juga bersimpati dengan dia. Sedikit sebanyak, pasti kata-kata orang di sekeliling itu terkesan di hatinya. Apa yang boleh saya katakan ialah, mereka tidak mengenali siapa Ashraf," ujar BCL lagi.

Pilih nyanyian daripada lakonan

Ketika ditanya tentang perkembangan karier seninya pula, BCL memberitahu dia kini menumpukan perhatian terhadap bidang nyanyian berbanding lakonan. Ini kerana dia ingin punya lebih banyak masa bersama keluarga.

"Berlakon komitmennya terlalu tinggi. Kalau sinetron, jadual penggambarannya mengambil masa yang sangat lama. Jadi, buat masa ini saya memang lebih enjoy dengan nyanyian. Mungkin kerana saya kini sudah menjadi ibu. Jadi, saya banyak memikirkan soal keluarga. Saya tidak mahu meninggalkan anak saya terlalu lama," ujar BCL.

Ketika ini BCL sudah menjadi penyanyi ternama di Indonesia. Setiap singlenya selalu menjadi hits, dimulai dengan Sunny, Aku Tak Mau Sendiri, Pernah Muda, Kecewa, Jangan Salahkan Dia, Aku Dan Dirimu dan terkini Cinta Sejati yang menjadi runut bunyi filem pecah panggung di Indonesia, Habibie-Ainun.

"Saya sudah agak lama tidak muncul dengan album terbaru. Kali terakhir saya terlibat dengan rakaman album ialah pada tahun 2008. Kalau ikut perancangan, saya mahu lancarkan album pada 2010 lalu, tetapi semuanya tertangguh apabila saya berkahwin dan hamil. Sementara menunggu waktu yang sesuai, label saya mengambil keputusan dengan melancarkan album 'The Best Of' yang memuatkan lagu-lagu popular saya termasuk single Cinta Sejati yang menjadi soundtrack filem Habibie-Ainun," ujar BCL.-gua.com

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani