Powered by Blogger.

Anak Che Ta Nafi Akan Terima BMW X6

Anak Che Ta Nafi Akan Terima BMW X6


Anak Che Ta Nafi Akan Terima BMW X6

Posted: 09 Apr 2014 06:30 AM PDT

Argh~~~ Baru ingat nak tumpang naik BMW X6, tup-tup anak Che Ta, Ammar Effendy menafikan bakal menerima kereta tersebut sebagai hadiah keputusan cemerlang SPMnya. Penafian tersebut telah dilakukan oleh Ammar sendiri menerusi akaun Twitternya apabila ramai rakan mula bertanya mengenai berita gembira itu.

ammar

Kalau Abang Nara jadi kawan-kawan Ammar pun confirm excited. Mana tahu ada rezeki boleh merasa kerusi empuk bahagian penumpang BMW X6. Namun jawapan “nonsense” yang diberikan oleh Ammar terhadap persoalan rakan-rakannya ternyata menghancurkan harapan rakan-rakannya (ayat gurau). Namun kalau sahabat sejati, naik Myvi pun tak ada masalah. Tak ke gitu?

ammar

Tak kisahlah apa jenis kereta yang bakal diberikan oleh Che Ta kepada anaknya. Yang penting ia bakal memudahkan anak sendiri mengharungi kehidupan di universiti. Kenderaan memang penting untuk memudahkan pergerakan. Tak dapat BMW X6, dapat Kelisa special edition pun terbaik dah. Tak gitu?

Baca Yang Ini Pulak:-

(Al-Fatihah)Jeremy Little Meninggal Dunia Di Mekah

Posted: 09 Apr 2014 05:46 AM PDT

Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada Jeremy Little yang telah meninggal dunia di Mekah malam semalam. Walaupun kurang dikenali ramai kerana bergerak di belakang tabir, Allahyarham merupakan penerbit bersama untuk filem KIL. Selain itu Allahyarham juga baru sahaja dilantik sebagai CEO untuk Tune Studios.

jeremy little meninggal dunia

Antara artis yang pernah bernaung di bawah Jeremy Little ialah SevenCollar T-Shirt, Estrella (penyanyi utamanya ialah Liyana Fizi), Guba, Pure Vibracion dan Lab The Rat. Antara yang mengucapkan takziah atas pemergiannya ialah pendakwah terkemuka, Mufti Menk.

jeremy little meninggal dunia

Esok juga akan diadakan majlis tahlil di Masjid As Syakirin, KLCC selepas solat Maghrib. Jika berkesempatan marilah kita hadir beramai-ramai.

jeremy little meninggal dunia

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah dan sama-sama mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Yang Ini Pun Best Jugak:-

    Berlumba Dengan Lewis Hamilton & Nico Rosberg

    Posted: 08 Apr 2014 11:14 PM PDT

    PETRONAS sememangnya terkenal dengan usaha mereka untuk memberikan pengalaman terindah dan peluang keemasan untuk para pengguna setianya. Selaku pengguna minyak PETRONAS sejak dulu lagi, Abang Nara memang selalu sertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh PETRONAS. Walaupun tak pernah menang, tak salah untuk mencuba kan? Jadi apabila mendapat jemputan untuk menghadiri sesi "PETRONAS Meet and Greet – Lewis and Nico" di KLCC pada hari Rabu beberapa minggu yang lalu, Abang Nara melompat kegembiraan kerana ini adalah satu peluang yang tak mungkin dapat dikecapi tanpa PETRONAS.

    petronas meet and greet

    Berdebar-debar jantung Abang Nara apabila mengetahui sesi "Meet and Greet" ini bukan sesi biasa sebaliknya sangat-sangat ekslusif. Mereka yang mendapat jemputan ini terdiri daripada blogger, pengguna setia PETRONAS dan juga "top scorer" dalam permainan PETRONAS PRIMAX Challenge di Facebook PETRONASBrands.  Abang Nara semakin berdebar apabila mengetahui antara kami semua, ada 2 orang yang akan berpeluang duduk di sebelah Lewis dan Nico untuk sama-sama bermain permainan PETRONAS PRIMAX Challenge.

    petronas meet and greet

    Maka sebelum ketibaan Lewis dan Nico, kami para jemputan berentap sesama sendiri untuk menentukan siapakah yang layak duduk di sisi pemandu F1 bertaraf dunia ini.  Walaupun sudah berusaha sebaik mungkin, namun Abang Nara gagal menjadi salah seorang daripada 2 orang "top scorer". Tak apalah tak ada rezeki nak duduk bermesra di sebelah Lewis dan Nico. 2 orang tetamu yang bertuah ialah Kenny dan Suresh.

    petronas meet and greet

    Tengok tue betapa seriusnya Lewis Hamilton dan Nico Rosberg bermain permainan PETRONAS PRIMAX Challenge. Masa ini Abang Nara menjerit memberikan kata-kata semangat kepada Lewis dan Nico. Sepanjang permainan, Abang Nara serius cemburu melihat Kenny dan Suresh dapat berbual-bual dengan Lewis dan Nico. Dah macam member baik pulak. 10 minit bertarung, akhirnya Nico berjaya memenangi permainan ini bersama dengan partnernya, Kenny menewaskan Lewis dan Suresh.

    petronas meet and greet

    Selesai bermain game di Facebook PETRONASBrands, sesi bergambar bersama Lewis Hamilton dan Nico Rosberg dimulakan untuk para bloggers, pengguna setia PETRONAS dan krew-krew yang menjayakan sesi "Meet and Greet" ini. Disebabkan bukan senang nak dapat peluang bergambar sebegini rupa, Abang Nara dengan pantasnya terus berdiri di sebelah Nico Rosberg. Itu yang tersenyum lebar je dalam gambar kat atas. Macam dalam mimpi dapat berdiri sebelah menyebelah dengan ahli sukan bertaraf dunia.

    petronas meet and greet

    Selepas sesi bergambar serta perginya Lewis dan Nico ke acara mereka yang seterusnya, Abang Nara dan rakan-rakan duduk berborak-borak sambil minum petang bersama dengan Ketua Bahagian Khidmat Pelanggan PETRONAS, Raja Mazhar Mohar. Sambil menghirup teh tarik sambil kami bertanyakan beberapa soalan dan memberikan pendapat untuk memperbaiki mutu khidmat PETRONAS kepada para penggunanya. Menarik sungguh sesi ini kerana Raja Mazhar Mohar memang sangat peramah dan menerangkan banyak perkara terutamanya mengenai sebab-sebab PETRONAS menjadi jenama pertama pilihan rakyat Malaysia.

    petronas meet and greet

    Yang paling penting bagi Abang Nara ialah apabila Raja Mazhar menekankan bahawa kualiti produk PETRONAS untuk penggunanya akan sentiasa dipastikan yang terbaik. Malah penglibatan berterusan PETRONAS dalam F1 akan memastikan teknologi terkini terutamanya dari segi penjimatan akan disalurkan kepada pengguna. Lagi seronok apabila Raja Mazhar memberitahu yang untuk tahun 2014 ini, akan ada lebih banyak peraduan untuk pengguna setia PETRONAS. Ini semua dilakukan untuk membalas jasa baik rakyat Malaysia yang terus menyokong PETRONAS dari dulu sehinggalah sekarang.

    petronas meet and greet

    Usaha dan semangat sebeginilah yang menyebabkan Abang Nara dan ratusan ribu rakyat Malaysia akan terus menggunakan PETRONAS sebagai minyak kenderaan kami. Teruskan memberi yang terbaik untuk kami dan teruskan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Buat anda semua, jangan lupa LIKE Facebook PETRONASBrands untuk mengetahui perkembangan dan juga peraduan terkini yang boleh anda sertai.

    Baca Yang Ini Pulak:-

    Misha Omar & Firos Ezz­wan Nikah 2 Mei Ini

    Posted: 08 Apr 2014 09:25 PM PDT

    Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk Misha Omar dan Firos Ezzwan bakal bergelar suami dan isteri. Setelah menghadapi pelbagai rintangan, mereka berdua telah sepakat untuk memilih 2 Mei ini sebagai hari pernikahan. Majlis pernikahan akan berlangsung di sebelah pagi dan majlis resepsi pula pada malamnya. Kedua-dua majlis akan berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.

    misha nikah 2 mei

    Misha Omar telah memilih tarikh 2 Mei atas keberkatan bulan Rejab selain memenuhi permintaan ibunya yang mahukan Misha berkahwin pada bulan ber­kenaan. Pastinya Misha dan Firos kini dalam fasa persiapan terakhir menjelang perkahwinan mereka. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berjalan lancar. Tak sabar nak melihat Misha anggun di atas pelamin kelak.

    P.S: Perodua Myvi XT akan dilancarkan

    Baca Yang Ini Pulak:-

    Teman Lelaki Eina Azman Tampil Beri Penjelasan

    Posted: 08 Apr 2014 08:45 PM PDT

    Ya nama Eina Azman memang hangat semenjak gambarnya bersama seorang lelaki tersebar baru-baru ini. Lelaki tersebut bernama Dato' Paduka Gurmeet Singh atau lebih dikenali dengan gelaran Dato' GMix. Kontroversi menghimpit pasangan ini kerana Dato' GMix  dikatakan sudah bertunang dan Eina merampas Dato' GMix daripada tunangannya. Macam pernah dengar kan cerita ini?

    eina azman

    Namun menerusi portal GUA, Dato' GMix menerangkan perkara sebenar dan membebaskan Eina Azman daripada istilah “perampas”. Kata Dato' GMix:-

    Saya memang pernah bertunang sebelum ini pada 10 November 2012. Kami mengikat tali pertunangan selama enam bulan. Tapi dalam tempoh bertunang tersebut, bekas tunang saya masih mengamalkan cara hidup yang lama dan tidak pernah berubah. Selepas enam bulan keluarganya meminta keluarga saya bertemu dengan mereka untuk membincangkan hal perkahwinan.

    Mereka beri tempoh satu bulan atau pertunangan tersebut putus. Dalam tempoh itu, saya tak pernah bawa keluarga saya berjumpa mereka dan saya anggap hubungan saya dan bekas tunang saya sudah berakhir. Saya tak faham kenapa orang suka buat cerita yang mereka tak tahu kebenarannya

    Saya dah enam bulan bersama Eina dan saya juga pernah beritahu bekas tunang saya bahawa saya sekarang memiliki teman wanita. Malah dia sendiri pernah berbual dengan Eina.

    Sepanjang saya bersama dia, saya bukan orang Islam dan saya masih belum memeluk agama itu. Tapi setelah mengenali Eina, saya lebih tertarik untuk belajar tentang Islam dan saya ada perancangan ke arah itu

    Saya kenal Eina dah lama kerana saya kenal rapat dengan abangnya. Setelah kontroversinya dengan bekas kekasihnya, saya nampak Eina banyak berubah menjadi semakin baik dan matang. Yang penting, Eina tidak merokok dan tidak mengamalkan cara hidup liar

    eina azman

    Untunglah Eina Azman dapat kekasih hati bertaraf Dato’. Yang penting dengan penjelasan ini, Eina tidak lagi akan dituduh sebagai penghancur kebahagiaan orang lain. Semoga hubungan mereka berdua berkekalan dan ke jinjang pelamin. Besar pahala Eina kalau kekasihnya itu memeluk Islam suatu hari nanti. Sama-samalah kita doakan.

    Baca Yang Ini Pulak:-

    Hanez Suraya Gagal Selesai Secara Baik Kes Saman Malu Pembantu Peribadi

    Posted: 08 Apr 2014 07:19 PM PDT

    Cubaan menyelesaikan kes saman malu secara baik antara Hanez Suraya dan pembantu peribadinya, Mohd Fairus Mohd Lazim gagal diselesaikan secara baik melalui proses mediasi. Hanez Suraya sebelum ini menyaman bekas pembantunya itu berhubung kenyataan memfitnah menerusi laman sosial. Kedua-dua pihak tidak bersetuju dengan terma penyelesaian sekaligus menyebabkan kes ini akan dibicarakan.

    hanez suraya

    Untuk makluman, Hanez Suraya mendakwa bekas pembantu peribadinya itu telah memfitnah dan mengaibkannya menerusi laman sosial Instagram menerusi akaun ‘DashaSultan’ dan Twitter menerusi akaun ‘Dasha_Sultan pada 30 September hingga 15 Oktober tahun lepas. Perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa dirinya merupakan seorang pelakon yang sombong, kedekut, tidak menghormati orang lain, mata duitan, lupa diri, sering bermuka-muka dan tidak berfikiran matang.

    hanez suraya

    Hanez Suraya menuntut ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos, faedah, injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menyebarkan fitnah terhadapnya dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Sama-samalah kita nantikan perkembangan kes ini. Sumber asal Mstar Online.

    Baca Yang Ini Pulak:-

    Shah Jaszle Hanya Pakai Boxer Ketika Serbuan – Saksi

    Posted: 08 Apr 2014 06:31 PM PDT

    Dasyat. Terkejut Abang Nara membaca keterangan diberikan oleh seorang saksi pertama yang terlibat dalam serbuan kes khalwat antara Shah Jaszle dan Farah di Kayangan Apartment, Taman Sri Subang, pada pukul 3.50 pagi 16 Mei 2013 .. Perbicaraan kes ini telah berlangsung selama 2 jam pada hari Selasa di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling.

    shah jaszle

    Menurut saksi yang bernama Mohd Radzi Saliman, Shah Jaszle bukan sahaja memakai boxer malah mengakui Farah adalah kekasihnya ketika ditangkap. Kata Radzi menerusi portal GUA:-

    Ketika serbuan dilakukan, seorang wanita yang mengenakan baju t-shirt dan seluar pendek membuka pintu bilik. Pada ketika itu, bilik dalam keadaan gelap. Apabila saya membuka lampu, didapati seorang individu sedang berbaring di atas katil dan individu tersebut sedang berselimut.

    Saya mengarahkan individu tersebut untuk bangun dan saya dapat mengenalpasti bahawa dia adalah seorang lelaki. Pada waktu itu, dia hanya mengenakan seluar dalam jenis ‘boxer’ sahaja. Ketika ditanya mengenai pertalian mereka, lelaki itu menjelaskan hubungan dia bersama wanita itu bukan suami isteri dan mengakui wanita itu merupakan teman wanitanya

    shah jaszle

    Untuk makluman, Farah telah pun mengaku salah atas tuduhan khalwat dan didenda maksimum RM3000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda. Hanya Shah Jaszle sahaja yang terlibat dalam kes ini. Sama-samalah kita nantikan perkembangan selanjutnya.

    P.S: Singa bunuh babun, dan apa yang dilakukan selepas itu amat mengejutkan

    Baca Yang Ini Pulak:-

    (TAHNIAH)Aishah Sinclair Selamat Lahirkan Anak Kedua

    Posted: 08 Apr 2014 06:21 PM PDT

    Jutaan tahniah diucapkan kepada Aishah Sinclair kerana telah selamat melahirkan anak keduanya pada 5 April lalu. Kalau tak silap, kali ini pun ialah “baby girl“. Ketika Abang Nara ke Hong Kong Disneyland tahun lalu, sempatlah bermain dengan puteri sulung Aishah Sinclair, Soraya Ann. Memang comel sangat-sangat si Soraya nie. Rasa nak cubit je sepanjang masa. Hehehe.

    aishah sinclair

    Soraya nampak sangat teruja dengan kehadiran si adik. Comel sangat pose Soraya mendukung adiknya itu. Abang Nara pun Insya Allah bulan 7 ini akan menerima kehadiran anak kedua. Excited la pulak lepas tengok gambar si kakak dan si adik ini. Comel sangat-sangat.

    aishah sinclair

    Tahniah diucapkan kepada Aishah Sinclair, suami dan Soraya atas kehadiran orang baru dalam hidup mereka. Semoga si puteri akan membesar dengan sihat dan tanpa sebarang masalah. Tahniah!!!

    Baca Yang Ini Pulak:-

    0 comments:

    Post a Comment

    Terhangat

    UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani